Sabtu, 29 Mei 2010

Gelap Rohani Atau Gelap Mata?

Minda memperolehi beberapa maksud setelah selesai membaca novel Matahari Di Kaki Langit Gilli.

Minda masih kukuh menerjah alam karya bernilai estetika kesenian sastera dan minda menaakul makna pilihan watak SABAM juga makna integriti yang diculaskan oleh teknologi.

Novel ini mendekatkan realiti hak-hak percetakan intelektual pada hak cipta dan minda menyinggung rasa karya siapakah menjadi hak semua?
Lanun millennium baru di definasikan oleh minda dengan aras kuasa?

Maksud sebenar ‘trend pasaran’ dan kehendak pembaca menjadikan pengulangan tema.
Bila tema sudah serupa tentulah semua kelihatan sama.

Apakah tidak perlu diwacanakan perintah agar diambil dari yang kaya hartanya untuk dikeluarkan zakat yang akan membersihkan, menyucikan mengembangkan harta mereka?
Bukan dengan memplagiat atau mencetak untuk disadur dengan saduran baru hingga lengkas terlucut terlupus realiti asli tulennya yang selari tetapi ternafi.

Membaca novel ini berjaya meletakkan fikiran secara kritis kerana puas menikmati kesan dari pengaruh yang berjaya mencetuskan perbezaan yang menjerumuskan kealpaan bahawa menerusi pengalaman sahaja kita telah dapat membina pendirian.

Selain dari itu SABAM juga intipatinya kepada fokus saya ialah Internet Service Provider yang wajar didepani secara adil bagi menjamin hak-hak penggunanya yang memberikan kepercayaan dan sokongan kepada pengeluar-pengeluar cakera perisian komputer.Minda juga mengimbas tentang Belgium yang beramanah(?)dalam menangani Satelit dan isu FTA juga Hak Intelek.

Kapal yang tenggelam bersama khazanah kepada saya ialah perlambangan kegiatan cetak rompak yang merugikan para pengkarya yang penulis kecil yang tidak sedar mereka dipermainkan oleh terlalu jujurnya mereka mempercayai interaksi yang ditawarkan oleh digital dari plan transimasi.

Penghayatan pada novel ini juga melekakan indera rasa mengenai penjajahan dahulu mengambil jejak penulisan sejarah warga peribumi sebagai daya yang memodeulkan sifat pencerahan kepada peradaban mereka.

Tiba-tiba sahaja mata melirik buku-buku tentang perlombongan awal emas di Nusantara yang terlebih dahulu mendahului kedatangan Inggeris.

Tiba-tiba sahaja saya katakan kepada seseorang memang benar cara kita memanafaatkan bacaan memang amat berbeza dan usah dikhuatiri apabila ianya berbeza.

Jumaat, 28 Mei 2010

Menggadai Sama Erti Dengan Mengurung Tetapi Siapa Yang Digadai Oleh Siapa?

Prejudis Dan Sangsi
Selasa Mei 25th 2010, 8:16 pm

Menerima email-email yang upaya dianggap ’sampah’ oleh sifat virusnya sukar dilonggokkan ke tempat pelupusan begitu sahaja jika sesekali tidak dilayani ‘keperihatinan’ pengirim yang mengutusi secara rambang perihal kemenangan cabutan tiket loteri.

Jika dikumpulkan pengiriman pengumuman-pengumuman terpilihnya pelayaran ID saya sebagai pemenang tiket loteri atau cabutan bertuah, rasanya saya telah berjaya memasuki ranking antara mereka yang terkaya di dunia. Namun itu hanya senda komedi yang disengajakan untuk menggiatkan usaha persaingan di antara syarikat-syarikat perisian komputer dan seni langgan khidmatnya.

Ya sesekali deria minda bertanya mengapakah muslimin perlu memasuki lingkaran dinobatkan menjadi antara yang terhebat terhormat terpopular terkaya terhodoh terselekeh terbaik terburuk termiskin terjahat terberani terbesar tertinggi tercanggih terkecil terpintar (harap disambungkan) lalu bagaimanakah disama nilaikan usaha mereka yang berazam untuk berjaya dengan usaha terpantas menanggalkan pakaian dalam wanita?

Minda saya terkedu apabila kesemua ter ini akhirnya bertemu pada nilai yang sama sasarnya yakni hanya untuk beroleh rasa bangga.

Lantas saya memberanikan diri mengirimkan buatnya di atas kiriman ‘virus’ terpilihnya pengenalan diri pelayaran siber saya bagi jumlah wang yang amat lumayan itu.

Inilah bingkisan email saya yang berterusan digagalkan oleh yahoomail/hotmail/gmail untuk dikirimkan balasannya walau pun alamat pengirim itu berjaya mengirimkannya kepada saya :

Hello,

Terima kasih atas kiriman email .

Tetapi perlu dijelaskan di sini tidak perlulah dihantar sebarang email seperti ini kepada saya kerana sebagai seorang muslim wang-wang yang diperolehi menerusi pengumpulan keuntungan misalnya menerusi pembelian loteri dan keuntungan dari pertaruhan (judi menerusi perlumbaan kuda/unta/ atau lain-lain haiwan sekufu dengannya juga apa-apa permainan) adalah dilarang untuk diterima.

Berkongsi pengetahuan dengan saudari, pada prinsip Islam setiap manusia hanya akan mendapat ganjaran setelah dia bekerja/berusaha bagi memperolehi pendapatan.

Walau pun atas dasar untuk bergembira dan berhibur keuntungan dari perjudian/pertaruhan/meneka yang membolehkan menerima wang tanpa terlebih dahulu wujud aktiviti-urus niaganya tidak dibolehkan kepada saya (muslim) kerana ganjaran pendapatan itu dianggap harta yang memuliakan diri dan jiwa insan lalu sekiranya ia diperolehi tanpa jalan berusaha ianya tidak akan memberi kebaikan kepada kehidupan di dunia dan di akhirat (kami mempercayai hari pembalasan setelah kematian).

Sementelahan itu ia juga upaya merosakkan hubungan sesama manusia apabila wujud penganiayaan yang membawa kepada kehilangan harta dan pemilikan.

Sewajarnya pengenalan sifat-sifat menzalimi di dalam urusan dagangan dan jual beli perniagaan diterima sebagai salah satu usaha bagi dihindari perbuatan penipuan, perampasan, pengambilan untung yang tiada hak melalui riba, berspekulasi bagi sesuatu perkhidmatan atau urusan yang masih belum berlaku atau pengkhianatan pada amanah kuasa, rasuah, pembohongan dan perdaya muslihat serta perjudian dilihat sebagai gejala yang upaya melemahkan masyarakat dan sistem sosial seluruhnya.

Ketidak-sediaan menerima keperluan berusaha mengenali sifat-sifat zalim ini upaya dianggap kegagalan peradaban kemodenan yang dilestarikan oleh keintelektualan untuk mendinamikkan secara efektif sifat-sifat keinsanan.

Perlu juga dinyatakan bahawa kami juga dilarang untuk mempermainkan harga-harga di pasaran (saham) dan andai wujud fenomena seperti itu kami perlu memberi keutamaan kepada umum berbanding dengan mengutamakan kepentingan peribadi dengan menolak untuk dihubung-kaitkan aktiviti pembangunan pasarananya dengan alasan ia tidak upaya membangunkan nilai akhlak.

Agar dengan penjelasan ini tidak lagi dikirimkan sebarang email berkaitan peluang-peluang memenangi apa-apa pertaruhan-pertaruhan kepada saya.

Benar, jika dikumpulkan jumlah kiriman pemberitahuan terpilihnya pelayaran saya di siber, saya telah termasuk ke dalam senarai orang terkaya di dunia.

Justeru itu berhentilah bermimpi kerana ianya tidak benar.

Dan saya bukan penjudi dan tidak pernah berjudi menerusi apa juga saluran dan medan juga ruang interaksi teknologi.

Terima kasih.

Rabu, 26 Mei 2010

Faham?

Memahami realiti menjadikan minda saya melayang-layang bagaikan lelayang terputus talinya.

Dua sisi fenomena berdasarkan fakta.

Ramai yang bukan berketurunan Arab Gazza tetapi tersangat ingin menjadi sebahagian dari rakyat Palestien.

Kemudian terlihat negara Cina yang mahu berjaya di Barat khususnya Amerika dan Eropah tetapi bukan dengan menjadi sebagai Amerika mahu pun Eropah.

Lantas minda menyelak dengan ramahnya persamaan dailek dan langgam bahasa Cina yang upaya ditemui sekitar Laut Jepun membawa ke Laut Kuning hingga ke persisiran Teluk Benggala butir pertuturan masih pekat dengan dailek yang serupa.

Kemudian disemak paparan pada tarikh 24.10.2006 yang kelihatannya relevan dengan kemusykilan minda.

Kepada seseorang saya tanyakan benarkah irama rock merupakan pernyataan permendaman perasaan dan naluri yang mempertikaikan penyonsangan fakta dengan memperlihatkan aksi oleh golongan terpelajar?

Adakah kreatif irama ini terletak pada tema, isu atau muziknya sehingga bukan semua usia upaya menikmatinya?

Secara global perlu saudari mengetahui bahawa dari sudut agama akidah, iktikad adalah sesuatu yang menjadi keutamaan untuk dipelihara jiwa agar kekuatan rohani upaya membentuk penghayatan tuntutan menjauhi syirik apabila ketidak fahaman ini dizahirkan lantaran perbezaan budaya adakah kerana integrasi antara komuniti tidak sepenuhnya memberi kesan ke atas seluruh sistem kehidupan dan aktiviti kita?

Seperti saudari-saudari yang lainnya dia terus membisu.

Bagaimanakah peredaran masa mampu mengkreatif-aktifkan sistem komunikasi apabila tidak semua lokasi dan wilayah upaya memanafaatkannya?

Relevan pula dengan catatan pada tarikh 22/11/07 apakah isu pelaburan harta menjadi persoalan mereka?

Pelaburan harta adakah dengan wujudnya bandar-bandar tapak komersial dengan susunan aliran pengangkutan yang memudahkan hubungan tetapi tanpa dijamin kesejahteraan sosial berupayakah dipelihara hak-hak minoriti untuk mengekalkan akar budaya kerana tatkala menzahirkan kewujudan penyakit masyarakat yang bukan sepenuhnya berpunca dari masalah perubatan dan perawatan, terlihat bahawa dasar-dasar yang tidak dipandu dengan nilaian agama menjadikan pemudaran dan pelunturan juga penghakisan budaya untuk diwibawakan kejatian peribadi membina mentaliti sikap teguh berprinsip moral berdikari wewenangnya upaya dipinggirkan oleh hak-hak hegemoni yang lebih memiliki entiti kuasa politik dan ekonomi.

Bolehkah saudari menerima ujar bahawa tradisi pakaian tradisonal, adat resam, peralatan musik dan seumpamanya merupakan lambang yang dimiliki bukan imej yang membina kualiti?

Diam dan bisunya memang menghampakan.


Dicermati catatan pada tarikh 23/11/07 :

Realiti bahawa semakin ramai remaja tidak lagi mendengar radio dan menonton televisyen(kecuali usia kurang 12 tahun) dan di antara mereka semakin sedia untuk menjadi bijak memilih laman-laman web kerana menyakini dengan berpendirian bahawa pemantauan tetap berlaku walau di mana bumi dipijak atau langit dijunjung kerana darjah keuniversalan miliki petak-petak yang memecahkan kesatuan untuk berpadu.

Tahukah saudari seringkali diri ini berasa kecewa dan hampa?

Kecewa kerana integriti amanah jujur masih bukan sikap yang membangunkan kemandirian untuk bebas berdikari.

Keselamatan sosial di tengah masyarakat tidak benar-benar terpelihara oleh berpilih-pilihnya fokus dan keutamaan yang diberikan.

Woldwide web bukan sepenuhnya upaya dimanafaatkan oleh marhaen yang mundur miskin dan menganggur.

Namun tidak pula bermakna mereka perlu didodoikan oleh hiburan yang menjadikan jiwa sahaja dirawat tanpa fizikal mereka berpeluang berusaha.

P/S :
Saya tidak lagi berupaya mendengar irama rock.

Selasa, 25 Mei 2010

Akal Bukan Alat

Mengapa berasa seperti wujud pengklonan watak Imam Mahadi yang dijadikan sebagai mesin untuk menguruskan wilayah-wilayah yang disempadani oleh dasar imprealis?

Mungkin keterlaluan diresapi sejarah menjadikan fikiranmu kacau bilau.

Mereka sedang seenaknya mentriplismkan bahasa!

Bukan hal kita.

Tetapi sistem pajakan kontrak transaksi sewa beli harta itu akan menyahkan hak milik kekal pemilik asal.

Begitulah aktiviti ekonomi.

Permata itu telah menjadi sebahagian dari projek memperkenalkan politik di kalangan anak-anak.

Tiru dan ikut sahajalah.

Bagaimana dengan AUKU dan Akta Sekatan bagi teruna dara yang sudah sebesar 'gajah'?

Mereka suka begitu.

Perayaan Hari Kanak-Kanak Se Dunia telah dijadikan ilmu mengasuh kroni.

Tidak baik menuduh.

Sedarkah dikau pemberian watak-watak kartun yang bersifat manusia dilakukan seperti mengakui pengmanusiaan tidak sepenuhnya berjaya untuk pembinaan pengjiwaan mesin-mesin.

Mesin memang tidak boleh dimanusiakan kerana sudut emosi dankejiwaan tidak boleh dipaksakan walau pun boleh diprogramkan.

Peralatan dan mesin hanya menjadi alat.

Namun ia masih memerlukan manusia untuk mengawalnya bukan mendominasi lalu dieksploitasi kerana setiap juzuk dan ruang yang menciptakan kesempatan bukan dilakukan oleh mesin tetapi oleh pencipta dan pengawal mesin yakni manusia.

Isnin, 24 Mei 2010

Dalam Mencari Ahli Syurga Ku Ingin Mengenali Ahli Neraka

Keranuman buah-buahn itu telah lama dipetik untuk dirasai nikmat manisnya.

Buah-buah iman itu suntikan hasrat yang telah lama melebat di hujung-hujung dahan tatkala erti pengubudiahan malaikat kepada Pencipta hasil terciptanya Adam dari tanah yang dipijak dengan kaki penanda kesemua makhluk tidak mungkin berpisah dari graviti yang menjadikan kesemua ya kesemua perlu tunduk menyembah ke bumi.

Mati.

Apakah bisa yang upaya terus bernyawa selain Iblis?

Di manakah Iblis kini?

Dalam mencari ahli syurga ku ingin juga mengenali ahli neraka.

Ahad, 23 Mei 2010

Ayuh Mari Mencuri Menerusi Microsoft Word/Talian Telekom

Ada setan atau jin atau manusia yang mencuri catatan saya berjumlah 1,920KB di dalam catatan peribadi yang disimpan di dalam usb.

Sabtu, 22 Mei 2010

Menjawablah Dengan Benar

Ada soalan?

Wajar dilihat bagaimanakah anak-anak mukmin dari kalangan muslim berjaya mengaplikasikan penggunaan otak secara manual dengan berjaya menghafaz ayat-ayat al-quran walau pun mereka bukan dari kalangan berketurunan arab.

Isunya?

Memperdengarkan kalimah suci dari Allah adakah perbezaannya dengan memperdengarkan irama-irama di luar perut ibu?

Apa yang menyusahkan mindamu?

Ada sesuatu yang dimusykil mengenai siapakah yang berterusan mewujudkan talian bagi pihak ke dua dan ke tiga secara rahsia sehingga terujar di dalam hatinya ’dia tidak melakukan usaha kecil itu untuk sesiapa tetapi kerana mahukan penggunaan namanya itu dibebaskan dari dipertalikan dengan mana-mana pihak yang bukan dan tidak menjadi pilihan.

Mengapa?

Bukan sesuatu yang mustahil dan sukar untuk meminta kebenaran atau meminta izin tatkala kita memiliki suara dan berbagai cara untuk berhubung.

Bagaimana rasanya apabila didiskriminasi?

Kita rasa berpuas hati?

Bagaimana rasanya apabila dimanipulasi?

Kita rasa bergembira?

Bagaimana rasanya apabila kita didominasi?

Kita berasa bahagia?

Bagaimana rasanya apabila kita dieksploitasi?

Kita rasa menjadi hebat?

Bagaimana rasanya apabila kesemua catatan kita diterjemahkan mengikut sesuka rasa dengan bidang yang tidak kita lakukan – hiburan – lakonan – sosial – fesyen hubungan yang tidak beretika – tema penulisan – kemahuan syarikat – majalah – sajian resepi - produk - sukan-pelancongan – kekeluargaan – teknologi – kajian saintifik - dan apa sahaja yang tidak pernah ditanyakan kepada kita mahu atau tidak?

Kita rasa berjaya menjadi luar biasa?

Apa yang dirasakan oleh mereka yang disingkirkan dari berhak bahagia beroleh manafaaat kewujudan mereka sebagai insan yang dilahirkan oleh Tuhan?

Adakah kesemua perkara di dunia ini boleh diterima tanpa bayaran?

Bolehkan menaiki kereta tanpa mengisi minyak?

Bolehkah menikmati makanan di restoren tanpa membayar?

Bolehkah memilih pakaian tanpa upaya membayar di kaunter?

Bolehkah menaiki kenderaan tanpa membayar tiket bagi perjalanannya?

Bolehkah tinggal di sebuah kediaman tanpa membayar sewa?

Bolehkah?

Jumaat, 21 Mei 2010

Memantau Jalan Ke Manipulasi

Sosial dan persekitaran dunia semakin menterjemahkan kewujudan pengaruh kedudukan dari status elit yang menggunakan kekuatan untuk memperkuatkan sistem yang ada yang mulai tercabar oleh kelemahan dan kegagalan untuk mendepani kemelut kemanusiaan yang dihasilkan oleh percaturan kuasa-kuasa politik dan kejayaan mendominasi ini wajar dipersetujui telah menemui pengakhiran nokhtahnya untuk ditoleransikan yang memberi ruang dan kesempatan untuk berfungsinya sistem keadilan kebenaran dengan fokus mensejahterakan warga yang dihargai sebagai sebahagian dari tenaga yang membangunkan negara atas sumbangan paling optimum mereka untuk menyeimbangkan kekurangan kesan dari amalan kronisme nepotisme yang meletakkan penyelewengan sebagai sesuatu yang tidak mencemar integriti dan daya intelek manusia.

Kebolehan memecahkan perpaduan dan kesatuan antara unit individu yang menjadi pendokong kesepaduan komuniti kebertanggung jawabannya sebahagaian besarnya adalah di tangan para diplomat yang menularkan idea wacana dasar polisi negara sehingga mekanisme pertindihan aktiviti dan program hanya melemahkan keberdayaan kebolehan minda untuk berinteraksi menyemarakkan ketinggian kualiti jati diri warga yang menzahirkan kesempitan hati untuk saling bekerjasama yang kesannya menghilangkan potensi diri setiap individu untuk diperkasakan pemutlakan kuasa 'esekutif' wakil pengurus tadbir.

Lantas duta itu bukan hanya dinukilkan kepada jawatan yang berpendapatan dengan jumlah elaun keraian yang tinggi sahaja yang kian upaya dicabar oleh duta-duta kecil yang tidak berimbuhan dengan faedah yang boleh dituntut pada kiraan perbatuan dan kekilometerannya.

Justeru sesekali harus upaya dianalisakan mengapa warga tidak melihat kedutaan sebagai 'rumah' mereka,tidak upaya merasakan kedutaan adalah umpama kampung untuk diedar rasa semangat bergotong royong,tidak juga upaya direalitikan bahawa wujud kedutaan sebagai simbol keibu-bapaan yang sedia mengasihi dan menghargai anak-anak warga yang semestinya terdiri dari berbagai ragam pembawaan namun sah mereka masih miliki taraf kerakyatan yang terpelihara haknya oleh Perlembagaan seperti yang diperuntukkan oleh undang-undang.

Harus diketahui pengabaian bermakna penindasan dan konsep memantau mendominasi memonopoli aktiviti berpersatuan dan kegiatan persendirian secara individu adalah tanda kegagalan untuk wajah-wajah pemimpin dilihat berkarisme dan ia perlu bertemu titik akhir kerana pemaklumatan ilmu semakin memahirkan untuk ditradisikan manafaat faedah kewujudan dan kehadiran perwakilan yang tidak menentukan atau memilih medan untuk diadaptasikan idea gagasan membangunkan ketinggian akhlak dan menambah pulih nilai moral insan.

Bagaimanakah hak-hak adil itu direlevankan andai mutu semangat perkongsian dari peringkat bawahan saling menunjukkan ketidak-bolehan berbeza pendirian?

Bagaimanakah hak-hak kesaksamaan itu diinteraksikan andai semangat perkongsian dari awal lagi saling menggambarkan ketidak-berdayaan menghindari pengabaian hormat sesama insan?

Bagaimanakah hak-hak kebersamaan itu mentransformasikan pengukuhan persepaduan andai penyelenggaraan bantuan keewangan masih berpusatkan kecurangan oleh khianah sebagai paksi untuk memilih-milih terhadap sesama warga berdasarkan warna kulit ideologi anutan pendirian malah parti apa yang menjadi pilihan sehingga makna kemajuan dan kemodenan masih berlandaskan kekayaan yang tertabur tidak sekata beragih tidak setara hingga pembasmian kemiskinan masih menjadi regu pesengketaan oleh ancaman yang menagih jaminan keselamatan?

Ingin semara namun tidak upaya bersetia?

Ingin selangkah namun masih sedia bertelagah?

Ingin senegara namun masih sedia ada yang dijadikan warga kelas ke dua dan ke tiga?

Ingin maju namun yang miskin haruskah menjadi suruhan yang kaya?

Usah memantau..

Isnin, 17 Mei 2010

Ziarah Penghijrah 12

(sambungan Ziarah Penghijrah 11)

Bersebelahan dengan lapangan kuari yang dikenali tandanya sebagai bentuk bumi yang gondol kering bukit pasir yang tinggi ditarah menjadi asas pembinaan bangunan.

Bila disenaraikan hasil dari bumi ini kelihatannya fitrah semula-jadi diperuntukkan khusus milik bumi arab.

Terpegun melihat Mabzara Al Khadhra.

Lapangan kuari dari bukit pasir tinggi itu membuktikan Kebesaran Allah tatkala bersebelahannya terbentang pandangan yang jarang-jarang upaya dilihat di bumi beriklimkan gurun.

Saujana redup mata memandang keteduhan imbauan damai yang mengashikkan. Belah rupa bumi di Mabzara Al Khadhra gondolan bebukit pasir miliki fenomena litupan rerumput hijau yang tumbuh segar di pasir yang kering dan berdebu.

Air limpahan dari perut bumi membina telaga air panas yang dijadikan saliran mengairi rumput-rumput hijau dan kitaran mendinginkan air dari bumi yang panas itu menjadikan kolam-kolam yang didingin dan disejukkan hawanya untuk menjadi kawasan rehat yang dibina kolam renang secara berasingan gender bagi menjamin keselesaan wanita-wanita muslim yang memelihara aurat.

Syariah dari hukum fikh yang memisahkan kegenderan ini dilihat hikmah tersembunyi yang menjana kekayaan bagi mereka yang sedia dan mahu mempelajari untuk dihormati dan dilaksanakan peruntukan Kasih Sayang Pencipta kepada hamba-hambaNya yang sedia berusaha dengan niat yang ikhlas.

Kekayaan itu disediakan untuk setiap jiwa yang sedia memahami perlaksanaan hukum-hukum fikh di dalam pentadbiran yang upaya bertindak untuk menjadi kaedah berkebajikan.

Apakah tidak ia bermakna mereka yang bukan muslim bukan penganut Islam juga berhak diberi kesempatan menjadikan pendapatan mereka barakah kerana nilai adil suci berkat ini?

Di manakah letaknya kekayaan Raja-Raja Arab yang tidak berkancah dengan ancaman peperangan atau sengketa persaudaraan?

Mungkinkah pada kebajikan yang dikongsikan edaran kekayaan khazanah pendapatan negara mereka dengan rakyat di mana kami tidak menemukan kutipan bayaran bagi tol, kawasan meletak kenderaan atau bayaran bagi menggunakan kemudahan awam.

Di manakah diletakkan tanggungjawab memajukan bukan hanya negara tetapi warga?

Sayang sekali pemandangan di pantai Al Jumeira menjawabkan persoalan ini.

Terkenang perasaan silu yang menemani rasa jiwa sehingga tidak upaya dipijaki pepasir pantai Al-Jumeira yang dilandai oleh kebebasan berasasi oleh pembolehan pembukaan aurat oleh wanita-wanita bukan penduduk tempatan.

Moderat ciri yang bagaimana wajar didakap oleh negara mukmin?

Apakah hubung kait pembangunan juga wajar ditandai sepenuhnya oleh penzahiran diri?

Minda bagai dialun oleh berjayanya gelombang eletro mencaskan aliran eletrik ke zon-zon neuro otak untuk diterima bagaimanakah cara yang benar untuk dinafikan tanpa disedari ‘penjualan negara muslim dan kekayaannya’ telah dilansungkan sejak berdekad lamanya di lembah kekayaan penanda bumi barakah kerana kehadiran insan-insan kamil dari kalangan ahli syurga.

Ziarah Penghijrah 11

(sambungan Ziarah Penghijrah 10)

Allah menganugerahkan empat jenis kekayaan yang tidak wajar dimutlakkan secara peribadi oleh Tuan-Tanah di Teluk bersama para pengkomprominya.

Air dan minyak juga gas serta kemajuan nuklear merupakan kekayaan untuk diamanahkan pengedarannya kepada warga muslim sehingga tiada kemiskinan mewarnakan kehidupan kami.

Tidakkah benar bahawa muslimin dan dunianya masih sukar dibasmi kemiskinan kemunduran dan kerendahan pendapatannya?

Apakah akan diancam untuk diusir oleh Tuan Tanah Teluk oleh catatan-catatan ini?

Kini siapakah yang dimiskinkan jika bukan kami warga muslim yang dikancahi oleh sengketa dan pergeseran antara saudara?

Mahu sahaja diluahkan rasa kepada Cik Puan-Cik Puan bahawa jiran Cik Puan, Israel menjadikan sumber- sumber ini sebagai alasan untuk meminggirkan sifat kemanusiaan mereka terhadap saudara Cik Puan di Gazza (kepada saya Gazza mewakili Palestian)

Apa pula jawapan Cik Puan terhadap kegusaran negara tetangga Cik Puan itu terhadap kewajaran pengaksessan penggunaan nuklear sebagai antara sumber baru yang memberikan kekuatan kepada dunia muslim yang tidak pernah memulakan peperangan?

Bagaimana Cik Puan melihat Tuan-Tuan Cik Puan yang sedia mendiamkan diri terhadap pengsahihan dibenarkan penggunaan bahan radio- aktif ke atas saudara kami tatkala gelombang dari daya magnetik upaya membina dan meransang ‘impuls’ tatkala frekuensi dan pancaran satelit kini umpama saraf yang akan mengecut dan mengembangkan bukan sahaja minda malah nafsu?

Isunya cemar yang berlaku untuk memahami prinsip asas menyaring menyulen kadar sentuhan kualiti masih cirinya terhad diadaptasikan dari bimbingan agama.

Mengapakah begini aduhai Cik-Puan tatkala moyang Cik Puan Hathib Abi Balta’ah mengujarkan berterus terang kepada Raja etnik Qibti di Iskandariah dengan tegas dan berani :

“Sebelum tuanku menjadi Raja ada seorang Raja yang mengakui dirinya sebagai tuhan tetapi Allah menidakkannya dengan membelah lautan sebagai kuburannya. Kami mengundang tuan memahami Islam yang dijamin tetap terpelihara dan dilindungi oleh Allah yang memilihnya menjadi agama yang sah di sisinya.
Rasul kami telah ditentang oleh kaum Quraisy dan Yahudi manakala kaum Nasrani hanya bersikap tamak.”

Apakah keberanian yang jujur begini hanya dilihat sebagai jihad sahaja dan kekuatan yang bagaimana hebatnya yang dibenarkan ditunjukkan kepada rakyat di negara yang lemah tatkala di negara yang kuat fakta sebegini adalah diterima kenal sebagai berjenama ilmiah?

Jiwa ini sering disengajakan dilumpuhkan oleh Cik Puan-Cik Puan yang memiliki hasrat tersendiri.

Ziarah Penghijrah 10

(sambungan Ziarah Penghijrah 9)

“A woman constitutes half the society and … (biasan cahaya lens kamera tidak boleh ayat seterusnya yang tertera di skrin cyber shot).
A country aspiring to build it self should not keep their women in the darkness of illetracy and a prisoner to the shockles of appression.”

Sukar dibezakan entiti antara anak bapa di kalangan raja-raja arab yang memiliki nama yang serupa dan berulang-ulang digunakan.

Tidak dapat dipastikan siapa yang menuturkan ayat-ayat itu.

Apakah kemelut wanita Teluk telah mulai disentuhi oleh kaum lelakinya yang banyak dikisahkan runtunan kekecewaan mereka yang dilayani bagaikan tawanan di novel-novel karya wanita tempatan mereka?

Ngeri memikirkan tentang kebenaran yang dibuka dengan maksud mahu menempatkan kedudukan wanita yang terlara oleh kurangnya luhur insan di kalangan kaum lelakinya yang menjadikan kekayaan sebagai pengukur kasih sayang.

Apakah sememangnya wanita-wanita yang baik paras rupanya senang diperjudikan untuk dicampakkan ke rangkulan lelaki yang hina?

Tidakkah lelaki hina itu memang tidak berdarjat manusia tatkala kubur telah memanggil, dunia telah mengusir masih tidak sedarkan diri?

Wujudkah perkahwinan yang diperjudikan dengan meletakkan beberapa nama wanita untuk diputarkan nasib mereka?

Perkahwinan siapa yang begini naifnya pernah dilansungkan di dunia muslimin?

Apakah yang bukan muslim mahu terluka dengan bicara ini? Kritis sangatkah pemikiran ini untuk dimusuhi?

Apakah makna perkahwinan yang dilakukan atas nama cabaran bagi dizahirkan kejantanan?

Tiba-tiba minda dirasuk oleh hangat keradangan yang dicetuskan dengan sengaja. Ziarah ini semakin menenatkan sanubari yang mindanya dijendelakan oleh skrin-skrin empati.

Wanita-wanita mukminnya pasti mengusahakan sesuatu agar tidak lagi ummat dilahirkan oleh rasukan perasaan seperti ini.

Dan adakah masih mahu diupayakan kesemua mereka yang berada di jurusan hiburan turut menjadi ‘pelacur’ bagi melariskan diri? Saat ini tidak mahu wujud perasaan luka di hati sesiapa.

Bolehkah Cik Puan?

Alangkah bahagianya jika suara itu menekuni makna yang disuratkan.

Sabtu, 15 Mei 2010

Hikmah Berahsia Bolehkah Dinamakan Durjana?

Perlu disemak dan menilai masa 5 tahun untuk musim-musim pilihanraya
adalah piawaian yang tidak 'standart' jika konflik keyakinan perlu bertarung dengan kegagalan memaksimunkan kemiskinan di dalam masyarakat kerana fungsi aktif yang perlu dimainkan oleh setiap diri antaranya menginstitusikan pengetahuan dan menyelaraskan penghayatan tanggung-jawab yang diwujudkan oleh demokrasi berpolitik bebas berasasi ekonomi yang sepenuhnya dikendalikan oleh keadilan edaran agih pendapatannya.

Kerajaan bukan dimonopoli oleh individu tetapi oleh kumpulan yang dipilih untuk beramanah.

Pelajar perlu ada saluran lisan untuk memiliki media penulisan bagi membataskan penyelewengan berita yang berkepentingan dan membina komunikasi yang baik sesama sendiri.

Prinsip kemanusiaan yang tidak terkandung di dalam pembelajaran memproses pemeliharaan hak-hak asasi antaranya adalah pencabulan dan pencerobohan ke atas jiwa dan warga yang tidak bersalah yang dilakukan menerusi medan interaksi.

Jumaat, 14 Mei 2010

Yang Mudah Lupa Itu Bukan Kita

26-03-2010

Semalam jiwa beroleh damai tatkala menerima panggilan dari kenalan jauh dari seberang yang mahu dikirimkan catatan-catatan bertulis untuk di fikirkan mahu dilakukan apa mengenainya.

‘Kita tidak berselerakan menu yang berasaskan tenusu.”

“Kita suka singkong rempah herba dengan helaian daun kunyit atau daun-daun pucuk muda ulam raja yang ditumbuk sedikit bawang dengan ikan bilis diletakkan sedikit hirisan cili atau ikan yang dikail dibakar bergaulkan halia yang dibungkus dengan daun pandan atau daun pisang atau disalai ikan itu yang digagang jauh dari api.”

“Paling tidak betik yang masih mengkal belum sepenuhnya masak dicincang halus sebelum ditumis bawang ikan bilis bersama cili atau paling kurang betik itu dihiris kecil-kecil untuk dijadikan singgang yang diharumi oleh daun kunyit atau daun selasih yang jika sekadar digoreng tauhu atau ikan asin yang diperah dengan asam limau setelah digoreng bawang dan lada sudah sekadar memadai buat kita di tanah yang di sana.”

“Kita petik cili di tanah sekangkang kera itu, kita petik daun selasih daun pandan dan digali kunyit dan kincir bersama singkong atau ubi kayu sebelum dibakar atau direbusnya untuk digaulkan bersama kukuran kelapa uda yang boleh sahaja dibeli atau minta izin dikait dari jiran untuk digaul bersama sedikit gula dari asas air nira yang dipungut dari pohonnya dan dimask bersama isi kelapa sebelum dibentuk ia menjadi gula-gula kabung yang kurang rasa kemanisannya.”

“Tanah mu yang di sana tidak pernah mewujudkan kematian oleh kebuluran kerana nelayan-nelayan kecil mu kemiskinannya tidak menjadikan mereka tamak sombong untuk meletakkan harga tidak munasabah walau kudrat dan tenaga kecil mereka dilambung oleh gelombang lautan yang menjungkang kalangkan perahu kayu kecil tanpa enjin kuasa jentera tetapi perahu dan tongkang kecil itu berkudratkan tenaga semata-mata. Kemiskinan itu menjadikan kita hanya meletakkan kejujuran dan keikhlasan sebagai kekayaan.”

“Ternakan masih upaya menjadi ladang yang membahagikan ahli keluarga untuk saling berkerjasama ceria menyumbang jasa sedikit untung diagih sama meluas laba dimanafaat dengan acara agama.”

“Kita adalah masyarakat yang diistimewakan dengan pakej lengkap melengkapkan bagi menjadi sempurna.”

“Jangan lupa kecil pondok tempat kita berguru tidak perlukan banyak peralatan kerana dinding buluh dan atap dari nipah itu kita ambil dari hutan rimba malar hijau yang diberi percuma oleh alam tetapi perlu dimodalkan dengan tenaga.”

“Kita boleh berlama-lama memahami kisah Dipo Nogoro yang tidak berkuasakan hikmat kuasa atau kisah Raja Haji di Teluk Ketapang yang berwiridkan selawat dala ‘il al-khairat dengan selawat maulud ke atas junjungan kita buat berhadapan dengan tentera Belanda. Itu kekuatan asli peribadi dan jiwa kita yang tidak wajar digantikan dengan kisah yankee atau kisah politik yang dikuasakan hanya kerana pasakan aktiviti ekonomi semata-mata.”

“Tanah mu dan tanah semenanjung ku masih sama berada di atas pelantar plankton yang mengawankan berbagai jenis biakan ikan tanpa pernah disuratkan bahawa wujdu satu-satu harinya untuk tidak ke sungai atau lautan kerana kita rumpun yang dilahirkan dari nasab keturunan cinta dan berkasih sayang. “

“Tidak mahu kita wujudkan sengketa atas niat mahu memijak bangkai yang masih hidup demi memanjangkan hayat hidup kita walau pernah ganyang Malaysia itu mendukakan persaudaraan.”

“Daku tidak inginkan muafakat dengan tanah yang pernah mengusir rakyatnya ke utara dan selatan benua yang miskin jiwa sehingga pernah di atas runtuhan masjid yang telah teralir darah jiwa yang tidak berdosa untuk dibina sebuah bangunan lain. Tidak. Daku tidak mahu wujud muafakat dengan benua kecil itu kerana itu daku memandang rakan tanah seberang bagaikan adik sendiri. Asalkan sahaja dia tidak terikat dengan jantan keparat pemantau yang menyangka dia penyelamat.”

“Kamu ingat saya ini termasuk dalam kumpulan yang pergi ke seberang atas tujuan mahu mendamaikan pemimpin dengan bantuan orang luar? Jantan keparat.”

Tiba-tiba sahaja kemarahan sukar diteka dari mana ia bermula. Dia masih gagal mahu melunasi sempadan wilayah angkasa yang entah dari jenis apa ia dipagari atau di sukat tatkala menghampiri kodinit digit lintang 104 dan kodinit bujur 03.

“Tanah kita dik, ada kisah penglipor lara seperti Malim Deman, Angggun Chik Tunggal, Tun Kudu, Tun Teja yang bernasabkan asli jati diri seperti mana nasab dari ummul mukminah yang melahirkan Siti Fatimah Az-Zahra’ selepas Mariam menunggalkan Isa tanpa hubungan jasad antara lelaki dan wanita.”

“Dik, kita masih mahu meuniversalkan siapa tatkala Tok Selampit kita juga pintar dengan kisah Sabai Nan Aloeh atau Nan Tunggal Si Magek Jabang.

Buluh-buluh dari rimba malar hijau itu seperti madrasah juga untuk dikekal teruskan bahasa nusantara kebanggaan kita berbicara tanpa perlu komuniti di Alabama dijadikan batu loncatan untuk kita memahami jenayah dan siri kegiatan penggelidahan kemurahan moral para hamba yang masih mahu kekal mencemarkan khianah dari amanah untuk bertanggungjawab tatkala disonsangkannya setiap butir bicara kita.”

“Fahamkah dikau dik, komuniti di Alabama itu bukan batu loncatan kita untuk memahami khianah yang pernah disuakan sehingga pudar kepercayaan yang sekian lamanya ditelan dengan pahit mahu membuangnya berasa payah?”

“Cerita-cerita berbingkai ini tidak berakhir di sini. Ia akan membawa ke akhirat untuk dihakimi pengadilannya setelah keadilan perundangan di sini masih bermata untuk mengenali hak dan batil atau meletakkan rendah garisan hak tatkala ia mahu dilewati oleh status yang tinggi namanya.”

“Dik, kita mahu hikayat Bayan Budiman, Hikayat Bakhtiar, Hikayat Gulam juga tidak dilupa tentang Hikayat Amir Hamzah, Hikayat Muhammad Ali Hanafiah yang menukil tentang Iskandar Zulkarnain untuk bersalasilah dengan Ar Rasul yang mendakap erat Allah sebagai Pencipta.'

Yang mudah lupa itu bukan kita dik!

Khamis, 13 Mei 2010

Keliru Kerana Bisu

Cahaya satellite kembali bernyala tepat jam 8 pagi waktu tempatan bertarikh 23-03-2010 pada hari Khamis.

“Saudari siapa?”

Suara lembut yang berdailekkan patah laras arab disapa dengan terpaksa.

Begitulah selalunya yang berlaku.

Memaksakan gelombang hala bawaan angin yang memenuhi seluruh perkarangan ruang kamar yang sederhana luas itu menjawab bagi setiap perencanaan yang seawalnya tidak disenangi untuk diperkaitkan dengan kehadirannya di alam maya.

“Saya hanya berujar dengan mereka yang segender sahaja.”

Kemuliaan kedudukan dirinya pemberian seseorang yang mengikrar janji dengan amanah Allah bersaksikan para wali tidak mudah diletakkan di mana-mana sahaja sebagai bukti membalas budi.

Empat tahun terus gangguan-gangguan dialami sehingga banyak usaha minda yang diaturkan oleh sopan jiwa telah terhenti.

Semuanya tergantung-gantung tidak bertali walau berjejak di bumi.

“Apa yang saudari mahukan lagi? Saya tidak mempunyai wang untuk diberikan kepada saudari. Meminggirlah dan sila berlalu pergi. Saya tidak mahu ditemani.”

Dicuba hilangkan radang rasa ditonton seketika wawancara Afrika Today mengenai sikap berterusan mencurigai Ikhwan Muslimin.

“Apakah warga Teluk menolak syariat apabila berkait sahaja isu dengan Ikhwan Muslim?”luah dengan diam kerana Pengerusi dailog itu tidak mendengar maklum interaksi penonton di rumah.

Meneruskan sungutan minda berujar :

"Tidak terkejut dengan sikap begitu tetapi sehingga bila cendiakawan arab masih mahu menolak syariat?"

"Sikap keterlaluan begini tidak sukar mahu dilihat pemimpin mana yang mahu diketengahkan."

"Menolak syariat kelihatan sikap ketinggalan zaman untuk dijadikan alasan menolak Brotherhood In Islam."

“Penolakan ini tidak akan menjadikan liberalisme dan pluralisme sebagai alternatif!”

Marahnya berterusan bernyala.

"Adakah direncanakan untuk terus ditingkatkan penentangan dan penolakan di kalangan kami yang kelihatannya masih bersasarkan perpecahan pernyatuan kuasa dan suara rakyat?"

"Tempuh akhir zaman ini tidak mungkin diisi tanpa iman."

“Beragama itu wajar menjadikan tidak minum arak, tidak berzina, tidak berjudi, tidak memakan makanan yang diharamkan oleh kitab dari langit, tidak ada jual beli yang diambil faedah keuntungan tinggi (riba),bagaimanakah mahu mengabaikan perkara ini apabila mukmin dari Islam (bukan semua muslim mukmin)mempunyai contoh untuk diketengahkan?”

Kembali butir ujar yang diluahkan empat tahun lalu kembali memenuhi sudut fikirannya.

“Cik Puan mahu kami bermusuh dengan siapa sebenarnya tatkala di dalam kaedah mengambil untung kami diajar dan dituntut supaya :

1- Keuntungan yang diambil berasas dari harga belian.
2- Sifat barang itu jelas dan dapat dilihat.
3- Harga yang sahih.

Banyakkan membaca kurangkan menonton kini wajib menjadi etika kaedah berpengetahuan.

Membaca itu kekayaan yang dijauhkan tatkala Tafsir Al –Azhar itu bukan cerita rakyat tetapi bicara Tuan kepada hambaNya.

“Salahkah jika kami mulai menjadi pandai walau pun tanpa pendidikan tinggi?”

Membuka semula deria dengar sambil merenung skrin laptop dia berukat kembali:

Sekali lagi siapakah saudari?
Apa yang saudari mahukan dari saya?
Saya bukan anak orang kaya!
Bisukah saudari?”

Rabu, 12 Mei 2010

Judi Nyawa Dan Judi Laba

Setelah ketiadaanmu mereka kian berpesta dengan kemeriahan menyayangi 'insan-insan yang lemah' namun masih runtuhan batu-batu itu tanpa alamat yang boleh ditanda tuju arah kerana longsornya beberapa daerah,

Siapakah yang lemah R?

Gadis yang diragut nyawa oleh lelaki perkasa di atas traktor kerana tidak mahu beralah?

Setelah ketiadaanmu semakin terserlah realiti, kita ada kalanya keterlaluan dalam usaha mahu memenangkan pemimpin, kita upaya memparahkan gusar dan resah,

Marahkah dirimu jika ku katakan mempersaing gender juga bermakna mempersaingkan tender?

Bahasa kita tatkala terlalu santun hati dan sanubari jiwa mudah dilentur

Tatkala kita melantunkan suara mudah pula diduga bagaikan seringai Sang Serigala

Akhirnya,

Kesemuanya tidak ada yang menarik hati untuk diamati.

Manusia adalah bangsa yang mahu terus dipegunkan oleh laman kanak-kanaknya.

Aku masih meratapi kematian insan lemah yang bukan lelaki.

Agar tiada wanita yang turut mempermainkan tangisan ini.

Duhai Dara Dan Para Wanita

Beberapa bulan yang lalu telah dibuat perbandingan di antara novel Hujan Sudah Teduh dengan novel Salju Sakinah.

Ternyata garapan Hujan Sudah Teduh lebih memahami isu dan persoalan tinggalan usang zaman yang menjadi aras tanda pembeza pengalaman sesama warga.

Minda berrelevan sendiri.

Apabila dibawa kesyumulan Islam meletakkan keadilan tidakkah wajar isteri diberikan gaji yang dibuat potongannya dari pendapatan suami mengikut kategori?

Apakah dengannya mulai semakin ramai wanita mahu dan bersedia berumah tangga dan menjadikan karier yang bertaraf profesional bermula dari rumah atas dasar insentif dari dorongan pemotongan pendapatan suami mereka?

Seiring dengan itu pertanyaan wajar diujarkan mengapakah wujud wanita-wanita muslim menjadikan ‘social escort lady’ dan perkhidmatan perbualan lucah sebagai pekerjaan bagi menambahkan pendapatan?

Berdasarkan petikan di halaman 54 Hujan Sudah Teduh :
"Perempuan bekerja keras membantu lelaki melakukan kerja berat untuk mencari rezeki,dialu-alukan. Malah diperlukan. Tetapi sekiranya lelaki membantu meringankan tugas di rumah biar pun untuk menyenduk nasi dan membasuh pinggan atau membasuh baju sendiri dianggap dayus dan pondan. Patutkah begitu? Saya rasa dalam agama tugas memberi nafkah, makan pakai dan perlindungan kepada keluarga itu bulat tugas lelaki.Isteri, ibu, adik dan anak-anak perempuan cuma berhias memakai pakaian cantik-cantik.(minda saat ini menggambarkan keadaan wanita warga kelas eliet dan bangsawan yang dipertontonkan di kaca LCD kaca TV)."Katakanlah mereka diberikan tugas memasak, menjaga anak-anak, membasuh dan berkemas untuk membantu lelaki yang menjadi ketua keluarga- meringankan beban- tetapi tidak sampai turut membanting tulang lembut mereka di ladang dan berjemur perit di sawah bendang."(minda menggambarkan keadaan wanita warga kelas rendah yang miskin dan kelas pertengahan seperti yang sering dipertontonkan di LCD kaca TV)

Dengan kewujudan dua realiti ini bagaimanakah penghayatan yang tidak ditempuhi krisisnya membenarkan lelaki dan khalayak eliet mewakili suara wanita-wanita ini didengari?

Manakala Salju Sakinah hanya sekitar minda generasi baru yang tidak serius mengambil dan berpeka kepada masalah dalaman rohani masyarakat di luar bandar yang akar umbinya dikemelutkan oleh krisis-krisis nilai di mana kemunduran sifat melingkari masyarakatnya ditandai oleh kesan politik dan ekonomi totok etniknya.

Tidak selesai lagi bacaan itu telah disimpan di dalam kelompok buku yang ditangguh bacaannya.

Kebiasaan melewatkan pembacaan buku-buku yang dibeli sukar dihindari dan ternyata keutamaan lebih mendahului buku-buku dari isu-isu tema penceritaan dengan keadaan semasa.

Hujan Sudah Teduh sajiannya lebih mengupas dilemma dalaman kebanyakan warga yang tidak sepenuhnya mendapat tempat untuk diberikan tumpuan penghayatan. Nek Yang yang dirobotkan kemanusiaannya oleh pengalaman pahit dan Nyonya yang memberikan anaknya oleh kemiskinan dan belenggu didiskriminasi natijah dari perjuangan komunis membuka hakikat sebenar minda bangsa penulis.

Mengapa?

Tidakkah sifat modenisme telah melahirkan keingkaran hidup beriman?

Jika hanya watak Zaleha yang takut suaminya dirampas diselitkan untuk menguatkan watak Sumayyah di dalam Salju Sakinah ia masih titik halus yang menjelaskan sudut kerendahan untuk dihayatiisu moral dan etika amanah seorang lelaki.

Prejudis pula terasa hasil garapan minda ini.

Cuma saya tidak faham bagaimanakah novel Hujan Sudah Teduh berada di dalam kotak buku-buku yang diturunkan harganya?

Maksud saya buku ini berada di dalam ‘wilayah pembuangan’ yang menjelaskan bahawa ia tidak berada di dalam kumpulan buku yang diberikan kedudukan oleh penerbitnya.

SAYA TERKEJUT.

Dengan reka kulit luarnya yang kusam dan agak buruk penerbitnya jelas tidak menghargai isi dan isu yang dipaparkan.

Berasa wujud cairan didih raksa yang meningkatkan bacaan suhu dalaman diri ini tatkala diamati imbasan saat membeli beberapa novel-novel di pesta buku di tanah air.

Penerbit yang tidak berminda kelas pertama.Teras agak keterlaluan dan bersikap kurang adab minda ini.

Wajarkah dengan hanya membaca buku pun kamu mahu berhangat hati? Jiwa mengelus berhalunisasi.

Adakah dengan membaca buku penulisan melayu bersekutu maka pembacanya itu ahli umno?

Membeli buku terbitan Utusan pembeli itu adalah ahli umno?


Bagaimana pula andai membaca buku Yahudi, pembacanya bolehkah menjadi Yahudi?


Minda berterusan menguji diri.


Bebaskah dikau dari makna kroni? Sanubari kecil mulai menyajikan sangsi.

Posted by thanaif on 24 Oktober 2009

Selasa, 11 Mei 2010

Yahoomail Berterusan Menjadi Tempat Hackers

Siapa yang menggunakan nickname saya di yahoo.mail dan bagaimana email yang saya sendiri mengirimkannya tidak sampai ke peti simpanan email saya?

Ada orang lain menggunakan nickname saya di yahoomail dan ini adalah kali ke dua nama yang sama telah digunakan secara tidak sah kerana menyamar dan memecah masuk ke akaun email peribadi saya.

Yahoo seperti mana lazimnya tidak akan melayani permasalahan yang wujud.

Kita Kekurangan Buku Melayu Bukan Individu Yang Boleh Berbahasa Inggeris

...“Menjajah juga dengan budaya menerusi saluran dan rangkaian Yayasan dan Organisasi yang menghimpunkan kekayaan yang kemudian mahu diagihkan pecahan keuntungan memasuki akaun peribadi. Seperti wujud pemusatan dana keewangan yang pergerakan pengedarannya ditentukan semasa musim pilihan raya di seluruh dunia.”

“Apakah kerana itu isu nilai mata wang menjadi masaalah yang dikemelutkan sehingga tidak kelihatan hasrat mahu menghentikan krisis keyakinan ini Kak Long?”

“Betul Kak Long, seperti mahu terus dipelihara pihak yang menjadikan tukaran mata wang sebagai pendapatan. Ini tidak adil kepada pihak yang mempunyai kepelbagaian punca pendapatan Kak Long!”

Kakak kelihatan termenung. Dia memerhatikan adik-adiknya yang semakin keletah berwawacara.

“Kak Long tidak suka Uda mengumpat perkara yang samar-samar.”

“Uda berpendirian bahawa tidak adil jika kenaikan harga barang oleh kenaikan harga minyak hanya berniat mahu memulihkan hubungan diplomasi antara penjajah dengan anak negerinya.”

“Mengapa waktu berpilihan-raya perlu dileburkan jutaan wang?”

“Uda, hanya orang berusia 21 tahun sahajalah layak berbicara tentang undi.”

“Iyalah tu. Gerhana generasi kerana memiliki kekayaan tanpa hak.”

“Maknannya generasi itu bukanlah gergasi?”

“Manusia-manusia kecil yang diberikan sifat menjadi gergasi. Apabila wujud tekanan gergasi itu menjadi rasaksa yang longgokan dan himpunan tinggalan kekecewaan mereka bertukar menjadi ledakan.”

“Betullah, sejak dari tamat perang dunia masih dicanangkan kita perlu pintar di dalam bahasa english, sudah berpuluh tahun dan kini masih tidak selesai, malas mahu Atam fikirkan. Seperti bahasa English itu makin merundum dengan mendatangnya dekad-dekad baru.”

“Jika tidak mengumpat sakitkah?”

“Kak Long tahukah bahawa kita kekurangan buku-buku di dalam bahasa melayu bagi rujukan untuk ditingkatkan keilmiahan dan kaedah berpengetahuan pelajar? Ini isu sebenar bukan semata-mata wajar dijuruskan pemfokusan pada berbicara di dalam bahasa inggeris.”

“Sebut kuat-kuat Uda. Kita kekurangan buku-buku di dalam bahasa melayu. Kita kekurangan buku-buku di dalam bahasa melayu. Kita kekurangan buku-buku di dalam bahasa melayu.

“Inilah antara tujuan mengapa diundang penghijrahan dalam sudut pembekalan tenaga kerja secara besar-besaran bagi dijadikan alasan bahasa ini perlu diutamakan. Mereka tewas sejak mula lagi...”

Inikah Makna Dengki Iri Sanubari?

...Budaya pada pakaian dan tarian sahajakah istilahnya mahu difahami tatkala mahu menghadami budaya sedangkan akidah yang membentuk kesatuan upaya membuka permuafakatan di antara jiwa di dunia ini?

Lantas apakah hanya di tangan pihak tertentu sahaja dipikulkan kebertanggungjawabannya?

Kemiskinankah menjadikan salur bicara ummah menjadi lemah tatkala semakin bercambah industri baru pada bidang penyiaran dan penerbitan seperti tidak bersungguh hati diberdayakan oleh muslimin atau peluang dan kesempatan yang tidak diberikan lantaran didudukkan secara terpaksa sedang yang diperlukan ialah berdiri untuk menjadi tinggi?

Warna-warna yang membatalkan hak pilihan berpakaian umpamanya merupakan ciri kemunduran yang berjaya diterjemahkan oleh mellinium ini.

Apakah tidak ada pesan nasihat Thomas Edward Lawrence dan Lady Anne Blunt yang terselit di akal cicit-piutnya agar tidak melupakan bahawa mereka juga pernah berkelubung memilih pakaian ala hijab ketika menggunakan sepenuh kuasa kemahiran psikik untuk melumpuhkan kejahilan pribumi agar tertawan dengan kehadiran mereka?

Agaknya arah laluan aliran makanan-makanan manusia tidak menyinggahi keseluruhan belahan otaknya lantaran tidak memiliki ciri protoplasma yang terdapat pada haiwan dan tumbuhan. Mungkinkah kerana ini mereka lebih senang bersifat dengan separa mesin menjadi manusia-manusia robot yang mudah dikawal aturkan...

Jangan Bermimpi.

...“Peradaban siapa yang mahu kita contohi bila hanya maju dan moden sahaja yang menjadi ukur sukat sedangkan nilai akhlaknya dipisahkan?”

“Mana yang lebih utama bila kita tidak mengenal beza fardhu ain dan fardhu kifayah kerana tidak meletakkan hukum secara syumul?

“Antara miskin dan kaya kelompok manakah yang terlebih bilangannya?”

“Contoh yang lain?”

“Masjid adalah limpahan keberkatan buat ummat. Ia rumah Allah. Mengapa kini men jadi kosong kecuali waktu solat sahaja itupun saf yang ada tidak melebihi dua saf jika di waktu subuh?”

“Eh ! Orang lelaki semakin kurangkah Uda?”

“Ramai rasanya tapi di sekolah Angah pelajar lelaki lebih suka berfikir.”

“Biar benar. Mereka fikir apa ya?”

“Benar, mereka mahu mengkaji dahulu sebelum memilih.”

“Adakah kebanyakan lelaki memang bersifat tenang dan bijak mengawal emosi lalu kelihatannya seperti agak penakut.”

“Bukan begitu, mereka disekat oleh undang-undang. Mereka mahu menjadi warga yang taat setia tanpa rela menjadi cela oleh sengketa.”

“Lalu orang perempuan seperti kita inilah yang mahu disasarkan sebagai suka menentang memprotes sebagai tanda membantah?”

“Seketika waktu Rasul Salallahualaihissalam berhijrah, ia adalah demi mengelakkan terjadinya pertumpahan darah antara saudara. Rasul mengasihi kaum keluarganya kerana mereka sekampung biar pun niat mereka adalah untuk membunuh baginda.”

“Kita tidak terfikir tentang kesucian tindakan baginda Salallahualaihissalam yang tetap mengasihi keluarga dan handai taulan baginda walau pun tidak sependirian.”

“Tetapi Kak Long, meskipun Rasul mengusahakan harmoni agar kedamaian menjadi dakapan, lihatlah dan cuba rasakan nafas permusuhan itu terus dinyalakan dan seperti mahu dihidupkan hingga yang masih menjadi pemaustautin terus dibebani oleh penderitaan. Pesan yang arif lagi budiman jika beradu antara kuda lawannya kuda juga mana adil andai kuda menandingi keldai, jika benar perang yang diinginkan maka berperanglah kita andai masih mahu benar itu bersama adil diterjemahkan.”

“Bagaimana pula jika kita ingin menjadi penasihat?”

“Apakah kaitannya Kak Long?”

“Kita mesti pertarungkan minda dengan minda?”...

Memetik bintang di langit atau bunga di taman.

Ahad, 9 Mei 2010

Ziarah Penghijrah 9

(sambungan Ziarah Penghijrah 8)

Ada dua pilihan untuk ke sana dan kami mengambil jalan yang agak panjang oleh jalan rayanya yang kecil dan masih di dalam pembinaan.

Tiada gerbang pintu tol menunggu kami selain tatkala melalui Jambatan Al-Makhtom yang dibayar oleh pemilik kereta sewa yang dikesan oleh mesin perakam untuk dicajkan sewaktu mereka menyemaknya di internet.

Contoh peralatan yang dipergunakan bukan diperalatkan. Saya masih terkenang kisah catatan di blog Supir 3 yang 'diCURI' tatkala berjaya disimpan di draft blog saya awal tahun ini.

Tempat-tempat rehat untuk pemandu berehat yang tersedia masjid tidak dapat digunakan kerana ianya berkunci.

Tiada makanan terjual untuk dijadikan alas perut.

Mungkinkah ini menjadikan mereka terlalu bergantung kepada keperluan pengkaedah perencana pengorganisasi sehingga terlihat seolah-olah Dubai dan Abu Dhabi bukan dimiliki oleh orang arab.

Bandar Eropah di dunia Arab.

Itu adalah pandangan awal tatkala melihat Dubai.

Benar terzahir seperti Dubai dan Abu Dhabi adalah milik masyarakat Eropah dan pekerja warga asing.

Dubai kelihatannya bukan dimiliki oleh orang arab!

Sungguh memang benar negara Teluk menjadi syurga buat mereka.

(No hard feeling please) kerana dahulu lagi Lady Anne Blunt telah menjanakan perdagangan kuda-kuda tanah arab sehingga ke Rusia yang menjadi kenderaan utama dekad lalu selain tentera berpangkat rendah bernama Edward Thomas Lawrence berjaya diashikkan oleh fenomena yang wujud di bumi yang dipenuhi jejak para rasul dan nabi satu ketika dahulu.Ke dua watak ini telah diberikan peranan utama yang meninggalkan kesan ke atas wilayah Arab. Dan stuasi sebegini seperti diizinkan terus berlaku.

Tiba-tiba saya faham maksud ungkapan usah ‘diperkudakan’ dan menjadikan ungkapan pengganti 'diperkudakan' mungkinkah ‘usah diminyaki’ atau ‘usah dididihi gas’ yang upaya meluaskan pembakaran?

Sukar dicari entiti warga peribumi kecuali warga tua yang berada di tepi jalan yang bangunannya berdebu kotor dan tidak bersih persekitarannya.

Di celah-celah pohon khurma kami memerhatikan entiti diri warga peribumi Emarati.

Kelaziman sebegini apakah sememangnya fenomena yang mahu terus kekal di dunia Islam?

Seperti mana warga asli dan kelompok rakyat miskin kawasan pendalaman di tanah air.

Mengecualikan mereka yang berada di dalam kenderaan mewah bukan bermaksud apa-apa melainkan sememangnya kami melihat kelibat mereka hanya sepintas lalu lantaran kenderaan dipacu dengan laju.

Jelingan-jelingan kami juga tidak pernah disambut.

Akhirnya kami tiba di lokasi yang mencatatkan sejarah Kesultanan Raja Arab.

Di Muzium Keluarga Di Raja yang menempatkan bangunan lama istana HH Syeikh Zayed ditemui ciri kesederhanaan seorang pemimpin yang kaya dengan nasab-nasab keturunan yang mulia.

Persepsi awal tidak perlu ditinjau melebihi sempadan yang dibenarkan gusar sangka baik hilang dan akan menjadi sukar untuk dikumpulkan semula menjadi seberkas kekuatan untuk diharapkan.

Ruang-ruang kecil yang menempatkan kamar peraduan di raja amat sederhana dan keseluruhannya taman di raja dari bekas tinggalan istana tidak upaya kami jelajahi lantaran perlu bergegas mendapatkan fenomena menarik di Mabzara Al Khadhra lantaran perjalanan masih panjang untuk sampai ke Abu Dhabi.

Sesuatu yang menyentuh minda sambil dilayani dengan sepenuh rasa satu catatan yang tertera menuju kamar-kamar istana lama :

“A woman constitutes half the society and … (biasan cahaya lens kamera tidak boleh ayat seterusnya yang tertera di skrin cyber shot).
A country aspiring to build it self should not keep their women in the darkness of illetracy and a prisoner to the shockles of appression.”

Sukar dibezakan nama di antara anak dan bapa di kalangan raja-raja arab yang memiliki nama yang serupa dan berulang-ulang digunakan.

Ziarah Penghijrah 8

(sambungan Ziarah Penghijrah 7)

Tersenyum rasa tatkala terlihat angka-angka aljibra milik asal Al-Khawarizmi menata tanda di plat nombor kenderaan -kenderaan di Emeriah Arab Bersatu.

Kembali masaalah terjemahan menyelinap bermain di perasaan.

Apakah Cik-Puan-Cik Puan itu tahu sukarnya mahu menjelaskan maksud sebenar sekiranya tidak menggunakan bahasa asal perhubungan di antara kami?

Sehingga wujud perumpamaan melayu ‘lembu punya nama sapi mendapat nama’.

Tidak ada lansung wujud hasad atau iri mahupun dengki melainkan silap memahami upaya menjadikan kita mencurigai.

Perjalanan melalui Al-Ain menyukarkan kami mencari kedudukan Taman Haiwan kerana pengenalan tanda informasi yang memudahkan kami menuju ke sana hilang tanpa dapat dikesan jejak lokasinya.

Tidak seperti ziarah kami ke England beberapa tahun yang lalu yang merentasi London Swansea Cardiff Liverpool Manchester York Nottingham ke Edinburgh melintasi Tanah Tinggi Penniles dan Grampians untuk melihat Glasgow Aviemore Dundee dan menyusuri ke pendalaman Isle of Skye sepenuhnya perjalanan hanya berpandukan papan tanda informasi dan bacaan peta sehingga kesemua perjalanan tidak tersasar dan masa dapat dijimatkan.

Kemahiran membaca peta dan papan tanda sangat diperlukan oleh pemanduan yang pertama kali memasuki mana-mana petempatan baru.

Begitu juga dengan perjalanan mengikut terminal landasan di England dan sedikit pengalaman di Paris membaca peta laluan kemudahan pengangkutan tidak menjadikan kami sesat atau perlu membazirkan masa.

Bumi menuju ke Abu Dhabi diliputi kehijaun.

Sabtu, 8 Mei 2010

Ziarah Penghijrah 7

(Sambungan Ziarah Penghijrah 6)

Tuntutan dari redeem perjalanan di udara selama pulang dan pergi ke tanah air empat tahun ini menjadikan kami memperolehi tiket percuma yang dicukai dengan jumlah 2700 riyal bagi kelas ekonomi untuk penerbangan pergi dan balik bagi enam orang penumpang.

Tiket percuma kami dicukai dengan jumlah 2700 riyal oleh syarikat penerbangan tempatan.

Ini tanda kami rakyat kecil yang tidak menuntut keistimewaan sama seperti mereka yang lain berusaha sebaik mungkin untuk mendapatkan rezeki tidak melarikan diri dari tanggungjawab sebagai pembayar cukai.

Di mana langit dijunjung di situ bumi yang kami pijak.

Dalam neraca Islam konsep cukai bukan bermakna memindahkan kerugian untuk disangga ke atas bahu pihak yang tidak pernah terlibat mencetuskan permasalahan atau berbelanja lebih untuk kehidupan mereka.

Aniaya bukan sifat mulia.

Riba dan faedah yang melampaui batas keuntungan yang diambil secara rahsia bukan dilahirkan oleh minda muslim jika ia mukmin.

Muslim dan mukmin masih tidak sama sifat ciri bentuk dan maksudnya.

Apakah dengan niat mahu menjimatkan perolehan pendapatan para korporat dari dikenakan cukai maka kami rakyat marhaen direncanakan untuk melunaskan pembayaran cukai yang tinggi?

Minda sukar didiamkan keaktifannya menaakul makna keberdayaan dalam memahami persaingan sihat di dalam realiti mencergaskan daya saing di antara masyarakat yang berbeza pendapatannya.


Papan-papan tanda syarikat gergasi di bangunan indah di bumi Teluk kiranya hasil natijah dari hubungan diplomatik di dunia antarabangsa.

Menyelit rasa terguris tatkala kemanafaatan ini tidak dilihat sebagai sikap bersiasah sikap berpolitik tetapi sebaliknya diungkap terus politik dan kenegaraan tidak upaya menyatu bersama agama.


Sewa kenderaan berjumlah 1800 riyal kenderaan jenis MPV untuk tempuh empat hari menjadikan kenderaan jenis saloon tidak sesuai buat kami yang mempunyai anak-anak yang sihat tubuh badannya.

Kami perlu meninggalkan Dubai untuk memastikan kenderaan adalah untuk dikenderai bukan diperalatkan.

Kami ke Abu Dhabi.

Khamis, 6 Mei 2010

Campadang Dewadaru

Campadang dewadaru adalah dewala,
Sidang yang mendetik fauna dengan fenomena,
Syahdu mengumpil kerikil,
Berbekam tanah subur,
Benih khalikah nikmat berbudi dengan niat,
Berjasa dengan tenaga,
Beradu demi nyawa,
Terbalas dengan derita,
Menukar oleh daya buat mencipta nama,
Sebaris jenama,
Redup mata menahan dahaga,
Gersang sebidang tanah tidak seluas arena.

Masih juga membisu itu tanda setia?
Tatkala lingkaran talaan,
Kilasnya tidak gabung erat saudara,
Di manakah harmoni satu rasa?
Di manakah laungan suara usaha?
Bilamana agama tidak punya naluri mahu merubah suasana,
Bilamana paluan menggendang taridra,
Bilamana lelah sekurun mengusung cela,
Bahawa Ad-Deen dan syariah upaya merintis minda,
Tidak ia memisah bangsa dari agama.
Masih juga membisu itu erti patuh bertata budaya?

Rabu, 5 Mei 2010

Tampil Bukan Tempel Atau Tampal

Lalu hujan yang terabai itu maksudnya :

Bagaimanakah mahu dilahirkan keharmonian apabila wujud penindasan dan bagaimanakah ketertiban menjadi amalan apabila alaf keemasan peradaban kemanusiaan yang diusahakan menerusi kaedah pencerahan semula kegemilangan Islam hanya slogan berpusar alam?

Ingin dilihat bagaimanakah kemampuan minda berkritis dengan diskusi yang pro dan negetifnya adalah mencari titik untuk ditemukan pertembungannya oleh ketidak-bolehan sebahagian minda-minda pelajar Barat bahawa permusuhan dan saling berbencian itu adalah akibat dari tekanan para pemimpin yang mahu meneruskan tradisi mengekalkan penguasaan yang juga telah menjadi kelaziman di rantau Timur?

Apakah isu kecurigaan pemimpin terhadap marhaen yang sebahagiannya adalah dari generasi muda sesuatu kemunasabahan di alaf ini?

Adakah wujud makmal-makmal kaji selidik yang menggunakan segala kepintaran untuk mulai membandingkan keupayaan akal manusia yang sekilogram ini sebagai keistimewaan Allah kepada insan berbanding haiwan?

Hidupkan ruh agar sel-sel minda tidak mati tersejat oleh kegagalan menerima perbezaan pendirian.

Bagaimanakah milion sel darah yang silih berganti upaya membuka jiwa bahawa pertukaran zaman dan masa merupakan kelaziman perubahan yang menjadi fitrah dan sunnatullah Allah bukan perlambangan untuk sifat ekstrim?

Akar yang berumbi di dalam jasad sendiri tidak mampu dan upaya kita jelaskan fitrahnya lalu bagaimana upaya diri yang lemah sebagai hamba mahu dipertikaikan setiap kejadian yang telah Allah aturkan ke atas alam milikNya ini?

Tampillah Dengan Hormat

Termanggu dipangku keliru yang jemu
Malu khilaf disendu menyenak jauh ke kalbu
Pilu yang terus cemburu merimbunkan madu
Ahhh mengapa menjeling dengan suara setengah bisu?

Hujan rebas merintik turun tanpa disedari
Pasir halus enggan menakung air tidak upaya mengalir mengairi
Titis hujan hanya terdampar di atas simen yang lama lesu dek getir
Air langit gugur menitis halus terus terabai dek kerana mungkir
Luluh lebat debu menyangkut hama yang berderai menyingkir.

Apakah masih beribaratkan kelakatu yang ingin terbang ke langit?
Hidup kayu berbuah hidup manusia berjasa usah diungkit?
Tatkala berkehendak terbit seribu daya tatkala benci seribu bencana menghimpit?
Sedangkan cacat-cacat cempedak cacat nak hendak?

Bagaiman mungkin terjadi catatan peribadi di usb dilayari secara rahsia oleh pihak ke dua di lap top milik peribadi?

Selasa, 4 Mei 2010

Ayuh Berbicaralah

Adakah wujud manusia yang mahu dijualkan dirinya?

Apakah mekanisme 'The Almighty Dollar' menjadi konsep yang memberdayakan negara lantas darinya diwujudkan proses penggadaian diri atau rakyat atau negara?

Ada soalan :

Jumlah hutang sebenar yang ditanggung adakah memerlukan bon dijadikan cagaran yang memberi sokongan pada harga saham?

Bagaimanakah andai wujud fungsi mata wang dijadikan alat yang memperalatkan pengguna?

Ini hanya soalan kerana itu tidak munasabah ianya upaya mengubah apa-apa dan ketika ini masih nama Alex disebut-sebut di kaca televisyen yang membuktikan kesemua ini adalah perencanaan.

Inilah buktinya berterusan dilakukan pengawalan ke atas hak berperibadi saya selaku seorang wanita.

Bagaimanakah didepani kewajaran yang berterusan diberikan oleh institusi keewangan dan syarikat utama terhadap harga di pasaran saham yang tidak melindungi pembeli kuantiti kecil unit saham tetapi memberikan kesan secara lansung kepada risiko kerugian yang boleh bermaksud dengan sengaja untuk menganiaya?

Catatan yang masih tersimpan itu kesemuanya milik peribadinya yang masih tersimpan di dalam 'hard drive'.

Dia masih terfikir-fikir tentang perkara yang terlindung tanpa upaya dipersaksikan untuk dibuktikan sesuatu.

Isnin, 3 Mei 2010

Mengapa?

Ringkasan ini tidak tersedia. Sila klik di sini untuk melihat siaran.

Ziarah Penghijrah 6

(sambungan Ziarahi Penghijrah 5)

Bagi mengujinya ingin ditanyakan apakah perumahan jenis moden dan baru ini berjaya di rantau yang berada di bawah ‘pajakan’ pembinaan pasarana yang dibina oleh acara biaya tukar pemindahan teknologi tatkala keluasan gurun masih belum terluak penggunaannya.

Pembinaan struktur perumahan yang berasas kepada kegiatan beriadah sebenarnya memudahkan penginteraksian manusia dengan alam persekitaran yang faktor muka bumi suhunya secara semula jadinya
mengitar keseimbangan dan keharmonian mesra alam.

Mereka membina jendela yang berencana dan beragenda berpusatkan titik sifat kepenggunaan masyarakat dunia menerusi telekomunikasi yang kemudiannya upaya disentuh di Konikuniya dengan pemetaan realiti. Seperti disengajakan buku-buku yang tersusun itu meminta rujukan untuk difokuskan. Kiranya ‘pendajjal’ berada di mana-mana menerusi CCTV yang amat santun menonton setiap gerak geri sesiapa yang diingini oleh mereka.

Sesekali memang saya terasa seperti didera oleh mereka yang tidak dikenali yang menjadikan kemarahan dan keradangan sering disasarkan kepada mereka yang tidak bersalah dan tidak terlibat dengan semua dilemma yang wujud di minda ini.

Bagaimanakah mahu melihat setiap diri tanpa mengenal status sosialnya mengambil peranan tanggung-jawab untuk memfungsikan amanah tatkala mellinium kekayaan bersifat individu yang bukan hanya teknokrat sahaja pembekal yang menjadi saluran keuntungan?

Ulamak dan pewaris teladan keluhuran akal wajar mengaktifkan fungsi keberdayaan untuk diteladani bagaimana amanah untuk diasuh generasi.

Sesekali tidak terlerai lara tatkala diujar tentang mukmin maka hanya negara tertentu sahaja yang dilihat sebagai contoh muslim yang bersifat mukmin.

Apakah hanya di Pakistan dan India sahaja terhimpunnya ulamak muktabar tatkala pintu-pintu masuk yang berkhemahkan kanvas pelarian tidak berdaya diurus oleh sempadan yang tidak mampu dipagari oleh undang-undang negaranya sendiri?

Atau wanita mereka yang menjadi semakin tidak sabar oleh kelemahan kepimpinan lalu tersuntik semangat untuk menuntut asas-asas kebersamaan yang upaya dimuafakatkan secara adil dan lebih saksama tanpa keterlaluan diisukan perliberalan Islam yang syumul.

Di manakah mahu dicari keberdayaan kebolehan kesabaran minda-minda yang tidak terlalu mudah terusik dan tercabar andai diperdalamkan mengenai pemikiran Islam Liberal tanpa mencemarkan kesyumulan Islam dan keadilan syariahnya?

Mahu dicabar kepada siapa persoalan ini andai hanya keewangan dan perbankan sahaja yang mahu dilitupi oleh syariah sedangkan pada dasarnya diketahui sistem yang ada masih bersifat kapitalis dan berjiwa imprealis?

Mengapa minda ini tidak upaya berhenti bertindak begini apakah sememangnya minda ini sakit dan tidak tersusun oleh pengaruh kawalan di luar kesedaran?

Imej lambang Kota dipiawaikan sepenuhnya menurut kehendak keperluan mengindustri-barukan sektor pelancungan yang diterokai oleh minda namun bagaimanakah mewacanakan di antara hak dan batil di dalam memperadabkan kemanusiaan?

Selingkar imbasan apakah kekayaan dan kemewahan ini menjadi alasan Gazza dan wilayah sekitarnya miskin?

Terma lama dengan wacana baru pada konsep embargo selain membuka ruang kesempatan untuk peperangan melemahkan kebistarian kepimpinan yang upaya mensejahterakan dunia dan alam.

Ya mengapa mereka suka negara Teluk tetapi sedia memusuhi saudara warga Teluk di Gazza?

Sabtu, 1 Mei 2010

Ziarah Penghijrah 5

(sambungan dari Ziarah Penghijrah 4)

Kami miskin kewarasan beberapa ketika tatkala alasan untuk mendapatkan kekuatan dan tenaga dari makanan berjumlah 1873 dirham bagi empat hari meski tanpa sepenuhnya memenuhi cita rasa selera kami.

Kos kehidupan di sini amat tinggi.

Tahukah Cik Puan bagaimana maksud saya bahawa hampir 6 billion pendapatan upaya dikeluarkan dari sektor permakanan?

Seperti tahunya kita mengenai penggunaan tanah untuk perladangan yang menyumberkan tenaga gantian sehingga wujud wilayah yang kekurangan tanah untuk ditanam dengan jenis tanaman ladang makanan sehingga kebergantungan makanan mereka perlu dipenuhi oleh negara lain.

Bagaimanakah cara terbaik menilai masa hadapan yang sedang dilaksanakan ini tanpa terlihat nilai dan ciri tradisi budaya?

Lalu lantaran terdera oleh pancar siar gelombang sederhana dinukil rasa tatkala teringat war-waran Cik Puan mengenai Arab Culture – bagaimanakah dicari ketahanan budaya arab (budaya arab budaya Islamkah) melalui gelombang antarabangsa yang turut mengintegrasikan asimilasi kecelaruan budaya untuk membolehkan pegangan akidah muslim mematlamatkan akhlak sebagai prinsip masyarakat bermoral natijah dari kewujudan interaksi?

Apakah budaya arab mewakili budaya bagi Islam?

Budaya melayu mewakili budaya Islam?

Budaya akidah sebagai cara berfikir bagaimana pula dikritiskan yang bukan semata-mata budaya?

Walau apa pun kekayaan bukan budaya bagi kebanyakan rakyat.

Konsep pembinaan Kota bagaimanakah upaya melingkari nilai-nilai akhirat yang mahu turut dipiawaikan oleh suhu tatkala sumber sel solar upaya menjadi gantian kepada bekalan tenaga dan arus alirannya?

Menghadami kasih sayang suami dan abah buat anak-anak , kami berasa bersalah tatkala diketahui bahawa jenis keselesaan untuk beristirehat bagi keluarga besar kami berjumlah 800 dirham semalam. Maknanya 3400 bertukar tangan bagi mengembirakan keluarganya tanpa sungutan tanpa rungutan meski pun sememangnya wajahnya itu sentiasa mencuka.

Diri hanya menyangka dua bilik kecil seperti di World Trade Hotel tetapi dengan anak-anak remaja yang semakin dewasa kami memerlukan tiga bilik sementara yang kecil belum berakal baligh dan seperti selalunya tiada perbincangan dilakukan tatkala keputusan mahu dibuat.

Ke mana dengan apa bila tatkala mahu bercuti, tidak pernah dibincangkan tatkala keputusan mahu dibuat.


Konsep kediaman pangsapuri di dalam hotel kini menjadi ciri dari gaya hidup moden masa kini yang memberikan penaakulan yang mendalam di dalam diri apabila menyedari keupayaan masa yang bergerak pantas oleh cahaya alam maya mencipta cabaran baru bagaimana mahu didorong bersikap kritis terhadap fakta-fakta logik yang memerlukan perenungan dengan hati dan sepenuh jiwa.

Bukan semata-mata mahu mengkritik dengan naluri negetif tetapi jenis rumah yang tidak bertanah yang bersifat mengotakkan ruang legar dan membataskan mundar mandir rutin aktiviti harian memberikan sedikit kelemasan di jiwa ini.

Pengaplikasian yang tercerna oleh kemudahan pengaksessan transimasi digital upaya mengurung minda dan pemikiran oleh penempatan di bawah sedar pengaruh televisyen, siber dan peralatan eletronik yang direncanakan turut menjadi tema berbudaya masa hadapan.

Kembali dirindui jenis rumah yang binaannya di atas tanah yang puputan bayunya menerobos memasuki setiap inci yang menempatkan jirim pada jisim benda hidup dan yang bernyawa.

Adakah saya keterlaluan sehingga tidak disenangi sehingga ungkapan ‘less talk’ sedikit mengganggu fikiran?