Isnin, 18 Mei 2009

Anak Bunian








Dua hari yang lalu terdengar bisikan suara kecil mengalun rasa.

Saya meminta Tuhan menganugerahkan kesihatan yang baik mengiringi hidup cikgu-cikgu.

Saya meminta Tuhan memberikan kekayaan jiwa untuk cikgu-cikgu bersabar dengan konflik krisis dan kelemahan dari trauma pelajar-pelajar.

Saya meminta Tuhan menganugerahkan kemewahan, keselesaan dan ketenteraman ke dalam hidup cikgu-cikgu.

Saya meminta Tuhan membalas setiap niat jujur cikgu-cikgu memandai dan membijaksanakan warga dengan kebahagian di dunia dan akhirat.

Saya meminta Tuhan menunjukkan kepada cikgu-cikgu yang bukan muslim agar mengenali dan mendapat hidayah melalui hati agar tidak memusuhi kebenaran atau membenci pelajar-pelajar yang teramat ingin mengasihi agama mereka.

Saya meminta Tuhan mengekalkan kebahagiaan kedamaian hidup cikgu-cikgu dan pasangan serta keluarga berpanjangan.

Saya meminta Tuhan membuka jiwa raga cikgu-cikgu agar ingin mengasihi kami yang miskin, dhaif, sakit, tidak memiliki serta tidak dimiliki, yatim serta piatu, musafir sebagai pelarian, cacat serta hodoh, dengan mendidik kami beradab susila dan beretika dengan kemodenan tamadun pembangunan dunia yang menuntut keamanan dilahirkan oleh kemanusiaan.

Saya meminta Tuhan mengasihi dan menyayangi cikgu-cikgu dengan meluaskan rahmatNya untuk cikgu-cikgu mengenalkan adab mengenali hak dan batil di atas muka bumi ini.

Saya meminta Tuhan menyalurkan kekayaan hidup dari punca yang barakah dan suci untuk berpendapatan agar cikgu-cikgu kekal terus di dalam kekayaan.

Saya meminta Tuhan menaungi keredhaanNya kepada cikgu-cikgu agar membajai kebanggaan sanubari pelajar-pelajar untuk mahu membudikan bahasa ibunda agar penjaluran wajah dunia dengan warna pelangi yang redupan jiwa berpengetahuannya merimbunkan iman sebagai budaya untuk berhikmah menjadi khalifah.

Saya meminta Tuhan menyinari usaha-usaha cikgu-cikgu meladungkan kejernihan hati pelajar-pelajar agar tidak sedia menitiskan airmata saudara-saudara, sahabat-sahabat, keluarga dan ibu bapa mereka seandainya tidak ditakdirkan menjadi insan yang berjaya.

Saya meminta Tuhan mengampuni cikgu-cikgu agar diperoleh pahala untuk ditemui kunci syurga.

Ameen.

Bisikan halus itu tenggelam ditelan keheningan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan