Sabtu, 25 April 2009

Seni Rasional 1

9/April/2009
0559pm




Siapakah di sana?




Saya  bukan sebuah mesin




Pagi ini dizahirkan oleh kepala buat minda ternoda oleh pertikaian kemusnahan kebebasan dan hak-hak asasi di siber yang dikaitkan dengan kaji penyelidikan bagi memprojekkan didepani kegagalan manusia untuk berkuasa mempengaruhi minda dan akal pemikiran.


Tergambar banduan-banduan millennium yang dikerah ke satu sudut yang bersegi-segi dimensinya.


Kilauan dan sinar pengutus cahaya hanya menghablurkan belerang puing yang debunya mengerlip di bahu-bahu penjenayah yang digagahkan sebagai penyelamat.


Banduan millennium itu sesat selama puluhan tahun mengawasi sisi setiap segi.


Sehingga terabaikan bahawa tidak ada satu jua pun gedung-gedung megah berbakti untuk berdiri sebagai pengenalan identiti negaranya.


Sarat dagangan dihimpunkan berpukal-pukal untuk perut tubuh luar dan dalaman namun semuanya sekadar jenama jaguhan kampungan.


“Menjelang senja dekad hanya beberapa premis mengungguli pasaran pengguna.Entah di mana geran lesen premis tersergam dengan nama secangkir wawasan. Tepung menguli gula rotinya juga tidak bernama asli.”


“Kita hanya ada Koperasi dan Kedai Serbaguna,”kuntum senyum mengukir sumbing.


“Ia penyelamat air muka.”


“Dana insan bermodalkan apa pula?”


“C4, menipu dan memanipulasi selain menceroboh.”


“Pengguna-pengguna padang bola rumputnya dari jenis yang sama dengan haiwan yang meragut rumput untuk menjadi makanan.”


“Kasut lebih diutamakan. Letaknya perlukan permukaan lapisan rerumput yang perlu ditentukan oleh nilai.


“Ia berjenama berbanding haiwan. Haiwan tidak memerlukan sepatu. Lupakah itu?”


“Rumput hanya jenis pertanian yang harganya diletakkan rendah.”


Kambing kecil merentaknya tidak memutus tali berantuknya tidak melambung bumi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan