Selasa, 21 April 2009

Cedera Hati 2

“Bagaimanakah pandangan mu mengenai ISA dari sudut sosial?”


“Saya tidak faham maksud soalan.”


“Dari sudut sosial bagaimanakah difahami akta ISA?”


“Saya tidak faham.”


“Adakah orang yang tidak bekerja diberikan tanggungan makan minum dan asas-asas kehidupan percuma dianggap membebankan?”


“Ujarkan lagi soalan”


“Pesanan yang ada ingin ku titipkan,tidak akan mendatangkan kebaikan andai diintip-intip rahsia (didengari bisikan ) melainkan yang upaya menerbitkan kebaikan bagi mereka yang menyuruh bersedekah, melakukan kebaikan juga yang mengusulkan perdamaian di antara manusia. Kamu tahu bagaimana mahu mendamaikan tahanan yang tidak dibicarakan dengan penahan mereka?”


“Di antara mereka tidak pernah bersengketa.”


“Benar,amal kebaikan juga maksiat jika diintai dan diintip dengan rahsia bermakna masih banyak perkara dilakukan kesalahannya adalah kerana tidak tahu bahawa Allah menyaksi dan menjamin tidak akan terabai setiap perbuatan yang baik dan buruk melainkan akan mendapat balasannya.”


“Akhirat tidak diterima sebagai masa hadapan ummat.”


“Kamu kecewa?”


“Usia kita singkat bukan boleh hidup lama.Semuanya akan ditinggalkan.”


“Esok masih ada. Bersabar tabah dan berdoalah sesudah berusaha.”

2 ulasan:

  1. asslamualaikum..salam ziarah, anda dari malaysia atau indonesia? perlu tambah sedikit maklumat tentang diri anda,asal,umur,dan pkerjaan.

    BalasPadam
  2. Saya meminta saudari atau Puan Nur Hidayah Rosli menghubungi saya di facebook saya. Terima kasih.

    BalasPadam