Selasa, 7 September 2010

Penyerapankah Atau Pencerahan Setelah Penggelapan?

Dia tahu saya semakin tegar mahu menghindari dari berada di lingkaran ganas kemelut dilemma mereka yang semakin hilang penghormatannya di mata fikir kebanyakan rakyat.


Entah mengapa seperti masih mahu diundang dibalas bicara sedang hati tidak berasa mengingininya.


Lalu dicatatkan padanya sememangnya dia bakal pemimpin yang dinantikan walau dirinya hanya seorang perempuan. Apakah pesta hujan tanpa gemuruh kilat bersahutan tanpa dentum guruh saling memeranjatkan? Bangun dan ayuh berdiri agar peluh dan hujan menjadi sebati walau di dalam dakapan angin yang berhembus sedingin salji neutral diri tidak usah dilayani.


Sesungguhnya diri berasa senang untuk menekuni catatan lama tentang pasaran guna tenaga yang terlihat kecenderungan pengasimilasian budaya meletakkan keterangan yang jelas terhadap definasi pengguna dan pelanggan yang masih dieratkan oleh tawaran perkhidmatan ‘layan diri’ bersifat keperluan hiburan sebagai laras pembinaan kejayaan dalam meletakkan nilai keprofessionalan penjawat yang bertaraf esekutif.Bagaimanakah fenomena ini upaya dibebaskan dari menjadi anutan yang ditradisikan oleh kebanyakan syarikat luar terhadap pekerjanya?


Adakah ia membuktikan sememangnya wujud politik di dalam syarikat dan organisasi di mana sebagai majikan mereka memasarkan asimilasi budaya yang diinteprestasikan sebagai faedah-faedah keuntungan di dalam terma kerjaya?


Minda ini menyinggung rasa dengan ujaran tindakan seperti ini tidak wajar berlaku di dalam bidang pengurusan Islam yang masih dicari model pendekatannya.


Malah kewujudan penindasan di dalam kadar upah gaji biarpun miliki pengalaman tugas yang lama masihkah faktor bangsa gender dan agama diambil kira? Umpamanya pekerja yang bermajikan dengan syarikat luar negara wujud pemisahan ketara untuk menjawat jawatan tertentu yang tidak diberi hak atas dasar “status quo” ianya hanya menjadi milik kekal bangsa pemilik syarikat itu.


Adakah Ketuanan yang hilang (direndahkan/dikurangkan) itu akibat pegangan ekuiti saham oleh pembelian syarikat?


Benarkah begitu?


Lalu adakah kadar penyusutan ini kerana pemilikan elit korporat terhadap pelaburan syarikat telah mengambilnya terlebih dahulu oleh kelaziman pemberian 60 peratus untuk yang menerima projek dan 40 peratus untuk yang mengoperasinya?


Tegar dianalisa akan hakikat realiti yang berlaku pada wajah sebenar globlalisasi apabila rakus sifat keusahawanan menghilangkan kuasa untuk menetapkan syarat mengikut pilihan sendiri.


Bagaimana pula yang hampir muflis tetapi diselamatkan namun secara umumnya masih mendera warga sendiri hasil perundingan pakej yang dipersetujui hingga ketara kadar perbezaan upah pekerja yang ditentukan oleh warna kulit lalu mahu diujarkan tanya perkongsian itu di sudut mana ia dijayakan apabila kebajikan sosial juga turut berbeza nikmat manafaatnya,belum dilihat pada taraf perkahwinan bujang atau berkeluarga yang perbelanjaan dimaksimumkan oleh perkhidmatan yang tinggi kosnya hingga hutang dari tekanan cukai menambahkan jumlah miskin sebenar seorang pekerja.


Perkongsian bijak yang bagaimanakah dengan syarikat-syarikat luar negara ini upaya dihayati jika inilah realiti?


Dan sejauh manakah kesahihan bahawa medan ‘entertaint’ menjadi alasan untuk dilucutkan jawatan apabila penjawat enggan terlibat dengan aktiviti budaya seperti ini?


Perkongsian dan pentransformasian bijak yang bagaimanakah akan diwujudkan apabila globlalisasi itu berupa penghijrahan tenaga buruh professional yang membawa kesan inovasi ke atas teknologi, tetapi kebolehan dan keupayaan itu menjadi saluran rasmi meningkatkan keuntungan yang dilobi terlebih dahulu sehingga maklumat dan pertukaran informasi tidak membantu untuk penjawat lebih yakin dengan keupayaan daya kecerdikan intelek mereka oleh perbezaan ketara status yang dinatijjahkan oleh sikap penjajahan minda koporat ini dari sudut upah misalnya.


Segala-galanya mahu dikongsi begitukah makna janji untuk berhipokrasi oleh para kroni tatkala menjadi amalan yang lazim tuntutan-tuntutan palsu dibenarkan oleh pengurusan atasan untuk menjadi pengecualian audit dari pembayaran cukai.


Adakah ini budaya yang diasimilasikan oleh etika dari barat kerana mereka tidak miliki undang-undang mengurus rohani?


Adakah nilai-nilai individu itu amat rendah untuk dimertabatkan sebagai penentu etika moral?


Bermoralkah pembudayaan etika seperti ini?

Hipokrasi bukan?


Begitukah rupa sebenar datuk dan nenek juga ibu dan bapa kita atas nama kecerdasan intelektual?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan