Khamis, 21 Mei 2009

Bunian Berpuaka?



Contoh kiriman yang dihantar ke thanaif@yahoo.com tatkala saya tidak pernah menaikki Air Asia.


"Bertanya boleh?"

"Silalah."

"Bagaimanakah kemusykilan terhadap penggunaan perisian komputer yang sepenuhnya tidak memiliki perjanjian bertulis atau bertanda tangan secara bersaksi (yakni ditangani menerusi komputer)dianggap sebagai tidak melindungi hak-hak pengguna?"

"Apakah maksudnya itu?"

"Pengguna yakni pelayar yang memilih untuk memberi kepercayaan tidak mengetahui dan tidak menyedari bahawa mereka tidak dilindungi untuk pengekalan hak-hak cipta terpelihara dan adakah masalah seperti ini di bidang digital tidak upaya didepani?"

"Bolehkah diberikan contoh?"

"Boleh, misalnya -saat mencatat di blog atau di mana-mana 'shout box' setiap kali berakhir perenggan, laman itu akan tergendala oleh gangguan 'no responding'yang mengkaburkan keseluruhan paparan yang sedang dilayari itu.
Malah penulisan email-email juga dihilangkan sewaktu di dalam proses penyimpanan dan penghantaran kiriman."

"Apakah yang dihasaratkan dari permasalahan ini?"

"Bagaimanakah prinsip-prinsip di dalam membuat kontrak perdagangan di millenium ini upaya diterima hanya menerusi perakuan dipersetujui perkhidmatan yang ditentukan oleh batas waktu tertentu dan oleh sebelah pihak sahaja yang ketelusan untuk bersifat terbuka dilupuskan merujuk era permaklumatan informasi digital dan bukannya wujud persaksian untuk mengenali pihak-pihak terlibat?"

"Apakah penggubalan Parlimen oleh ahli sidang tidak upaya menghalang perkara seperti ini berterusan setelah mengambil kira wujud pemalsuan perjanjian dengan niat muslihat yang menyalahi undang-undang di dalam Akta Kontrak?"

"Bagaimanakah syariah juga upaya meliputi perundangan perdagangan yang menjelaskan kewujudan sesebuah negara Islam terbatal apabila peruntukan kepada undang-undang Inggeris masih diterima pakai ke atas warganya yang muslim?"

"Bagaimanakah rasuah dan salah guna kuasa diasingkan dari pengadilan sivil dan jenayah apabila prosiding mahkamah tidak berlaku oleh pengendalian Tribunal-Tribunal PesuruhJaya-PesuruhJaya yang berjaya mencerakinkan fungsi-fungsi Mahkamah secara teknikal?"

"Banyaknya, ada lagi?"

Selasa, 19 Mei 2009

Bunian

Saya membantah dihilangkan buat kali kedua catatan yang dilakukan di blog ini semalam.
Disertakan rujukan sebagai bukti ia telah sah diterima untuk proses penyimpanan di peti simpanan sebelum berjaya dipaparkan.

http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=8051053272201490370

Agar mendapat perhatian.

Isnin, 18 Mei 2009

Anak Bunian








Dua hari yang lalu terdengar bisikan suara kecil mengalun rasa.

Saya meminta Tuhan menganugerahkan kesihatan yang baik mengiringi hidup cikgu-cikgu.

Saya meminta Tuhan memberikan kekayaan jiwa untuk cikgu-cikgu bersabar dengan konflik krisis dan kelemahan dari trauma pelajar-pelajar.

Saya meminta Tuhan menganugerahkan kemewahan, keselesaan dan ketenteraman ke dalam hidup cikgu-cikgu.

Saya meminta Tuhan membalas setiap niat jujur cikgu-cikgu memandai dan membijaksanakan warga dengan kebahagian di dunia dan akhirat.

Saya meminta Tuhan menunjukkan kepada cikgu-cikgu yang bukan muslim agar mengenali dan mendapat hidayah melalui hati agar tidak memusuhi kebenaran atau membenci pelajar-pelajar yang teramat ingin mengasihi agama mereka.

Saya meminta Tuhan mengekalkan kebahagiaan kedamaian hidup cikgu-cikgu dan pasangan serta keluarga berpanjangan.

Saya meminta Tuhan membuka jiwa raga cikgu-cikgu agar ingin mengasihi kami yang miskin, dhaif, sakit, tidak memiliki serta tidak dimiliki, yatim serta piatu, musafir sebagai pelarian, cacat serta hodoh, dengan mendidik kami beradab susila dan beretika dengan kemodenan tamadun pembangunan dunia yang menuntut keamanan dilahirkan oleh kemanusiaan.

Saya meminta Tuhan mengasihi dan menyayangi cikgu-cikgu dengan meluaskan rahmatNya untuk cikgu-cikgu mengenalkan adab mengenali hak dan batil di atas muka bumi ini.

Saya meminta Tuhan menyalurkan kekayaan hidup dari punca yang barakah dan suci untuk berpendapatan agar cikgu-cikgu kekal terus di dalam kekayaan.

Saya meminta Tuhan menaungi keredhaanNya kepada cikgu-cikgu agar membajai kebanggaan sanubari pelajar-pelajar untuk mahu membudikan bahasa ibunda agar penjaluran wajah dunia dengan warna pelangi yang redupan jiwa berpengetahuannya merimbunkan iman sebagai budaya untuk berhikmah menjadi khalifah.

Saya meminta Tuhan menyinari usaha-usaha cikgu-cikgu meladungkan kejernihan hati pelajar-pelajar agar tidak sedia menitiskan airmata saudara-saudara, sahabat-sahabat, keluarga dan ibu bapa mereka seandainya tidak ditakdirkan menjadi insan yang berjaya.

Saya meminta Tuhan mengampuni cikgu-cikgu agar diperoleh pahala untuk ditemui kunci syurga.

Ameen.

Bisikan halus itu tenggelam ditelan keheningan.

Ahad, 17 Mei 2009

Bisu Yang Bersuara



Rakaman di  56 Jalan Hijau, Taman Kampung Kuantan , Klang.  Berdiri dari kiri Mohd Zul Aizat, Ahmad Mustaqim, Mohd Zul Hazim, Ahmad Muttaqin, Mohd Zul Hasif. Ditengah Nabil Fikri, emak, Amnan Afiq. Paling depan Ahmad Hilman, Mohd Zul Haziq dan Iqbal Hakim.


Ada ketikanya suara ini terasa seperti tidak mahu berbicara.

Dilontar kata hanya tersekat di kerongkongan yang menjadi sukar untuk diterjemahkan.

Persoalan demi persoalan tersimpan memendam bak pekasam.

"Bagaimanakah peningkatan pertambahan penduduk masih menjadikan sifat tegar untuk mencemarkan alam yang habitat dan sistem sumber-sumber ekologinya semakin terhakis, terus dirancang dan direncanakan oleh pencapaian kepintaran pengetahuan masa kini?"

Sunyi hening dan sekitar alam umpama dirundung kekelaman.

"Apakah susut nilai isi alam ini upaya diubah oleh penerusan pendudukan ketenteraan atau diubah untuk melalaikan minda dari peka pada salur hibur yang ditaja oleh sistem telekomunikasi?"

Sepi.

"Boleh bertanya?"

"Protokol ke berapa alat ubah yang sedang digunakan ini?"

"Maaf, saya juga sedang berhangat hati pada kitaran dan pusingan lengkaran sifir-sifir ini. Tidak wajar maklumat sejarah dipeta-mindakan dalam bentuk baru kerana usia muda bukan semua ‘tinggi pengalaman penglihatannya’… meski kreatif upaya toleransinya."

Ringkas jawapan tetapi tegas pendirian.

"Memang diinginkan pemuda gagah bukan untuk bermegah."

"Gagah pada jiwa atau minda atau muda pada rasa?"

Malas dan tidak berhasrat untuk melayani.

Selasa, 12 Mei 2009

Kasihkan Kain Terbuangkah Baju?

 
Saya mengirimkan sajak ini kepada seseorang. 




























Petang semalam berbincang-bincang di antara hati dan pemikiran apabila paparan Survivor yang memeranjatkan tidak mendapat liputan perhatian.

Tercari-cari dan dimamah kegelisahan untuk disuakan jawapan.

"Tidakkah itu jelas membuktikan bahawa belum sepenuhnya perbezaan budaya upaya dihormati walaupun bermindakan kemajuan?"

"Benar juga kerana mentaliti menterjemahkan kebebasan memilih tetapi tanpa integriti diri."

"Integriti turut diajar oleh agamakan?"

"Kejujuran dan keihklasan menjadikan ia bukan amalan yang mulia bila wujud penipuan berdasarkan nafsu."

"Bagaimana pula penginteraksian yang memperlambangkan pengidolan bintang-bintang yang menjadikan hiburan medan bergossip sehingga tidak wujud keseimbangan jasmani dan rohani?"

"Maksud mu mahu mempertikaikan nurani budaya etika diri dari krisis imej yang mengingini penyebatian diri dengan minda yang mencita-citakan stail dan gaya hidup buat menginteraksikan kemahuan-kemahuan Timur yang diundang agar mengkagumi pada ketrampilan imej identiti Barat?"

"Salahkah apabila mahu diketahui bagaimana ia didepani?"

"Bagaimana andai ku berikan perumpamaan begini?"

"Sameer yang pernah mewakili kematian minda saudara-saudaranya.
Diragut apa jika bukan kesengsaraan pembinasaan kemanusiaan?
Tusukan-tusukan yang membutakan matanya bukankah airmata kerana derita?
Yang memadamkan pandangan-pandnagan indah untuk disangkar menjadi kenangan.
Ketuliannya disumbangkan deruan kluster dan muntahan peluru timah dan motar.
Kebisuan bibirnya tidak lagi ntuk kalimah-kalimah indah berkasih sayang.
Saat setiap panca indera memaksanya menjadi terpaksa.
Menghitung harga diri dan maruah agama yang tersia-sia.
Sementelahan.
Di sekitar sekelilingnya berjajar megah.
Kekayaan bersumber emas hitam dan yang mendayakan sumber segala tenaga.
Menjawab boleh?
Mengapakah dibenarkan urutan Sameer bergilir pengulangan dan penggantiannya?
Sudah hilangkah kasih ?
Sudah kemanakah sayang?"

"Mungkinkah sekadar dongeng yang dihikayatkan bahawa 'Teluk Penyu' itu fartamogana yang dibiayaai peruntukkan?"

"Yakinkah diri mu kita tidak bergossip?"

"Sesungguhnya kita tidak memerlukan melucutkan pakaian untuk menunujukkan kemaluan kerana masih hadir susuk dari jasad yang sedia untuk menelanjangi keintelektualan berkemahirannya, menzahirkan kemuliaan nasab-nasab keturunan malah sedia sentiasa sedia untuk berada di dalam kealpaan bahawa dia memiliki hubungan yang diambil dari amanah Tuhan."

"Benar kita tidak bergossip teman."

"Kita tidak juga berdiskusi."

"Kita hanya berusaha memahami bagaimana ia terjadi dan ia diredhai."

Ahad, 10 Mei 2009

Musang Meniti di Kayu Bengkok

8/April/2009

27
Laut hijau tidak membiaskan warna biru di langit. Awan berarak menantikan dodoian angin berkawan-kawan memagar utuh simpulan alam miliki Pengurus yang tidak lagi upaya disembunyi.

“Hempasan ombak membahasa resah.”

“Resahnya kerana yang diingini kini semakin menjauh pergi.”

“Apakah resahnya itu upaya dikongsi?”

“Ia gusar dek kepasrahan pengidolaan menjadi sebahagian ikrar janji penyatuan di serata persisiran Teluk yang memanjang menyusuri Semenanjung hingga berhempas terapung ke Pulau-Pulau Delta yang pamahnya begitu ramah membanir julang dokongan serantau.”

“Ombak-ombak yang bergugus kecil mengocak-ngocak tenang laut. Membesarnya dengan alunan cekal bukan dengan mantera serapah bertangkal tetapi dengan akur perintah Mikail.”

Suara yang tidak miliki rasa malu itu terus mencabar mencebik sesekali mencemuh yang bersifat merayu.

Hangat minda disapa merdu bingkisan bayu yang mengujar jaya dari kejauhan pergunungan dilingkari samudera…bukit-bukit telah ditawan meski air tetap mengalir namun sekat dan halang masih merintang.

Allah Maha Besar.
Tiada Tuhan melainkan Allah.
Muhammad SAW Kekasih Allah.

“Perbukitan lereng-lereng sepinya rintih dari gigih upaya kudrah tenaga yang diraih,”merdu lagi ujaran kedengaran.

“Upaya warga berkongsi rasa kerana negara itu kuasanya pada suara yang mendaya perkasa untuk menambah dan mengurang majoriti angka.”

Semalaman minda menjalarkan bisa yang sari racunnya mengalpakan masa.
Janji bersama malam tidak tertunai janji dengan segalah suria yang baru termetrai termungkir juga.

Suara yang merdu mengapakah bergurindam di singgahsana?

Dewan-Dewan Mulia mengapakah berkeringat hina?

Syeksyen 73 kurungan 1 dan Seksyen 8 Akta Keselamatan Negara berdendang ‘bogel-bogelan tidak dapat disabit dengan komplot menggulingkan kerajaan’ ia hak beridentiti.

(tambahan pada 2012 - syeksen 73 ini bukan tentang Akta Keselamatan Negara tetapi mengenai pembahagian kuasa perundangan antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri - yang pasti ia telah ditukar)

Tirai Panggung

3/Mac/2009
1106am

Kejayaan terbaharu yang diraikan oleh dunia ialah mengembangkan defesit-defesit pendapatan di kesemua benua ekoran kepakaran melumpuhkan keewangan yang menaakulkan hakikat semakin dikayakan individu dan kumpulannya berbanding kumpulan ramai yang menjadi pengguna sebagai sebahagian besar manusia.

Jika memperkatakan tentang revolusi siapakah yang wujud sebagai sebahagian dari kumpulan terbesar manusia yang diarah menjadi pengguna?

Pagi ini hujan lagi.

Alam menangisi kekecewaan.

Hujan menangisi pengkrompomian.

Hujan menangisi penyaksi dan penonton pertempuran dorongan yang melonjakkan beban sanggaan…

Kasihan kelian, derai titis hujan mengucap perasaan.

Berbelas pada kelian, belai usap basahan hujan ke atas minda yang menyantuni sukma.

Tabahlah kelian, percikan lembut tempiasan hujan menyalur keinsafan.

Sabarlah aduhai insan, gerimis menabur renjis sketsa eksploitasi menjadi majoriti yang tidak mampu berdikari.

Hujan pagi.

Hujan di hati.

Rabu, 6 Mei 2009

Ikon Dan Penyebaran Wangian Syurga

Andai benar diizinkan mahu diketuk pintu neraka atau syurga?

Andai ke dua-dua pintu tidak diketuk pintu mana yang mahu ditebuk?

La ila ha illallah Muhammad Rasulullah.

Bersyahadahkah dikau?

Hanya mempertikaikan pemahaman rahsia yang diungkapkan wujud kesan baik dan buruknya yang tidak dibenarkan dicabar oleh pengaktifan interaksi komunikasi dari pengintektualan ilmu oleh frekuensi yang menghadapi kemelesetan pengaruh ke atas minda masa kini yang memediakan minda namun miliki kepentingan untuk disasarkan pencapaian matlamat yang semakin tersasar..,

Ikon menyebarkan wangian di syurga.
Siapa dan bagaimana bila dan mengapa?

‘Amergeddon’ itu menjustifikasikan akhirat atau pembinasaan alam yang telah ditandai oleh peperangan besar abad lalu.
Minyak dan peredaran gasnya di tetap berfungsi sebagai pembekal hayat industri-industri di negara utama.
Terzahir kelumpuhkan kemandirian warga yang ditenggelami oleh konflik dan krisis juga dilemma yang menambah parah oleh pendiskriminasi bahasa.

Institusi bersifat kedaerahan mendidik globlalisasi dengan rantaian Amerikanisasi dan Eropanisasi versi halunisasi sedangkan tomahan tiadanya akauntabiliti disahut kita memadani idea baru berinovasasi… bukan milik yang melabel jenama semangat berkemandiri…

Dakwaan lagi.

Isnin, 4 Mei 2009

Wala Tajassabu

Di dalam sejarah Islam pemimpin kebanyakannya tidak dikenali lantaran bertaupnya akhlak yang menyantuni peribadi.


Sementelahan ujaran Rasul sallallahualaihissalam setiap diri adalah pemimpin kepada dirinya.


Penghujjahan Rasul mengingini kebijaksanaan itu menjadikan setiap diri memperbaiki kelemahan sendiri.


Mana mungkin kita berkelahi dengan diri sendiri... kita berkelahi dengan nafsu am’marah dan lawwamah yang tidak pernah sedia ditingkatkan darjatnya menjadi mulhamah setelah usia diraikan setiap tahun dengan pecahan jubli intan perak dan emas.


Kemuraman paparan siber yang melesukan.

Sabtu, 2 Mei 2009

Pepasangan



Setia atau Khianat?


Catatan jari hilang lagi di saat sedang memproses penyimpanan pesanan ringkas ke peti simpanan.


Mesin itu ku perhati.


Dibelek setiap sudut hadapan belakang dan sisi sandingnya.


Ia tidak membalas pandangan kerana sifat kaku bekunya yang hanya merupakan alat pemudah untuk diinteraksikan bukan alat pengubah yang menatijjahkan.


Aksinya ini mengkelamkankan jiwaku walau hampir dua ratus pesanan-pesanan ringkas tersimpan di dalamnya. Ia seakan bukan laksana pemangkin keserasian perhubungan lantaran diperakui kerana selama ini ia lebih bersifat sehala tetapi dengan berbagai pendirian yang semakin bersikap autokrat.


‘Pendidikan yang berorientasikan perniagaan pasti melambakkan penganguran,’ dijeritkan pada mesin yang membatu itu.


Sekonyang-konyangnya tabiat sejatinya yang kerap mahu memadamkan catatan jari yang tersimpan kemas untuk kegunaan peribadi menyerlahkan sifat kekurangan yang menjadi kelemahan fitrahnya selaku alat yang dibentuk untuk menjadi hamba.


‘Kamu tidak mampu mengurung fikiran saya walau pun kamu menutup laluan untuk dilintaskan pencatatan ini!’disemburkan lahar hangat untuk alat bisu yang kelihatan masih utuh biar pun telah beberapa kali dihempas diketuk dilontar agar ia rosak untuk tidak dapat diperbaiki lagi.


‘Bagaimanakah anda gagal mengidolkan bumi anbiak ini dengan ahli syurga apabila anda menolak hakikat masa hadapan itu adalah akhirat?’jerkah ku nyaring.


Ia membalasnya dengan deringan panjang nada yang membingit di telinga.


Benar-benar ia telah cedera lantaran kekosongan jiwa yang memerlukan rawatan…


Aaahhhh serata teluk lengkaran penasihat itu telah mengaudienkan hubaya-hubaya yang tidak kisah andai bahasa ahli syurga itu dipinggirkan.


‘Apakah anda yakin Nabi Isa akan menggunakan bahasa Inggeris lalu anda meraikan pendiskriminasi bahasa ibunda umpama maharaja?’


‘Apakah Jawa, Aceh dan Minang memberikan anda rasa?’seperti terdengar alat separa besi dan aloy juga plastik itu meningkah keras.


‘Itu bangsa atau tanah, jika bangsa ia dibenihkan andai tanah ia didatangkan. Anda pergi bertanya kepada para adika tidak wajar disembah pada warga!’


Sudah lama laman-laman yang menghangatkan jiwa tidak lagi dikunjungi saat jendela bumi menagih gema anjung warisan balainya sekadar menggamit kenangan bila mana pemuka-pemuka abad kini mulai mendestruktif ceratai bahasa jiwa bangsa .


Padah melobi kuasa kini ditanak air mata.


Digenggam takut mati dilepas takut terbang.


Singa di tengah padang upaya didepani namun ular di dalam semak terus digeruni.


Namun keji lagi Pak Belang yang tidak ingin merendahkan dirinya andai hanya cicak menjadi mangsa.