Jumaat, 15 April 2016

Antara Susut Kerana Diet Dengan Nilai Wang Yang Disusut Kerana Niat.


"Cikgu, saya masih ada soalan untuk mendapatkan kefahamannya."

"Ya Allah, kamu masih di sini?"

Aduhai mengapakah cikgu masih perlu bersinis kepada saya sama seperti masa-masa yang lalu?

"Bolehkah saya bertanya soalan, cikgu?"

Wajah cikgu yang cantik berseri mulai kelam. Matanya merenung jauh ke luar kelas.

Suaranya yang lembut juga seolah-olah telah tersimpan setelah mendengar bicara saya.

Terlalu siniskah saya kepada setiap mereka yang tidak benar-benar mengenali saya?

Ahhh tiba-tiba berpuitis pula minda saya tatkala mereka yang benar-benar rapat dengan saya juga sebenarnya tidak benar-benar bersedia mengenali saya dengan hati mereka yang menempatkan qalbu untuk difahami terbitnya niat yang menjadi lurus atau bengkokkah minda andai hanya berkisar pada jiwa dan fikiran sahaja.

"Saya akan meminta kelas memberikan pandangan mereka jika soalan kamu sesuai untuk dibincangkan."

"Apakah syirik yang tidak menyebabkan seseorang terkeluar dari agamanya?"

"Saya guru ekonomi dan soalan kamu ditolak."

"Tetapi cikgu seorang muslim sama seperti kami."

"Apa perkaitannya?"

"Dunia muslim telah dikenali masyarakatnya. Bina diri dan asas mereka berkerajaan telah disahkan oleh undang-undang dunia lalu apakah alasan masih kita diberikan persamaan sebagaimana masyarakat yang tidak beriman walaupun beragama?"

"Kaitkan dengan faktor ekonomi."

"Saya tidak tahu pesanan Rasulullah sallallah hu alaihiwassalam ini hadis sahih atau hadis tanpa sanad, bahawa sesungguhnya jampi-jampi (yang tidak menggunakan nama Allah atau doa-doa yang baik yang diterima dari Rasulullah sallalla hu alaihiwassalam sendiri) dan memakai azimat adalah syirik."

"Urusan hukum di dalam fikh ditangani oleh ulamak bukan saya."

"Riba telah dinyatakan haram tetapi kami masih mempelajari teorinya sehingga kami mempraktikkan teori itu di dalam amali kami."

"Wang yang disusutkan nilainyakah soalan kamu?"

Cikguku memang pintar walaupun dia seorang perempuan. 


"Kelas, bagaimanakah kamu mengaplikasikan akhirat di dalam ekonomi?"

"Bayar zakat cikgu."

"Cuma orang kaya sahaja yang membayar zakat cikgu, bila mereka memiliki emas, mereka juga memiliki wang simpanan, mereka juga yang memiliki perniagaan, mempunyai ladang dan ternakan, miliki pendapatan yang dicukai serta saham, cikgu."

"Riba dizakatkah cikgu?"

Tiba-tiba mata cikgu membulat dan bahasa wajahnya menzahirkan emosi amarah.

Kemarahan seorang wanita sangat menggusarkan.

"Saya juga kenal Abu Daud dan Ibnu Majah."


"Mengapa dengan Abu Daud dan Ibnu Majah cikgu?"


"Saya cuma dapat mengingati tentang kitab yang berbicara, sunat berdiri tegak dan kalimah 'laa adri."


Kiranya cikguku juga tahu berkalimah arab.











Tiada ulasan:

Catat Ulasan