Isnin, 30 Januari 2012

Sikap Siapa?



Saya terbaca facebook salah seorang anak saudara mengenai pandangan pelajar-pelajar tanah air yang berada di luar negara atas isu penurunan gambar ketua negara kami.


Spontan saya catatkan catatan ringkas ini :


Pandangan-pandangan pelajar-pelajar itu terlalu umum untuk mengimpakkan satu sikap tatkala sangat perlu satu pendirian dilakukan atas tindakan pelajar dari Universiti Pendidikan Sultan Idris.


Isu-isu yang tidak dapat dimanafaatkan perlu ditiadakan.


Tidak perlu wujud isu-isu terpencil menjelang pilihanraya kerana fokus yang diperlukan ialah peluang dan kesempatan untuk dibenarkan pembetulan dilakukan oleh rakyat terhadap kepercayaan dan amanah yang sewajarnya telah dilihat kesan impak dan pengaruh kepimpinan sepanjang kuasa diamanah.
  
Watak pelajar hari ini ialah menggunakan sepenuh maklumat.


Apabila mendapat informasi yang salah keliru dan tidak benar ia menjadikan kita mengambil sikap yang upaya dipertikaikan.


Fitnah menjadi sifat intelek?


Siapakah yang memberikan sifat intelek kepada pelapor fitnah di media dan sesalur multimedia dan komunikasi?


Bagaimana pelajar kita membina imej?


Adakah ia dibina oleh  sistem?


Dibina oleh pendidikan?


Dibina oleh politik dan parti?


Dibina oleh keluarga?


Dibina oleh persekitaran, sekolah, kolej, universiti, jabatan tempat kita berkhidmat?


Dibina oleh organisasi, persatuan dan negara lain?




Tiada ulasan:

Catat Ulasan