Isnin, 31 Ogos 2009

Di Mana Tanah Air Bagi Si Pemberani?

"Apakah benar kamu meraikan merdeka?"

"Freedomkah?"

Aduhai.

"Sudah berapa lama usia kemerdekaanmu?"

"My salarykah?"

Aduhai.

Ini makna merdeka buat dia.

"Bolehkah diterangkan Hudud di dalam agama Christian (Law of Moses)? Bagaimanakah diintelekkan sehingga hanya Hudud di dalam Islam sahaja diagendakan permusuhannya?"

"Dia tidak menjawab pun."

"Dia sedang berfikir."

"Perubahan pindaan seperti inikah yang memundurkan ummah sehingga beroleh kerugian di kalangan muslim, kristian dan yahudi yang memberikan ruang untuk atheis meliberalkan agama?"

"Tidakkah nanti cluster akan ditanam di halaman rumahmu?"

"Saya berharap dia bukan Irish atau Yahudi."

"Mungkin dia penyamar yang mengambil kesempatan."

"Bagaimanakah kehidupan beragama tidak dituntut sebagai satu cara hidup tetapi diingini dilahirkan penyelamat bagi ummah di millineum ini?"

"Dia tidak memahami bahasamu cuba ditanyakan kepada pemandai warga bangsa itu pula."

"Bertanya boleh? Mengapakah sukar dilunakkan kesahihan bahawa menerusi pengikonan Mimpi-Mimpi Amerika untuk kelahiran Idol yang mengkonsumerkan semula penjajahan mental merupakan sebahagian dari ‘tulah’ menjadikan Nasrani dan Yahudi sebagai pimpinan pencerahan ummat?"

"Bertanya itu boleh tetapi menjawab itu tidak pasti."

"Mengapa harus berulangan dipaparkan berita-berita ‘purbakala’ yang memenuhi laman-laman talian perisian komputer? Apakah diperkaitkan untuk generasi matrix yang mengendung kesan-kesan penuntutan hak awam sebagai sebahagian latar sejarah mereka dilahirkan?"

"Apakah tidak ada keinginan untuk memiliki rangkaian media yang lain selain dari apa yang telah tersedia ada? Inikah maksud pertanyaanmu?"

"Tidakkah terasa seakan-akan pengidolan menerusi medium ini telah menjadi sebagai bilah-bilah jarum yang menembusi jiwa kudus pengtauhidan akliah muslimin.?"

Tiada senyuman lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan