Sabtu, 22 Ogos 2009

Lentera Rasa

Warkah ini menyurat musykil hati
Bagaimana terdaya diungkap bahawa dikau memberi tanda jasa
Saat
Terlihat ada jiwa yang terkorban untuk mendambakan
Kebanggaan memiliki negara?

Perdaya apakah yang menuba rasa?

Di antara kemeriahan dan ratap tangisan
Yang manakah akan dikau berikan sebagai sumbangan?

Bagaimanakah mahu mu untuk dicirikan harta?
Sumber-sumber berpendapatan juga bernegara
Tatkala
Umumnya khazanah kekayaan tidak dikongsikan bersama
Namun kini dikau bina gelanggang yang diinstitusikan minda
Namun minda itu terpenjara.

Apakah rasuah upaya dihindarkan?
Apakah budaya upaya diagamakan?
Apakah diskriminasi tidak menggalang rintang perpaduan?
Bila berbaris duduk anak menantu ipar duai keluarga saudara dan kenamaan
Masih sama serupa memberi persamaan
Pada ku ia masih penyalahgunaan
Status yang mengjengkelkan.

Dikau
Andai frekuensi mu tidak sudi didengari lagi
Pancar stesyen mu ditentu pilih mengikut masa dan hari
Usah didakwa itu dan ini
Tatkala
Rasa nubari gigih menyantun
Rasa naluri agih mengkagum
Rasa hati tagih menyusun
Rasa diri alih ujub yang meranum
Usah didakwa itu dan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan