Jumaat, 15 April 2016

Bahasa Akhirat Kita Berbezakah Nanti?

Sudah lama tidak menulis.

Sudah lama tidak membariskan huruf-huruf yang berbagai bentuk bila jari-jari ini menari.

Sudah lama tidak memetakan untuk susunan berbagai ungkapan dan bicara bahasa dari hati.

Apakah benar jarak yang mendalamkan sengsara telah dibina oleh garis cinta?

Apakah benar sengsara yang melumpuhkan mata pena telah dikunci oleh kata-kata yang dibina?

Atau sudah terlupakah bahawa untuk membaca perlu ada bahasa?

Bahasa tidak dibina oleh gambar-gambar yang bisu walaupun ada cerita.

Bahasa juga mewujudkan dalil serta saksi 

Apabila masa hadapan kesemuanya menuju masa hadapan yang pasti 

Lantaran akhirat bukan imaginasi bukan mimpi-mimpi...



Bahasa-bahasa dibina dari Al-Quran kerana taakulan dan penelahan

Diasuh untuk menjadi faham dari pesan dan qudwah hasanah Rasullullah sallallah hu alaihiwasalam

'Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah

Yang mengajar manusia dengan pena'

Terlalu ashikkah kita sehingga 'pena ' Pencipta disamakan dengan pena milik hamba-hambaNya?

Terlalu ujubkah kita sehingga terlupa 

Penegasan Allah Ta'ala bahawa tiada tuhan selain Dia yang diakui oleh malaikat dan 

Diperakui juga oleh orang yang berilmu yang menegakkan keadilan.

Justeru inginkah kita berbudi kerana ibadat berbahasa kerana amanat?



Tiada ulasan:

Catat Ulasan