Sabtu, 1 Ogos 2009

Kebulur?

Senyum.

Kemudian tertawa.

Mula berbicara.


"Adakah kesan krisis ekonomi menjadikan pembiayaan tahanan perlu dipotong sementelahan telah diakui bahawa penahanan yang tidak dibicarakan adalah kerana bukti yang hanya diandaikan tanpa upaya disahihkan untuk undang-undang melaksanakan keadilan?"

Lagi.

"Dengan rendah diri ingin diluahkan keanihan rasa dengan penekanan yang keterlaluan terhadap pembudayaan mengikonkan kepimpinan luar (khususnya setelah dijayakan pembolehan warna kulit menjadi peneraju sebuah negara yang masih boleh dipertikaikan teras-teras kepimpinannya memakanismekan kemanusiaan, keamanan dan kebersamaan tetapi berencana dengan agenda pemulihan yang dikawal selia oleh peraturan protokol untuk menghadkan keglobalan komunikasi itu sendiri)."

Entah tidak tahu jawapannya.

"Apakah penyatuan di antara warga negara-negara yang merdeka di dunia ini memerlukan sudut pandang-sudut pandang yang lebih mentrampilkan mereka sebenarnya belum benar-benar bebas dan merdeka?"

Sudah berapa tahun meraikan kemerdekaan?

"Perlu juga memahami kehadiran penyampai maklumat yang menggunakan status diplomatik untuk memerangkap individu yang direncanakan penglibatannya untuk dicirikan sebagai anasir subversif walhal kemungkinan individu ini telah banyak mengetahui tentang kebenaran yang boleh dibuktikan."

Berkecuali tanpa mahu memihak.

"Saya memiliki persahabatan dengan seorang isteri dan ibu yang ditinggalkan oleh suaminya dari tanah seberang saat Al Maunah dikategorikan sebagai penggugah yang mengancam keselamatan negara. Terburu-buru suaminya meninggalkan keluarga ke dua-dua isterinya perniagaan tanpa pulang lagi ke tanah air hanya kerana nama termasuk di dalam senarai yang dihitamkan sedangkan perhubungan sesama saudara hanya sekadar bertanya khabar dan mendapat nasihat dari pesanan agama.Tidak lebih dari itu kerana sifatnya sebagai seorang peniaga perlu menjalin hubungan baik dengan pelanggan seperti mana yang dinikmati oleh kaum pemodal dari kelompok korporat untuk bermotivasi demi pengurusan wilayah tender beroperasi malah mereka ini berinteraksi secara pro aktif dengan pihak-pihak yang dicemburui oleh prasangka dan curiga."

Bukti ISA kejam?

"Ikan kecil dan ikan bilis menurut istilah sedangkan konsepnya serupa."

Ceritalah lagi.

"Isteri pertamanya bersama anak-anak kembali ke seberang dan teman saya kekal bersendirian menguruskan anak-anak. Akibat pemangsaan dakwaan terlibat dengan Al-Maunah ini menatijahkan penafian hak-haknya untuk meneruskan perniagaan kecil mereka sebagai punca berpendapatan."

Apa isu moralmu?

"Kesan perintah dan pecah tidak memerlukan istilah baru apabila konsepnya masih serupa."

Alasanmu?

"Waktu itu warga tidak mengetahui kewujudan Al-Maunah seperti mana muslimin tidak menyedari kewujudan Al-Qaeda yang dianggap pengganas oleh kebanyakan media.
Bagaimanakah mahu dicirikan Al-Qaeda/Al Maunah apabila warga sendiri yakni muslimin tidak mengenalinya yang menjadikan kesedaran ini mengujar pertanyaan boleh dan mampukah dikonsepkan semula ciri-ciri dan maksud keselamatan yang menjamin keamanan itu sendiri."

Ada lagi?

"Bahasa rasmi perlu menjadi bukti antara sebab yang berupaya meletakkan warga sebagai teladan kumpulan pekerja yang berfokus dan terarah mematlamatkan akhirat sebagai sumber mereka berfungsi untuk membina diri keluarga masyarakat negara dan ummah.
Apakah ummah itu hanya melayu sahaja apaabila keturunan yang lain juga menumpahkan darah mereka di bumi ini untuk layak digelar warga?"

Kembali diam.

"Isunya bagaimanakah sekian lama merdeka perhubungan di antara kaum masih memerlukan pemupukan untuk saling menghormati sedangkan mereka saling mampu bekerjasama."

Alasanmu?

Wanita warga Cina wajar sedia memaklumi bahawa memakai seluar pendek di tengah khalayak dianggap kurang memuliakan diri seperti mana wanita bertudung menghisap rokok di khalayak menurunkan kemuliaan peribadi.

Tawaan yang nyaring kedengaran.


0445am -22/Mac/2009

Tiada ulasan:

Catat Ulasan