Isnin, 3 Mei 2010

Ziarah Penghijrah 6

(sambungan Ziarahi Penghijrah 5)

Bagi mengujinya ingin ditanyakan apakah perumahan jenis moden dan baru ini berjaya di rantau yang berada di bawah ‘pajakan’ pembinaan pasarana yang dibina oleh acara biaya tukar pemindahan teknologi tatkala keluasan gurun masih belum terluak penggunaannya.

Pembinaan struktur perumahan yang berasas kepada kegiatan beriadah sebenarnya memudahkan penginteraksian manusia dengan alam persekitaran yang faktor muka bumi suhunya secara semula jadinya
mengitar keseimbangan dan keharmonian mesra alam.

Mereka membina jendela yang berencana dan beragenda berpusatkan titik sifat kepenggunaan masyarakat dunia menerusi telekomunikasi yang kemudiannya upaya disentuh di Konikuniya dengan pemetaan realiti. Seperti disengajakan buku-buku yang tersusun itu meminta rujukan untuk difokuskan. Kiranya ‘pendajjal’ berada di mana-mana menerusi CCTV yang amat santun menonton setiap gerak geri sesiapa yang diingini oleh mereka.

Sesekali memang saya terasa seperti didera oleh mereka yang tidak dikenali yang menjadikan kemarahan dan keradangan sering disasarkan kepada mereka yang tidak bersalah dan tidak terlibat dengan semua dilemma yang wujud di minda ini.

Bagaimanakah mahu melihat setiap diri tanpa mengenal status sosialnya mengambil peranan tanggung-jawab untuk memfungsikan amanah tatkala mellinium kekayaan bersifat individu yang bukan hanya teknokrat sahaja pembekal yang menjadi saluran keuntungan?

Ulamak dan pewaris teladan keluhuran akal wajar mengaktifkan fungsi keberdayaan untuk diteladani bagaimana amanah untuk diasuh generasi.

Sesekali tidak terlerai lara tatkala diujar tentang mukmin maka hanya negara tertentu sahaja yang dilihat sebagai contoh muslim yang bersifat mukmin.

Apakah hanya di Pakistan dan India sahaja terhimpunnya ulamak muktabar tatkala pintu-pintu masuk yang berkhemahkan kanvas pelarian tidak berdaya diurus oleh sempadan yang tidak mampu dipagari oleh undang-undang negaranya sendiri?

Atau wanita mereka yang menjadi semakin tidak sabar oleh kelemahan kepimpinan lalu tersuntik semangat untuk menuntut asas-asas kebersamaan yang upaya dimuafakatkan secara adil dan lebih saksama tanpa keterlaluan diisukan perliberalan Islam yang syumul.

Di manakah mahu dicari keberdayaan kebolehan kesabaran minda-minda yang tidak terlalu mudah terusik dan tercabar andai diperdalamkan mengenai pemikiran Islam Liberal tanpa mencemarkan kesyumulan Islam dan keadilan syariahnya?

Mahu dicabar kepada siapa persoalan ini andai hanya keewangan dan perbankan sahaja yang mahu dilitupi oleh syariah sedangkan pada dasarnya diketahui sistem yang ada masih bersifat kapitalis dan berjiwa imprealis?

Mengapa minda ini tidak upaya berhenti bertindak begini apakah sememangnya minda ini sakit dan tidak tersusun oleh pengaruh kawalan di luar kesedaran?

Imej lambang Kota dipiawaikan sepenuhnya menurut kehendak keperluan mengindustri-barukan sektor pelancungan yang diterokai oleh minda namun bagaimanakah mewacanakan di antara hak dan batil di dalam memperadabkan kemanusiaan?

Selingkar imbasan apakah kekayaan dan kemewahan ini menjadi alasan Gazza dan wilayah sekitarnya miskin?

Terma lama dengan wacana baru pada konsep embargo selain membuka ruang kesempatan untuk peperangan melemahkan kebistarian kepimpinan yang upaya mensejahterakan dunia dan alam.

Ya mengapa mereka suka negara Teluk tetapi sedia memusuhi saudara warga Teluk di Gazza?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan