Selasa, 11 Mei 2010

Jangan Bermimpi.

...“Peradaban siapa yang mahu kita contohi bila hanya maju dan moden sahaja yang menjadi ukur sukat sedangkan nilai akhlaknya dipisahkan?”

“Mana yang lebih utama bila kita tidak mengenal beza fardhu ain dan fardhu kifayah kerana tidak meletakkan hukum secara syumul?

“Antara miskin dan kaya kelompok manakah yang terlebih bilangannya?”

“Contoh yang lain?”

“Masjid adalah limpahan keberkatan buat ummat. Ia rumah Allah. Mengapa kini men jadi kosong kecuali waktu solat sahaja itupun saf yang ada tidak melebihi dua saf jika di waktu subuh?”

“Eh ! Orang lelaki semakin kurangkah Uda?”

“Ramai rasanya tapi di sekolah Angah pelajar lelaki lebih suka berfikir.”

“Biar benar. Mereka fikir apa ya?”

“Benar, mereka mahu mengkaji dahulu sebelum memilih.”

“Adakah kebanyakan lelaki memang bersifat tenang dan bijak mengawal emosi lalu kelihatannya seperti agak penakut.”

“Bukan begitu, mereka disekat oleh undang-undang. Mereka mahu menjadi warga yang taat setia tanpa rela menjadi cela oleh sengketa.”

“Lalu orang perempuan seperti kita inilah yang mahu disasarkan sebagai suka menentang memprotes sebagai tanda membantah?”

“Seketika waktu Rasul Salallahualaihissalam berhijrah, ia adalah demi mengelakkan terjadinya pertumpahan darah antara saudara. Rasul mengasihi kaum keluarganya kerana mereka sekampung biar pun niat mereka adalah untuk membunuh baginda.”

“Kita tidak terfikir tentang kesucian tindakan baginda Salallahualaihissalam yang tetap mengasihi keluarga dan handai taulan baginda walau pun tidak sependirian.”

“Tetapi Kak Long, meskipun Rasul mengusahakan harmoni agar kedamaian menjadi dakapan, lihatlah dan cuba rasakan nafas permusuhan itu terus dinyalakan dan seperti mahu dihidupkan hingga yang masih menjadi pemaustautin terus dibebani oleh penderitaan. Pesan yang arif lagi budiman jika beradu antara kuda lawannya kuda juga mana adil andai kuda menandingi keldai, jika benar perang yang diinginkan maka berperanglah kita andai masih mahu benar itu bersama adil diterjemahkan.”

“Bagaimana pula jika kita ingin menjadi penasihat?”

“Apakah kaitannya Kak Long?”

“Kita mesti pertarungkan minda dengan minda?”...

Memetik bintang di langit atau bunga di taman.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan