Ahad, 10 Mei 2009

Musang Meniti di Kayu Bengkok

8/April/2009

27
Laut hijau tidak membiaskan warna biru di langit. Awan berarak menantikan dodoian angin berkawan-kawan memagar utuh simpulan alam miliki Pengurus yang tidak lagi upaya disembunyi.

“Hempasan ombak membahasa resah.”

“Resahnya kerana yang diingini kini semakin menjauh pergi.”

“Apakah resahnya itu upaya dikongsi?”

“Ia gusar dek kepasrahan pengidolaan menjadi sebahagian ikrar janji penyatuan di serata persisiran Teluk yang memanjang menyusuri Semenanjung hingga berhempas terapung ke Pulau-Pulau Delta yang pamahnya begitu ramah membanir julang dokongan serantau.”

“Ombak-ombak yang bergugus kecil mengocak-ngocak tenang laut. Membesarnya dengan alunan cekal bukan dengan mantera serapah bertangkal tetapi dengan akur perintah Mikail.”

Suara yang tidak miliki rasa malu itu terus mencabar mencebik sesekali mencemuh yang bersifat merayu.

Hangat minda disapa merdu bingkisan bayu yang mengujar jaya dari kejauhan pergunungan dilingkari samudera…bukit-bukit telah ditawan meski air tetap mengalir namun sekat dan halang masih merintang.

Allah Maha Besar.
Tiada Tuhan melainkan Allah.
Muhammad SAW Kekasih Allah.

“Perbukitan lereng-lereng sepinya rintih dari gigih upaya kudrah tenaga yang diraih,”merdu lagi ujaran kedengaran.

“Upaya warga berkongsi rasa kerana negara itu kuasanya pada suara yang mendaya perkasa untuk menambah dan mengurang majoriti angka.”

Semalaman minda menjalarkan bisa yang sari racunnya mengalpakan masa.
Janji bersama malam tidak tertunai janji dengan segalah suria yang baru termetrai termungkir juga.

Suara yang merdu mengapakah bergurindam di singgahsana?

Dewan-Dewan Mulia mengapakah berkeringat hina?

Syeksyen 73 kurungan 1 dan Seksyen 8 Akta Keselamatan Negara berdendang ‘bogel-bogelan tidak dapat disabit dengan komplot menggulingkan kerajaan’ ia hak beridentiti.

(tambahan pada 2012 - syeksen 73 ini bukan tentang Akta Keselamatan Negara tetapi mengenai pembahagian kuasa perundangan antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri - yang pasti ia telah ditukar)

2 ulasan:

  1. Saya tidak dapat menemukan tentang Syeksen 73 Akta Keselamatan Negara - jika ada yang sengaja mengubahnya - terima kasih!

    BalasPadam
  2. Ya Allah sabarkanlah saya. Dan balaslah setiap khianah ini dengan takdir Mu. Ameen

    BalasPadam