Ahad, 9 Mei 2010

Ziarah Penghijrah 8

(sambungan Ziarah Penghijrah 7)

Tersenyum rasa tatkala terlihat angka-angka aljibra milik asal Al-Khawarizmi menata tanda di plat nombor kenderaan -kenderaan di Emeriah Arab Bersatu.

Kembali masaalah terjemahan menyelinap bermain di perasaan.

Apakah Cik-Puan-Cik Puan itu tahu sukarnya mahu menjelaskan maksud sebenar sekiranya tidak menggunakan bahasa asal perhubungan di antara kami?

Sehingga wujud perumpamaan melayu ‘lembu punya nama sapi mendapat nama’.

Tidak ada lansung wujud hasad atau iri mahupun dengki melainkan silap memahami upaya menjadikan kita mencurigai.

Perjalanan melalui Al-Ain menyukarkan kami mencari kedudukan Taman Haiwan kerana pengenalan tanda informasi yang memudahkan kami menuju ke sana hilang tanpa dapat dikesan jejak lokasinya.

Tidak seperti ziarah kami ke England beberapa tahun yang lalu yang merentasi London Swansea Cardiff Liverpool Manchester York Nottingham ke Edinburgh melintasi Tanah Tinggi Penniles dan Grampians untuk melihat Glasgow Aviemore Dundee dan menyusuri ke pendalaman Isle of Skye sepenuhnya perjalanan hanya berpandukan papan tanda informasi dan bacaan peta sehingga kesemua perjalanan tidak tersasar dan masa dapat dijimatkan.

Kemahiran membaca peta dan papan tanda sangat diperlukan oleh pemanduan yang pertama kali memasuki mana-mana petempatan baru.

Begitu juga dengan perjalanan mengikut terminal landasan di England dan sedikit pengalaman di Paris membaca peta laluan kemudahan pengangkutan tidak menjadikan kami sesat atau perlu membazirkan masa.

Bumi menuju ke Abu Dhabi diliputi kehijaun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan