Isnin, 17 Mei 2010

Ziarah Penghijrah 10

(sambungan Ziarah Penghijrah 9)

“A woman constitutes half the society and … (biasan cahaya lens kamera tidak boleh ayat seterusnya yang tertera di skrin cyber shot).
A country aspiring to build it self should not keep their women in the darkness of illetracy and a prisoner to the shockles of appression.”

Sukar dibezakan entiti antara anak bapa di kalangan raja-raja arab yang memiliki nama yang serupa dan berulang-ulang digunakan.

Tidak dapat dipastikan siapa yang menuturkan ayat-ayat itu.

Apakah kemelut wanita Teluk telah mulai disentuhi oleh kaum lelakinya yang banyak dikisahkan runtunan kekecewaan mereka yang dilayani bagaikan tawanan di novel-novel karya wanita tempatan mereka?

Ngeri memikirkan tentang kebenaran yang dibuka dengan maksud mahu menempatkan kedudukan wanita yang terlara oleh kurangnya luhur insan di kalangan kaum lelakinya yang menjadikan kekayaan sebagai pengukur kasih sayang.

Apakah sememangnya wanita-wanita yang baik paras rupanya senang diperjudikan untuk dicampakkan ke rangkulan lelaki yang hina?

Tidakkah lelaki hina itu memang tidak berdarjat manusia tatkala kubur telah memanggil, dunia telah mengusir masih tidak sedarkan diri?

Wujudkah perkahwinan yang diperjudikan dengan meletakkan beberapa nama wanita untuk diputarkan nasib mereka?

Perkahwinan siapa yang begini naifnya pernah dilansungkan di dunia muslimin?

Apakah yang bukan muslim mahu terluka dengan bicara ini? Kritis sangatkah pemikiran ini untuk dimusuhi?

Apakah makna perkahwinan yang dilakukan atas nama cabaran bagi dizahirkan kejantanan?

Tiba-tiba minda dirasuk oleh hangat keradangan yang dicetuskan dengan sengaja. Ziarah ini semakin menenatkan sanubari yang mindanya dijendelakan oleh skrin-skrin empati.

Wanita-wanita mukminnya pasti mengusahakan sesuatu agar tidak lagi ummat dilahirkan oleh rasukan perasaan seperti ini.

Dan adakah masih mahu diupayakan kesemua mereka yang berada di jurusan hiburan turut menjadi ‘pelacur’ bagi melariskan diri? Saat ini tidak mahu wujud perasaan luka di hati sesiapa.

Bolehkah Cik Puan?

Alangkah bahagianya jika suara itu menekuni makna yang disuratkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan