Isnin, 30 Januari 2012

Sikap Siapa?



Saya terbaca facebook salah seorang anak saudara mengenai pandangan pelajar-pelajar tanah air yang berada di luar negara atas isu penurunan gambar ketua negara kami.


Spontan saya catatkan catatan ringkas ini :


Pandangan-pandangan pelajar-pelajar itu terlalu umum untuk mengimpakkan satu sikap tatkala sangat perlu satu pendirian dilakukan atas tindakan pelajar dari Universiti Pendidikan Sultan Idris.


Isu-isu yang tidak dapat dimanafaatkan perlu ditiadakan.


Tidak perlu wujud isu-isu terpencil menjelang pilihanraya kerana fokus yang diperlukan ialah peluang dan kesempatan untuk dibenarkan pembetulan dilakukan oleh rakyat terhadap kepercayaan dan amanah yang sewajarnya telah dilihat kesan impak dan pengaruh kepimpinan sepanjang kuasa diamanah.
  
Watak pelajar hari ini ialah menggunakan sepenuh maklumat.


Apabila mendapat informasi yang salah keliru dan tidak benar ia menjadikan kita mengambil sikap yang upaya dipertikaikan.


Fitnah menjadi sifat intelek?


Siapakah yang memberikan sifat intelek kepada pelapor fitnah di media dan sesalur multimedia dan komunikasi?


Bagaimana pelajar kita membina imej?


Adakah ia dibina oleh  sistem?


Dibina oleh pendidikan?


Dibina oleh politik dan parti?


Dibina oleh keluarga?


Dibina oleh persekitaran, sekolah, kolej, universiti, jabatan tempat kita berkhidmat?


Dibina oleh organisasi, persatuan dan negara lain?




Jumaat, 20 Januari 2012

Lapangkan Emosi Terkawalkah Aksi?


R, perasan saya tertekan lagi …


Semakin memualkan dengan kesengajaan yang disediakan merintangi jalan-jalan yang mahu saya lalui. 

Paling mundur dirasakan apabila inilah cara mereka berpendapatan setelah memanipulasi sepenuhnya kemajuan interaksi teknologi.


Memalukan R tatkala masih kematian mu semakin sepi dari diingati.


Mereka melahirkan masyarakat pengguna yang berkelahi untuk meningkatkan jenama. 

Tadi ku temui wawaran untuk diperolehi televisyen-televisyen percuma hanya dengan mengklik pada butang yang disediakan.


Jenama yang tidak laris sering diberikan secara percuma. 


Seperti terlihat senyuman R seimbas lalu.


Kejahilan rakyat marhaen kini hasil dari keperluan politik yang menjadi pekerjaan baru dengan pelbagai jawatan seperti  Presiden, Perdana Menteri, Menteri, Ahli-Ahli Yang Berhormat yang berkerja di Parlimen atau Dewan Senate yang disatukan atas beberapa dasar yag dinamakan perjuangan tatkala keadilan sepenuhnya menjadi trend pembudayaan untuk diorganisasikan masyarakat dunia.

Saya benci dengan semua ini R apabila atas nama karya senii maka khalayak seniman dan seniwati berbondong-bondong datang untuk dijadikan semula ikon kerana faktor perniagaan setelah mendapat restu ahli politik.

Mereka akan mewakili penceritaan dari skrip-skrip yang tidak dituntut hak cipta dan hak karyanya yang berstatus harta intelek setelah dirintangi dengan cabaran pelupusan tarikh sijil dan syarat-syarat dokumen yang tidak pernah diajari di sekolah-sekolah.

Pelupusan hak cipta dari karya mereka ini juga dihapuskan oleh tunggakan-tunggakan tuntutan dari beberapa butir kandungan dokumen yang dinyatakan perlu dibayar premium dan kadar perkhidmatan yang menggunakan sistem perisian komputer yang lansung tidak diketahui oleh pembeli komputer riba R.


R, tidak sedia membalas ujaran-ujaran yang tidak menarik minatnya.


Apakah lesen-lesen tawaran perkhidmatan tetap sah di sisi undang-undang apabila saya menolak apa-apa persetujua dan keizinan yang tidak ditandatangani dengan tanda tangan saya sendiri sebagai pemilik bagi nama tejathanaif @ thanaif, R?

 

Dikau terlalu berasa taksub pada namamu thanaif? R bersuara.


Mari kita cuba buangkan nama kesemua nama -nama Presiden, Perdana Menteri, Raja serta Sultan malah Permaisuri England dan Syeikh-Syeikh Arab dengan nama-nama yang kita nafikan hak mereka ke atas nama itu.

 

Bolehkah dilakukan begitu thanaif?


Mari kita gunakan nama symbol-simbol bintang porno yang suka mendedahkan dada dan celah kangkangnya atau kita bersama-sama menggunakan nama yang menjadi simbol lelaki gagah untuk kita gunakan kekuatan dan kebolehan daya penis mereka mengembang bagus menembus lubang ponggong.


thanaif...  dikau sudah tidak berbudi bahasa? Kata adat mu kerana berani nama celaka.


Dikau tidak mengetahu R, kini di pawagam yang dikunjungi oleh keluarga, ibu bapa, anak-anak di bawah usia malah datuk serta nenek semakin berani meletakkan adegan wanita lelaki berkucupan di atas katil dengan aksi ghairah yang diselitkan kurang sesaat paparan bagi menggambarkan bangsa arab turut memiliki hak dan kebebasan untuk menjadi moden.


Bukankah dikau bersetuju untuk membenarkan bahawa bukan semua arab itu beriman dengan agamanya sama seperti penolakkan yahudi terhadap keimanan kepada Nabi Isa (as)?  


Saya telah diberikan amaran R, agar tidak  menyentuh itu dan ini yang sudah menjadi tradisi lazim dekad-dekad lalu kerana ia upaya melumpuhkan kebangkitan bangsa arab tatkala mereka mendakwa mereka masyarakat yang inginkan segalanya baru...

Rabu, 18 Januari 2012

Di Manakah teja ku?

   


Catatan Laila Ali di facebook pada 10 hb Disember 2010 jam 846 pagi

Teja tahu saya akan kekal mencabar mimpi-mimpi yang ditenun di atas hikayat juga metos.


Lalu saya sulamkan ayat-ayat mesra gandingan rasa nurani bukan emosi semata-mata buat menenangkannya.



Teja, saya terlihat wujud motif yang keterlaluan difokuskan dari jalinan idea sehingga upaya menyempitkan kerasionalan minda.

Mengapakah segala Dang dan kerabat  teja begitu sekali mahu dikenali sehingga terzahir cemar tatkala mereka  mendominasi bangsa perdana?

Duhai teja, perbezaan di antara keberanian menerima cabaran dengan sedia tidak berpakaian oleh penghayatan makna kebebasan (freedom) samakah prosesnya dengan keberanian menerima cabaran bagi menentukan kejayaan?


'Apakah moral tidak menjadi pemikiran bagi budaya?' begitukah makna tanya mu, thanaif?


Lantas budaya tidak berpakaian dari peradaban kemodenan yang mana wahai tun teja ku?


Ahhhh  seakan daku mendengar dikau membisik mahukah televisyen-televisyen dan cakra pemancar satelit gelombang internet mu menjawabnya?


Teja, Daku meminta dikau menjawabnya! Bolehkah penerbit dan pemilik stesyen-stesyen perbadanan penyiaran mu tampil memberikan ulasan?


teja!  Sekali lagi ku ujarkan pertanyaan perbezaan di antara keberanian menerima cabaran dengan berbogel kerana menghayati makna kebebasan atau ilham luahan idea menyenikan kehalusan keindahan itu samakah prosesnya dengan keberanian menerima cabaran bagi menentukan kejayaan?


Jika dikau tidak memahaminya teja biar daku mudahkan ujaran ku.

Bagaimanakah mengenali ciri-ciri etnik kelompok yang suka berbogel dan etnik yang suka melihat orang berbogel?

Dari thanaif Kepada Tun Teja (Bukan tejathanaif)


 

Catatan yang tertulis sekitar jam 1116 bertarikhkan 14/11/2010 di Facebook  
Laila Ali yang mencatatnya pada 10 hb Disember 2010 jam 8.25 pagi di Facebooknya.


Eid Adha kali ke lima di sini masih tidak menyantunkan budi untuk hati menjuarai diri.

Batin nalurinya semakin buta setelah lama dilumuri oleh keindividualan material sesetengah masyarakat penghijrah  sebagaimana masyarakat tempatannya.


Ya di sini semangat kejiranannya seakan mati.


Lingkaran sempadan apakah yang melengkari keluasan informasi semakin dihayati tatkala hidup semakin mudah apabila bernafsi-nafsi yakni bersendiri sendiri?


Ego menjadi pakaian yang membaluti diri kebanyakan kami (diri sendirilah tu)


Masakan tidak setiap ragam dan sifat identiti kerakyatan yang berbagai jenis lokasinya menjadi ramuan yang sudah tidak menyelerakan untuk menjadi santapan minda dan sisi rasa jiwanya untuk berbudi.


Jiwa budi sifat halusnya pada rasa. Tatkala rasa tiada peka sudah menjadi indera yang disia-siakan.


Mana pernah pada waktu yang lalu jiran saling tidak bersapaan?

Saling tidak bertegur sapa malah yang tinggal serumah juga sedia saling membisu lantaran kononnya miliki darjah keintelektualan yang ditinggikan oleh keprofesionalan kerjaya.

Dengan perlahan-lahan sifat seperti ini dipandang rendah oleh naluri keinsanan saya.

Sukar untuk menghormati sikap dan budaya masyarakat profesional ini yang seakan-akan wewenang-wenangnya mahu menempatkan keminoritiannya di tengah-tengah keluasan kegloblalisasian alam.


Membina dinding ego yang upaya memusnahkan hubungan malah kasih sayang dan kepercayaan.

Kegagalan budaya yang manakah yang dipaksakan di pikul ke atas emosi dan spritual insan kita?


Kedaerahan yang berbagai dailek pengenalan diri masih menjadikan kami saling sedia berjabat salam juga berdakap erat di pagi eidul fitri mahu pun eidil adha tatkala diselayang imbaskan suasana 'kampung' daerah permukiman yang jauh dari mata. 
Rumah sentiasa terbuka untuk sesiapa yang sudi berkunjung tanpa diambil kira antara kami saling kenal atau tidak tanpa undangan atau tidak ditawarkan jemputan.


Namun di sini segala-galanya agak asing. 

Dan sifat diri para pekerja yang berstatuskan 'buruh mahir atau separa mahir atau tidak mahir' perlu pandai-pandai membawa diri agar ke mana pergi tidak ada mahu mencurigai atau dipandang hanya sebagai kuli yang dianggap lebih baik dari dianggap abdi. Ya kami semua di sini hanya berstatus pekerja yang dibayar gaji lalu usah antara kita rasa terlalu berada di tempat yang tinggi kerana semuanya sama serupa makan gaji bila berhijrah ke sini mengambil tempat rakyat kaya yang suka hidup bersenang diri.


Dia sering memandang kepada wajah-wajah yang tidak menawan yang berjam-jam berada di bawah status 'pencuci' di kaki-kaki lima dan kamar-kamar rehat yang hanya dilihat sebagai pekerja kecil yang digaji untuk membersihkan setiap kekotoran yang ditinggalkan oleh mereka yang bertanggung-jawab menyumberkan pendapatan untuk mereka kenang sebagai jasa dan budi.


Enam jam berada di dalam tandas sahaja?


(Apakah tun teja (pastinya teja terkejut mendapat gelaran tun bagi menjarakkannya dari miliki unsur india) wajar diberitahu bagaimana daku pernah bertengkar dengan pekerja Nepal dan negara kejiranannya yang kebanyakannya menjaga pintu masuk lapangan terbang dan premis perniagaan yang bersikap kurang bahasa terhadap wanita awam yang bukan dari keturunan arab dan barat?  Malah wujud juga pencuci dan penjaga bangunan yang bersikap sombong hanya atas sikap keenggaan mereka  melayani pengaduan penyewa wanita yang bukan arab atau barat?)


Etika pekerja bawahan ini mewujudkan persamaan dengan gadis-gadis Asia yang menjual wangian di premis yang hanya sedia menyembur wangian kepada mereka yang berwajahkan paras rakyat tempatan dan mereka yang agak kuning putih dan oren rambutnya.


Terbit di dalam minda ku memandang kesemua persoalan kecil ini apakah sememangnya pada realitinya di antara kami sebenarnya saling tidak sedia menghormati kebersamaan berasal dari Asia? (justeru itu tun teja, daku lebih suka melihat Asia itu ialah yang berada nun jauh di Timur dan Tenggaranya sahaja)


Realiti sememangnya tidak disukai.

Lantaran saya tidak sedia bercakap bohong ternyata hipokrasi itu menjadi milik kebanyakan kami di sini.

Wujud nota di dalam bahasa lain: "It not my fault but your fault to spying on every critical notes wrote by me. You want idea? Try give the solution to this small matter :

"Benarkah thanaif di Starbuck Coffe ada surat akhbar yang bernaskah-naskah ditinggalkan begitu sahaja umpama sampah di atas lantai?"


"Usah mengumpat. Lusa kita bereidul adha. Nanti tidak tahu kepada siapa mahu dipohonkan kemaafan."


"thanaif! Dikau sering mencerca dan meledakkan kemarahan mereka dan kini dikau mahu menjadi orang yang berbudi luhur pula?"


"Dikau mahu isu yang sama? Ramai manusia berhidung tinggi ketika berada di negara Teluk walau pun mereka hanya berstatus pekerja upahan yang makan gaji.Tidak diperlukan mereka akan diganti"


"Kini dikau menjadi pengumpat thanaif!"


"Tidakkah dikau berupaya memandang bahawa kebanyakan mereka di sini memang berhidung tinggi yakni agak panjang kerana mancung hidungnya walau pun mereka bukan berkacukkan Si Pinachio meski sedar berbohong dan sedia untuk tidak bercakap benar"


"Lalu mereka yang berhidung pesek yang ukuran lubang lubang hidungnya agak mengembang ke kiri dan kanan adakah akan berubah bentuknya apabila berbicara secara tidak benar thanaif?"


"Mengapa dikau tersenyum tun teja seakan ada bahasa diri mu yang tidak upaya ku fahami?"


"Mereka yang berada di Asia Jauh kerap berhidung pesek thanaif. Termasuk diri mu."


"Masih ada yang lebih pesek dari hidung kami tun teja."


"Sudah thanaif. Berhenti dari berbicara yang sia-sia. Jika masih marah dan radang mu masih bersisa hilangkanlah diri mu buat seketika."



Adakah selama ini tun teja menyangka daku berbohong dan berbicara tanpa alasan? 

Sedangkan tujuan daku berada di sini adalah untuk bercakap benar dan tidak sedia berbohong dalam usaha menjadikan ummat itu didenyutkan semula roh insannya tatkala dajjal itu sifatnya berdusta.


Bagaimana mahu berujar yang benar tanpa menipu andai dikatakan pernah terbujur kaku seorang lelaki india di pintu masuk ke pangsapuri kami bersendirian sebaik sahaja keluar dari kenderaannya? Kami tidak mengenalinya walau pun dia jiran kami. Tidak pernah bertegur sapa kerana tidak pernah tahu dia tinggal di hadapan pintu rumah kami. 
Dan kejadian yang menimpanya hanya diketahui dari jiran senegara kami yang pulang dari bertugas. 

Begitulah realitinya tun teja, bukan mimpi dan imaginasi yang dibina dengan sengaja saya berada di sini.
 ·  ·  · Kongsi · Padam

Sabtu, 14 Januari 2012

Nama Yang Tidak Ada Tanda Harga?



Adakah lingkaran paip minyak dan  air memerlukan dunia bersengketa?   


Saya cuba berjujur menyatakan maksud sebenar dari kiriman-kiriman pesanan ringkas yang dinafikannya selama ini bukan dikirimkan oleh telefon bimbit Samsung atau Nokia atau Motorola atau BlackBerry atau HTC atau IPhone.




Dia boleh membaca huruf-huruf yang dikirimkan?


Saya tidak pasti tetapi saya semakin mual dengan cara dia menunjukkan statusnya.


Adakah hanya mahu mendiamkan sahaja sikap yang begitu?




Semua perkara mahu isu-isu yang baru tatkala sejak berzaman semua idea dibentangkan semula untuk diberikan pragdigma baru. Dan saya hanya mampu bersabar.




Saya mencuba memberikan pandangan baru padanya dengan pendekatan baru tetapi masih berasaskan isu lama.


Ini catatan lama tetapi saya gandingkan dengan pendekatan baru.





2008
Bagaimanakah ketidakseimbangan ekonomi dilihat antara punca melebarnya jenayah di dalam sosial masyarakat dan bagaimanakah jurang yang dalam antara status di dalam masyarakat membudayakan penyalahgunaan amanah dalam ertikata yang lain adakah lingkaran paip minyak dan  air memerlukan dunia bersengketa sedangkan sumber-sumber tenaga upaya dikitar dan ditukarganti dalam bentuk yang lain oleh penyelidikan, konflik terus wujud apabila agihan pendapatan kekal tidak seimbang dari dasar memonopoli hingga demokrasi dijadikan sasaran untuk tidak berfungsi.


Lama saya membiarkan catatan di atas tersimpan di dalam usb yang diberi nama tejathanaif tetapi dipadamkan oleh seseorang di usb yang saya beri nama thanaif.

Lalu saya gandingkan catatan lama itu dengan pendekatan baru agar dia membuka fikirannya yang sering menyatakan bahawa dia yang memberikan peluang kesempatan dan medan untuk saya berbicara. Dia terlalu banyak memelihara kepentingan. Dia cuba berahsia tetapi saya mengetahuinya.


Januari 2012
Saya kini berada di salah sebuah negara teluk yang kaya kepekatan mineral dan kandungan uraian molekul airnya.

Namun saya lebih cenderung untuk memperkatakan air semula jadi dari produk tanah air yang menjadi kepercayaan saya kerana ia upaya mencambahkan kecergasan daya fikir fizikal serta emosi.


Beyond Water salah satu produk tempatan yang sepenuhnya dikilangkan di tanah air wajar diberikan satu dimensi baru ke arah menjadikan ia sebagai sebuah empangan terusan bagi dibina ia sebagai Terminal Penstabil Aliran Air yang Keperlahanannya sesuai dibina oleh kerana kadar kandungan dari mineral pada gugusan air di negara Teluk, dengan kadar penurunan hujan yang sedikit tetapi memiliki mata air wadi yang banyak, empangan Beyond Water upaya dibina dan tidak lagi hanya menjadi mesin pengaliran aliran air untuk menjana air minuman di masa hadapan.


Lantaran mineral ini menjadi pemangkin kepada pengekalan ph di dalam air, kita memerlukan kesesuaian kandungan yang secara semula jadi dapat diperolehi oleh sifat dan ciri rupa bumi serta kandungan yang didapati agak tepat oleh kewujudan paksi magnet di tengah-tengah Semenanjung Arab ini.


Zeolite yang digunakan untuk menyahkan kandungan logam berat yang menjadikan sulfur yang terkandung di dalam tanah menerusi pyrolog salah satu jenis penapisan yang penting pada Beyond Water apakah upaya menjadi ciri empangan saliran air di permukaan bumi yang di dapati di kebanyakan negara teluk.


Saya sedang dalam proses memahami dan menguji untuk menukar sentimen dan elemen bahaya menjadi tidak bahaya.


Saya bukan gila untuk menyatakan kepada masyarakat yahudi atau arab nasrani di teluk bahawa mereka hanya membuang masa jika terlalu berseteru dengan muslim umumnya kerana mereka sedar mereka TIDAK BOLEH MEMINUM AIR LAUT dan mereka tidak memiliki minyak sebagai sumber untuk manusia beraktiviti.


Dia melumpuhkan minda wanita seperti saya dengan tujuan bagi memperolehi wang mudah sedangkan apa yang mereka mahukan ialah idea saya!


Mereka melihat keamanan hanya dengan bekalan senjata tatkala saya melihat keamanan itu adalah dengan mensolusikan kepentingan ummah mengatasi kepentingan peribadi apabila minyak dan air tidak mungkin bercampur oleh kandungan nilai manusia beraktiviti.


Dikau menzahirkan penjualan diri thanaif, tejathanaif berbisik perlahan.


Benar setelah mereka melelong menebus menggadai nama ku yang tidak diberikan tanda nama.




Isnin, 9 Januari 2012

Radio Mu Tetapi Telinga Ku


Siapa yang mendengar radio?


Anak-anak hanya menumpang mendengar radio apabila saya membuka radio.


Biasanya kami terpaksa mendengar radio yang sering merangkingkan carta lagu-lagu popular bagi menambah pendapatan negara dan syarikat pengeluar cakera padat dalam membiayai program untuk mencapai dasar kerajaan mereka.




Umumnya sering diberitahu kepada anak-anak, mereka terpaksa melahirkan 'pekerja amal' di kalangan khalayak karyawan insan seni mereka samada penyanyi atau pelakon atau pengarah atau pengeluar dan penerbit filem.


'Adakah mereka itu juga tergolong di dalam kategori pekerja buruh kanak-kanak?'




Soalan itu ingin saya tanyakan kepada Britney Spears, Justin Bieber malah mendiang Michael Jackson.


Tetapi tidak ada yang sedia membantu agar soalan itu upaya diajukan.




Lalu sesekali apabila petugas di radio memutarkan irama yang mempunyai kenangan masa dan tempuh popularnya kami berasa gembira.


Misalnya apabila terdengar lagu 'Who Lets The Dog Out' dan 'Wasn't Me' membuatkan saya dan anak-anak mengimbas terhadap perjalan kami sekeluarga terhadap perjalanan kami ke Utara England dari Manchester.


Kami melewati Leeds dan York menuju ke Glassgow bermalam di Dundee untuk ke Inverness bagi melihat dari kejauhan Pulau Skye yang melalui jalan-jalan kecil perkampungan di dalam rimbunan sesemak samun dan rimba renek yang diselaputi oleh salji pada batuan bahu jalan yang dilalui. 




Kami terkandas seketika sewaktu berada di Glassgow oleh runtuhan salji ketika itu.




Membayangkan empat orang dewasa dan empat orang kanak-kanak mengenderai kenderaan kecil seperti Ford Focus menuju destinasi-destinasi itu membuatkan kami tersenyum sendirian tatkala melalui laluan jalan raya yang menempatkan polis.




Banyak yang terimbas semula... membenarkan tekanan upaya disederhanakan.

Boleh Bertanya?

Mempelbagaikan cara mencatat upaya membantu direndahkan tekanan yang secara tiba-tiba muncul tatkala berhadapan dengan jalur interaksi gelombang dan frekuensi. Permainan emosi untuk mencabar minda sebagai modal insan saya anggap banyak merugikan masa.


Lalu saya catatkan ringkasan mengikut sifir tenaga yang disamakan dengan masa, kemahiran yang dimaksimumkan dengan kaedah cara guna.

Ini bukan sifir fizik kerana saya bukan pelajar aliran sains.

Soalan kepada Tuan pemiliki Syarikat Kapalterbang Di Dunia Muslim :

Alkohol sebagai sebahagian dari menu?                 Benar/Salah
Pramugari muslim dibenarkan bertudung?             Benar/Salah
Merokok  dibenarkan                                              Benar/Salah


Isunya mengapakah bukan muslim terlalu sensetif terhadap soalan sebegini?


Secara tiba-tiba teringat kepada 'rakan-rakan di udara' lalu dicatat tanya :

Tidak ada penipuan oleh Media?                                Benar/Salah
Tiada akses ketenteraan di tanah kaya sumber?      Benar/Salah
Tiada kadar faedah yang tinggi di bank?                    Benar/Salah
Wujud kertas yang menjual hutang?                           Benar/Salah
Negara kecil Singapura ada Israel Gabriel MK 1V   Benar/Salah


P/S:
May you never make a bias opinion on this small matter when we do need the secure system not just the solution after creating the problem.

Rabu, 4 Januari 2012

Membuli Juga Sebahagian Dari Imaginasi?

Bagaimanakah blog ini dipaparkan masa dan waktu yang berbeza dari waktu tempatan? Tajuk Saya Bukan Orang Amerika dinyatakan diterbitkan pada pukul 9.48 petang dan tajuk Lokasi Saya Bukan Di NZ/Australia dinyatakan diterbitkan pada pukul 10.22 petang.

Blog Ini Bukan Di NZ/Australia

Blog ini tidak berlokasikan di New Zealand atau Australia.

Saya Bukan Orang Amerika



Saya bukan rakyat Amerika dan tidak menyokong mana-mana calon yang sedang dilobi oleh masyarakat Teluk.



Hanya Muslim Sahaja Yang Mukmin?


3 Januari 2012

Saya tidak tahu apakah kritikan terhadap persediaan 2022 dilihat secara positif atau negetif oleh masyarakat negara ini.


Semenjak berpindah ke Al Mamoura terlihat sikap acuh tidak acuh masyarakat tempatan terhadap tanggungjawab yang digalas oleh mereka sebagai negara arab pertama menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Piala Dunia.


Sikap masyarakat tempatan.


Ini bukan soal kita. Anak-anak sering meningkah.


Buat apa berfikir perkara yang bukan menjadi hal kita?


Benar juga. Kita bukan rakyat negara ini.



Soalnya dunia sudah tidak memerlukan peperangan.


Kekuatan akhir zaman ialah kita diberikan peringatan oleh Allah agar menghindari peperangan sebagai tanda akal dioptimumkan semaksimumnya.


Anak-anak saya sering tersenyum dengan pencemaran yang wujud di hati saya.

Mereka membantah untuk terlalu memikirkan 2022.

Entah masih bernyawa lagi atau tidak kami pada waktu itu menjadi isu mereka.



Hanya orang bodoh dan tidak berperadaban sahaja yang sedia mengangkat senjata mencetuskan peperangan pada dekad yang mahu dikenali sebagai Mellinium.


Mereka salah kerana dekad zaman nanti ialah peredaran zaman ke hari akhirat.


(Kami sama-sama tersenyum adakah kiamat akan tertangguh lagi pada tahun 2012)


Bangsa yang bodoh ialah yang suka menyelesaikan masalah dengan senjata.


Tidak baik emak sering mengutarakan perkataan bodoh. Sudahlah perkataan bangsat seperti menjadi nyanyian di bibir emak.


Memang bodoh jika tamaddun dan peradaban moden ini mahu dikekalkan kemunasabahan wujudnya peperangan.


Mengapa bodoh dan siapa yang bodoh nie emak?


Bangsa yang bodoh ialah bangsa yang suka bergaduh.

Negara yang bodoh ialah negara yang suka mengirimkan tentera mereka ke negara orang lain.


Siapa?


Muhahahhahahaahhahahahahaaaaaaaaa kami tertawa.



Tidak ada sesiapa yang sedia dikenali sebagai bangsa yang bodoh.


Mengapa?


Mengapa diwujudkan bangunan tertinggi dengan sifat canggih teknologi?

Mengapa ada makmal di angkasa dengan didahului oleh pembinaan teropong Hubble?

Mengapa kitaran edar bagi kegunaan sesalur tenaga diperbaharui jika akhirnya semua ini dibinasakan oleh peperangan?

Mengapa mahu dibina berbagai gelanggang dan litar jika akhirnya hanya menempatkan khemah-khemah pelarian dan kenderaan tentera?



Siapa yang bodoh jika semua ini dimusnahkan?


Adakah kerana itu emak mahu melihat Kota Mukmin walau pun mukmin itu hanya akan wujud di negara muslim?


Saya sudah semakin 'malas' mahu menulis lagi.

Isnin, 2 Januari 2012

Catatan Di Bulan Muharram

Catatan ini antara catatan yang diamanahkan kepada Microsoft Word 2010 menyimpankannya. Walau pun banyak catatan saya dihilangkan, diubah dan digantikan dengan catatan lain, wujudkah microsoft word yang beretikakan etika keimanan?

Mesin tidak boleh beriman.

Masih saya diganggu oleh suara wanita yang berbisik tanpa segan.




Muharram memasukki hari ke sembilan pada hari ini yang menjadi gandingan untuk menjarakkan amalan orang yahudi yang berpuasa pada hari ke sepuluh Muharram, bagi memperingati bebasnya Nabi Muda (as)  dan kaumnya bani Israel dari Firaun yang ditenggelamkan oleh Laut Merah.


Anak-anakku tidak mengetahui makna Asyura dan Tasyura, Ramadhan.


Mungkin juga anak-anak Yahudi tidak lagi mengetahui siapa Nabi Isa dan siapa Nabi Ibrahim, siapa Nabi Musa dan siapa Firaun tatkala mereka diasuh secara intelek agar membenci Nabi Muhammad (SAW)


Mengapa Firaun membenci Nabi Musa dan kaumnya bani Israel.?


Ya adakah anak-anak Yahudi dan Nasrani ku menyedari bahawa sehingga hari ini di tahun 2011 masih gagal Yahudi memperbaharui tradisi-tradisi purba bahawa mereka masih diragui sedia melakukan perubahan tatkala Tuhan meminta muslimn beriman agar menegaskan bahawa bangsa itu tidak pantas diikuti kerana mereka dimuraki Tuhan.


Dikau terlalu berani,thanaif. Nanti dikau dimusuhi. 

Masih wanita itu berbisik di hati saya.


Mereka meminta saya melepasi 'beyond boundries' lalu saya perlu ke mana lagi apabila lingkaran saya ialah permukiman muslimin.



1432 hijriah ini menyebakkan luka yang dalam di dalam batin saya seperti Allah ‘membenci’ saya apabila Ramadhan banyak menguji  kelemahan realiti diri saya kerana ashiknya memahami hakikat dunia dan personanya.