Sabtu, 22 Ogos 2009

Kandil Rasa

Puan Marwah Sharbini
Maaf kerana kewafatan Puan
Menyebabkan terganggu kewarasan untuk menyingkirkan rasa persendaan
Melontarkan jiwa pada sudut kekosongan
Merentap pisah pada jarak kegundahan
Meratib Astaghfirullah
Meratap dengan gemuruh resah qalbu berdarah
Menyendukan sedan yang tidak betah
Sejak berdekad dan kurun
Bukan asing wajah dan susuk pakaian hijab
Bukan anih jasad yang berkelubung dari mata hingga ke keting kaki ke bawah
Bukan tidak pernah ada pria tampan datang menjengah
Bukan tidak pernah ada jejaka bangsawan muncul mengadah
Pada selimut kelubung jilbab berpurdah
Tatkala
Lubuk-lubuk telaga hitam digerudi tidak kenal lelah
Tiba-tiba
Perawan wanita muslimah
Dialpakan diabaikan dinyahasingkan
Tragedi Puan dari media pelbagai wadah
Gelombang dan pancar frekuensi membisu pasrah
Tidak ramai yang berdiri dari nasab Cik Puan mahu mengarah kudrah
Membela tragedi berdarah.

Soal lughah?
Soal aurah?
Soal nakbah?
Soal akidah?
Soal burqah?
Bukan soal siasah?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan