Isnin, 27 September 2010

Kemarahan Yang Tidak Bermata

Kerana kesetiaan baru kini kami mencari ruang baru bagi meninggalkan Doha untuk mencari penempatan baru buat masa lima tahun yang mendatang setelah lima tahun berlalu.


Menghindari suasana hingar bingar hening yang damai kami susuri di persisiran laut lepas Al Wakrah.

Teluk tenang yang melaut siur sepinya dihuni oleh naluri semula jadi jati ingin berdikari.

Mewah yang berciri pada sisi hias bangunnya tiang-tiang seri masih sederhana belum sedikit terkurang istimewa yang mengusik rasa.Hiasan dalaman yang disentuh secara profesional tanda kepemurahan hati pemaju kediaman ini dalam melengkapi sebuah tempat peristirehatan yang selesa mengusik rasa kami.

Apalah makna buat seorang tukang kayu andai dia tidak upaya membuat sebuah rumah untuk ditunggu.

Apalah makna buat seorang sarjana andai dia hanya memangku tangan tidak bekerja atau hanya mengingini laba?

Ashik minda menyusuri laman-laman tenang itu terkocak gundah bila jarak kilo meter masih di atas jalan raya tenang itu hilang, tabah itu semakin berkurang, segan dan silu semakin ditimbang duga-duga yang bukan lagi sedia dirahsia.


Dan pagi semalam ibarat seperti di jalan raya, laman-laman yang dimoniter oleh gelombang sesalur eletro fibre optik masih pintu dan jendela ditutup tatkala dilintasi untuk dilayari.

(Sehingga menerbit musykil mengapa laman tentang Qatar menafikan hak untuk saya memasukinya yang telah sedia ada di situ komuniti Jepun Indonesia Korea? Apakah beza Qatar Living dengan --- Love Qatar?)

Termenung memikirkan apakah pula West Bay diperuntukkan buat komuniti dari wilayah antarabangsa yang hanya diterima eliet bangsa lain yang tinggi pendapatannya tatkala mereka semua ini adalah tenaga pekerja yang diundang untuk ditawarkan pekerjaan?


Sifat halus menginsankan pembangunan demi memajukan bandar-bandar bagaimanakah caranya andai berada di sini atau di sana akan menstatuskan diri kita?


Kesopanan diujarkan sebagai sifat hati yang tidak mahu melihat ‘pintu gerbang’ tercemar biar pun dihiasi taman bunga-bunga harum di sisi dan belakang 'pintu gerbang' itu?


Cermin biasan replikasi yang dikawal secara mendominasi itu ibarat pemandu yang tidak berhemat apakah tatkala mengetahui pelayar ini yang menjadikan infra merah sebagai laser bukan senjata?

Mengapa begitu sekali dikawal dan dipantau andai benar persaingan itu satu gelanggang yang sihat tatkala semakin banyak ciri kerahsiaan peralatan ejen penyiasat dijual menjadi alat kegunaan harian.

Apakah masih baru kepada sesetengah kita kebolehan sebuah pena tulis yang upaya merakam suara gambar memori untuk audio dari usb dipindahkan ke skrin komputer?


Sambil menikmati ciri kemewahan di sudut setiap penjuru kediaman itu minda mencari penjuru yang diabaikan – sudut menelaah fikiran – ruang mini perpustakaan masih tidak mendapat tempat istimewa berbanding sudut-sudut rekreasi hala pandangan.


VAKOG yang tidak pernah ditinggalkan di rumah walau pun berada di luar jauh dari rumah, sistem alir kanta sentuh peta di minda ini sememangnya sukar difahami oleh suami dan anak-anak apa lagi ahli keluarga yang lain.Lantas mereka gemar merasuah fikiran dan perasaan dengan kecurigaan yang melampau sehingga jiwa saya sering terluka.

Seperti berkelahi saya sering memaksa sistem VAKOG mendengar kata minda, tema kekeluargaan tidak boleh diletakkan sesuka hati atau diabaikan demi mencapai kepuasaan.

Berbincang dengan anak-anak yang begitu bernyala hasrat untuk membawa mak wannya berkunjung ke sini, lututnya yang sesuai dengan peningkatan usia menjadikan kami bermenung panjang di manakah tempat terbaik untuk seorang tua di rumah yang serba moden?

Apakah tema kekeluargaan yang begitu kukuh diintegrasikan dari fenomena kewujudan masa-masa dan waktu untuk keluarga berkunjung di premis mahu diabaikan tatkala begitu dizahirkan bagaimana unit-unit keluarga inilah umumnya menjadi penyokong dan pendorong bagi menjayakan setiap aktiviti yang dianjurkan?

Membina sifat individu bukan tema di tempat permaustautinan ini.

Ciri selari yang dikukuhkan oleh keluarga mengambil tema kasih sayang yang tidak diadunkan oleh nafsu apabila kesemua aktiviti tidak didominasi hanya oleh usia-usia tertentu bahkan penglibatan semua peringkat usia dizahirkan oleh rupa sebenar ahli bagi setiap keluarga.

Pernah melihat fenomena membawa bayi kecil ke pawagam?

Pernah melihat datuk dan nenek yang sesetengahnya berbongkok tiga diusik oleh cucunya untuk ditolak di dalam troli di super market?

Pernah melihat lelaki sesama gendernya yang telah berusia saling berpegangan tangan waktu berjalan atau bersiar-siar sedangkan mereka bukan pasangan homoseksual?

Pernah melihat tiket-tiket kebajikan yang dari jauh seiras tiket loteri ditukar dengan wang oleh kanak-kanak di meja kaunter yang ditunggui oleh lelaki-lelaki berusia yang berjambang persis ‘ Pak Cik Osama’ yang membaca ayat suci al –quran di tengah-tengah premis dagangan atau dihuni oleh lelaki muda yang tampan dengan janggut dan misai yang dirapi sering menunduk pandangan apabila terlihat gadis atau wanita muda yang berlenggang lenggok dengan gaya yang menggoda di tengah-tengah pusat membeli belah yang menjadi kunjungan ramai?

Hias dalaman dengan susun letak yang begitu indah penghias langsir yang bagai tenunan angan-angan tidak upaya memendamkan gelisah dari sini ke sekolah nanti rutin bagi pekerja yang jadual tugasnya walau tidak berpuncherkan kad ketibaan dan pulang bagaimanakah mahu mengaturkannya?


Seorang pegawai ‘senior’ bergandingan dengan seorang pekerja ‘bawahan’ tentunya pengurusan masanya tidak serupa dan bagaimanakah dandanan mewah rumah baru ini tetap tidak melukis petak-petak yang mencetak tetap di ruang-ruang hati ini untuk sedia melepaskan kesempatan yang selama ini dianyam di dalam lipatan hati.


Bilangan enam buat kami ianya berangkai-rangkai yang erat padunya melekat di dalam jiwa tanpa perlu dizahir.


Untaian rasa yang kami resapkan di dalam jiwa saling berdakapan walau tanpa sepatah bicara. Meski sesama kami paling lemah untuk menghadiahkan senyuman jauh di sanubari hati yang dalam kami saling mengerti keperluan dan keinginan yang mudah diselami.


Sesungguhnya untuk mendapatkan sebuah rumah masih menjadi kesukaran buat kami di sini.

Berbual Dengan Hanaen Di Penjara Minda

“Seronokkah orang bernikah?”


“Mengapa bertanya? Awak muda lagi usah fikir tentang itu. Ada karier dan pendapatan sendiri baru boleh fikir tentang kawan. Ingat karier juga upaya dilahirkan dengan pengalaman.”


Anak dara sunti tersenyum-senyum.


“Usah fikir tentang keseronokan bernikah fikirkan tentang tanggungjawab."


Adalah silap apabila setelah menjadi isteri tutur ujar ini dilafazkan :

Tanganmu suami akan ku cuci tidak payah dikau bangun pergi ke sinki, akan ku sajikan masakan dengan payah mencari resepi apa yang menjadi idaman mu akan ku susun di atas meja agar perut mu kenyang sentiasa berisi, pakaian mu wahai suami lantunkan sahaja ke dalam bakul untuk ku cuci, rumah ku jaga urus rapi agar lenamu menyedut udara bersih tanpa hama-hama seni, menu lazat sarapan pagi, menu berat sajian tengah hari, sajian petang cucur udang atau kentang pai ku saji, menu malam kita cicah sahaja roti dengan kari.

Ahhh duhai suami, ku serah segalanya sebagai ikrar dan janji.


“Tahu suami hanya senyap-senyap membisik penuh rahsia pada diri.”

Anak dara membuka mata dengan mencebik bibir seperti tidak bersedia mendengar cemar harga sebuah cinta.


Seronoknya ada yang cuci pakaian tidak lagi stoking dan seluar dalam disekalikan masuk ke dalam mesin untuk didobi apabila malas mahu mencuci sendiri, aduhai indahnya kenyang di awal pagi senak hingga ke tengah hari, petang pula sekurang-kurangnya ada secawan kopi sebelum menikmati menu lahir dan batin untuk jasad dan rohani yang sebelum ini ku masak maggi apabila dompet tidak padat setelah membayar talian interaksi, tol bersiri dan minyak Kancil Viva atau Kenari.


Setelah beberapa bulan.


Suami, ku beli sahaja sarapan di gerai, malam kita makan sahaja lauk semalam atau maggi, pakaian nanti bolehkah dihantar ke kedai dobi? Mulas dan perubahan di dalam diri ini sesekali memang menguji harap dapat dikau cari idaman yang telah berkali-kali dikau mungkiri untuk mencari. Anakmu mengidam mahukan 'Sang Kancil' atau 'Rusa' yang kecil untuk dibakar yang hanya diperam dengan halia daun saderi tomato dan cili. Buah delima merah dengan rasa yang manis minta disaji sekali. Bukan sengaja mahu menyusahkan suami tetapi entah mengapa itu yang sering diingini.


Dalam diam protes mula bergema sehingga gegar amarah menanah di hati.

Ingat kamu itu puteri, sudah mula malas menunai ikrar dan janji, masak dan cuci mulai menghindari, mesra pula kian menyepi sehingga yang di mata ini sudah ada pengganti tatkala mudahnya berinteraksi masing-masing saling bebas berperibadi,
semua perkara mulai dilakukan sendiri, berbini umpama tidak beristeri.Satu pergi beribu tiba dengan sekali petik jari.


Adakah hidup kita memerlukan tema atau berjersi dengan warna dan angka yang sesekali membuta akal minda bila nurani jiwa sudah bulat tidak lagi upaya bersegi?

Khamis, 23 September 2010

Pintu

Mahu bertanya bagaimanakah pintu mu yang tertutup itu upaya terbuka?

Sepi pada muka jalan serta lorong mu itu musimnya tiada?

Galang rantai yang termetri mangga besi itu milik Tuan punyakah?

Atau kuncinya telah dihilangkan lantaran tiada kunci pendua?

Rafah itu hanya nama atau rangkai kata yang tidak mempunyai kuasa?

Atau Rafahmu itu hanya nama yang tidak bermakna?

Di manakah wajahmu dikau halakan tatkala tidak ku tampak ahli-ahli sidang Senate mahu pun Parlimen berkelas dunia sedia membuka indera tanpa paksa untuk mendengar kisah Rafah mu

Atau selama ini dikau sememangnya sudah tidak mengenali pintu serta jendela yang diberikan banyak persamaan pada warna dan rupa pintumu itu?

Atau sememangnya khidmat kebajikan mu itu tidak berupaya merentasi agensi yang dikau geruni kerana ianya umpama gergasi?


Buka pintu mu itu!

Sejadah bentangannya di masjid sudah tidak sekata untuk memangku paku-paku pintu mu yang tidak mahu terbuka

Bukan tiada doa yang tidak disertakan untuk tiba di ribaanmu

Cuma mungkin apakah sememangnya bangsa mu sudah jarang dan tidak gemar menyegarkan amalan sunnah berbanding perintah?

Apakah Allah masih tidak mahu memberikan bangsamu kekuatan untuk membuka pintu yang sering tertutup itu?

Apakah sememangnya dikau tidak sedari telah banyak tenaga manual bangsa mu menjadi sia-sia?

Apakah susut nilai kemahiran milik bangsa mu tidak boleh dipertikai?

Sudah lama kami melihat pintu Rafah mu memperdayakan dunia.


Bukalah pintu mu

Tatkala pernah ku lihat keindahan tanah mu saat ia pernah terbuka pada satu ketika

Telah dilihat persamaan pintu mu dengan pintu-pintu yang lain

Lantaskah masih mahu mengusir para tamu yang ingin melalui pintu mu?


Bukalah pintu mu

Biar ku lihat keindahan tanah mu yang keringnya bukan kerana gersang oleh tiadanya timpaan hujan

Suburnya pula bukan kerana tindas aniaya hasutan

Tetapi kerana merdeka itu bererti bebas membuat keputusan

Bukalah pintu mu itu

Untuk apa ditutup andai diri mu inginkan jendela

Bila udara yang bebas itu tetap menyentuh luka-luka rasa mu

Upaya apa merahsiakan tanah mu yang indah apakah mahu dirawankan terus dengan sendu tatkala sudah ramai yang tidak lagi keliru

Mohon ku bukalah pintu mu

Ia tanah yang bukan disewa dari Tuan Tanah

Ia tanah yang diperakui milik mu

Bukan tanah yang dikau curi atau dikau rampas tidak pula tanah yang dikau cagar buat penebus hutang


Apakah dayus lelaki-lelaki mu kerana khianat untuk dibina penjara melingkari kawad besi bagi menggerudi tanahmu?


Bukalah pintu mu!

Ahad, 19 September 2010

Berbual Juga Ditegah?

"Bukan semua kebiasaan kita sesuai dilaksanakan ke dalam masyarakat kerana barat hanya memetingkan bebas emosi yang tidak berfokus kerana sasar matlamat tidak diberikan penekanan."


"Apa maksudmu?"


"Adakah semua kita upaya menjadi penari kerana isunya adakah di semua negara upaya mewujudkan penari sebagai pekerjaan professional?"


Hanya tersenyum?


"Adakah semua kita upaya menjadi penyanyi kerana isunya adakah di semua negara upaya mewujudkan penyanyi yang berpendapatan seperti Mariah Carey, Cellion Dion atau Lady Gaga malah Madonna tatkala kegiatan cetak rompak menjadi satu pekerjaan kepada mereka yang tidak beretika khususnya di dalam laras mellinium yang mahu menjadikan setiap pasaran sebagai terbuka sedangkan masih belum sepenuhnya wujud persediaan-persediaan yang melayakkan diadili makna ‘kejayaan’ buat mereka andai dilansungkan persaingan?


Masih tersenyum sahaja. Apakah tanda bahagia?


"Dansa atau bersamba bukan jalan penyelesaian masalah."


"Ia hanya lepasan perasaan yang hanya dibenarkan di antara pasangan suami isteri di negara muslim dan sudah tentu ia tidak dilakukan di khalayak kerana itu bukan cara hidup rakyat marhaennya."


"Ia bukan bebas emosi yang terpuji lantas barat tetap bukan pemilihan pendekatan yang tepat untuk diredakan tekanan-tekanan kerana penghidupan yang sosiologi dan fisiologinya lebih ke arah berpendapatan bukan aktiviti sambilan bagi memenuhi masa yang terluang dan masa yang dimanafaatkan untuk keluarga."


"Tahukah dikau bahawa pemisahan aktiviti dan kegiatan di dunia arab yang sangat dibanggai kerana ia memberikan pulangan di sudut ekonomi (wujud dua pusat berasingan bagi salon penjagaan dan pentrapian kesihatan misalnya/ pusat riadhah di gyms yang sebenarnya memuliakan wanita agar kecantikan mereka tidak bebas dikongsikan oleh lelaki-lelaki yang bukan keluarga mereka)?"


"Mempersoal dan mempertikaikan kesemua ejen pengubah masayarakat di kalangan petugas penghijrah malah pelajar yang berada di luar negara masih menjadi rutinmu?"


"Apakah yang upaya dihayati oleh mereka yang selama ini berkhidmat dan berada di negara-negara ini terhadap fenomena ini?"

"Adakah mereka terkejut?"

"Wajarkah membuatkan mereka hairan?"

"Jika ya mengapa?"


"Tatkala tidakkah semua ini dibina dari asas kepercayaan di antara kita sememangnya saling berbeza di antara di antara satu sama lain?"


Diam dan senyumnya tidak menarik lantas saya terimbas filem lakonan Michael Sarrazin dan Jane Fonda yang perlu mendapatkan wang dengan memasuki pertandingan menari dalam ketahanan masa yang sungguh menekan mereka oleh keterpaksaan bergandingan dengan pasangan yang tidak dikenali untuk tempuh masa yang panjang.


“They Shoot The Horse Don’t They”andai tidak silap tajuk cerita itu.

Isnin, 13 September 2010

Ratu Ku

Saya berujar dengannya pagi ini mengenai banyak perkara-perkara peribadi


Sudah lama dia menyimpan kesemua kiriman-kiriman yang tidak difahaminya itu dengan meletakkannya di dalam bakul sampah.


Itu dakwanya tatkala diminta semula kiriman itu dikembalikan.


Tetapi saya tidak mempercayainya.


Lalu semakin kerap litar-litar lansung siber diperalatkan untuk mengetahui kedudukan sebenar kerana saya meraguinya.


Lantas disengajakan diundang fokusnya mengenai status bandar ini yang kian diminta menanggung amanah oleh cabaran semasa.


Tahukah dikau bahawa proses memimpin dunia telah melemahkan hubungan 'setiakawan' apabila diagendakan persaingan di kalangan pihak yang sama wajahnya sedangkan agenda pembasmian kemiskinan seakan dilumpuhkan pada rantau yang tidak upaya mengekalkan keamanan setelah berjaya dipersendakan kedaulatan dan kemerdekaan negara mereka?


'Tidak keterlaluan untuk diminta penyenaraian negara-negara itu',terdengar seperti dia bersuara.


"Mintalah kepada anak-anak kecil mu menyemaknya mengikut susunan peristiwa kronologi negara-negara mellinium yang kemerdekaannya telah 'terlucut' tanpa sengaja tetapi sepenuhnya disedari.'


Penggera ekonomi dengan kepelbagaian aktiviti lama yang dibaharu tetapi bagaimanakah merendahkan perkhidmatan awam?


Wajahnya sudah semakin memerah menahan luahan rasa yang terhalang untuk dilontarkan.


Apabila lingkaran sosial lanskapnya masih pada idea usang atau isu-isu kegenderan yang memanipulasikan fitrah asas kelahiran ummat, siapakah yang layak dan perlu diberdaya-jayakan?


Tatkala sasar fokusnya semakin tersasar dipaksa dia memandang dengan sepenuh perhatiann.

"Apakah pendirianmu tentang hasrat pembakaran Al-Quran bagi rakyat yang dikenali sebagai pejuang kemanusiaan?"


Dia yang mulai mengundang fokus saya.


Saya menjawab dengan beberapa soalan yang dituliskan :

1- Mengapakah ianya hanya berlaku di Amerika?

2- Adakah kegagalan sistem pendidikan negara itu yang memundurkan ketoleransian menghormati perbezaan bangsa, agama, bahasa, budaya (kerana belum ada pembakaran bible dianjurkan oleh muslim kerana kami mengimani Kitab Injil, Taurat, Zabur dan Suhuf yang dilengkapkan kesempurnaannya oleh Al-Quran di mana sistem dan dasar pendidikan kebanyakan negara muslim menyemaikan penghormatan kepada kebebasan memilih agama) khususnya di Asia Tenggara.

3- Adakah boleh dijelaskan mengenai jenis buku yang dimaksudkan sebagai kitab kami untuk dibakar itu, adakah buku-buku tafsiran dan kupasan yang ditulis oleh atheis, orientalis dan mereka yang bukan muslim yang tafsirannya menyalahi makna-makna yang wajar disampaikan dengan tujuan dan matlamat yang mendekatkan hidayah.

4- Adakah benar bukan kitab Al-Quran yang bertulis dengan percetakan bahasa arab yang dimaksudkan oleh Tuan Pastor di Florida itu?

5- Bagaimanakah kesudahannya apabila dipersaingkan gender tatkala yang diterjemahkan ialah cara kaedah pendekatan untuk tidak keterlaluan didiskriminasi pelahir ummah tatkala tiada penghayatan terhadap kesalahan pengguran janin apabila sifat berpengetahuan tidak berupaya menegah atau menjauhi kegiatan dari aktiviti seks bebas tanpa perkahwinan?

6- Dua sisi konsep kesihatan - menggugurkan kandungan dan merisikokan wanita dan lelaki kepada penyakit kelamin/AIDS/Siplis selain keberangkalian dipercepatkan penularan barah oleh kelahiran yang tidak dirancang oleh aktiviti seksual bagaimanakah penyelesaian dari Al-Quran dan siri teladan Rasulullah Salallahualaihissalam upaya menjadi saranan penyelesaian andai Al-Quran dijadikan mangsa di ats salah faham dan keliru yang dinatijjahkan oleh salah terjemah?


Saya sedar dia semakin terdiam lalu dicatatkan tahukah diaku apakah pendirian Amnesty dan Human Rights terhadap isu pembakaran Al-Quran ini?

Rabu, 8 September 2010

Mencari 'Rabbani Al- Amin' Di Kota Moden Mukmin

Di awal kehadiran di salah sebuah negara di Semenanjung Arab, agak hebat rasa yang bermain di jiwa apabila diberitakan Republik Islam Iran berusaha untuk menjadikan negara-negara Teluk sebahagian dari tempat dan lokasi yang terbaik untuk dikunjungi oleh masyarakat dunia terutama dari kalangan muslimin sendiri.


Mahu diwujudkan dua pantai yang berasingan buat lelaki dan wanita dengan niat mahu memelihara nilai akhlak dan hubungan sesama insan agar adab dan perilaku antara ahli dari institusi kekeluargaan yakni, hubungan antara ahli keluarga, hubungan di antara bapa,ibu,anak,menantu juga cucu agar tetap di dalam etika dan batas-batas yang meninggikan peradaban tamadun insan telah menyingkap nilai moral ciri keunggulan yang benar-benar mantap untuk diketengahkan bagaimana syariat dari Islam berjaya mencorak dan mewarnakan penunjuk teladan hukum fikh batas perbezaan antara insan apabila diamalkan,ia masih relevan sesuai layak mampu upaya ditempatkan dengan kehidupan alaf kemodenan zaman.


Benar, mencorakkan stuasi baru bagaimana syariat berupaya menjadi alternatif untuk dijana keuntungan menerusi perlancongan sesudah perbankan, produk harian, makanan(masih perlu penyempurnaan) sebelum acara sukan?


Apakah salah ciri perbezaan pantai-pantai,tasik dan Taman Air di negara muslim tidak diberikan persamaan seperti mana pantai-pantai di Honolulu,Caribean,Miami yang sedia menjadi permulaan masyarakat dunia berwajah baru?


Buat masa ini belum ada usaha besar-besaran di kalangan negara yang menjadikan Islam agama rasminya menzahirkan bagaimana peraturan hijab itu sebenarnya berupaya menambah nilai kemuliaan tamadun dan peradaban manusia yang mendorong konsep beribadah di dalam bermuamalah demi menjadi alternatif meningkatkan ikatan saling menghormati dan memelihara adab dan pekerti.


Produk-produk global seumpama ini berupaya mengketengahkan fesyen yang tidak mencirikan cita rasa semata-mata bahkan menzahirkan kesungguhan untuk memenuhi perintah larangan dan suruhan Allah.


Fesyen-fesyen di alam global tidak sepenuhnya memenuhi piawaiaan lantaran daya yang dipengaruhi oleh ikon tertentu tidak sama sekali sesuai untuk dipelihara maslahat masyarakat yang semakin tenat oleh gejala keruntuhan akhlak terutama di kalangan generasi muda.


Siapakah yang masih berasa aib dan segan untuk menonjolkan 'bonggol-bonggol' kecil di tubuhnya di kalangan generasi muda hari ini?


Pasarana halal membentuk mentaliti pelaku dan pengamalnya untuk seiring antara sikap sifat dalam perbuatan yakni bagaimana kebolehan dirinya menegakkan institusi halal di dalam keluarganya terlebih dahulu di alaf ini amat diutamakan.


Lantaran dagangan di dalam Islam tidak semata bertujuan mencari keuntungan bahkan dituntut untuk saling meluaskan khidmat berkebajikan.


Sudah sampai saatnya kuasa membeli yang tinggi difokuskan kepada hanya negara-negara yang sentiasa memperlihatkan kesediaan untuk berinteraksi secara sihat dan menyenangkan marhaen yang miliki taraf warga yang berdaulat bukan siaga untuk 'menjilat-jilat'!


Pasarana media dan telekomunikasi juga perlu diadun semula supaya tujuan berhibur turut miliki sifat mendidik dan mengasuh yang tidak semata-mata mempromosi budaya kerana integrasi budaya adalah mencerna mengubah memperbaiki suasana menjadi semakin baik yang menonjolkan perwatakan peribadi wanita dan anak-anak yang perlu menjadi cermin untuk dilihat sikap suami dan bapa dalam menterjemahkan hukum berfekah di tengah masyarakat mereka.


Apakah jenis kegeniusan ibu dan bapa sememangnya berbeza oleh kelayakan berpengetahuan mereka atau kesediaan iman itu menitikkan kebarakahan di dalam hidup mereka?


Saling mempengaruhi ikatan institusi kekeluargaan antara kegemilangan kudwah hasanah di dalam Islam bagaimanakah dipasaranakan?


Media dengan sifat dan ragam informasinya amat berperanan untuk membantu terbinanya sifat-sifat baru bagi menjenamakan produk global yang lebih bermutu dari segi kandungan inti kualiti tanpa terasuh untuk mempasaranakan sifat luarannya semata-mata.


Seakan sesuatu yang malang apabila kemajuan teknologi yang semakin maju menjadikan soal keselamatan sebagai alasan untuk hadirnya ketidak-seimbangan manusia dalam melestarikan kuasa.


Paparan di layar yang diaudit secara rahsia hingga ke rangka tubuh manusia masih menjadi sikap diskriminasi itu alasan kesuraman kebanyakan jiwa.


Apakah cara berpakaian akan dianggap isu keselamatan dan di mana pula mahu diletakkan ukuran nilai akal yang melahirkan peradaban zaman tatkala ia hanya terhala kepada yang muslim sahaja?


Mahu atau tidak perlu ada yang berani mengubah sasaran negara-negara yang jelas dasar-dasar luar negaranya menujukan permusuhan dan kecurigaan yang tinggi dalam membina kerjasama hubungan serantau.


Kesempatan untuk tidak terus melayani kebimbangan dari rasa kecurigaan sesetengah pihak terhadap keinginan muslimin bertanggungjawab terhadap agamanya telah memberi peluang untuk dilihat penjanaan semula ekonomi yang menjadikan etika moral sebagai modal bermuamalat.


Modal muamalat dengan Allah hanya memerlukan sabar syukur takut dan harap di samping pemurah yang menjadikan budi dan ihsan iringan untuk bertaqwa.


Modal muamalat sesama insan adalah hindari dari rasa bimbangkan kemiskinan oleh keinginan menyempurnakan keperluan sehingga rela mempertikaikan takdir sesudah berusaha.


Terimbas sewaktu berpeluang bermalam di salah sebuah hotel di Doha, makalah dan bahan bacaan ada yang berdwi bahasa tetapi tidak begitu di tanah air, hotel berbintang lima tidak memiliki Al-Quran yang tafsirannya di dalam bahasa melayu.


Apakah bahasa masih belum sempurna menunjukkan asli jiwa sesuatu bangsa?


Melalui Marhaba beberapa peringatan diingatkan kepada pelancong agar menghormati budaya dan adat resam penduduknya yang masih tidak menerima untuk berpakaian yang menzahirkan aurat di hadapan khalayak.


Apakah peringatan sebegini tidak dilintas perintahkan di Dubai mahu pun Abu Dhabi tatkala kami menemukan fenomena 'benjolan-benjolan' di atas dan di bawah jasadiah penziarah luar tatkala kami bersiar-siar di pantai mewah bandar-bandar ini sedikit masa dahulu.


Mengiklan negara tidak bermakna meninggal dan mengabaikan waris tradisi untuk dihayati susur alur umbi dan akar bangsa dan agamanya.

Dengarkah dikau ujaran dan penegasan ku ini?

Selasa, 7 September 2010

Penyerapankah Atau Pencerahan Setelah Penggelapan?

Dia tahu saya semakin tegar mahu menghindari dari berada di lingkaran ganas kemelut dilemma mereka yang semakin hilang penghormatannya di mata fikir kebanyakan rakyat.


Entah mengapa seperti masih mahu diundang dibalas bicara sedang hati tidak berasa mengingininya.


Lalu dicatatkan padanya sememangnya dia bakal pemimpin yang dinantikan walau dirinya hanya seorang perempuan. Apakah pesta hujan tanpa gemuruh kilat bersahutan tanpa dentum guruh saling memeranjatkan? Bangun dan ayuh berdiri agar peluh dan hujan menjadi sebati walau di dalam dakapan angin yang berhembus sedingin salji neutral diri tidak usah dilayani.


Sesungguhnya diri berasa senang untuk menekuni catatan lama tentang pasaran guna tenaga yang terlihat kecenderungan pengasimilasian budaya meletakkan keterangan yang jelas terhadap definasi pengguna dan pelanggan yang masih dieratkan oleh tawaran perkhidmatan ‘layan diri’ bersifat keperluan hiburan sebagai laras pembinaan kejayaan dalam meletakkan nilai keprofessionalan penjawat yang bertaraf esekutif.Bagaimanakah fenomena ini upaya dibebaskan dari menjadi anutan yang ditradisikan oleh kebanyakan syarikat luar terhadap pekerjanya?


Adakah ia membuktikan sememangnya wujud politik di dalam syarikat dan organisasi di mana sebagai majikan mereka memasarkan asimilasi budaya yang diinteprestasikan sebagai faedah-faedah keuntungan di dalam terma kerjaya?


Minda ini menyinggung rasa dengan ujaran tindakan seperti ini tidak wajar berlaku di dalam bidang pengurusan Islam yang masih dicari model pendekatannya.


Malah kewujudan penindasan di dalam kadar upah gaji biarpun miliki pengalaman tugas yang lama masihkah faktor bangsa gender dan agama diambil kira? Umpamanya pekerja yang bermajikan dengan syarikat luar negara wujud pemisahan ketara untuk menjawat jawatan tertentu yang tidak diberi hak atas dasar “status quo” ianya hanya menjadi milik kekal bangsa pemilik syarikat itu.


Adakah Ketuanan yang hilang (direndahkan/dikurangkan) itu akibat pegangan ekuiti saham oleh pembelian syarikat?


Benarkah begitu?


Lalu adakah kadar penyusutan ini kerana pemilikan elit korporat terhadap pelaburan syarikat telah mengambilnya terlebih dahulu oleh kelaziman pemberian 60 peratus untuk yang menerima projek dan 40 peratus untuk yang mengoperasinya?


Tegar dianalisa akan hakikat realiti yang berlaku pada wajah sebenar globlalisasi apabila rakus sifat keusahawanan menghilangkan kuasa untuk menetapkan syarat mengikut pilihan sendiri.


Bagaimana pula yang hampir muflis tetapi diselamatkan namun secara umumnya masih mendera warga sendiri hasil perundingan pakej yang dipersetujui hingga ketara kadar perbezaan upah pekerja yang ditentukan oleh warna kulit lalu mahu diujarkan tanya perkongsian itu di sudut mana ia dijayakan apabila kebajikan sosial juga turut berbeza nikmat manafaatnya,belum dilihat pada taraf perkahwinan bujang atau berkeluarga yang perbelanjaan dimaksimumkan oleh perkhidmatan yang tinggi kosnya hingga hutang dari tekanan cukai menambahkan jumlah miskin sebenar seorang pekerja.


Perkongsian bijak yang bagaimanakah dengan syarikat-syarikat luar negara ini upaya dihayati jika inilah realiti?


Dan sejauh manakah kesahihan bahawa medan ‘entertaint’ menjadi alasan untuk dilucutkan jawatan apabila penjawat enggan terlibat dengan aktiviti budaya seperti ini?


Perkongsian dan pentransformasian bijak yang bagaimanakah akan diwujudkan apabila globlalisasi itu berupa penghijrahan tenaga buruh professional yang membawa kesan inovasi ke atas teknologi, tetapi kebolehan dan keupayaan itu menjadi saluran rasmi meningkatkan keuntungan yang dilobi terlebih dahulu sehingga maklumat dan pertukaran informasi tidak membantu untuk penjawat lebih yakin dengan keupayaan daya kecerdikan intelek mereka oleh perbezaan ketara status yang dinatijjahkan oleh sikap penjajahan minda koporat ini dari sudut upah misalnya.


Segala-galanya mahu dikongsi begitukah makna janji untuk berhipokrasi oleh para kroni tatkala menjadi amalan yang lazim tuntutan-tuntutan palsu dibenarkan oleh pengurusan atasan untuk menjadi pengecualian audit dari pembayaran cukai.


Adakah ini budaya yang diasimilasikan oleh etika dari barat kerana mereka tidak miliki undang-undang mengurus rohani?


Adakah nilai-nilai individu itu amat rendah untuk dimertabatkan sebagai penentu etika moral?


Bermoralkah pembudayaan etika seperti ini?

Hipokrasi bukan?


Begitukah rupa sebenar datuk dan nenek juga ibu dan bapa kita atas nama kecerdasan intelektual?

Rabu, 1 September 2010

Belenggu

(Ahad-2.9.07)


Kegagalan media tanah air menggunakan medan yang merintis pertukaran fikiran menerusi tulisan sememangnya amat dikesali di dalam menuju kematangan setelah setengah abad merdeka.


Bagaimanakah menafsirkan perubahan sikap bila mana cara yang paling mudah adalah membenarkan minda-minda muda yang kurang kepekaan bahawa adalah satu kesalahan mencerobohi laman-laman catatan peribadi yang digunakan bagi menghimpunkan catatan-catatan milik peribadi yang tidak wajar diadaptasikan sebagai garapan minda milik penguasa?


Isu-isu yang semakin mendapat perhatian dan sorotan marhaen adakah diterima sebagai petanda kegagalan media cetak dan eletronik berfungsi sebagai pengamal amanah yang dipilih oleh Allah untuk memakanismekan keadilan bersama kebenaran.


Adakah liputan besar-besaran mengenai penyelewengan dan salah laku pihak beramanah tidak dilihat sebagai kaedah penyediaan massa terhadap ummat menjelangnya gerbang akhir zaman?


Bagaimanakah cara yang benar di dalam usaha mahu mencari ketepatan berita bagi dinilai semula ketelusan penguasa di dalam menguruskan pemerintahan negara?


Marhen TERPAKSA membaca akhbar untuk melihat sejauh mana kekebalan minda penerajunya menjadi perintis yang menyuburkan perkembangan perubahan sikap generasi andai benar-benar inginkan rasa kebertanggungjawaban itu diwarisi adakah mahu terus dinafikan menerusi acara pemboikotan?


Semoga kemerdekaan bukan semata-mata perayaan yang semakin suram kaedah penghayatan untuk direlevankan sifat amanah jujur di dalam usaha membasmi kemiskinan di kalangan marhaen dan menggalakkan kehidupan berjimat cermat di kalangan warga korporat elit tanah air.


Upayakah diterima bahawa media yang dimiliki oleh kerajaan di tanah air sepenuhnya bertanggungjawab terhadap kemunduran peribadi dan akhlak masyarakat?