Rabu, 26 Ogos 2009

Di Manakah Dikau Intelek (Di Barat Atau Timur?)

"Masih termenung?"

"Kesukaran rasa ke manakah mahu dihala?"

"Mengapa?"

"Bagaimanakah jenayah terus kekal berada di dalam masyarakat?"

"Masihkah diigaukan mimpi-mimpi berimaginasi?"

"Mimpikah yang dianyam tatkala sukar dibezakan tingkatan-tingkatan jenayah di antara kolar putih dan kolar biru andai benar faedah-faedah ekonomi menyama ratakan keadilan dengan kebenaran dan siasah demokrasi Islam wujud sebagai teladan?"

"Digubahkah ini sebagai mimpi?"

"Sudah tidak berwajah minda ini tatkala keterlaluan ditebus jasa sekehendak hati tanpa pernah dihormat diri."

"Dendangan itu dikicau oleh sang unggas di rimba. Di raya rimba peraturan tidak diperundangkan."

Senyum lagi.

"Berpradigma di dalam menteluskan media masih tidak perlu?"

"Telah tersuntikkah dikau dengan ungkapan revolusi mereka?"

"Tidak! Telah ku katakan padanya kini adalah masa untuk berrevolusikan agama yang benar dan adil kerana masih wujud kitab yang masih kekal tidak diubah tanpa dipinda tiada pengubahsuaian yang diberdayakan perincian teladannya oleh pengucapan sabda Rasul SAW yang pada keadaaan-keadaan tertentu disepakati jumhur ulamak untuk diketengahkan pendekatan dan kaedah yang tidak terkeluar dari hukum-hukum syariat."

"Dikau berasa mual?"

"Ummah dan kesejagatannya bukan yang hanya sekadar ditermakan oleh globlalisasimu!"

"Alasanmu?"

"Puan telah lupa bahawa tidak boleh diabaikan bahawa masih kesyumulan di dalam Islam tidak diberikan arah haluan yang meyeluruh."

"Atas alasan apa kenyataanmu ini mahu diterima?"

"Kesyumulan Islam tidak meletakkan perbezaan kaum,keturunan,bangsa yang upaya meluhurkan roh kedamaian ketenangan yang upaya menjadikan kebajikan sebagai prinsip untuk melindungi warga dan ummah bagi memperolehi keselamatan."

"Maksudmu apa yang ada kini tidak menjamin apa-apa?"

"Saya gusar pemanipulasian tema agama hanya menjadi sebagai penyelamat untuk diraih tender buat kroni dan lebih mengecewakan andai isu 'penyelamat' mengkaedahkan semula sistem yang sedia ada."

"Apa yang tersirat kali ini?"

"Aib jika merendahkan wanita-wanita Tuan menerusi perencanaan yang disusun dan berstrategi menerusi permainan sebegini."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan