Ahad, 2 Ogos 2009

Teknologi Yang Mencetus Konflik?

Warkah yang ini tidak mahu dilipatnya setelah berkesempatan menonton imbasan peristiwa semalam.

Hanya kerana keterlaluan bunyi-bunyian mat dengan rix yang menggantikan gendangan buzzzz
dan seni ujar yang beranggae dengan niat mengganggu warkah ini dibukanya lagi.

Kepada PDRM dan Menteri Dalam Negeri,

Apabila ada warga yang bukan dilahirkan oleh Wawasan 2020 dan tidak pula dibentuk di dalam acuan Hadhari,apakah hak kewarganegaraannya upaya dilucutkan?

Soalan itu dibiarkan tanpa mahu dipersendakan mana-mana kewarasan yang mulai membenih pada tunjang medula yang kadar cergas hitungan denyutan jantung tidak pernah diambil perhatian.Keamanan di sukma hati yang dalam sering tidak difokuskan untuk kesempurnaan menikmati hidup sejahtera.

Sakit hatinya melihat perlakuan taat membuta semunasabah mungkin dipelihara perasaan itu namun wajah-wajah di balik kawat besi kenderaan itu sukar dipadamkan kerana tidak terlihat jenis kesalahan untuk disabitkan penahanan mereka untuk undang-undang diabaikan.


"Sukarkah mengakui bahawa itu adalah perhimpunan aman?"

Dia menjawab dengan menunjukkan garis-garis lintang yang saling bertemu di bahu.

"Tidakkah telah diwarwarkan lebih dari sebulan awal akan siri kempen mempromosi pemahaman undang-undang kepada warga,namun bagaimana mungkin tidak diambil kira untuk dijelaskan bahawa wujud kesukaran untuk diterima ketidakpekaan PDRM dan Menterinya terhadap ketelusan dan keintegeritian warga dan GMI di dalam mengketengahkan isu ISA yang tidak membicarakan kesalahan lantaran tidak disabitkan dengan sebarang pertuduhan atau pendakwaan."

Dia masih diam dan kali ini menunjukkan tongkat yang dikepit dicelah ketiaknya.

"Penegasan terhadap peraturan menyertai perhimpunan itu menjelaskan pengorganisasian adalah mematuhi kehendak dan peraturan undang-undang itu sendiri yang memelihara hak kebebasan berasasi."

Dia tiba-tiba membuka 'walkie talkie'nya.

"Tidak upayakah dihayati keadaan ini mengusul pertanyaan pihak yang manakah yang tidak memahami undang-undang apabila tahanan ditahan tanpa sebarang perbuatan yang boleh dihukum oleh undang-undang?"


Adakah isu mangsa tahanan ISA yang kini mendapat perhatian dan simpati warga sukar difahami oleh PDRM apabila jelas bahawa semua warga adalah sama rata kedudukannya di sisi undang-undang dan berhak mendapatkan perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang?

Buat masa ini apakah PDRM berada di atas undang-undang apabila diskriminasi dilakukan oleh mereka terhadap perbezaan agama, ras, keturunan, jantina, tempat lahir, profesion dan kerjaya warga?

Apabila PDRM tidak mampu memelihara hak warga untuk dilindungi kepada siapakah warga perlu mendapatkan perlindungan yang wajar tanpa mahu didakwa tanpa bukti sebagai pengkhianat apabila melalui status NGO interaksi dan komunikasi upaya mengketengahkan kebertanggungjawaban dan erti amanah sebagai kewajipan?

Tiba-tiba mindanya mengenang seseorang lalu catatan dihala tuju apakah keperihatinan kini dijuruskan kepada rasa individu sahaja atau warga apabila penahanan 200 orang yang tidak bersalah mengundang reaksi di dalam komuniti masyarakat kita, bagaimana tanpa senjata tanpa bahan-bahan merbahaya yang hanya bertemankan kewarasan minda dan jiwa yang bersifat membela ditahan?

Adakah wang jaminan untuk tahanan ini dibebaskan menjadi budaya yang perlu kekal menjadi tradisi PDRM juga Mahkamah andai mereka dibicarakan nanti?

Warkah itu penulisannya terganggu saat mengikuti wawancara warga senegara lalu dicatat kembali.

Siapakah yang diwakili oleh PDRM dari sudut amalan demokrasi?

Kerajaankah atau Pembangkang?

Lalu di manakah diletakkan pemeliharaan kepada hak warga?

Jenis kesalahan apakah yang mahu diklafikasikan dengan penangkapan 500 peserta perhimpunan aman (bukan 200 orang?),apabila mereka tidak bersenjata dan tidak pula terlibat dengan perhimpunan tatkala perhimpunan hanya bermula pada jam 2 petang?

Puan,

Adakah ini kelemahan undang-undang atau kelemahan perlaksanaan undang-undang seperti mana bagaimanakah GPS diterima sebagai kelemahan teknologi yang disalahgunakan oleh kuasa?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan