Isnin, 17 Mei 2010

Ziarah Penghijrah 12

(sambungan Ziarah Penghijrah 11)

Bersebelahan dengan lapangan kuari yang dikenali tandanya sebagai bentuk bumi yang gondol kering bukit pasir yang tinggi ditarah menjadi asas pembinaan bangunan.

Bila disenaraikan hasil dari bumi ini kelihatannya fitrah semula-jadi diperuntukkan khusus milik bumi arab.

Terpegun melihat Mabzara Al Khadhra.

Lapangan kuari dari bukit pasir tinggi itu membuktikan Kebesaran Allah tatkala bersebelahannya terbentang pandangan yang jarang-jarang upaya dilihat di bumi beriklimkan gurun.

Saujana redup mata memandang keteduhan imbauan damai yang mengashikkan. Belah rupa bumi di Mabzara Al Khadhra gondolan bebukit pasir miliki fenomena litupan rerumput hijau yang tumbuh segar di pasir yang kering dan berdebu.

Air limpahan dari perut bumi membina telaga air panas yang dijadikan saliran mengairi rumput-rumput hijau dan kitaran mendinginkan air dari bumi yang panas itu menjadikan kolam-kolam yang didingin dan disejukkan hawanya untuk menjadi kawasan rehat yang dibina kolam renang secara berasingan gender bagi menjamin keselesaan wanita-wanita muslim yang memelihara aurat.

Syariah dari hukum fikh yang memisahkan kegenderan ini dilihat hikmah tersembunyi yang menjana kekayaan bagi mereka yang sedia dan mahu mempelajari untuk dihormati dan dilaksanakan peruntukan Kasih Sayang Pencipta kepada hamba-hambaNya yang sedia berusaha dengan niat yang ikhlas.

Kekayaan itu disediakan untuk setiap jiwa yang sedia memahami perlaksanaan hukum-hukum fikh di dalam pentadbiran yang upaya bertindak untuk menjadi kaedah berkebajikan.

Apakah tidak ia bermakna mereka yang bukan muslim bukan penganut Islam juga berhak diberi kesempatan menjadikan pendapatan mereka barakah kerana nilai adil suci berkat ini?

Di manakah letaknya kekayaan Raja-Raja Arab yang tidak berkancah dengan ancaman peperangan atau sengketa persaudaraan?

Mungkinkah pada kebajikan yang dikongsikan edaran kekayaan khazanah pendapatan negara mereka dengan rakyat di mana kami tidak menemukan kutipan bayaran bagi tol, kawasan meletak kenderaan atau bayaran bagi menggunakan kemudahan awam.

Di manakah diletakkan tanggungjawab memajukan bukan hanya negara tetapi warga?

Sayang sekali pemandangan di pantai Al Jumeira menjawabkan persoalan ini.

Terkenang perasaan silu yang menemani rasa jiwa sehingga tidak upaya dipijaki pepasir pantai Al-Jumeira yang dilandai oleh kebebasan berasasi oleh pembolehan pembukaan aurat oleh wanita-wanita bukan penduduk tempatan.

Moderat ciri yang bagaimana wajar didakap oleh negara mukmin?

Apakah hubung kait pembangunan juga wajar ditandai sepenuhnya oleh penzahiran diri?

Minda bagai dialun oleh berjayanya gelombang eletro mencaskan aliran eletrik ke zon-zon neuro otak untuk diterima bagaimanakah cara yang benar untuk dinafikan tanpa disedari ‘penjualan negara muslim dan kekayaannya’ telah dilansungkan sejak berdekad lamanya di lembah kekayaan penanda bumi barakah kerana kehadiran insan-insan kamil dari kalangan ahli syurga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan