Rabu, 29 April 2009

Hari Bisu Dan Tuli Se Dunia

21/Rabiul Akhir/1430
0123pm


Bagaimanakah wajar didiamkan apabila Amerika dan tuntutan medianya menjadikan warga berendah diri saat terasa dilagakan keperluan menganyam mimpi untuk diprovokasi?




Pengidolan pengikonan wajar ditawarkan di khemah-khemah pelarian dan wad-wad pskitrit untuk dilambakkan pengharapan-pengharapan membebaskan mereka dari kemiskinan kemelaratan kebuluran juga kesakitan.




Arah alir air yang terklorin menjadi modal baru dijenamakan kesihatan sebagai cara hidup yang menambahkan usia untuk gagah beraksi sejajar dengan arah alir tunai yang masih memerlukan rangka berstrategi mengawal kenaikan dan penurunan harga tenaga sedangkan dasar dan sistem masih disalut nilai yang serupa.


Apakah ada perubahan bila sistem dan dasar itu masih yang lama?


Ya hari ini hari tuli dan bisu sedunia yang diraikan bersendirian di ceruk lokasi yang Global Positioning Systemnya didatakan pada pengkalan-pengkalan utama ketenteraan yang mempromosikan pencarian dasar-dasar yang sifat diktatornya di sayap kanan dan bukan puak kiri yang selalu didakwa sebagai penentang walau dilahirkan oleh demokrasi.




Gambar dirakamkan semasa di Matar Qadeem

Gambar dirakamkan di 56 Jalan Hijau, Taman Kg Kuantan, Klang, Selangor
Gambar dirakamkan semasa di Beverley Hills Garden 11 - Al Mamoura


Wajar difahami sekarang ini setelah berakhirnya siri kempen kepimpinan kita berhadapan dengan keperluan apa lagi apabila masih diperlukan penyokong-penyokong berbanding pengkritik di media cetak dan eletronik yang turut sama berlobi?


Membahagikan keuntungan?


Afrikan Amerika perlu dihentikan penurun nilai moralnya apabila masih meraikan kebebasan yang tidak lagi dihayati perlukan kemeriahan disahut secara beramai-ramai oleh generasi masa kini yang tidak memiliki taraf kewarganegaraan Amerika.




Perlukah begitu kaedah direncanakan?




Kita tercabar oleh keperluan untuk menyatukan warga apabila dikecamukkan ukuran untuk kejayaan buat seorang pemimpin yang terikat hanya kepada keadaan tertentu sahaja di dalam menguruskan kegagalan misalnya demokrasi dan penetapan yang menolak amalan integriti meletakkan kepercayaan.




Mari bersama kita menyelidiki Protokol-Protokol Rancangan Barat Untuk Menghancurkan Islam.




Maaf.


Saya mengigau kerana tidak pandai bermimpi.

Sabtu, 25 April 2009

Seni Rasional 2

22/Rabiul Akhir/1430
18/April/2009
1002am


"Lori sampah dan tempat pembuangan sampah di sini warnanya kuning dan biru,"dia tidak mendengar.




Lori sampah dan tempat petak sampah serta buruh yang menyapu sampah  memakai  pakaian serba kuning.


"Lori sampah yang busuk hanyir dengan timbunan buangan berwarna kuning dengan biru,"dilaungkan lagi.


"Di dalam tong sampah ada pasir tahi kucing bergelumang dengan makanan basi berlendir dengan kanji berbau dan tin-tin juga botol yang masam dengan tengik yang menggelisahkan makna kitaran bahan buangan sehingga plastik polesterin sel-sel mecury mengeletrosiskan mendakan sodium-sodium klorida untuk menambah kandungan sebatian baru kepada makanan."


"Bagaimanakah reaksi logam bila sukatan methyl perlu dihidrolosiskan sebelum diangkut ke peredaran urat darah nadi membrane otak dan sesalur pembuluh otot-otot kardium?"


"Mahukah protin bakteria bercerai dengan agglutinin bila ghairah berahi menawarkan pakej transmisi virus kepada pneumocystiscarinii."


"Apakah benda yang kamu sebutkan itu?"


"Dalam bahasa kita pertukaran sifat sel dari baka kepada gen-gen sel."


"Salahlah."


"Racun nikortine dan dadah marijuana."


"Salahlah."


"Biseksual."


"Kamu tahukah kolonial alfa beta dan gamma?"


"Agen-agen pembunuh setelah mengurung tanpa bahas."


Bila belajar dalam bukan bahasa sendiri bagaimana mahu menyelesaikan masalah kesihatan?


Mampukah orang miskin membeli insuran?
Orang miskin tahu dan fahamakah makna 'unit trust'?

Seni Rasional 1

9/April/2009
0559pm




Siapakah di sana?




Saya  bukan sebuah mesin




Pagi ini dizahirkan oleh kepala buat minda ternoda oleh pertikaian kemusnahan kebebasan dan hak-hak asasi di siber yang dikaitkan dengan kaji penyelidikan bagi memprojekkan didepani kegagalan manusia untuk berkuasa mempengaruhi minda dan akal pemikiran.


Tergambar banduan-banduan millennium yang dikerah ke satu sudut yang bersegi-segi dimensinya.


Kilauan dan sinar pengutus cahaya hanya menghablurkan belerang puing yang debunya mengerlip di bahu-bahu penjenayah yang digagahkan sebagai penyelamat.


Banduan millennium itu sesat selama puluhan tahun mengawasi sisi setiap segi.


Sehingga terabaikan bahawa tidak ada satu jua pun gedung-gedung megah berbakti untuk berdiri sebagai pengenalan identiti negaranya.


Sarat dagangan dihimpunkan berpukal-pukal untuk perut tubuh luar dan dalaman namun semuanya sekadar jenama jaguhan kampungan.


“Menjelang senja dekad hanya beberapa premis mengungguli pasaran pengguna.Entah di mana geran lesen premis tersergam dengan nama secangkir wawasan. Tepung menguli gula rotinya juga tidak bernama asli.”


“Kita hanya ada Koperasi dan Kedai Serbaguna,”kuntum senyum mengukir sumbing.


“Ia penyelamat air muka.”


“Dana insan bermodalkan apa pula?”


“C4, menipu dan memanipulasi selain menceroboh.”


“Pengguna-pengguna padang bola rumputnya dari jenis yang sama dengan haiwan yang meragut rumput untuk menjadi makanan.”


“Kasut lebih diutamakan. Letaknya perlukan permukaan lapisan rerumput yang perlu ditentukan oleh nilai.


“Ia berjenama berbanding haiwan. Haiwan tidak memerlukan sepatu. Lupakah itu?”


“Rumput hanya jenis pertanian yang harganya diletakkan rendah.”


Kambing kecil merentaknya tidak memutus tali berantuknya tidak melambung bumi.

Selasa, 21 April 2009

Cedera Hati 2

“Bagaimanakah pandangan mu mengenai ISA dari sudut sosial?”


“Saya tidak faham maksud soalan.”


“Dari sudut sosial bagaimanakah difahami akta ISA?”


“Saya tidak faham.”


“Adakah orang yang tidak bekerja diberikan tanggungan makan minum dan asas-asas kehidupan percuma dianggap membebankan?”


“Ujarkan lagi soalan”


“Pesanan yang ada ingin ku titipkan,tidak akan mendatangkan kebaikan andai diintip-intip rahsia (didengari bisikan ) melainkan yang upaya menerbitkan kebaikan bagi mereka yang menyuruh bersedekah, melakukan kebaikan juga yang mengusulkan perdamaian di antara manusia. Kamu tahu bagaimana mahu mendamaikan tahanan yang tidak dibicarakan dengan penahan mereka?”


“Di antara mereka tidak pernah bersengketa.”


“Benar,amal kebaikan juga maksiat jika diintai dan diintip dengan rahsia bermakna masih banyak perkara dilakukan kesalahannya adalah kerana tidak tahu bahawa Allah menyaksi dan menjamin tidak akan terabai setiap perbuatan yang baik dan buruk melainkan akan mendapat balasannya.”


“Akhirat tidak diterima sebagai masa hadapan ummat.”


“Kamu kecewa?”


“Usia kita singkat bukan boleh hidup lama.Semuanya akan ditinggalkan.”


“Esok masih ada. Bersabar tabah dan berdoalah sesudah berusaha.”

Cedera Hati 1

Imbasan terganggu merisik lipatan lembaran usang, tatkala muda remaja melaksanakan kasih sesama saudara setiap kali kakak-kakak berpantang oleh fitrah kejadian mengendung zuriat sembilan bulan, diri ini diminta agar dengan sifat berkasih sayang..dipaksa menjadi mak bidan mengurus bayi belum sebulan merah jari nyaring tangisan…




Emak saya bergambar dengan sebahagian kecil dari anak-anak saudara yang  pernah dijaga  semasa kakak-kakak di dalam pantang pada tahun 1990




Antara banyak yang terkenang tatkala seketika satu waktu kepulangan suami kakak secara tiba-tiba meminta disiapkan pakaian seragam untuk bekalan atas tugasnya menjejaki pengganas musuh ciptaan…lebih seminggu dan sebagaimana perginya secara tiba-tiba begitu jugalah pulangnya secara senyap-senyap yang mengusung kelu lidah dari ingin berbicara.






Suami kakak ke empat saya adalah bekas pegawai di PDRM yang pernah bertugas sebagai  petugas  di bawah  PBB  di Kosovo  dan bekas pegawai polis  di Kepayan dan Tuaran.


Sepulangnya abang, dia serba tak kena untuk menelan pertanyaan yang bersuara minta penjelasan…”abang asyik diam sahaja…kenapa?” kakak berujar beradu suara dengan riuh bunyi-bunyian dari peti suara gema taluan irama dan lakonan.

Abang berkeluh resah tatkala memandang saya yang pada ketika itu gemarkan pakaian berwarna hitam dan kemelut batinnya tersua di saat menghadapi hidangan.

Pemergiannya berhadapan dengan tanggungjawab atas nama operasi sebagai tanda setia pada nusa menjadi bebanan yang perlu ditanggung seumur hidup dan kejujuran abang beramanah untuk terus dipikuli kewajaran berahsia tanpa boleh berkongsi rasa menjadikan diri ini semakin teraktif seluruh indera rasa yang mengenatikkan selidik siasat dalam hati mengapakah abang bermurung begini?

Sikap benar ia tidak berdusta dalam tutur bicara.

Benar untuk tidak menyembunyikan niat atau melindungi hasrat.Umpama Ulamak yang tertibnya mendahului amalan sebelum perkataan sewaktu membimbing dan mendidik khalayak,kejujuran mereka menerbitkan kasih.

“Di awal subuh di situ kedengaran suara bacaan ayat-ayat suci sebelum tahmid dan seruan azan dilaungkan,”seorang sahabat yang kembali dari menara gading berkongsi cerita.





Sahabar semasa bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Bukit Kuda Klang tahun 1971/72  Ustazah Hajjah Marzilah binti Haji Abdul Malek. (tentu dia tidak suka gambarnya dipaparkan di sini)


“Usah menipu membohongi saya…”

“Benar, tidak dapat dibayangikah bagaimana kalimah-kalimah itu tidak upaya mencairkan keras hati mereka yang bertamu dengan laras senjata sedangkan yang menanti itu tetap sabar memohon redha Pencipta.”

“Apakah khilaf yang mereka lakukan hingga sanggup darah merah membasah bumi sesudah Khaliq dibesarkan?” termanggu untuk menerima imbasan kelmarin yang menjelma bersama raut-raut wajah yang sering berdiri gagah di persada membina tamadun ummah.

Dahulu sewaktu pernah marhaen biasa berkampung dan berusaha bermuamalat dengan menjenamakan barangan halal sehingga dikenali dan mendapat sambutan negara sekitar, bangsa manakah yang rela menujahkan persangkaan bahawa mereka berusaha berebut kuasa kerana ada yang ingin menjadi Penguasa?

Lantaran bukan berdarah bangsawan tidak pula dilahirkan sebagai ahli keluarga elit kumpulan yang berimejkan agama ini, dengan hasrat melahirkan ekonomi Islam menerusi barangan keperluan harian,tiba-tiba adalah pengamal ajaran sesat.

Waktu itu semangat keusahawanan mulai berputik pada minda generasi baru Islam untuk menerokai pasaran bermuamalat yang mempelbagaikan barangan secara syarak lantaran mengutamakan penjenamaan halal produk yang suci bersih tanpa was-was penggunaanya.

Cetusan yang segar juga mulai terzahir oleh kewujudan cara dan bentuk nyanyian yang memberikan alternatif kepada masyarakat untuk menikmati irama nasyeed dan juga rakaman video paparan aktiviti semasa kumpulan itu.

Imbasan tahun tujuh puluhan kesimbungan penghijrahan imej dan minda generasi baru adalah ke arah bertanggungjawab kepada agama namun seperti kini kebangkitan dan kesedaran beragama sering menjadikan jiwa dua saudara bercuriga. Perpaduan untuk sebuah kesatuan biarpun semakin banyak namun kerapuhannya seakan mudah diagendakan.Adakah kerana tenunan dari anyaman didik asuh sistem pelajaran keharmonian keruh berpanjangan .

“Kaum yang murtadkah dicari jejak menyingkir untuk disingkir?”

“Bukan, malah seagama seakidah penjawat di salah sebuah institusi halal di ibu negara.”

“Dari sumber yang menyaksi sendiri waktu dilapisi putih kain kapan darah masih terus membasah. Husnul khatimah,bukan kita yang mengsahihkan. Namun tanda-tanda tetap wujud untuk diambil pedoman.”

Sejak itu semakin kukuh rasa keterasingan di tengah khalayak senyum manis basah lisan bertemu gigih mengarca bina maju jaya dinamik berinovasi memakin suburkan untuk hati menjadi keras menghitung bilah helah.Tersua taksub merintangi bebas minda untuk berasa bebas berkreatif.

Pesan guru orang yang tidak upaya mengubah fikiran selamanya tidak akan berkebolehan mengubah apa-apa. Bisik saya perlahan rantai besi dimakan bubuk hanya hamba sahaja jiwanya ingin menafikan perubahan apabila setiap detik tanpa lengah masa pembaharuan sentiasa berkitaran.

Saya tidak akan berubah tetapi saya yang akan mengubah. InsyaAllah.

Jumaat, 17 April 2009

Cik Melati Dan Cik Frekuensi

Pesta buku tahun 2011 yang dirakamkan oleh C903

Hari ini Pesta Buku di tanah air.

Ini tahun ke lima atau ke enam saya tidak menghadirkan diri ke pesta buku untuk minda dijamu oleh mata kelibat berbagai warga yang semakin aktif berinteraksi dengan alam fikiran yang menterjemahkan berbagai rasa melalui pameran buku-buku.


"Cetak dakwat di helai putih sering merawat menyantun pulih hina melarat dek darah didih budaya tidak saing beriring bahasa disisih,"jiwa mempuitis protes dalam bicara rahsia.


Kotak-kotak harga istimewa menjadi jurnal pilihan menilai kemampuan tas tangan dan dompet dimanafaatkan.


Kisah Natrah dari sudut sejarah kasih beragama menyisih gelisah butiran fakta dan kisah … singgulan bersentuh tubuh di meja yang dikerumuni bintang-bintang sering menjadikan laluan kami menyimpang agar tidak iman bergoncang … (ikon diberi perisai menguak sunyi agaknya)...bermaksud mungkin kehadiran ikon tertentu bagi mengundang peminat mereka ke pameran buku.

Lunak-lunak damai terasa alunan dari kasidah, nasyeed berselang seli taranum surah dan zikrullah digemakan.

Banyak buku-buku menarik minda saya jelingkan, bila diselak lembaran catatan penaakulan mereka di gading-gading tentang bahasa falsafah,ekonomi, agama, siasah ke biografi yang antaranya menyuratkan kaji ginekologi wanita di mana mereka perlu mendapat dokongan bukan persaingan yang dicemarkan.

Bahasa-bahasa gagah dunia teratur megah kerana jiwa karyanya tidak diperhamba dengan lembaran helai tebal mewajahkan siapa rupa mereka … mundur bahasa hilang rupa yang tinggal hanya nama.

Ruang-ruang legar sarat dengan karung idea yang segar melaung  ‘hiruplah udara bebas yang bugarnya adalah merdeka bebas’... kenangan berbalam-balam jauh di sana bila memikirkan pesta suka buku.


Konflik pada kekontangan isu untuk latihan teknikal moralnya ialah bila setiap kali menjaja diri untuk membeli , saya menjadi peminta kerana harga buku-buku yang  lazimnya dibeli dengan tunai.

Pesta buku meraih sengsara minda dek kerana banyaknya perlu dibaca … aman dunia wajar tercapai bila kesamarataan panca aliran berpengetahuan itu semakin dikuasai kemahirannya mengenal masalah dan dicerakinkan resolusi penyelesaiannya.

Mengapa ya penulis menulis bukunya?


Malangnya media yang diadaptasikan dengan rangkai hiburan merendahkan taraf pemikiran generasi untuk melihat persamaan sistem dekad-dekad yang dikawal sepenuhnya secara tidak adil.

Rabu, 15 April 2009

Igauan

“Saya mahu pulang.”


“Alasan?”


“Di sini bumi anbiaknya hanya tinggal tanah debu dan pasir. Tidak lebih dari itu”


“Minyaknya masih melimpah. Gasnya masih membakar.”


“Daya hidup sudah tiada seri rahmatNya.”


“Para Kekasih diberadukan oleh iradat azali namun para jiwa rela diberadukan dengan dodoian sumbangsih panah hukum janji ke hati merawan sosial menampi ekonomi.”


“Terpetikkah oleh mereka bebintang digalahi oleh mimpi?”



“Setiap mimpi adalah percuma kerana itu semua disayugiakan agar bermimpi.”

Selasa, 14 April 2009

Jasa Berdusta?


Kos sara hidup di Qatar semakin tinggi
Termenung sejenak.

Ringan tidak sama dijinjing berat kiranya tidak sama dipikul.
Tidak upaya mata berat memandang apabila bukan kesemua bahu yang turut memikul.

“Duit yang abah beri tidak mencukupi.”

“Berapa semuanya?”

“200 riyal.”

Serentak kami menganga,“mengapa mahal sangat?”

Sebungkus nasi goreng yang hanya berencah udang kecil, kacang pes, telor goreng dan dua hirisan timun bernilai 17 riyal. Ditambah dengan seketul sambal ayam, tiga biji sambal telur dan enam botol kecil air mineral juga sebungkus teh halia panas.

“Mungkinkah di masa mendatang jumlah kelahiran untuk negara tertentu akan terus berkurangan?”

“Maksudnya akan wujud industri menternak pengguna? Di mana ?”

Senyum kami bersama terukir.

Suhu yang kini dingin seakan turut membekukan jiwa dan indera rasa ini.
Hangat yang menjamah keseluruhan minda teruji kekekalannya untuk terus berada di paras normal tanpa rela.

Beralun fikir dibuai pesan peringatan Tuhan Pencipta alam,“dan sekiranya mereka di dalam kesusahan hendaklah ditunggu sehingga tiba saat kelapangannya.”

Mindaku menjuih rasa,menindas beginikah caranya?

Jiwaku merajuk murka,begitukah bila keseimbangan tiada di antara harga kegunaan dengan pendapatan warga yang tidak berharta?

Kalbuku menyuara,sabar sabar dan kuatkan kesabaranmu.

Jasadku melurut lelah,pengurusan sumber-sumber kiranya menular cemar menjulang pemfetur.

Mataku melirik resah,saat terimbau harimau terpenjara,pelanduk kancil menolak mara.

Telingaku pedih oleh teriakan bebas dari rahang buaya masuk ke rahang singa.

Bibirku menghempas karbon oksida,barangan makanan hampir lupus masihkah diperaga saat perut-perut yang tidak beralas diujarkan sebagai pemalas? Bangsa melayu bangsa yang malas?

Siapakah yang rajin di antara warga dengan penguasa,perlahan bisikan manja mengelus di cuping telinga. Wujudkah pemimpin yang tidak berharta walau pun berdinasti?

Aliran cas-cas elektromagnet di gelombang otakku sudah tidak stabil biarpun bebola bio berhempas pulas mengaktifkan cecairan tercemar oleh klorin dan tawas.

23/11/2008 - 0836

Ahad, 12 April 2009

Kontras

“Mind your language” mengingatkan kepada kehendak seorang usahawan yang berjaya memenuhi kualiti untuk menyertai pakej pelancongan syarikatnya ke salah sebuah negara yang padat kependudukannya (mereka ke India)


 Ini bukan bertujuan mengiklan tetapi menyatakan kebaikan salah seorang bekas 'guru' saya seorang usahawan yang berdiri paling kiri

Mereka diraikan kerana berjaya meningkatkan jualan syarikat.


“Inilah terakhirnya kami ke sana.Lain kali kami mahu syarikat tidak lagi menjadikan negara itu sebagai destinasi untuk meraikan kami.”


Usahawan itu berasa terkedu melihat kemiskinan yang melata di hampir setiap bandar yang dikunjunginya. Kemelaratan menjadikan kehidupan mengemis sebagai penanda untuk warga negara ini.


Suami saya juga pernah menyimpulkan kesengsaraannya terhadap bau-bauan apabila menyebut tahap kebersihan di hotel yang perlu diinapinya semasa ke India.


“Kemunduran mereka pada sistem kasta yang menzahirkan rupa diri dan identiti sebenar umbi akar latar diri.”


“Walau pun setelah ditinggalkan oleh Inggeris?”

Penulis blog ini bersama suaminya Ir.Harith bin Abd.Hamid gambar dirakamkan sewaktu walimah anak sulong kami di Kuala Lumpur pada 17/Syawal/1436 Hijriah bersamaan 2/Ogos/2015. 

“Mereka dibenarkan menjadi Tuan sesama sendiri hingga kemelaratan warga yang miskin dijadikan bahan yang didagangkan.”


Sekonyang-konyannya Kitab Manu yang merendahkan wanita…dari kalangan lelaki Brahma memeta di minda dan serentak itu koordinasi magnitiud menghalunisasikan jiwa.

Pergolakan pemikiran menjadi syarat utama dekad ini tercabar...


Pengalaman kematian seorang kenalan rapat keluarga yang terbiar beberapa jam di dalam bilik hotel tanpa dapat dikesan oleh keluarganya juga mengusulkan pertanyaan di dalam diam…


Minda tidak betah.

Aksi tidak serakah.

Jiwa tanpa gundah.

Nafsu meminta sedekah?

Badut-badut rasuah?

Selongkar kisah.

Retak-retak rumah.

Sekat-sekat tanah?

Berniaga dengan dakwah.

Hati makin gundah.

Hujan-hujan membasah.

Hitung dengan jumlah.

Taksir dengan darah?


Jumaat, 10 April 2009

Segi Bebucu Si Bintang-Bintang


10/Mac/2009
0946


“Aduhai Pemaksa, kebendaan bukan menjadi penyukat kebahagian.
Cantik dan buruk manusia pula bukan kita yang menetapkan untuk dikeluh-kesahkan apabila di syurga nanti kesemua kita menjadi serupa muda dan tampan, belia dan jelita. Kaya dan miskin hanya alat bersifat mengukur keinsafan untuk amanah bertanggung-jawab menunaikan kewajipan.”



Kita tidak menukar suami atau isteri seperti menukat pakaian.

“Laramu untuk Penjasa yang telah memberi bakti dan mahu diderhakai?”


“Simpatinya berhasrat balasan. Permaklumatan cetakan ganda dengan pendapatan sedang keaslian sumber perkhabaran kesahihannya mengundang walang.”



“Dalam sungguh makna disuluh gusar nanti disenduk kuah ke dalam pengat!



“Lebih ku khuatir untuk memberi lauk kepada orang yang membantai, kesekutuannya sesukat bersudut-sudut tidak pandai bersabar bakat yang dipertikai.”


“Bahasa penyatakah atau bahasa seruan yang dikau ungkapkan?”


“Tidakkah kau temui pada cendarama Juliet dan Romeo bicara ku ini?”


“Aljibra pun tidak Teorem Pyhthagoras sudah semakin sepi apa lagi Zulefuredas… rangkai dan ucapcatat mu mahu dimudah rengkaskan hingga makna menyulam bicara pudar menanggung rasa.”


Deru hembusan bayu mengucap sabda,“sesungguhnya Aku (Allah) hampir-hampir mahu menimpakan siksa ke atas penduduk dunia. Namun apabila Aku Melihat kepada mereka yang memakmurkan rumah-rumah Ku sambil beristigfar di waktu fajar, lalu Aku mengalihkan siksa Ku dari mereka.”


Samakah dunia dan mimpi di antara manusia?