Rabu, 18 Januari 2012

Dari thanaif Kepada Tun Teja (Bukan tejathanaif)


 

Catatan yang tertulis sekitar jam 1116 bertarikhkan 14/11/2010 di Facebook  
Laila Ali yang mencatatnya pada 10 hb Disember 2010 jam 8.25 pagi di Facebooknya.


Eid Adha kali ke lima di sini masih tidak menyantunkan budi untuk hati menjuarai diri.

Batin nalurinya semakin buta setelah lama dilumuri oleh keindividualan material sesetengah masyarakat penghijrah  sebagaimana masyarakat tempatannya.


Ya di sini semangat kejiranannya seakan mati.


Lingkaran sempadan apakah yang melengkari keluasan informasi semakin dihayati tatkala hidup semakin mudah apabila bernafsi-nafsi yakni bersendiri sendiri?


Ego menjadi pakaian yang membaluti diri kebanyakan kami (diri sendirilah tu)


Masakan tidak setiap ragam dan sifat identiti kerakyatan yang berbagai jenis lokasinya menjadi ramuan yang sudah tidak menyelerakan untuk menjadi santapan minda dan sisi rasa jiwanya untuk berbudi.


Jiwa budi sifat halusnya pada rasa. Tatkala rasa tiada peka sudah menjadi indera yang disia-siakan.


Mana pernah pada waktu yang lalu jiran saling tidak bersapaan?

Saling tidak bertegur sapa malah yang tinggal serumah juga sedia saling membisu lantaran kononnya miliki darjah keintelektualan yang ditinggikan oleh keprofesionalan kerjaya.

Dengan perlahan-lahan sifat seperti ini dipandang rendah oleh naluri keinsanan saya.

Sukar untuk menghormati sikap dan budaya masyarakat profesional ini yang seakan-akan wewenang-wenangnya mahu menempatkan keminoritiannya di tengah-tengah keluasan kegloblalisasian alam.


Membina dinding ego yang upaya memusnahkan hubungan malah kasih sayang dan kepercayaan.

Kegagalan budaya yang manakah yang dipaksakan di pikul ke atas emosi dan spritual insan kita?


Kedaerahan yang berbagai dailek pengenalan diri masih menjadikan kami saling sedia berjabat salam juga berdakap erat di pagi eidul fitri mahu pun eidil adha tatkala diselayang imbaskan suasana 'kampung' daerah permukiman yang jauh dari mata. 
Rumah sentiasa terbuka untuk sesiapa yang sudi berkunjung tanpa diambil kira antara kami saling kenal atau tidak tanpa undangan atau tidak ditawarkan jemputan.


Namun di sini segala-galanya agak asing. 

Dan sifat diri para pekerja yang berstatuskan 'buruh mahir atau separa mahir atau tidak mahir' perlu pandai-pandai membawa diri agar ke mana pergi tidak ada mahu mencurigai atau dipandang hanya sebagai kuli yang dianggap lebih baik dari dianggap abdi. Ya kami semua di sini hanya berstatus pekerja yang dibayar gaji lalu usah antara kita rasa terlalu berada di tempat yang tinggi kerana semuanya sama serupa makan gaji bila berhijrah ke sini mengambil tempat rakyat kaya yang suka hidup bersenang diri.


Dia sering memandang kepada wajah-wajah yang tidak menawan yang berjam-jam berada di bawah status 'pencuci' di kaki-kaki lima dan kamar-kamar rehat yang hanya dilihat sebagai pekerja kecil yang digaji untuk membersihkan setiap kekotoran yang ditinggalkan oleh mereka yang bertanggung-jawab menyumberkan pendapatan untuk mereka kenang sebagai jasa dan budi.


Enam jam berada di dalam tandas sahaja?


(Apakah tun teja (pastinya teja terkejut mendapat gelaran tun bagi menjarakkannya dari miliki unsur india) wajar diberitahu bagaimana daku pernah bertengkar dengan pekerja Nepal dan negara kejiranannya yang kebanyakannya menjaga pintu masuk lapangan terbang dan premis perniagaan yang bersikap kurang bahasa terhadap wanita awam yang bukan dari keturunan arab dan barat?  Malah wujud juga pencuci dan penjaga bangunan yang bersikap sombong hanya atas sikap keenggaan mereka  melayani pengaduan penyewa wanita yang bukan arab atau barat?)


Etika pekerja bawahan ini mewujudkan persamaan dengan gadis-gadis Asia yang menjual wangian di premis yang hanya sedia menyembur wangian kepada mereka yang berwajahkan paras rakyat tempatan dan mereka yang agak kuning putih dan oren rambutnya.


Terbit di dalam minda ku memandang kesemua persoalan kecil ini apakah sememangnya pada realitinya di antara kami sebenarnya saling tidak sedia menghormati kebersamaan berasal dari Asia? (justeru itu tun teja, daku lebih suka melihat Asia itu ialah yang berada nun jauh di Timur dan Tenggaranya sahaja)


Realiti sememangnya tidak disukai.

Lantaran saya tidak sedia bercakap bohong ternyata hipokrasi itu menjadi milik kebanyakan kami di sini.

Wujud nota di dalam bahasa lain: "It not my fault but your fault to spying on every critical notes wrote by me. You want idea? Try give the solution to this small matter :

"Benarkah thanaif di Starbuck Coffe ada surat akhbar yang bernaskah-naskah ditinggalkan begitu sahaja umpama sampah di atas lantai?"


"Usah mengumpat. Lusa kita bereidul adha. Nanti tidak tahu kepada siapa mahu dipohonkan kemaafan."


"thanaif! Dikau sering mencerca dan meledakkan kemarahan mereka dan kini dikau mahu menjadi orang yang berbudi luhur pula?"


"Dikau mahu isu yang sama? Ramai manusia berhidung tinggi ketika berada di negara Teluk walau pun mereka hanya berstatus pekerja upahan yang makan gaji.Tidak diperlukan mereka akan diganti"


"Kini dikau menjadi pengumpat thanaif!"


"Tidakkah dikau berupaya memandang bahawa kebanyakan mereka di sini memang berhidung tinggi yakni agak panjang kerana mancung hidungnya walau pun mereka bukan berkacukkan Si Pinachio meski sedar berbohong dan sedia untuk tidak bercakap benar"


"Lalu mereka yang berhidung pesek yang ukuran lubang lubang hidungnya agak mengembang ke kiri dan kanan adakah akan berubah bentuknya apabila berbicara secara tidak benar thanaif?"


"Mengapa dikau tersenyum tun teja seakan ada bahasa diri mu yang tidak upaya ku fahami?"


"Mereka yang berada di Asia Jauh kerap berhidung pesek thanaif. Termasuk diri mu."


"Masih ada yang lebih pesek dari hidung kami tun teja."


"Sudah thanaif. Berhenti dari berbicara yang sia-sia. Jika masih marah dan radang mu masih bersisa hilangkanlah diri mu buat seketika."



Adakah selama ini tun teja menyangka daku berbohong dan berbicara tanpa alasan? 

Sedangkan tujuan daku berada di sini adalah untuk bercakap benar dan tidak sedia berbohong dalam usaha menjadikan ummat itu didenyutkan semula roh insannya tatkala dajjal itu sifatnya berdusta.


Bagaimana mahu berujar yang benar tanpa menipu andai dikatakan pernah terbujur kaku seorang lelaki india di pintu masuk ke pangsapuri kami bersendirian sebaik sahaja keluar dari kenderaannya? Kami tidak mengenalinya walau pun dia jiran kami. Tidak pernah bertegur sapa kerana tidak pernah tahu dia tinggal di hadapan pintu rumah kami. 
Dan kejadian yang menimpanya hanya diketahui dari jiran senegara kami yang pulang dari bertugas. 

Begitulah realitinya tun teja, bukan mimpi dan imaginasi yang dibina dengan sengaja saya berada di sini.
 ·  ·  · Kongsi · Padam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan