Khamis, 31 Januari 2013

Catatan Nota Dari http:/www.facebook.com/thanaif

Kedewasaan Tanpa Kematangan?


Catatan ini sering diganggu.

Mulai mencatatnya sejak 2006 dan masih belum berdaya disambung untuk menjadi catatan yang sempurna.

Ulang ulang serta mengulangnya banyak membuang masa dan menghilangkan fokus yang memindahkan perhatian ke sudut yang lainnya.

Malang sekali mereka merugikan diri sendiri dengan sengaja be a hackers dan mengganggu pelayaran yang tidak membawa apa-apa faedah bagi mereka yang hanya  mahu mencari keseronokan pada usia yang dibataskan oleh Allah.

Apakah yang direnungkan oleh mereka terhadap haiwan?

Kebijakan, kecomelan, kedunguan, kebiadaban atau simpati kerana berbelas kasihan pada haiwan-haiwan yang tidak menyedari mereka adalah binatang.

Lalu apakah perasaan yang dirasakan oleh manusia yang disengajakan dengan niat untuk dikategorikan sebagai binatang?


-=------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Maturity?


These records are often harassed.



Starting noted since 2006 and still not able to be connected to a perfect record.



Repeat repeat and repeat and get rid of a lot of wasted time transferring focus attention to the other corner.



Unfortunately they lost their own souls to be a deliberate and disturbing voyage hackers who do not bring any benefits for those who just want to find fun at that age was limited by God.



What they reflect on animals?



Policies, cutey, ignorance, barbarism or compassionate sympathy for the animals who do not realize they are animals.



Then what are the feelings experienced by people inflicted with the intent to be categorized as an animal?


Mengapa blogspot.com menggagalkan muat naik gambar di blog saya?

Mengapa blogspot.com gagal menyediakan aplikasi untuk saya memuat naikkan gambar?

Mengapakah blog.spot.com gagal menyediakan untuk saya memuat naikkan gambar di blog saya sendiri?

Khamis, 24 Januari 2013

Maaf Kami Takutkan Bidda'ah Sehingga Melupakan Mu


Ulang Tahun Mu Yang Tidak Pernah Diraikan

12 Rabiul Awal tarikh milik siapa?

Hijriah sesi kiraan dan hitungan siapa?

Qamariah dan bima sakti ciptaan yang sia-sia?

Tatkala Isra’k dan Mikraj mendahului eletron mikroskop

Terjalur dimensi pada gambaran yang tidak tergambar di retina

Tatkala rakaman sebuah kamera masih tiada

Kelajuan cahaya dikau meniti tanpa angkuh

Ku baca fitrah yang lazimnya bukan lumrah

Lokasi vektor dan sejumlah bacaan pada angka-angka rakaat ibadat.
Selamat ulang tahun Ya Kekasih Allah Sallallahualaihiwasalam

Jumaat, 18 Januari 2013

Saya Mahu Mengundi !

Bagaimanakah menzahirkan kasih sayang?

Izinkan saya mengundi!

Dia tersenyum ...

Asas-asas kekuatan sebuah negara ialah tiada sesiapa yang berhak diabaikan walau bagaimana keadaannya jika benar semangat patriotik itu adalah dari sumber berkasih sayang.

Senyum itu tidak memberikan apa-apa imbuhan bila saya tidak dibenarkan mengundi!

Lantas kerana berhangat hati dia menawarkan satu perkhidmatan:

Sila berikan undi terhadap  penguatkuasaan undang-undang telah membenarkan remaja lelaki berusia 18 tahun dan remaja perempuan berusia 16 tahun berkahwin.

Kali ini senyumnya mempunyai suara.


Jika benar mahu mengikut sunnah Rasulullah Sallallahhualaihiwassalam, baginda berkahwin pada usia dua puluh lima tahun.
Ini sunnah nabi yang paling mudah untuk diikuti!

Sediakah diikuti sunnah Rasulullah Sallallahualihiwassalam? Baginda berkahwin pada usia dua puluh lima  tahun.

Sunnah Rasulullah Sallallahualaihiwassalam bukan lagi wajar sekadar merujuk poligami dengan empat isteri dan istilah baki quota tiga sebagai isu ummat bagi menunjukkan tanda beriman!


Pada masa ini usia dua puluh lima tahun adalah usia yang matang setelah mempunyai pengetahuan apabila telah menamatkan pendidikan. Pada usia ini seseorang itu juga telah berpendapatan.
Sudah memahami maksud tujuan dia dilahirkan sebagai lelaki atau perempuan yang muslim.
Dia sudah mempunyai asas untuk menentukan sifat yang dimilikinya samada menjadi seorang muslim atau seorang munafiq atau seorang murtad atau menjadi seorang yang syirik atau menjadi seorang kafir.


Dia tidak memandang ke wajah saya. Berpura-pura tidak mengetahui bahawa saya bersuara hanya dengan pena yang masih banyak kelemahannya tatkala yang dimahukannya ialah memberdayakan lelaki yang dikatakan sudah hilang wibawa karisma dirinya sebagai pemimpin.



Pada usia dua puluh lima tahun – seorang lelaki itu sudah tentu matang tidak keanak-anakkan. Wajar disedari umumnya ibu dan bapa masa kini kelihatan bersifat kebudak-budakkan tanpa menyerlahkan wibawa diri sebagai ibu dan bapa.

Pada usia dua  puluh lima tahun – seorang lelaki itu sudah tentu sudah mempunyai pendapatan. Rasulullah Sallallahualaihiwasallam telah berkerja sewaktu berkahwin dengan Ummi Mukminin Siti Khadijah binti Al-Walid.

(semak soalan saya terhadap pada usia berapakah seseorang itu wajar mempunyai simpanan tunai sendiri dan wajar pada ketika usia berapakah seorang lelaki itu mulai mempunyai hutang?)

Pada usia dua puluh lima tahun – seorang lelaki itu sudah mempunyai pendirian dan pandangan yang jelas terhadap fokus dan tanggungjawabnya untuk beramanah dan dipercayai.

Pada usia dua puluh lima tahun – seorang lelaki itu sudah upaya memahami erti setia  dari amanah bernikah.
 
Adakah usia lapan belas tahun dan enam belas tahun memahami maksud Rasulullah Sallallahualaihiwasalam :
"Sesiapa yang berkahwin sesungguhnya dia telah memelihara sebahagian daripada agamanya."
 
Dia diam seperti lazimnya untuk tidak mahu menunjukkan maklum balas.
 
Benarkan saya mengundi jika dikau memahami maksud berkasih sayang!
 
Saya tidak melihat perkaitan mu. Tiba-tiba dia menjawab.
 
Berfikir mengikut Al-Quran menjadikan disifarkan masalah pelbagai bidang aktiviti. Teladan dari Rasulullahallahualaihiwasalam menjadikan syariat mudah difahami untuk dilakukan.
Terfikirkah dikau tentang sumbang mahram?
Bayangkan bila seorang bapa mendakap anak gadisnya yang berusia enam belas  tahun tatkala bapanya berkahwin pada usia lapan belas tahun sementelahan kini kesihatan sudah semakin menukar sifat semulajadi kita untuk menganuti ego kerana berjaya kekal kelihatan muda pada usia yang semakin senja.
 
( I do not need your order to think I am ‘someone’ as what you use to be when you just want to have the ‘isue and idea’)
 
 

Saya tidak suka konsep ‘Rumahku Syurgaku’ tatkala sebagai amanah menjadi seorang mukmin, syurga wajar diperzahirkan di mana-mana atas dasar sifat sakinah dan salamah menerbitkan damai oleh mawaddah kerana barakah.
Pemoderator tidak beretika dengan akhlak yang murni apabila menganjurkan agar bapa yang muslim  memelok anak gadisnya atau mendakap anak gadisnya atau mencium anak gadisnya bagi menzahirkan kasih sayang.
Begitu juga di sebalik penzahiran kasih sayang di antara seorang ibu dengan anak lelaki mereka...
 
BENARKAN SAYA MENGUNDI TANPA SYARAT TATKALA SAYA BELUM MENGGUGURKAN KERAKYATAN TANAH AIR.


 

Rabu, 16 Januari 2013

Menghapuskan Nilai-Nilai Baik Masa Depan Siapa?

Mengapa blogspot.com menggagalkan muat naik turun gambar-gambar yang dipilih untuk membuktikan hak milik dan hak cipta bagi kesemua catatan-catatan saya di blog-blog yang saya lahirkan secara bersendirian?

Status saya di blog-blog BentalaKendirTunjangnyaAkarAkidah adalah bersifat bersendirian tanpa wujud perkongsian untuk menghasilkan penulisan secara bersama.

Saya mahukan hak cipta di atas setiap catatan saya di blog-blog BentalaKendiriTunjangnyaAkarAkidahMengubahDunia.

Apakah setiap aktiviti peribadi seorang muslimah dan wanita dari timur memerlukan dokongan dari mana-mana pihak untuk dijayakan?

Apakah terlalu naif untuk kami berdiri sendiri tanpa perlu mendapatkan dokongan anda?


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Why blogspot.com thwart all my download selected images to prove ownership and copyrights of all my entries at my blogs?


My status BentalaKendiriTunjangnyaAkarAkidah blogs exist is independent writer without partnership to produce writing with anyone..


I wants a copyright on every note at my BentalaKendiriTunjangnyaAkarAkidahMengubahDunia blog.


Must every personal activity from a malay muslim married lady like me  which come from the east need the support of any party to accomplished?


Does we being too naive to stand on our own?

Who is control my pictures image on my facebook?

Rabu, 2 Januari 2013

Seni Hias Mu Membuat Ku Gundah


Sesungguhnya dikau tidak boleh meletakkan mata saya ke atas Amerika.

"Mengapa"?  dia bertanya.

Saya tidak pernah berada di sana. Saya tidak boleh mengatakan apa yang saya tidak lihat. Saya tidak boleh melihat dengan menggunakan mata dikau!

Apakah kamu mahu saya berkata bohong? Kita masih berada di awal tahun yang telah saya raikan ketika hijriah islam mula memberi tanda sebaik sahaja bulan Zulhijjahh berakhir sejurus ibadah haji disempurnakan.

Saya juga telah meraikan ulang tahun Kekasih Allah yang dikau tidak kenal walau pun baginda Sallallahualaihiwassalam itu seorang ahli syurga.

Saya telah menerima dengan kerasionalan hari-hari dikau memperingati Nabi Isa alaihissalam walau pun saya menolak untuk menerima pendirian mu yang mewarisi pendirian nenek moyang mu untuk menjadikan Nabi Isa itu anak Tuhan.

Apakah yang masih tersemat di hati mu mengenai kehadiran saya di sini?

Salah yang manakah yang masih saya perlu perbetulkan lagi?

Khilaf apakah yang masih membuatkan diri mu membenci suara-suara saya yang tidak saya ucapkan di bibir.

Apakah pena saya sangat menyakitkan hati mu tatkala saya tidak melihat keperluan untuk menerima permainan kebangsaan negara mu sebagai antara acara sukan yang saya sukai?

Saya masih tidak suka melihat pakaian ketat pemain mu yang masih menyerlahkan tanda seksual yang menjadi budaya pemakaian pakaian masyarakat mu!


 

Kami diam membisu semula.

Tidak ada apa-apa lagi yang boleh dilakukan apabila saya tidak menyukai jenis sukan itu dengan alasan yang munasabah untuk diberikan perhatian.

Sudah berulang kali saya menyatakan padanya, memandanglah kepada orang lain yang masih ramai dan jauh lebih berkelayakan untuk memuaskan hatinya. Biarkan saya dengan apa yang saya suka untuk melakukan tanpa dia perlu rasa terganggu jika saya mempunyai perbezaan minat dan kesukaan dengannya.

Pakaian semata-mata bukan budaya jika ia dibentuk oleh karyawan dan para seniman serta budayawan semata-mata.
 
"Walau pun dikau sendiri menyatakan tentang ayat ke lima puluh sembilan surah Al Ahzab yang dikau minta  diterima tentang keperluan wujud industri pakaian di kalangan wanita muslim?"
 
Tabaruj mereka dan kreativiti menzahirkan 'kecantikan' itu menjadi rintangan yang sukar untuk saya rahsiakan kesiluan yang menguasai emosi ini.