Rabu, 4 Januari 2012

Hanya Muslim Sahaja Yang Mukmin?


3 Januari 2012

Saya tidak tahu apakah kritikan terhadap persediaan 2022 dilihat secara positif atau negetif oleh masyarakat negara ini.


Semenjak berpindah ke Al Mamoura terlihat sikap acuh tidak acuh masyarakat tempatan terhadap tanggungjawab yang digalas oleh mereka sebagai negara arab pertama menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Piala Dunia.


Sikap masyarakat tempatan.


Ini bukan soal kita. Anak-anak sering meningkah.


Buat apa berfikir perkara yang bukan menjadi hal kita?


Benar juga. Kita bukan rakyat negara ini.



Soalnya dunia sudah tidak memerlukan peperangan.


Kekuatan akhir zaman ialah kita diberikan peringatan oleh Allah agar menghindari peperangan sebagai tanda akal dioptimumkan semaksimumnya.


Anak-anak saya sering tersenyum dengan pencemaran yang wujud di hati saya.

Mereka membantah untuk terlalu memikirkan 2022.

Entah masih bernyawa lagi atau tidak kami pada waktu itu menjadi isu mereka.



Hanya orang bodoh dan tidak berperadaban sahaja yang sedia mengangkat senjata mencetuskan peperangan pada dekad yang mahu dikenali sebagai Mellinium.


Mereka salah kerana dekad zaman nanti ialah peredaran zaman ke hari akhirat.


(Kami sama-sama tersenyum adakah kiamat akan tertangguh lagi pada tahun 2012)


Bangsa yang bodoh ialah yang suka menyelesaikan masalah dengan senjata.


Tidak baik emak sering mengutarakan perkataan bodoh. Sudahlah perkataan bangsat seperti menjadi nyanyian di bibir emak.


Memang bodoh jika tamaddun dan peradaban moden ini mahu dikekalkan kemunasabahan wujudnya peperangan.


Mengapa bodoh dan siapa yang bodoh nie emak?


Bangsa yang bodoh ialah bangsa yang suka bergaduh.

Negara yang bodoh ialah negara yang suka mengirimkan tentera mereka ke negara orang lain.


Siapa?


Muhahahhahahaahhahahahahaaaaaaaaa kami tertawa.



Tidak ada sesiapa yang sedia dikenali sebagai bangsa yang bodoh.


Mengapa?


Mengapa diwujudkan bangunan tertinggi dengan sifat canggih teknologi?

Mengapa ada makmal di angkasa dengan didahului oleh pembinaan teropong Hubble?

Mengapa kitaran edar bagi kegunaan sesalur tenaga diperbaharui jika akhirnya semua ini dibinasakan oleh peperangan?

Mengapa mahu dibina berbagai gelanggang dan litar jika akhirnya hanya menempatkan khemah-khemah pelarian dan kenderaan tentera?



Siapa yang bodoh jika semua ini dimusnahkan?


Adakah kerana itu emak mahu melihat Kota Mukmin walau pun mukmin itu hanya akan wujud di negara muslim?


Saya sudah semakin 'malas' mahu menulis lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan