Rabu, 5 Mei 2010

Tampil Bukan Tempel Atau Tampal

Lalu hujan yang terabai itu maksudnya :

Bagaimanakah mahu dilahirkan keharmonian apabila wujud penindasan dan bagaimanakah ketertiban menjadi amalan apabila alaf keemasan peradaban kemanusiaan yang diusahakan menerusi kaedah pencerahan semula kegemilangan Islam hanya slogan berpusar alam?

Ingin dilihat bagaimanakah kemampuan minda berkritis dengan diskusi yang pro dan negetifnya adalah mencari titik untuk ditemukan pertembungannya oleh ketidak-bolehan sebahagian minda-minda pelajar Barat bahawa permusuhan dan saling berbencian itu adalah akibat dari tekanan para pemimpin yang mahu meneruskan tradisi mengekalkan penguasaan yang juga telah menjadi kelaziman di rantau Timur?

Apakah isu kecurigaan pemimpin terhadap marhaen yang sebahagiannya adalah dari generasi muda sesuatu kemunasabahan di alaf ini?

Adakah wujud makmal-makmal kaji selidik yang menggunakan segala kepintaran untuk mulai membandingkan keupayaan akal manusia yang sekilogram ini sebagai keistimewaan Allah kepada insan berbanding haiwan?

Hidupkan ruh agar sel-sel minda tidak mati tersejat oleh kegagalan menerima perbezaan pendirian.

Bagaimanakah milion sel darah yang silih berganti upaya membuka jiwa bahawa pertukaran zaman dan masa merupakan kelaziman perubahan yang menjadi fitrah dan sunnatullah Allah bukan perlambangan untuk sifat ekstrim?

Akar yang berumbi di dalam jasad sendiri tidak mampu dan upaya kita jelaskan fitrahnya lalu bagaimana upaya diri yang lemah sebagai hamba mahu dipertikaikan setiap kejadian yang telah Allah aturkan ke atas alam milikNya ini?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan