Isnin, 9 Januari 2012

Radio Mu Tetapi Telinga Ku


Siapa yang mendengar radio?


Anak-anak hanya menumpang mendengar radio apabila saya membuka radio.


Biasanya kami terpaksa mendengar radio yang sering merangkingkan carta lagu-lagu popular bagi menambah pendapatan negara dan syarikat pengeluar cakera padat dalam membiayai program untuk mencapai dasar kerajaan mereka.




Umumnya sering diberitahu kepada anak-anak, mereka terpaksa melahirkan 'pekerja amal' di kalangan khalayak karyawan insan seni mereka samada penyanyi atau pelakon atau pengarah atau pengeluar dan penerbit filem.


'Adakah mereka itu juga tergolong di dalam kategori pekerja buruh kanak-kanak?'




Soalan itu ingin saya tanyakan kepada Britney Spears, Justin Bieber malah mendiang Michael Jackson.


Tetapi tidak ada yang sedia membantu agar soalan itu upaya diajukan.




Lalu sesekali apabila petugas di radio memutarkan irama yang mempunyai kenangan masa dan tempuh popularnya kami berasa gembira.


Misalnya apabila terdengar lagu 'Who Lets The Dog Out' dan 'Wasn't Me' membuatkan saya dan anak-anak mengimbas terhadap perjalan kami sekeluarga terhadap perjalanan kami ke Utara England dari Manchester.


Kami melewati Leeds dan York menuju ke Glassgow bermalam di Dundee untuk ke Inverness bagi melihat dari kejauhan Pulau Skye yang melalui jalan-jalan kecil perkampungan di dalam rimbunan sesemak samun dan rimba renek yang diselaputi oleh salji pada batuan bahu jalan yang dilalui. 




Kami terkandas seketika sewaktu berada di Glassgow oleh runtuhan salji ketika itu.




Membayangkan empat orang dewasa dan empat orang kanak-kanak mengenderai kenderaan kecil seperti Ford Focus menuju destinasi-destinasi itu membuatkan kami tersenyum sendirian tatkala melalui laluan jalan raya yang menempatkan polis.




Banyak yang terimbas semula... membenarkan tekanan upaya disederhanakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan