Ahad, 16 Ogos 2009

Hargai Perbezaan?

Tersua kembali catatan lama untuk diujar mula bertanya mengapakah hiburan amat penting kepada media barat dalam ugkap kata mahu bermedatasi meluhur jiwakah atau mahu menghasratkan penjejakan duplikasi imej yang memberdayakan tenaga menjana kekayaan di sebalik kejayaan?

Roh yang memenuhi jasad menghidupkan jiwa yang dikemudikan oleh hati.

Fitrah asal yang suci tanpa disedari akan tersumbing oleh gejala-gejala yang tidak mampu dikawal oleh qalbu yang mulai mengasimilasi keberkesanan gumpalan berbagai rasa.
Rasa itu ditumpahkan pada deria pancaindera. Miliki berbagai deria mampu menajamkan dan menumpulkan mata hati.

Terbetik juga gusar hingga menerbit suara bagaimanakah mahu dijalin hubungan deria rasa dalam menikmati irama tanpa dihalakan naluri syahwat yang mana di dalam prinsip Islam ia antara unsur maksiat yang upaya membawa dosa.

Irama menyumbang nada yang mengalunkan lagu bersarikata yang mempamerkan berbagai rentak laku namun ingin diujarkan juga, kepada sesetengah masyarakat berdansa di khalayak biar pun merupakan aksi budaya lantaran dalam agama malu itu sebahagian dari iman, lalu ia tidak dianjurkan menjadi asas berbudaya.

Irama tergubah dari daya sensetif yang peka merakam imaginasi yang apabila benar pandu arahnya upaya dihayati oleh berbagai watak insan, bila diamati dengan rasa iktikad pengubudiahan kepada Allah ia mampu menggugah isi nurani untuk sedar tentang hakikat kehidupan wujud persimpangan nilai positif dan nilai negetif yang mengingini dibimbing suluh cahaya lantaran insan positif dan negetif sentiasa berada di persekitaran kita yang sedia merubah atau diubah, kita akan tertunduk tanpa arah saat terjauh risalah yang mengungkap amar makruf dan nahi mungkar asas beribadah memberi makna menyingkap surat yang tersirat untuk diserlah.

Rasa yang membelenggu bagaimanakah mahu memelihara akhlak agar apa yang didengar tidak meleka-lalai, tidak menenggelamkan keseimbangan antara kewajipan dengan kemahuan khususnya terhadap remaja yang pada hari ini menjadikan hiburan sebagai satu keperluan?

Bermula dari niat yang baik diiringi oleh perbuatan yang ikhlas terzahir wujud perbezaan kelaziman berbudaya barat dengan timur yang cuba dipadukan menerusi irama yang perlu disedari upaya memudarkan kejatian identiti sesuatu bangsa dan meninggalkan kesan ke atas pemikirannya.
Misal niat menyemarakkan kasih antara suami isteri menerusi melodi ia adalah halal untuk dibangkitkan rasa saling memerlukan dan rindu apabila berjauhan, menjadi isu yang perlu ditangani apabila ia melibatkan pertautan jiwa yang berbeza jantina tanpa upaya dihindari unsur khayalan yang merosakkan perasaan akibat dorongan untuk mengundang kasih dan sayang yang tidak memuliakan nilai moral dan akhlak.

Berbagai tema dan saranan dengan pelbagai penghayatan dengan beragam kesan irama dari lagu berupaya mendidik menyubur semangat pembinaan nilai baik selagi ia tidak menyimpang dari kebenaran lantaran itu dengan jujur wajar diakui sudah sampai ketikanya agama dijadikan landasan untuk setiap kegiatan yang memproaktifkan generasi masa kini.

Realitinya di kesemua rumah, radas eletronik telah menjelmakan kesukaran untuk diperbaiki cemar yang telah mengeruhkan suasana masyarakat dan sosialnya.

Wajar juga dipertanyakan apakah menjadi budaya memudarkan fokus minda pada cabaran-cabaran yang didepani oleh warga dunia hari ini tatkala wujud lambakan perkara-perkara yang membawa keashikan sehingga menjadi fenomena fanatik seperti yang terzahir pada liga-liga perlawanan yang membahagi kumpulan-kumpulan tertentu untuk mendominasi?
Seakan-akan fanatik dan ekstrim tidak hanya tercetus pada perlakuan masyarakat yang didiskriminasi bahkan telah menjadi watak dan sifat generasi yang dipupuk oleh pengaruh generasi terdahulu.

Pilihan yang lain yang wajar diberi perhatian adalah kegiatan beriadah yang menuntun diperolehi ketenangan hati kesegaran rasa untuk berhibur mental yang wajar dilakukan secara tersusun untuk ditransformasikan kaedah berhukum syariat di kalangan para pelajar sebagai latihan memperkuatkan fizikal untuk diolah jasmani menjadi kuat zahir dan batin.

Wajar jiwa keperwiraan disantun untuk berbudi beramal atas desakan iman untuk mengenal dan melindungi hak yang perlu mendapat pembelaan bukan disemai benih kebencian untuk digalakkan permusuhan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan