Jumaat, 28 Mei 2010

Menggadai Sama Erti Dengan Mengurung Tetapi Siapa Yang Digadai Oleh Siapa?

Prejudis Dan Sangsi
Selasa Mei 25th 2010, 8:16 pm

Menerima email-email yang upaya dianggap ’sampah’ oleh sifat virusnya sukar dilonggokkan ke tempat pelupusan begitu sahaja jika sesekali tidak dilayani ‘keperihatinan’ pengirim yang mengutusi secara rambang perihal kemenangan cabutan tiket loteri.

Jika dikumpulkan pengiriman pengumuman-pengumuman terpilihnya pelayaran ID saya sebagai pemenang tiket loteri atau cabutan bertuah, rasanya saya telah berjaya memasuki ranking antara mereka yang terkaya di dunia. Namun itu hanya senda komedi yang disengajakan untuk menggiatkan usaha persaingan di antara syarikat-syarikat perisian komputer dan seni langgan khidmatnya.

Ya sesekali deria minda bertanya mengapakah muslimin perlu memasuki lingkaran dinobatkan menjadi antara yang terhebat terhormat terpopular terkaya terhodoh terselekeh terbaik terburuk termiskin terjahat terberani terbesar tertinggi tercanggih terkecil terpintar (harap disambungkan) lalu bagaimanakah disama nilaikan usaha mereka yang berazam untuk berjaya dengan usaha terpantas menanggalkan pakaian dalam wanita?

Minda saya terkedu apabila kesemua ter ini akhirnya bertemu pada nilai yang sama sasarnya yakni hanya untuk beroleh rasa bangga.

Lantas saya memberanikan diri mengirimkan buatnya di atas kiriman ‘virus’ terpilihnya pengenalan diri pelayaran siber saya bagi jumlah wang yang amat lumayan itu.

Inilah bingkisan email saya yang berterusan digagalkan oleh yahoomail/hotmail/gmail untuk dikirimkan balasannya walau pun alamat pengirim itu berjaya mengirimkannya kepada saya :

Hello,

Terima kasih atas kiriman email .

Tetapi perlu dijelaskan di sini tidak perlulah dihantar sebarang email seperti ini kepada saya kerana sebagai seorang muslim wang-wang yang diperolehi menerusi pengumpulan keuntungan misalnya menerusi pembelian loteri dan keuntungan dari pertaruhan (judi menerusi perlumbaan kuda/unta/ atau lain-lain haiwan sekufu dengannya juga apa-apa permainan) adalah dilarang untuk diterima.

Berkongsi pengetahuan dengan saudari, pada prinsip Islam setiap manusia hanya akan mendapat ganjaran setelah dia bekerja/berusaha bagi memperolehi pendapatan.

Walau pun atas dasar untuk bergembira dan berhibur keuntungan dari perjudian/pertaruhan/meneka yang membolehkan menerima wang tanpa terlebih dahulu wujud aktiviti-urus niaganya tidak dibolehkan kepada saya (muslim) kerana ganjaran pendapatan itu dianggap harta yang memuliakan diri dan jiwa insan lalu sekiranya ia diperolehi tanpa jalan berusaha ianya tidak akan memberi kebaikan kepada kehidupan di dunia dan di akhirat (kami mempercayai hari pembalasan setelah kematian).

Sementelahan itu ia juga upaya merosakkan hubungan sesama manusia apabila wujud penganiayaan yang membawa kepada kehilangan harta dan pemilikan.

Sewajarnya pengenalan sifat-sifat menzalimi di dalam urusan dagangan dan jual beli perniagaan diterima sebagai salah satu usaha bagi dihindari perbuatan penipuan, perampasan, pengambilan untung yang tiada hak melalui riba, berspekulasi bagi sesuatu perkhidmatan atau urusan yang masih belum berlaku atau pengkhianatan pada amanah kuasa, rasuah, pembohongan dan perdaya muslihat serta perjudian dilihat sebagai gejala yang upaya melemahkan masyarakat dan sistem sosial seluruhnya.

Ketidak-sediaan menerima keperluan berusaha mengenali sifat-sifat zalim ini upaya dianggap kegagalan peradaban kemodenan yang dilestarikan oleh keintelektualan untuk mendinamikkan secara efektif sifat-sifat keinsanan.

Perlu juga dinyatakan bahawa kami juga dilarang untuk mempermainkan harga-harga di pasaran (saham) dan andai wujud fenomena seperti itu kami perlu memberi keutamaan kepada umum berbanding dengan mengutamakan kepentingan peribadi dengan menolak untuk dihubung-kaitkan aktiviti pembangunan pasarananya dengan alasan ia tidak upaya membangunkan nilai akhlak.

Agar dengan penjelasan ini tidak lagi dikirimkan sebarang email berkaitan peluang-peluang memenangi apa-apa pertaruhan-pertaruhan kepada saya.

Benar, jika dikumpulkan jumlah kiriman pemberitahuan terpilihnya pelayaran saya di siber, saya telah termasuk ke dalam senarai orang terkaya di dunia.

Justeru itu berhentilah bermimpi kerana ianya tidak benar.

Dan saya bukan penjudi dan tidak pernah berjudi menerusi apa juga saluran dan medan juga ruang interaksi teknologi.

Terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan