Rabu, 8 September 2010

Mencari 'Rabbani Al- Amin' Di Kota Moden Mukmin

Di awal kehadiran di salah sebuah negara di Semenanjung Arab, agak hebat rasa yang bermain di jiwa apabila diberitakan Republik Islam Iran berusaha untuk menjadikan negara-negara Teluk sebahagian dari tempat dan lokasi yang terbaik untuk dikunjungi oleh masyarakat dunia terutama dari kalangan muslimin sendiri.


Mahu diwujudkan dua pantai yang berasingan buat lelaki dan wanita dengan niat mahu memelihara nilai akhlak dan hubungan sesama insan agar adab dan perilaku antara ahli dari institusi kekeluargaan yakni, hubungan antara ahli keluarga, hubungan di antara bapa,ibu,anak,menantu juga cucu agar tetap di dalam etika dan batas-batas yang meninggikan peradaban tamadun insan telah menyingkap nilai moral ciri keunggulan yang benar-benar mantap untuk diketengahkan bagaimana syariat dari Islam berjaya mencorak dan mewarnakan penunjuk teladan hukum fikh batas perbezaan antara insan apabila diamalkan,ia masih relevan sesuai layak mampu upaya ditempatkan dengan kehidupan alaf kemodenan zaman.


Benar, mencorakkan stuasi baru bagaimana syariat berupaya menjadi alternatif untuk dijana keuntungan menerusi perlancongan sesudah perbankan, produk harian, makanan(masih perlu penyempurnaan) sebelum acara sukan?


Apakah salah ciri perbezaan pantai-pantai,tasik dan Taman Air di negara muslim tidak diberikan persamaan seperti mana pantai-pantai di Honolulu,Caribean,Miami yang sedia menjadi permulaan masyarakat dunia berwajah baru?


Buat masa ini belum ada usaha besar-besaran di kalangan negara yang menjadikan Islam agama rasminya menzahirkan bagaimana peraturan hijab itu sebenarnya berupaya menambah nilai kemuliaan tamadun dan peradaban manusia yang mendorong konsep beribadah di dalam bermuamalah demi menjadi alternatif meningkatkan ikatan saling menghormati dan memelihara adab dan pekerti.


Produk-produk global seumpama ini berupaya mengketengahkan fesyen yang tidak mencirikan cita rasa semata-mata bahkan menzahirkan kesungguhan untuk memenuhi perintah larangan dan suruhan Allah.


Fesyen-fesyen di alam global tidak sepenuhnya memenuhi piawaiaan lantaran daya yang dipengaruhi oleh ikon tertentu tidak sama sekali sesuai untuk dipelihara maslahat masyarakat yang semakin tenat oleh gejala keruntuhan akhlak terutama di kalangan generasi muda.


Siapakah yang masih berasa aib dan segan untuk menonjolkan 'bonggol-bonggol' kecil di tubuhnya di kalangan generasi muda hari ini?


Pasarana halal membentuk mentaliti pelaku dan pengamalnya untuk seiring antara sikap sifat dalam perbuatan yakni bagaimana kebolehan dirinya menegakkan institusi halal di dalam keluarganya terlebih dahulu di alaf ini amat diutamakan.


Lantaran dagangan di dalam Islam tidak semata bertujuan mencari keuntungan bahkan dituntut untuk saling meluaskan khidmat berkebajikan.


Sudah sampai saatnya kuasa membeli yang tinggi difokuskan kepada hanya negara-negara yang sentiasa memperlihatkan kesediaan untuk berinteraksi secara sihat dan menyenangkan marhaen yang miliki taraf warga yang berdaulat bukan siaga untuk 'menjilat-jilat'!


Pasarana media dan telekomunikasi juga perlu diadun semula supaya tujuan berhibur turut miliki sifat mendidik dan mengasuh yang tidak semata-mata mempromosi budaya kerana integrasi budaya adalah mencerna mengubah memperbaiki suasana menjadi semakin baik yang menonjolkan perwatakan peribadi wanita dan anak-anak yang perlu menjadi cermin untuk dilihat sikap suami dan bapa dalam menterjemahkan hukum berfekah di tengah masyarakat mereka.


Apakah jenis kegeniusan ibu dan bapa sememangnya berbeza oleh kelayakan berpengetahuan mereka atau kesediaan iman itu menitikkan kebarakahan di dalam hidup mereka?


Saling mempengaruhi ikatan institusi kekeluargaan antara kegemilangan kudwah hasanah di dalam Islam bagaimanakah dipasaranakan?


Media dengan sifat dan ragam informasinya amat berperanan untuk membantu terbinanya sifat-sifat baru bagi menjenamakan produk global yang lebih bermutu dari segi kandungan inti kualiti tanpa terasuh untuk mempasaranakan sifat luarannya semata-mata.


Seakan sesuatu yang malang apabila kemajuan teknologi yang semakin maju menjadikan soal keselamatan sebagai alasan untuk hadirnya ketidak-seimbangan manusia dalam melestarikan kuasa.


Paparan di layar yang diaudit secara rahsia hingga ke rangka tubuh manusia masih menjadi sikap diskriminasi itu alasan kesuraman kebanyakan jiwa.


Apakah cara berpakaian akan dianggap isu keselamatan dan di mana pula mahu diletakkan ukuran nilai akal yang melahirkan peradaban zaman tatkala ia hanya terhala kepada yang muslim sahaja?


Mahu atau tidak perlu ada yang berani mengubah sasaran negara-negara yang jelas dasar-dasar luar negaranya menujukan permusuhan dan kecurigaan yang tinggi dalam membina kerjasama hubungan serantau.


Kesempatan untuk tidak terus melayani kebimbangan dari rasa kecurigaan sesetengah pihak terhadap keinginan muslimin bertanggungjawab terhadap agamanya telah memberi peluang untuk dilihat penjanaan semula ekonomi yang menjadikan etika moral sebagai modal bermuamalat.


Modal muamalat dengan Allah hanya memerlukan sabar syukur takut dan harap di samping pemurah yang menjadikan budi dan ihsan iringan untuk bertaqwa.


Modal muamalat sesama insan adalah hindari dari rasa bimbangkan kemiskinan oleh keinginan menyempurnakan keperluan sehingga rela mempertikaikan takdir sesudah berusaha.


Terimbas sewaktu berpeluang bermalam di salah sebuah hotel di Doha, makalah dan bahan bacaan ada yang berdwi bahasa tetapi tidak begitu di tanah air, hotel berbintang lima tidak memiliki Al-Quran yang tafsirannya di dalam bahasa melayu.


Apakah bahasa masih belum sempurna menunjukkan asli jiwa sesuatu bangsa?


Melalui Marhaba beberapa peringatan diingatkan kepada pelancong agar menghormati budaya dan adat resam penduduknya yang masih tidak menerima untuk berpakaian yang menzahirkan aurat di hadapan khalayak.


Apakah peringatan sebegini tidak dilintas perintahkan di Dubai mahu pun Abu Dhabi tatkala kami menemukan fenomena 'benjolan-benjolan' di atas dan di bawah jasadiah penziarah luar tatkala kami bersiar-siar di pantai mewah bandar-bandar ini sedikit masa dahulu.


Mengiklan negara tidak bermakna meninggal dan mengabaikan waris tradisi untuk dihayati susur alur umbi dan akar bangsa dan agamanya.

Dengarkah dikau ujaran dan penegasan ku ini?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan