Jumaat, 18 Januari 2013

Saya Mahu Mengundi !

Bagaimanakah menzahirkan kasih sayang?

Izinkan saya mengundi!

Dia tersenyum ...

Asas-asas kekuatan sebuah negara ialah tiada sesiapa yang berhak diabaikan walau bagaimana keadaannya jika benar semangat patriotik itu adalah dari sumber berkasih sayang.

Senyum itu tidak memberikan apa-apa imbuhan bila saya tidak dibenarkan mengundi!

Lantas kerana berhangat hati dia menawarkan satu perkhidmatan:

Sila berikan undi terhadap  penguatkuasaan undang-undang telah membenarkan remaja lelaki berusia 18 tahun dan remaja perempuan berusia 16 tahun berkahwin.

Kali ini senyumnya mempunyai suara.


Jika benar mahu mengikut sunnah Rasulullah Sallallahhualaihiwassalam, baginda berkahwin pada usia dua puluh lima tahun.
Ini sunnah nabi yang paling mudah untuk diikuti!

Sediakah diikuti sunnah Rasulullah Sallallahualihiwassalam? Baginda berkahwin pada usia dua puluh lima  tahun.

Sunnah Rasulullah Sallallahualaihiwassalam bukan lagi wajar sekadar merujuk poligami dengan empat isteri dan istilah baki quota tiga sebagai isu ummat bagi menunjukkan tanda beriman!


Pada masa ini usia dua puluh lima tahun adalah usia yang matang setelah mempunyai pengetahuan apabila telah menamatkan pendidikan. Pada usia ini seseorang itu juga telah berpendapatan.
Sudah memahami maksud tujuan dia dilahirkan sebagai lelaki atau perempuan yang muslim.
Dia sudah mempunyai asas untuk menentukan sifat yang dimilikinya samada menjadi seorang muslim atau seorang munafiq atau seorang murtad atau menjadi seorang yang syirik atau menjadi seorang kafir.


Dia tidak memandang ke wajah saya. Berpura-pura tidak mengetahui bahawa saya bersuara hanya dengan pena yang masih banyak kelemahannya tatkala yang dimahukannya ialah memberdayakan lelaki yang dikatakan sudah hilang wibawa karisma dirinya sebagai pemimpin.



Pada usia dua puluh lima tahun – seorang lelaki itu sudah tentu matang tidak keanak-anakkan. Wajar disedari umumnya ibu dan bapa masa kini kelihatan bersifat kebudak-budakkan tanpa menyerlahkan wibawa diri sebagai ibu dan bapa.

Pada usia dua  puluh lima tahun – seorang lelaki itu sudah tentu sudah mempunyai pendapatan. Rasulullah Sallallahualaihiwasallam telah berkerja sewaktu berkahwin dengan Ummi Mukminin Siti Khadijah binti Al-Walid.

(semak soalan saya terhadap pada usia berapakah seseorang itu wajar mempunyai simpanan tunai sendiri dan wajar pada ketika usia berapakah seorang lelaki itu mulai mempunyai hutang?)

Pada usia dua puluh lima tahun – seorang lelaki itu sudah mempunyai pendirian dan pandangan yang jelas terhadap fokus dan tanggungjawabnya untuk beramanah dan dipercayai.

Pada usia dua puluh lima tahun – seorang lelaki itu sudah upaya memahami erti setia  dari amanah bernikah.
 
Adakah usia lapan belas tahun dan enam belas tahun memahami maksud Rasulullah Sallallahualaihiwasalam :
"Sesiapa yang berkahwin sesungguhnya dia telah memelihara sebahagian daripada agamanya."
 
Dia diam seperti lazimnya untuk tidak mahu menunjukkan maklum balas.
 
Benarkan saya mengundi jika dikau memahami maksud berkasih sayang!
 
Saya tidak melihat perkaitan mu. Tiba-tiba dia menjawab.
 
Berfikir mengikut Al-Quran menjadikan disifarkan masalah pelbagai bidang aktiviti. Teladan dari Rasulullahallahualaihiwasalam menjadikan syariat mudah difahami untuk dilakukan.
Terfikirkah dikau tentang sumbang mahram?
Bayangkan bila seorang bapa mendakap anak gadisnya yang berusia enam belas  tahun tatkala bapanya berkahwin pada usia lapan belas tahun sementelahan kini kesihatan sudah semakin menukar sifat semulajadi kita untuk menganuti ego kerana berjaya kekal kelihatan muda pada usia yang semakin senja.
 
( I do not need your order to think I am ‘someone’ as what you use to be when you just want to have the ‘isue and idea’)
 
 

Saya tidak suka konsep ‘Rumahku Syurgaku’ tatkala sebagai amanah menjadi seorang mukmin, syurga wajar diperzahirkan di mana-mana atas dasar sifat sakinah dan salamah menerbitkan damai oleh mawaddah kerana barakah.
Pemoderator tidak beretika dengan akhlak yang murni apabila menganjurkan agar bapa yang muslim  memelok anak gadisnya atau mendakap anak gadisnya atau mencium anak gadisnya bagi menzahirkan kasih sayang.
Begitu juga di sebalik penzahiran kasih sayang di antara seorang ibu dengan anak lelaki mereka...
 
BENARKAN SAYA MENGUNDI TANPA SYARAT TATKALA SAYA BELUM MENGGUGURKAN KERAKYATAN TANAH AIR.


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan