Rabu, 12 Mei 2010

Duhai Dara Dan Para Wanita

Beberapa bulan yang lalu telah dibuat perbandingan di antara novel Hujan Sudah Teduh dengan novel Salju Sakinah.

Ternyata garapan Hujan Sudah Teduh lebih memahami isu dan persoalan tinggalan usang zaman yang menjadi aras tanda pembeza pengalaman sesama warga.

Minda berrelevan sendiri.

Apabila dibawa kesyumulan Islam meletakkan keadilan tidakkah wajar isteri diberikan gaji yang dibuat potongannya dari pendapatan suami mengikut kategori?

Apakah dengannya mulai semakin ramai wanita mahu dan bersedia berumah tangga dan menjadikan karier yang bertaraf profesional bermula dari rumah atas dasar insentif dari dorongan pemotongan pendapatan suami mereka?

Seiring dengan itu pertanyaan wajar diujarkan mengapakah wujud wanita-wanita muslim menjadikan ‘social escort lady’ dan perkhidmatan perbualan lucah sebagai pekerjaan bagi menambahkan pendapatan?

Berdasarkan petikan di halaman 54 Hujan Sudah Teduh :
"Perempuan bekerja keras membantu lelaki melakukan kerja berat untuk mencari rezeki,dialu-alukan. Malah diperlukan. Tetapi sekiranya lelaki membantu meringankan tugas di rumah biar pun untuk menyenduk nasi dan membasuh pinggan atau membasuh baju sendiri dianggap dayus dan pondan. Patutkah begitu? Saya rasa dalam agama tugas memberi nafkah, makan pakai dan perlindungan kepada keluarga itu bulat tugas lelaki.Isteri, ibu, adik dan anak-anak perempuan cuma berhias memakai pakaian cantik-cantik.(minda saat ini menggambarkan keadaan wanita warga kelas eliet dan bangsawan yang dipertontonkan di kaca LCD kaca TV)."Katakanlah mereka diberikan tugas memasak, menjaga anak-anak, membasuh dan berkemas untuk membantu lelaki yang menjadi ketua keluarga- meringankan beban- tetapi tidak sampai turut membanting tulang lembut mereka di ladang dan berjemur perit di sawah bendang."(minda menggambarkan keadaan wanita warga kelas rendah yang miskin dan kelas pertengahan seperti yang sering dipertontonkan di LCD kaca TV)

Dengan kewujudan dua realiti ini bagaimanakah penghayatan yang tidak ditempuhi krisisnya membenarkan lelaki dan khalayak eliet mewakili suara wanita-wanita ini didengari?

Manakala Salju Sakinah hanya sekitar minda generasi baru yang tidak serius mengambil dan berpeka kepada masalah dalaman rohani masyarakat di luar bandar yang akar umbinya dikemelutkan oleh krisis-krisis nilai di mana kemunduran sifat melingkari masyarakatnya ditandai oleh kesan politik dan ekonomi totok etniknya.

Tidak selesai lagi bacaan itu telah disimpan di dalam kelompok buku yang ditangguh bacaannya.

Kebiasaan melewatkan pembacaan buku-buku yang dibeli sukar dihindari dan ternyata keutamaan lebih mendahului buku-buku dari isu-isu tema penceritaan dengan keadaan semasa.

Hujan Sudah Teduh sajiannya lebih mengupas dilemma dalaman kebanyakan warga yang tidak sepenuhnya mendapat tempat untuk diberikan tumpuan penghayatan. Nek Yang yang dirobotkan kemanusiaannya oleh pengalaman pahit dan Nyonya yang memberikan anaknya oleh kemiskinan dan belenggu didiskriminasi natijah dari perjuangan komunis membuka hakikat sebenar minda bangsa penulis.

Mengapa?

Tidakkah sifat modenisme telah melahirkan keingkaran hidup beriman?

Jika hanya watak Zaleha yang takut suaminya dirampas diselitkan untuk menguatkan watak Sumayyah di dalam Salju Sakinah ia masih titik halus yang menjelaskan sudut kerendahan untuk dihayatiisu moral dan etika amanah seorang lelaki.

Prejudis pula terasa hasil garapan minda ini.

Cuma saya tidak faham bagaimanakah novel Hujan Sudah Teduh berada di dalam kotak buku-buku yang diturunkan harganya?

Maksud saya buku ini berada di dalam ‘wilayah pembuangan’ yang menjelaskan bahawa ia tidak berada di dalam kumpulan buku yang diberikan kedudukan oleh penerbitnya.

SAYA TERKEJUT.

Dengan reka kulit luarnya yang kusam dan agak buruk penerbitnya jelas tidak menghargai isi dan isu yang dipaparkan.

Berasa wujud cairan didih raksa yang meningkatkan bacaan suhu dalaman diri ini tatkala diamati imbasan saat membeli beberapa novel-novel di pesta buku di tanah air.

Penerbit yang tidak berminda kelas pertama.Teras agak keterlaluan dan bersikap kurang adab minda ini.

Wajarkah dengan hanya membaca buku pun kamu mahu berhangat hati? Jiwa mengelus berhalunisasi.

Adakah dengan membaca buku penulisan melayu bersekutu maka pembacanya itu ahli umno?

Membeli buku terbitan Utusan pembeli itu adalah ahli umno?


Bagaimana pula andai membaca buku Yahudi, pembacanya bolehkah menjadi Yahudi?


Minda berterusan menguji diri.


Bebaskah dikau dari makna kroni? Sanubari kecil mulai menyajikan sangsi.

Posted by thanaif on 24 Oktober 2009

Tiada ulasan:

Catat Ulasan