Rabu, 1 September 2010

Belenggu

(Ahad-2.9.07)


Kegagalan media tanah air menggunakan medan yang merintis pertukaran fikiran menerusi tulisan sememangnya amat dikesali di dalam menuju kematangan setelah setengah abad merdeka.


Bagaimanakah menafsirkan perubahan sikap bila mana cara yang paling mudah adalah membenarkan minda-minda muda yang kurang kepekaan bahawa adalah satu kesalahan mencerobohi laman-laman catatan peribadi yang digunakan bagi menghimpunkan catatan-catatan milik peribadi yang tidak wajar diadaptasikan sebagai garapan minda milik penguasa?


Isu-isu yang semakin mendapat perhatian dan sorotan marhaen adakah diterima sebagai petanda kegagalan media cetak dan eletronik berfungsi sebagai pengamal amanah yang dipilih oleh Allah untuk memakanismekan keadilan bersama kebenaran.


Adakah liputan besar-besaran mengenai penyelewengan dan salah laku pihak beramanah tidak dilihat sebagai kaedah penyediaan massa terhadap ummat menjelangnya gerbang akhir zaman?


Bagaimanakah cara yang benar di dalam usaha mahu mencari ketepatan berita bagi dinilai semula ketelusan penguasa di dalam menguruskan pemerintahan negara?


Marhen TERPAKSA membaca akhbar untuk melihat sejauh mana kekebalan minda penerajunya menjadi perintis yang menyuburkan perkembangan perubahan sikap generasi andai benar-benar inginkan rasa kebertanggungjawaban itu diwarisi adakah mahu terus dinafikan menerusi acara pemboikotan?


Semoga kemerdekaan bukan semata-mata perayaan yang semakin suram kaedah penghayatan untuk direlevankan sifat amanah jujur di dalam usaha membasmi kemiskinan di kalangan marhaen dan menggalakkan kehidupan berjimat cermat di kalangan warga korporat elit tanah air.


Upayakah diterima bahawa media yang dimiliki oleh kerajaan di tanah air sepenuhnya bertanggungjawab terhadap kemunduran peribadi dan akhlak masyarakat?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan