Isnin, 31 Ogos 2009

Di Mana Tanah Air Bagi Si Pemberani?

"Apakah benar kamu meraikan merdeka?"

"Freedomkah?"

Aduhai.

"Sudah berapa lama usia kemerdekaanmu?"

"My salarykah?"

Aduhai.

Ini makna merdeka buat dia.

"Bolehkah diterangkan Hudud di dalam agama Christian (Law of Moses)? Bagaimanakah diintelekkan sehingga hanya Hudud di dalam Islam sahaja diagendakan permusuhannya?"

"Dia tidak menjawab pun."

"Dia sedang berfikir."

"Perubahan pindaan seperti inikah yang memundurkan ummah sehingga beroleh kerugian di kalangan muslim, kristian dan yahudi yang memberikan ruang untuk atheis meliberalkan agama?"

"Tidakkah nanti cluster akan ditanam di halaman rumahmu?"

"Saya berharap dia bukan Irish atau Yahudi."

"Mungkin dia penyamar yang mengambil kesempatan."

"Bagaimanakah kehidupan beragama tidak dituntut sebagai satu cara hidup tetapi diingini dilahirkan penyelamat bagi ummah di millineum ini?"

"Dia tidak memahami bahasamu cuba ditanyakan kepada pemandai warga bangsa itu pula."

"Bertanya boleh? Mengapakah sukar dilunakkan kesahihan bahawa menerusi pengikonan Mimpi-Mimpi Amerika untuk kelahiran Idol yang mengkonsumerkan semula penjajahan mental merupakan sebahagian dari ‘tulah’ menjadikan Nasrani dan Yahudi sebagai pimpinan pencerahan ummat?"

"Bertanya itu boleh tetapi menjawab itu tidak pasti."

"Mengapa harus berulangan dipaparkan berita-berita ‘purbakala’ yang memenuhi laman-laman talian perisian komputer? Apakah diperkaitkan untuk generasi matrix yang mengendung kesan-kesan penuntutan hak awam sebagai sebahagian latar sejarah mereka dilahirkan?"

"Apakah tidak ada keinginan untuk memiliki rangkaian media yang lain selain dari apa yang telah tersedia ada? Inikah maksud pertanyaanmu?"

"Tidakkah terasa seakan-akan pengidolan menerusi medium ini telah menjadi sebagai bilah-bilah jarum yang menembusi jiwa kudus pengtauhidan akliah muslimin.?"

Tiada senyuman lagi.

Sabtu, 29 Ogos 2009

Bertandakah Air Di daun 'Keladi'?

"Bolehkah bertanya?"

"Apakah hak kebebasan yang memerdekakan minda itu diperjudikan?"

"Kamu mahu ke Las Vegas?"

"Monte Carlo juga ada medan perjudian."

"Dikau lupa di Genting Highland mu juga upaya dipertaruhkan berbagai jenis aura?"

"Namun dikau berjudi pada nilai kemanusiaan. Berjudi di atas kesengsaraan ummat yang dimiskinkan terlebih dahulu perut dan mindanya. Perhubungan siapa sebenarnya yang mahu dikau perjudikan?"

"Lazimnya tuduhan-tuduhanmu tidak berasas."

"Adakah wujud keberanian wanita-wanita untuk tampil ke hadapan untuk mengesahkan bahawa wujud kebenaran untuk nasib mereka diperjudikan atas tawaran-tawaran wang/tender perjanjian /muafakat yang dikompromikan misal pencarian cinta kasih simpati belas kasihan tumpuan yang disediakan habuan yakni wang dengan jumlah pakej yang lumayan?"


"Mereka membenarkannya! Usah dikau abaikan itu."


"Sejauh manakah kebenaran wujud cabaran-cabaran sesama lelaki dari kalangan komuniti eliet umpamanya, mencabuli kepercayaan wanita, kemudian mereka sedia memperjudikan nasib wanita dengan sesama sendiri mencabar untuk menikah atau menggauli secara berzina yang dimulai dengan sifat berpura-pura tertawan atau tertarik yang berakhir dengan penterjemahan peradaban yang tidak ada nilai moralnya?"


"Sebaliknya dikau lupa wujud fenomena wanita yang perlu didanakan sedia diletakkan sebagai pertaruhan untuk diperjudikan kecantikan dan kesengsaraannya bagi diekspolitasikan sepenuhnya oleh media?


"Adakah ia menyelesaikan masalah jenayah dan kerosakan moral akhlak ummat?"


"Jika ada dan ianya benar serta dipersetujui bolehkah dinyatakan ia dimunculkan dari minda sebelah mana atas dasar apa juga atas sifat bagaimana demi matlamat apa ia diwacanakan?"

"Daku mahu menyula mu dengan bisa ular Tedung!"

"Benarkah wujud sebaris karyawan seni juga pelakon-penyanyi wanita yang menyambut undangan lelaki-lelaki seperti ini atau wujud pula sebaris karyawan seni juga pelakon penyanyi wanita yang sedia menjalin hubungan seperti ini?"

"Anih dan pelikkah pada mindamu andai pertubuhan sosial dan atas nama kebajikan pada zaman moden dan serba boleh ini menjanakan pemepromosian seperti ini?"

"Saya tidak sedia berkompromi dengannya."

"Menghitung alasanmu tidak membuahkan apa-apa?"

"Apakah wujud masyarakat seperti ini untuk mengurus tadbirkan dunia dan cabaran-cabarannya dengan sifat saling cabar mencabar pengaruh mempengaruhi yang berakhir dengan imbuhan ganjaran menambah keuntungan tidakkah dikau melihat ia menambah cemar suasana di dalam sosial masyarakat yang sedia wujud dengan jenayah dan cara hidup tidak berakhlak apabila para lelaki mengabaikan hubungan pernikahannya sehingga sedia meruntuhkan institusi keluarganya sendiri yang bukan dibina di dalam tempuh masa yang singkat dan wujud pula fenomena para wanita yang sedia membalas perbuatan dan khianat lelaki-lelaki ini dengan mengulangi tindakan yang serupa?"

Anda bertaruh untuk merenggangkan hubungan siapa?
Atas nama fitnah?
Jika atas kebenaran mengapa wajar berahsia dan berencana?
Sila
Sila mampir ke hadapan.

Ahhh,Ramadhanku masih hanya bulan.

Rabu, 26 Ogos 2009

Di Manakah Dikau Intelek (Di Barat Atau Timur?)

"Masih termenung?"

"Kesukaran rasa ke manakah mahu dihala?"

"Mengapa?"

"Bagaimanakah jenayah terus kekal berada di dalam masyarakat?"

"Masihkah diigaukan mimpi-mimpi berimaginasi?"

"Mimpikah yang dianyam tatkala sukar dibezakan tingkatan-tingkatan jenayah di antara kolar putih dan kolar biru andai benar faedah-faedah ekonomi menyama ratakan keadilan dengan kebenaran dan siasah demokrasi Islam wujud sebagai teladan?"

"Digubahkah ini sebagai mimpi?"

"Sudah tidak berwajah minda ini tatkala keterlaluan ditebus jasa sekehendak hati tanpa pernah dihormat diri."

"Dendangan itu dikicau oleh sang unggas di rimba. Di raya rimba peraturan tidak diperundangkan."

Senyum lagi.

"Berpradigma di dalam menteluskan media masih tidak perlu?"

"Telah tersuntikkah dikau dengan ungkapan revolusi mereka?"

"Tidak! Telah ku katakan padanya kini adalah masa untuk berrevolusikan agama yang benar dan adil kerana masih wujud kitab yang masih kekal tidak diubah tanpa dipinda tiada pengubahsuaian yang diberdayakan perincian teladannya oleh pengucapan sabda Rasul SAW yang pada keadaaan-keadaan tertentu disepakati jumhur ulamak untuk diketengahkan pendekatan dan kaedah yang tidak terkeluar dari hukum-hukum syariat."

"Dikau berasa mual?"

"Ummah dan kesejagatannya bukan yang hanya sekadar ditermakan oleh globlalisasimu!"

"Alasanmu?"

"Puan telah lupa bahawa tidak boleh diabaikan bahawa masih kesyumulan di dalam Islam tidak diberikan arah haluan yang meyeluruh."

"Atas alasan apa kenyataanmu ini mahu diterima?"

"Kesyumulan Islam tidak meletakkan perbezaan kaum,keturunan,bangsa yang upaya meluhurkan roh kedamaian ketenangan yang upaya menjadikan kebajikan sebagai prinsip untuk melindungi warga dan ummah bagi memperolehi keselamatan."

"Maksudmu apa yang ada kini tidak menjamin apa-apa?"

"Saya gusar pemanipulasian tema agama hanya menjadi sebagai penyelamat untuk diraih tender buat kroni dan lebih mengecewakan andai isu 'penyelamat' mengkaedahkan semula sistem yang sedia ada."

"Apa yang tersirat kali ini?"

"Aib jika merendahkan wanita-wanita Tuan menerusi perencanaan yang disusun dan berstrategi menerusi permainan sebegini."

Tahu?

Yang berasa diri hamba sahaja sedia berbuta mata.

Yang bergelar paria sahaja sedia menganiaya.

Yang bergelar sahaya sahaja sedia terpenjara.

Yang berasa berdosa sahaja sedia dihukum kerana inginkan syurga.

Saya benci dengan anda semua.

"Kata puasa, mana boleh berkata seperti itu."

"Belum buat pun baru berfikir-fikir tanpa niat, bagaimana boleh tahu?"

"Tahu apa?"

Sabtu, 22 Ogos 2009

Kandil Rasa

Puan Marwah Sharbini
Maaf kerana kewafatan Puan
Menyebabkan terganggu kewarasan untuk menyingkirkan rasa persendaan
Melontarkan jiwa pada sudut kekosongan
Merentap pisah pada jarak kegundahan
Meratib Astaghfirullah
Meratap dengan gemuruh resah qalbu berdarah
Menyendukan sedan yang tidak betah
Sejak berdekad dan kurun
Bukan asing wajah dan susuk pakaian hijab
Bukan anih jasad yang berkelubung dari mata hingga ke keting kaki ke bawah
Bukan tidak pernah ada pria tampan datang menjengah
Bukan tidak pernah ada jejaka bangsawan muncul mengadah
Pada selimut kelubung jilbab berpurdah
Tatkala
Lubuk-lubuk telaga hitam digerudi tidak kenal lelah
Tiba-tiba
Perawan wanita muslimah
Dialpakan diabaikan dinyahasingkan
Tragedi Puan dari media pelbagai wadah
Gelombang dan pancar frekuensi membisu pasrah
Tidak ramai yang berdiri dari nasab Cik Puan mahu mengarah kudrah
Membela tragedi berdarah.

Soal lughah?
Soal aurah?
Soal nakbah?
Soal akidah?
Soal burqah?
Bukan soal siasah?

Lentera Rasa

Warkah ini menyurat musykil hati
Bagaimana terdaya diungkap bahawa dikau memberi tanda jasa
Saat
Terlihat ada jiwa yang terkorban untuk mendambakan
Kebanggaan memiliki negara?

Perdaya apakah yang menuba rasa?

Di antara kemeriahan dan ratap tangisan
Yang manakah akan dikau berikan sebagai sumbangan?

Bagaimanakah mahu mu untuk dicirikan harta?
Sumber-sumber berpendapatan juga bernegara
Tatkala
Umumnya khazanah kekayaan tidak dikongsikan bersama
Namun kini dikau bina gelanggang yang diinstitusikan minda
Namun minda itu terpenjara.

Apakah rasuah upaya dihindarkan?
Apakah budaya upaya diagamakan?
Apakah diskriminasi tidak menggalang rintang perpaduan?
Bila berbaris duduk anak menantu ipar duai keluarga saudara dan kenamaan
Masih sama serupa memberi persamaan
Pada ku ia masih penyalahgunaan
Status yang mengjengkelkan.

Dikau
Andai frekuensi mu tidak sudi didengari lagi
Pancar stesyen mu ditentu pilih mengikut masa dan hari
Usah didakwa itu dan ini
Tatkala
Rasa nubari gigih menyantun
Rasa naluri agih mengkagum
Rasa hati tagih menyusun
Rasa diri alih ujub yang meranum
Usah didakwa itu dan ini.

Khamis, 20 Ogos 2009

Bukan Generasi Wawasan

Membaca buku lebih memberikan ketenangan namun bagai diperdaya apabila hanya beberapa helai baru bermula mata terkatup dan tidak bertenaga… dan berulang berulang berulang kali terjadi sehingga menjadi tabiat tatkala memulai pembacaan mata tidak mahu terbuka.

Imbuhan ujian ini melahirkan pertanyaan di dalam berusaha membentuk keberdayaan bagaimanakah istimewanya manusia memiliki Tuhan upaya diabaikan?

“Wahai manusia sembahlah oleh mu akan Tuhan yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang sebelum kamu supaya kamu terpelihara.”

Merayu mata agar terbuka dihala pandang pada skrin pelayar plasma tayangan pilihan anak-anak 'He's Just Not Into You' yang menimbulkan isu di minda bahawa tanggungjawab dan kewajipan pada mellinium ini sedia dipermainkan bermula dari institusi keluarga yang dihuni oleh individu yang berpengetahuan sehingga ke peringkat negara hanya oleh ghairah nafsu yang mudah ditewaskan demi ketoleransian oleh keinginan yang merendahkan sifat penciptaan manusia itu sendiri yang berkehendakkan kepada agama untuk beriman.
Minda menjadi tepu dan berasa mual untuk meneruskan tontonan.

Semalam mengusahakan sebaik-baik cara kepada ‘rakan udara’ apakah budaya berakhlak dan moral itu sememangnya dicerakinkan dari media dan pelaku hiburan?

Catatan ditegaskan pendirian bahawa selagi tidak dijelaskan sepenuhnya etika akta hak intelek sistem pesanan ringkas di talian bimbit, ‘interaksi’ di antara kita akan berhenti di sini.

Adakah dia mengetahui sepenuhnya kegiatan pemanipulasikan hak-hak di siber lalu memahami kecemburuan diri terhadap hak-hak berinteraksi di sesalur telekomunikasi yang kini mahu dihindari?

Ditanyakan juga kepadanya bagaimanakah pendapatan penjawat-penjawat awam tidak berubah walaupun jenis industri kian dipelbagaikan dengan pengedaran kian meluas lalu relevankan hanya digunakan atau diperlukan satu nilai mata wang di pasaran yang dianjurkan persaingannya secara terbuka yang didakwa sihat?

Demi menjagakan mata, minda terpaksa menjadi tribunal agar hati tidak memaksa pengeluaran lesen yang bersifat menganiaya turut dituntut oleh lain-lain anggota.

Sandiwara Liberalisme?

"Rugi andai kita membinasakan kampung-kampung."

"Rugi?"

Adakah kampung itu digambarkan oleh rumah yang didirikan dengan tiang buluh dan didindingi oleh mengkuang dan berbumbung dengan atap nipah?

Adakah kampung itu digambarkan dengan sumpek-sumpek kekotoran saliran yang menggebu dengan sampah dan buangan sisa-sisa yang hamis, lorong-lorong yang ditimbun oleh tanah-tanah merah tanpa tar yang dilopakkan oleh hujan atau didebukan oleh angin kering?

Adakah kampung itu digambarkan oleh tiadanya kemudahan pengangkutan atau oleh sewa kenderaan yang tinggi sesuka hati dikenakan?

Adakah kampung itu digambarkan oleh tiang-tiang tanpa aliran agihan bekalan voltage dan pancuran air keruh yang disembur dengan karat besi paip atau sungai yang disuling oleh sampah dan buangan sisa kimia?

Adakah kampung itu digambarkan oleh ketiadaan tanaman yang menghijaukan tanah-tanah gambus liat merah berbatu granait akibat gondolan yang memudahkan laluan angin menderu dengan badai oleh tiupan lintangnya dan terhaus takungan air di banir-banir akar yang menambah retak tanah di musim kemarau?

Adakah kampung itu digambarkan oleh kehilangan geran pemilik yang tidak diberikan iktiraf oleh adat lazim yang tiada undang-undang upaya membela setelah ladang teroka bergenerasi tidak memberi hak pemilikan?

Adakah kampung itu digambarkan dengan rumah-rumah mewah yang kos penyelengaraan binaannya upaya menghabiskan sebahagian dari simpanan di usia muda dan masih perlu berusaha di hari tua?

Bagaimanakah diingini pengekalan kampung-kampung yang tenang sejahtera damai sentosa nyaman bahagia tidak menyerlahkan persamaan dengan apa yang ada di bandar, tiada kedengaran hiruk pikuk dengan hingar bingar yang mengonar indera mencela rasa?

Bukan bermakna kampung yang miskin jiwa penghuninya sehingga terundang uji dan bala kerana dosa.

"Bagaimana nanti mereka memberikan sifat Kota kepada Kampung kita dengan mempersonakan nafsu untuk dijamu sebagaimana sedikit demi sedikit tanah yang luasnya cuma sedepa demi memenuhi citarasa berbudaya anggur yang diperam menu utama,banyak tanah haram bertukar menjadi tanah halal yang menukar rupa dan warna warga di kampung kita?"

Sedangkan rumah tangga dan keluarga juga mereka ingin mewacanakan binasa apalah lagi tanah yang upaya ditukar menjadi harta. Apakah sandiwara liberalisme juga mahu berakhir di penjara setelah berasa gusar hilang kuasa?

Orang Kaya-Orang Kaya itu mengilai tertawa pada senda hamburan ria anak muda.

Selasa, 18 Ogos 2009

Waras Yang Semakin Hilang?

Menjelang Ramadhan ini semakin rasa kesal menyelimuti hati.

"Tidak suka berada di sini?"

"Tidak."

"Mengapa?"

"Di sini terlalu diashikkan dengan hiburan dan persaingan untuk menjadi sempurna."

"Benar begitu?"

"Setiap apa yang boleh menjana wang ia akan digunakan walau secara paksa."

"Namun apa yang lebih dikau serlahkan ialah kemabukan bersaing di antara barat dengan barat di dunia muslim."

Wajah yang indah itu tersenyum lagi.

Wawancara itu tiba-tiba mengimbas kisah Namrud buat saya.

Zaman itu seolah-olah sessi berdialog tidak dibenarkan kerana upaya didakwa menyemai rasa penentangan.

Tetapi kini ia dibenarkan atas perencanaan untuk berilmiah yang bertujuan memasarkan pemikiran baru untuk dihalakan semula ke arah mereka yakni warga yang tidak berdarjat.

Seolah-olah tidak bermaruah penghuni alam yang kian kelaparan sumber-sumber isi bumi.

Saat itu ‘Azar’ hanya berdiam diri kerana tidak mampu bersuara.

'Azar' boneka pepatung yang dibentuk untuk menjadi penghakim dalam menegakkan pengadilan.

"Kini bukan semua diri warga itu sama seperti boneka pepatung bernama ‘Azar',"daku bertingkah dalam diam.

"Lebih kejam "Azar" itu kini bukan lagi boneka pepatung tetapi jasad yang telah disenyawakan dan didenyutkan sebagai manusia."

Jika benar bebas amalan pengertian demokrasi mengapakah siber memerlukan kebenaran terlebih dahulu untuk digunakan secara bebas dan berkebersamaan dalam masa yang sama ia upaya dicabuli keperibadiannya?

Sayu.
Rejab dan Syakban telah didodoi dendangkan dengan singgul-singgulan berahi yang rohaniahnnya entah ke mana dihanyutkan mulianya.
Malu.
Rejab dan Syakban tidak bertunas cambahnya iman oleh Ramadhan yang lalu bila ibadah itu tiada sunnahnya yang dikudratkan.
Silu.
Ta'azim Tasbih dan Tahmid menjadi kuburan yang tiada sudi dikunjungi walau menganugerah kemertabatan.

Ahad, 16 Ogos 2009

Hargai Perbezaan?

Tersua kembali catatan lama untuk diujar mula bertanya mengapakah hiburan amat penting kepada media barat dalam ugkap kata mahu bermedatasi meluhur jiwakah atau mahu menghasratkan penjejakan duplikasi imej yang memberdayakan tenaga menjana kekayaan di sebalik kejayaan?

Roh yang memenuhi jasad menghidupkan jiwa yang dikemudikan oleh hati.

Fitrah asal yang suci tanpa disedari akan tersumbing oleh gejala-gejala yang tidak mampu dikawal oleh qalbu yang mulai mengasimilasi keberkesanan gumpalan berbagai rasa.
Rasa itu ditumpahkan pada deria pancaindera. Miliki berbagai deria mampu menajamkan dan menumpulkan mata hati.

Terbetik juga gusar hingga menerbit suara bagaimanakah mahu dijalin hubungan deria rasa dalam menikmati irama tanpa dihalakan naluri syahwat yang mana di dalam prinsip Islam ia antara unsur maksiat yang upaya membawa dosa.

Irama menyumbang nada yang mengalunkan lagu bersarikata yang mempamerkan berbagai rentak laku namun ingin diujarkan juga, kepada sesetengah masyarakat berdansa di khalayak biar pun merupakan aksi budaya lantaran dalam agama malu itu sebahagian dari iman, lalu ia tidak dianjurkan menjadi asas berbudaya.

Irama tergubah dari daya sensetif yang peka merakam imaginasi yang apabila benar pandu arahnya upaya dihayati oleh berbagai watak insan, bila diamati dengan rasa iktikad pengubudiahan kepada Allah ia mampu menggugah isi nurani untuk sedar tentang hakikat kehidupan wujud persimpangan nilai positif dan nilai negetif yang mengingini dibimbing suluh cahaya lantaran insan positif dan negetif sentiasa berada di persekitaran kita yang sedia merubah atau diubah, kita akan tertunduk tanpa arah saat terjauh risalah yang mengungkap amar makruf dan nahi mungkar asas beribadah memberi makna menyingkap surat yang tersirat untuk diserlah.

Rasa yang membelenggu bagaimanakah mahu memelihara akhlak agar apa yang didengar tidak meleka-lalai, tidak menenggelamkan keseimbangan antara kewajipan dengan kemahuan khususnya terhadap remaja yang pada hari ini menjadikan hiburan sebagai satu keperluan?

Bermula dari niat yang baik diiringi oleh perbuatan yang ikhlas terzahir wujud perbezaan kelaziman berbudaya barat dengan timur yang cuba dipadukan menerusi irama yang perlu disedari upaya memudarkan kejatian identiti sesuatu bangsa dan meninggalkan kesan ke atas pemikirannya.
Misal niat menyemarakkan kasih antara suami isteri menerusi melodi ia adalah halal untuk dibangkitkan rasa saling memerlukan dan rindu apabila berjauhan, menjadi isu yang perlu ditangani apabila ia melibatkan pertautan jiwa yang berbeza jantina tanpa upaya dihindari unsur khayalan yang merosakkan perasaan akibat dorongan untuk mengundang kasih dan sayang yang tidak memuliakan nilai moral dan akhlak.

Berbagai tema dan saranan dengan pelbagai penghayatan dengan beragam kesan irama dari lagu berupaya mendidik menyubur semangat pembinaan nilai baik selagi ia tidak menyimpang dari kebenaran lantaran itu dengan jujur wajar diakui sudah sampai ketikanya agama dijadikan landasan untuk setiap kegiatan yang memproaktifkan generasi masa kini.

Realitinya di kesemua rumah, radas eletronik telah menjelmakan kesukaran untuk diperbaiki cemar yang telah mengeruhkan suasana masyarakat dan sosialnya.

Wajar juga dipertanyakan apakah menjadi budaya memudarkan fokus minda pada cabaran-cabaran yang didepani oleh warga dunia hari ini tatkala wujud lambakan perkara-perkara yang membawa keashikan sehingga menjadi fenomena fanatik seperti yang terzahir pada liga-liga perlawanan yang membahagi kumpulan-kumpulan tertentu untuk mendominasi?
Seakan-akan fanatik dan ekstrim tidak hanya tercetus pada perlakuan masyarakat yang didiskriminasi bahkan telah menjadi watak dan sifat generasi yang dipupuk oleh pengaruh generasi terdahulu.

Pilihan yang lain yang wajar diberi perhatian adalah kegiatan beriadah yang menuntun diperolehi ketenangan hati kesegaran rasa untuk berhibur mental yang wajar dilakukan secara tersusun untuk ditransformasikan kaedah berhukum syariat di kalangan para pelajar sebagai latihan memperkuatkan fizikal untuk diolah jasmani menjadi kuat zahir dan batin.

Wajar jiwa keperwiraan disantun untuk berbudi beramal atas desakan iman untuk mengenal dan melindungi hak yang perlu mendapat pembelaan bukan disemai benih kebencian untuk digalakkan permusuhan

Rabu, 12 Ogos 2009

Rasanubari

Keletihan disandarkan pada ribaan bangku kayu.

Dari jauh kelihatan dua wanita kecil berseiringan berjalan bergandingan.

Wanita-wanita penjual kerepek.

Tanaman yang menjadi imej peribadi keturunan ku yang sering pula satu saat ketika dulu menjadi sumber berpendapatan masyarakat di pinggiran bandar yang bukan meminggir diri tetapi dipinggirkan oleh sifat kaya adalah milik peribadi yang kekal buat eliet kroni.

Siapalah yang mahu menjadikan ubi kayu dan keledek manis seperti mana ubi kentang 'french fries'?

Masyarakat dengan perlaluan zaman yang kian melewati kepastian masa masih tidak upaya menjadikan tanaman biasa menjadi penghasilan unik yang luar biasa.

Terimbas senyuman wajah yang menawan secara tiba-tiba tatkala terlintas bagaimana jagung upaya dijadikan tanaman luar biasa sehingga mewujudkan permasalahan baru oleh pengendalian sistem yang lama.

"Kaca bursa mu menipu."

"Kamu dungu tidak tahu menghitung lebih baik diam dari berkata-kata yang sia-sia."

"Penghasilan tanaman, indeks komoditinya bagaimana sering rendah sedangkan ia antara permintaan yang sentiasa tinggi?"

"Diam itu baik buat mu."

"Bagaimana kamu mahu saya diam tatkala ia lebih menterjemahkan wujud permasalahan?"

Lamunan terhenti.

Wajah-wajah wanita bertubuh kecil itu ditatap.

"Kerepek dari mana ini?"

"Tanaman kecil-kecilan dari ------,"jawapan merendahkan rasa di minda.

Pengusaha kecil-kecilan dari keturunan ku sering merendahkan diri. Adakah ini asuhan oleh sopan berbahasa yang dilentur oleh budi kerana jasa?"

"Usah ditanyakan apakah yang diberikan oleh negara mu tetapi tanyalah apakah yang telah kamu sumbangkan buat negara mu!"tiba-tiba hangat minda menjadi bendalir yang mencair memenuhi seluruh jiwa ku.

Andai ada telinga yang berindera rasa ingin ku curah segara bicara.

"Bagaimana bursa mu menyukat pertambahan pengangguran dengan keperluan kemasukan pekerja dari warga asing yang semakin meningkat? Siapa yang dikau lucutkan haknya untuk mendapatkan pekerjaan? Siapa, menjawablah jika benar saya ini dungu dan dikau yang pintar,"keangkuhan minda ku semakin menyesakkan qalbu.

Dia yang berproaktif dengan saranan pelbagaian pembaikpulihan di atas helaian kertas mengetapkan bibir. Entah segi sistem teori yang mana telah mengkontangkan kehijauan redup ideanya yang selama ini nyaring menyekatsekat cemar-cemar adunan dari geledak alam terkitar persekitarannya.

"Diam. Kata ku lebih baik usah bicara yang sia-sia."

"Penyusutan tanah semakin ketara tatkala pengurusan semakin kukuh mengsengketakan agenda, kota mu telah terbeban dengan sesak padat diiring hasad saat hutan batu menjadi tanaman subur di sepanjang tanah yang gilir pemilikannya..."

"Berilah kami pandangan setelah menikmati kerepek ini,"lembut manis bicara menjadikan sayu menerpa di hati.

"Bagaimana ya ,sajian makanan segera kerepek kita sebagai menu pembuka selera di restoren-restoren 'francais' terkemuka di tanah air kita?"

Ahad, 9 Ogos 2009

Kita?

26/10/2008

Bicara Buat Tuan Bildenberg.

"Apakah organisasi Tuan masih mensyaratkan Israel sebagai alasan dicetuskan Perang Dunia 3?"

"Usah ganggu urusan kami!"

"Tetapi Tuan bersikap tidak relevan apabila sasaran langkauan penjanaan semula ekonomi Amerika menzahirkan kemuflisan idea yang menjadi alasan diwujudkan pasaran beridea menerusi pemeliharaan hak-hak asasi untuk bebas bersuara yang gunakan dengan menceroboh email dan catatan peribadi juga blog mereka yang bukan senegara dengan Tuan."

"Kamu tidak tahu nilai kuasa!"

"Permainan ini menemukan kegagalan demi kegagalan tatkala wang tetap menjadi habuan dan yang merelevankan kematian?"

"Itu hak bagi yang berkuasa!"

"Tuan wajar mengakui tidak wujud manusia yang bersifat suci."

"Kuasa boleh membina sifat suci dengan memberi budi!"

"Dengan makna kata yang lain Tuan menjadikan pemonolian kuasa membenarkan pembohongan, memeras kekayaan dan menjajah dengan mencabuli hak-hak peribadi?"

"Kamu hanya pandai menuduh!"

"Bagaimana pula pandangan Tuan tentang pendirian yang tetap mengujarkan bahawa Israel sebagai alasan pertembungan Amerika dan Rusia yang sebenarnya menjadi ugutan untuk membenarkan organisasi Tuan ini terus aktif berfungsi sedangkan di antara Tuan dan Rusia memiliki cita-cita yang sama dan serupa?"

Minda dan kedurjanaan rasa kiranya yang melemahkan Rejab dan Syakban ku.

Catatan-Catatan Yang Hilang

Tatkala jejaka muda saya mulai melarang untuk terlalu lama berada di hadapan laptop, ia bukan sesuatu yang upaya disunyikan dari minda bertalu menekan rasa.

"Mengapa?"

"Tidak begitu baik."

Pesanan jujur itu sentiasa menemani pelayaran-pelayaran siber dan pengalaman yang dilalui membuktikan kebenaran pesanannya tatkala diamati kehilangan beberapa catatan berupa email yang hilang tatkala di dalam proses memindahkan catatan ke peti simpanan (draft).

"Bagaimana harus membatukan diri dengan perlakuan biadap begini yang dihasilkan oleh peralatan teknologi?"

"Apakah kecemerlangan IT membuatkan kesemua idea asli diragut mengikut sekehendak hati?"

Ajukan pertanyaan tidak diberikan jawapan.

"Apakah masih mahu dinafi kewujudan mekanisme yang memasarkan idea secara tidak sah yang pada masa yang sama mengingini etika kejujuran sebagai moral yang menjadi pelaburan pembangunan dan perkembangan insan?"

"Masalah mu di sudut yang mana?"

"Penulisan dan kisah-kisah penceritaan pada media siaran yang memuatkan siri kempen keizinan perzinaan yang diperhalusi dalam bentuk nukilan pengalaman remaja yang dipecahkan mengikut iringan terma makenisme percaturan politik Amerika yang didahului dengan perapatan jurang perbezaan yang diolah semula nilainya untuk diterma syaratkan bagi memudahkan proses tranformasi pencetakan pemikiran-pemikiran baru alaf."

"Saya mahukan semula catatan peribadi itu."

Jumaat, 7 Ogos 2009

Bosan

"Cikgu, mencacatkan binatang itu hadiah peradaban kemajuan pengetahuankah?"

"Mengapa bertanya begitu?"

"Hanya orang dungu sahaja sedia mencacatkan haiwan kerana mereka tidak berpengetahuan tetapi apabila ia sedia dilakukan oleh ketinggian kemahiran ia mungkin sesuatu yang disengajakan.Memahami tafsiran ayat 119 dari Surah An-Nisa terfikirkan sesuatu pada maksud cadangan membelah telinga haiwan ternakan."

"Kamu maksudkan itu sebagai cara mencacatkan haiwan?"

"Syaithan membisikan angan-angan untuk menyesatkan manusia yang menurut kefahaman bahasa hari ini mencetuskan idea agar dibelah telinga-telinga binatang ternak."

"Maksud kamu?"

"Saya tidak maksudkan apa-apa melainkan perbuatan itu akan menimpakan semula kerugian kepada ummat itu sendiri.Seperti penegasan untuk dilaknat perbuatan mengolahkan lemak-lemak bangkai dengan bahan lain di dalam makanan."

"Kamu terlalu menerawangkan fikiran. Beri sempadan untuk fikiran kamu itu."

"Adakah memikirkan kaedah pengklonan mutasi DNA yang menukaran baka sehingga mengakibatkan gen sel menjadi tidak sempurna apabila antigen keseimbangan protein tidak upaya mengimunisasikan kedayatahanan tubuh, merupakan kesalahan Cikgu?"

"Rasanya tidaklah sampai perlu diISAkan."

"Cikgu buat lawaklah."

"Saya bukan makhluk amfibia haiwan dua alam. Kita manusia mesti ada satu pendirian.
Tafsiran itu di dalam bahasa apa?"

"Alquran di dalam bahasa arab tetapi tafsirnya di dalam bahasa melayu. Apabila memahami apa yang dibaca ia memudahkan proses berfikir."

"Kamu tidak menggunakan buku teks?"

"Tidak memadai hanya menggunakan buku teks kerana tidak padat dengan isi menganalisa kerana ia lebih kepada pernyataan yang memudahkan untuk dihafal. Olahan kandungan yang diawetkan bercampur bangkai adakah merupakan najis yang upaya meminimakan kemampuan imunisasi tubuh kita?"

"Mereka yang ingin mengekalkan kecantikan tidak mengambil endah mengenai campuran dan olahan yang kamu sebutkan ini. Ini menjadikan roh mukmin itu suci bersih juga mewangi sehingga sering menjadi keutamaan untuk didampingi oleh makhluk-makhluk di alam ghaib bagi dicemarkan."

"Sesekali terasa trauma dengan stuasi begini."

"Kelas, menyentuh trauma cuba bandingkan wajah-wajah yang berlatarkan trajedi dengan wajah-wajah yang berkongsikan ceria tenang dan bahagia."

"Yang sarat dengan cinta kelihatan perkasa Cikgu."

"Yang kaya seperti panjang usia dan hidup lama."

"Mereka juga kelihatan berbudi santun dan lemah lembut ketrampilannya."

"Mungkin mereka tidak pernah menitiskan airmata kerana sentiasa ceria."

"Mereka bukan kumpulan yang berkeluh kesah dan tidak banyak mengkritik Cikgu."

"Namun ada juga wajah yang menyurat rahsia yang terpendam tidak mudah difahami oleh orang lain,Cikgu."

"Alasan kamu?"

"Trauma akibat penderaan jiwa dan hubungan pskitrit yang diperolehi dari undang-undang adakah upaya di kriteriakan sebagai bentuk jenayah di zaman ini,Cikgu?"

Khamis, 6 Ogos 2009

Masa Muslim Sangat Singkat

Catatan yang dihilangkan berakhir pada ayat "Amfibia haiwan dua alam. Kita manusia mesti ada satu pendirian."

"Saya bukan haiwan amfibia yang upaya hidup di dalam dua alam kerana itu kita mesti ada satu pendirian."

Wujud kesangsian lantaran saya yakin ada yang dilakukan di luar pengetahuan saya selaku pencatat asal di blog ini.

Blooger Google Sekali Lagi Menghilangkan Catatan Saya

"Cikgu, mencacatkan binatang itu hadiah peradaban kemajuan pengetahuankah?"

"Mengapa bertanya begitu?"

"Hanya orang dungu sahaja sedia mencacatkan haiwan kerana mereka tidak berpengetahuan tetapi apabila ia sedia dilakukan oleh ketinggian kemahiran ia mungkin sesuatu yang disengajakan."

"Memahami tafsiran ayat 119 dari Surah An-Nisa terfikirkan sesuatu pada maksud cadangan membelah telinga haiwan ternakan."

"Kamu maksudkan itu sebagai cara mencacatkan haiwan?"

"Syaithan membisikan angan-angan untuk menyesatkan manusia yang menurut kefahaman bahasa hari ini mencetuskan idea agar dibelah telinga-telinga binatang ternak."

"Maksud kamu?"

"Saya tidak maksudkan apa-apa melainkan perbuatan itu akan menimpakan semula kerugian kepada ummat itu sendiri.Seperti penegasan untuk dilaknat perbuatan mengolahkan lemak-lemak bangkai dengan bahan lain di dalam makanan."

"Kamu terlalu menerawangkan fikiran. Beri sempadan untuk fikiran kamu itu."

"Adakah memikirkan kaedah pengklonan mutasi DNA yang menukaran baka sehingga mengakibatkan gen sel menjadi tidak sempurna apabila antigen keseimbangan protein tidak upaya mengimunisasikan kedayatahanan tubuh, merupakan kesalahan Cikgu?"

"Rasanya tidaklah sampai perlu diISAkan."

"Cikgu buat lawaklah."

"Amfibia haiwan dua alam. Kita manusia mesti ada satu pendirian."

Angka Yang Ada Rupa

Apabila angka 5 dinganngakan siapa peduli?

Setelah lelah bermain warna sehingga kotor mempalit minda kini angka-angka diselerakkan dengan hitungan masih sifar?

Apabila masyarakat dilindungi oleh percaturan siapa peduli?

Setelah kehidupan asing menormalkan tabiat papan-papan indeks saranan tempat istirehat yang senyum sinis masih melekat di bibir korporat dengan hutang lapuk tidak bisa mengurupkan wang pulangan kerana angka itu dicetak berulang.

Zam-zam telaga mineral sihat barakah kerana berkat siapa peduli?

Setelah coca bola seni pepsi menjadi orientasi globlalisasi menjamah gelombang berdwifrekuensi menanam jiwa liberalisasi hingga dilupa ramuan iman, rasuah itu boleh sering digandingi kerana kroni.

Siapa pernah peduli?

Kezaliman itu bermakna tahanan di jeriji besi

Selasa, 4 Ogos 2009

Menjawablah

"Apakah agama Kristian tidak memiliki akidah?"

Dia tidak tahu mengapa soalan itu diajukan saat melihat stuasi temannya yang mulai memerah seluruh wajah menahan marah.

"Kami tidak mempercayai roh,"suaranya bergetar dan diakui dia sedang sukar menahan kemarahannya.


"Bagaimanakah perkaitan moral kemanusiaan yang terabai apabila tidak ditolak peperangan ke atas warga yang lemah (dari sudut-sudut material) menjadikan dipercayai wujud kaum atau agama yang bersifat ganas?"wajah itu direnungnya semesra mungkin bagi menghindari kesukaran tekanan yang sedang didepani oleh temannya itu.

"Bagaimana upaya ditelah stuasi sebuah negara menjadi medan berkancahnya peperangan sesama warganya?Cuba dikau nyatakan kepadaku."

Rahsia kemarahannya mulai terbuka.Senyumnya masih tanpa rela.

Bagaimanakah konsep untuk menjadi kekasih Allah upaya menukar persepsi untuk berbudi kepada alam dan penghuninya dalam tafsiran ibadah bukan sekadar untuk berteori tetapi perlu beramali?

Isnin, 3 Ogos 2009

Sang Jilbab Hitam

Hangat pipi ini membara menjalar gemuruh hati yang berdenyut ngilu menyerap rasa sesal di jiwa.Mengapa harusku biarkan hangat ini membakar diri menyalakan naluri menggelora seri kepriaanku.Panas mata tersilau oleh kilat terang cahaya sukma ku gundah menadah resah.

"Dia mana tahu ketidaksukaanmu diperlaku begitu."

"Dia kurang miliki sifat malu."

"Sebenarnya kamu yang masih tidak ingin membuka pintu lantaran beku mendingin lesu andai beginilah caramu, kamu tidak akan upaya menjadi maju!.Kamu tidak upaya menjadi jambatan yang menghubungkan nilai dari beza pendirian."

"Jambatan tidak perlu dibina.Telah berkurun itulah kandungannya,itulah pembicaraannya, itulah penetapannya,itulah peringatannya,itulah bahasa pembicaraan yang indah tidak dilunaki menurut kemahuan sendiri.Fakta yang pasti pemahaman telah mengasing-asingkan persepsi."

"Lantaran akalmu dibanjiri belenggu nafsu!"

"Innalillah hiwainlillah hirajiun."

"Tercalarkah perasaanmu dituduh begitu?"

"Tidak sedalam luka diri diperlakukan begitu hanya kerana dia dipuja kerana istimewa dan jelitanya."

Panas pipiku masih tidak kebah malah pijarnya masih mencengkam erat menikam rasa.

"Tenanglah. Ini realiti zaman yang memacu ketinggian ilham mencipta sifat analisis mendakap sikap kritis. Akuilah dirimu tidak mahir mengadun rasa. Anutilah paradigma baru agar kamu maju."

"Akal yang baik dari jalan berfikir. Satu saat beribu jirim menyalur bersama udara menafas lega merapi atur mindaku yang berputar umpama elektron menyusun edar cakerawala,apakah kefahaman ini masih menjadikan sudi dirimu mendakwa diriku tidak ingin maju.Telahku fahami frekuensi era kini ibarat pengembaraan yang mendekatkan jarak lokasi yang berjauhan namun malangnya masih tersembunyi kebenaran,apakah masih diriku diujar penentang kemodenan...?"

"Hanya kerana pipimu digesel oleh pipi wanita itu radangmu menjadi beban? Jenis apakah priamu ini?"

"Dia telah membatalkan wudhukku! Hanya sedarah sedaging yang mahramnya denganku dapatku terima perlakuan sebegitu..."

Ahad, 2 Ogos 2009

Teknologi Yang Mencetus Konflik?

Warkah yang ini tidak mahu dilipatnya setelah berkesempatan menonton imbasan peristiwa semalam.

Hanya kerana keterlaluan bunyi-bunyian mat dengan rix yang menggantikan gendangan buzzzz
dan seni ujar yang beranggae dengan niat mengganggu warkah ini dibukanya lagi.

Kepada PDRM dan Menteri Dalam Negeri,

Apabila ada warga yang bukan dilahirkan oleh Wawasan 2020 dan tidak pula dibentuk di dalam acuan Hadhari,apakah hak kewarganegaraannya upaya dilucutkan?

Soalan itu dibiarkan tanpa mahu dipersendakan mana-mana kewarasan yang mulai membenih pada tunjang medula yang kadar cergas hitungan denyutan jantung tidak pernah diambil perhatian.Keamanan di sukma hati yang dalam sering tidak difokuskan untuk kesempurnaan menikmati hidup sejahtera.

Sakit hatinya melihat perlakuan taat membuta semunasabah mungkin dipelihara perasaan itu namun wajah-wajah di balik kawat besi kenderaan itu sukar dipadamkan kerana tidak terlihat jenis kesalahan untuk disabitkan penahanan mereka untuk undang-undang diabaikan.


"Sukarkah mengakui bahawa itu adalah perhimpunan aman?"

Dia menjawab dengan menunjukkan garis-garis lintang yang saling bertemu di bahu.

"Tidakkah telah diwarwarkan lebih dari sebulan awal akan siri kempen mempromosi pemahaman undang-undang kepada warga,namun bagaimana mungkin tidak diambil kira untuk dijelaskan bahawa wujud kesukaran untuk diterima ketidakpekaan PDRM dan Menterinya terhadap ketelusan dan keintegeritian warga dan GMI di dalam mengketengahkan isu ISA yang tidak membicarakan kesalahan lantaran tidak disabitkan dengan sebarang pertuduhan atau pendakwaan."

Dia masih diam dan kali ini menunjukkan tongkat yang dikepit dicelah ketiaknya.

"Penegasan terhadap peraturan menyertai perhimpunan itu menjelaskan pengorganisasian adalah mematuhi kehendak dan peraturan undang-undang itu sendiri yang memelihara hak kebebasan berasasi."

Dia tiba-tiba membuka 'walkie talkie'nya.

"Tidak upayakah dihayati keadaan ini mengusul pertanyaan pihak yang manakah yang tidak memahami undang-undang apabila tahanan ditahan tanpa sebarang perbuatan yang boleh dihukum oleh undang-undang?"


Adakah isu mangsa tahanan ISA yang kini mendapat perhatian dan simpati warga sukar difahami oleh PDRM apabila jelas bahawa semua warga adalah sama rata kedudukannya di sisi undang-undang dan berhak mendapatkan perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang?

Buat masa ini apakah PDRM berada di atas undang-undang apabila diskriminasi dilakukan oleh mereka terhadap perbezaan agama, ras, keturunan, jantina, tempat lahir, profesion dan kerjaya warga?

Apabila PDRM tidak mampu memelihara hak warga untuk dilindungi kepada siapakah warga perlu mendapatkan perlindungan yang wajar tanpa mahu didakwa tanpa bukti sebagai pengkhianat apabila melalui status NGO interaksi dan komunikasi upaya mengketengahkan kebertanggungjawaban dan erti amanah sebagai kewajipan?

Tiba-tiba mindanya mengenang seseorang lalu catatan dihala tuju apakah keperihatinan kini dijuruskan kepada rasa individu sahaja atau warga apabila penahanan 200 orang yang tidak bersalah mengundang reaksi di dalam komuniti masyarakat kita, bagaimana tanpa senjata tanpa bahan-bahan merbahaya yang hanya bertemankan kewarasan minda dan jiwa yang bersifat membela ditahan?

Adakah wang jaminan untuk tahanan ini dibebaskan menjadi budaya yang perlu kekal menjadi tradisi PDRM juga Mahkamah andai mereka dibicarakan nanti?

Warkah itu penulisannya terganggu saat mengikuti wawancara warga senegara lalu dicatat kembali.

Siapakah yang diwakili oleh PDRM dari sudut amalan demokrasi?

Kerajaankah atau Pembangkang?

Lalu di manakah diletakkan pemeliharaan kepada hak warga?

Jenis kesalahan apakah yang mahu diklafikasikan dengan penangkapan 500 peserta perhimpunan aman (bukan 200 orang?),apabila mereka tidak bersenjata dan tidak pula terlibat dengan perhimpunan tatkala perhimpunan hanya bermula pada jam 2 petang?

Puan,

Adakah ini kelemahan undang-undang atau kelemahan perlaksanaan undang-undang seperti mana bagaimanakah GPS diterima sebagai kelemahan teknologi yang disalahgunakan oleh kuasa?

Sabtu, 1 Ogos 2009

Kebulur?

Senyum.

Kemudian tertawa.

Mula berbicara.


"Adakah kesan krisis ekonomi menjadikan pembiayaan tahanan perlu dipotong sementelahan telah diakui bahawa penahanan yang tidak dibicarakan adalah kerana bukti yang hanya diandaikan tanpa upaya disahihkan untuk undang-undang melaksanakan keadilan?"

Lagi.

"Dengan rendah diri ingin diluahkan keanihan rasa dengan penekanan yang keterlaluan terhadap pembudayaan mengikonkan kepimpinan luar (khususnya setelah dijayakan pembolehan warna kulit menjadi peneraju sebuah negara yang masih boleh dipertikaikan teras-teras kepimpinannya memakanismekan kemanusiaan, keamanan dan kebersamaan tetapi berencana dengan agenda pemulihan yang dikawal selia oleh peraturan protokol untuk menghadkan keglobalan komunikasi itu sendiri)."

Entah tidak tahu jawapannya.

"Apakah penyatuan di antara warga negara-negara yang merdeka di dunia ini memerlukan sudut pandang-sudut pandang yang lebih mentrampilkan mereka sebenarnya belum benar-benar bebas dan merdeka?"

Sudah berapa tahun meraikan kemerdekaan?

"Perlu juga memahami kehadiran penyampai maklumat yang menggunakan status diplomatik untuk memerangkap individu yang direncanakan penglibatannya untuk dicirikan sebagai anasir subversif walhal kemungkinan individu ini telah banyak mengetahui tentang kebenaran yang boleh dibuktikan."

Berkecuali tanpa mahu memihak.

"Saya memiliki persahabatan dengan seorang isteri dan ibu yang ditinggalkan oleh suaminya dari tanah seberang saat Al Maunah dikategorikan sebagai penggugah yang mengancam keselamatan negara. Terburu-buru suaminya meninggalkan keluarga ke dua-dua isterinya perniagaan tanpa pulang lagi ke tanah air hanya kerana nama termasuk di dalam senarai yang dihitamkan sedangkan perhubungan sesama saudara hanya sekadar bertanya khabar dan mendapat nasihat dari pesanan agama.Tidak lebih dari itu kerana sifatnya sebagai seorang peniaga perlu menjalin hubungan baik dengan pelanggan seperti mana yang dinikmati oleh kaum pemodal dari kelompok korporat untuk bermotivasi demi pengurusan wilayah tender beroperasi malah mereka ini berinteraksi secara pro aktif dengan pihak-pihak yang dicemburui oleh prasangka dan curiga."

Bukti ISA kejam?

"Ikan kecil dan ikan bilis menurut istilah sedangkan konsepnya serupa."

Ceritalah lagi.

"Isteri pertamanya bersama anak-anak kembali ke seberang dan teman saya kekal bersendirian menguruskan anak-anak. Akibat pemangsaan dakwaan terlibat dengan Al-Maunah ini menatijahkan penafian hak-haknya untuk meneruskan perniagaan kecil mereka sebagai punca berpendapatan."

Apa isu moralmu?

"Kesan perintah dan pecah tidak memerlukan istilah baru apabila konsepnya masih serupa."

Alasanmu?

"Waktu itu warga tidak mengetahui kewujudan Al-Maunah seperti mana muslimin tidak menyedari kewujudan Al-Qaeda yang dianggap pengganas oleh kebanyakan media.
Bagaimanakah mahu dicirikan Al-Qaeda/Al Maunah apabila warga sendiri yakni muslimin tidak mengenalinya yang menjadikan kesedaran ini mengujar pertanyaan boleh dan mampukah dikonsepkan semula ciri-ciri dan maksud keselamatan yang menjamin keamanan itu sendiri."

Ada lagi?

"Bahasa rasmi perlu menjadi bukti antara sebab yang berupaya meletakkan warga sebagai teladan kumpulan pekerja yang berfokus dan terarah mematlamatkan akhirat sebagai sumber mereka berfungsi untuk membina diri keluarga masyarakat negara dan ummah.
Apakah ummah itu hanya melayu sahaja apaabila keturunan yang lain juga menumpahkan darah mereka di bumi ini untuk layak digelar warga?"

Kembali diam.

"Isunya bagaimanakah sekian lama merdeka perhubungan di antara kaum masih memerlukan pemupukan untuk saling menghormati sedangkan mereka saling mampu bekerjasama."

Alasanmu?

Wanita warga Cina wajar sedia memaklumi bahawa memakai seluar pendek di tengah khalayak dianggap kurang memuliakan diri seperti mana wanita bertudung menghisap rokok di khalayak menurunkan kemuliaan peribadi.

Tawaan yang nyaring kedengaran.


0445am -22/Mac/2009