Rabu, 31 Ogos 2011

Berapakah Usia Mu Ramadhan?



Berapakah usiamu Ramadhan?

Berdukakah dikau tatkala usiamu menjadi rahsia Sang Penguasa?

Siniskah pada mereka yang masih menjadikan Ramadhan kita bagaikan gelanggang arena yang diberikan persaingan?

Sehingga celupar merasa diri bagaikan Tuhan!

Untuk menetapkan peraturan yang menjadikan mereka mirip bangsawan berada jauh dari penguatkuasaan undang-undang dan peraturan...


Berapakah usia mu Ramadhan?

Sekitar dua puluh sembilan?

Atau memangnya usiamu tidak berubah-ubah menggenab pada bilangan tiga hari puluhan?


Hitungan kami tidak tepatkah wahai Ramadhan?

Tatkala hitungan Masihi hanya sekali sahaja dalam kitaran empat tahun

Ataukah masih kekal usia mu dikirai anggar dengan tentuan hitungan Greenwich tatkala arah kiblat ditentukan di Kaabah dek rasminya diri mu adalah antara bulan-bulan hijrah Islam?


Berapakah usia sebenarnya mu Ramadhan?

Menanggung lelah yang samakah saat 'Haji Akbar' turut ditentukan mengikut keperluan atau hanya daku yang sering mahu membuat dakwaan?


Bila mana daku hanya pernah memandang menara jam di Kota London dan masih belum melihat menara jam di Baitullah bumi naungan keberkatan...


Berapakah usia mu wahai Ramadhan?

Bagaimana Berasa Malu?


Ada 'setan' yang menghuni di laman blog ini kerana masih tidak malu mahu mencuri catatan Berapakah Usia Mu Ramadhan?

Selasa, 23 Ogos 2011

Ramadhan Kali Ini Menghukum Ku (?)


12/Ogos/2011

Ramadhan ke dua belas.

Luahan pemikiran.

'HACKERS' BUKAN EJEN PENGUBAH MASYARAKAT!
BLACK BERRY/SONY ERICSSON/NOKIA/IPHONE/IPAD/laptop TIDAK WAJAR DIGUNAKAN BAGI MEMELIHARA KEPENTINGAN MEREKA YANG BERWARNA ATAU TIDAK KULITNYA.

ADAKAH KITA MAHUKAN KEADILAN DAN KESAKSAMAAN SERTA KEBERSAMAAN ATAU PENDOMINASIAN OLEH PENGARUH?

Ini isunya.

Alat-alat digunakan untuk menjadi medan menghubungkan manusia.

Adakah kita pula mahu menjadi medan yang diperalatkan?

Termanggu terhadap pemberian sokongan pada pelupusan kaedah ‘jualan singkat’ yang dijayakan oleh perbankan keewangan tetapi tanpa menukar sistem keewangan walau dengan nilai mata wang yang baru akankah menjamin penyalahan etika tidak berlaku?


Lantas digegaskan kiriman pesanan padanya dengan persoalan benarkah wanita bersetuju menjadi pelacur dan lelaki bersetuju menjadi penggunanya hanya kerana kekurangan pekerjaan?


Boleh bertanya adakah gereja juga tidak menganggap pelacuran bukan sebagai jenayah sosial untuk diiktiraf sebagai pekerjaan?


Saya amat menyedari kemarahannya terhadap saya kekal berpanjangan.


Ini terjadi tatkala saat memulakan catatan,dilayari laman baru PKPIM dan dicermati orientasi pertubuhan yang serentak itu petugas dengan sengaja mencabar dengan iramanya menyatakan bahawa semua 'ini hanya permainan emosi.'


Lalu ku sapa sindiran petugas dengan catatan spontan :


Kelian tahu bahawa pada akhir zaman tidak memerlukan sikap berlemah lembut dalam bertoleransi?


Kelian bertoleransi kerana BERKOMPROMI.


SETAN MENCARI AHLI IBADAH YANG SEDIA BERKOMPROMI KERANA MENDAPAT UPAH UNTUK MENGERJAKAN SOLAT.


Mangsa-mangsa parit api merealitikan hakikat bayi yang meminta ibunya melompat memasuki parit api bukan berpaling lari mengelak dari mati.


Masalah kita ialah dakwaan ‘terrorist’ ke atas sebahagian besar saudara-saudara kita memerlukan pemahaman kita hakikat bahawa kebanyakan mereka bersilap curiga kerana kita sendiri tidak mengenali siapakah 'terrorist' itu, siapa pula Al Qaeda, siapa militan, siapa ekstrimis yang sering diwar-warkan oleh kebanyakan pengkalan berita.

Tatkala kita mengenali mereka yang sering meminta agar kita menyatukan kasih sayang kerana 'we all are brothers and sisters when applying one love,'mereka inilah juga yang beremosi terhadap kita khususnya dalam kesedaran kita menghayati insan sebagai modal, wajar membela saudara yang teraniaya.


Tidak usah kita berlayar jauh melintasi Laut Medditerranean untuk menjadi pembela saudara yang jauh tatkala saudara terdekat kita tiada yang sudi membela hak kemuslimannya yang dipersendakan sumpah Qazafnya.


Lalu setan akan menjadi mereka yang sedia berkompromi(tanpa asas pengetahuan keperluan berkompromi).


Saya serasa terlihat wajah-wajah comel itu berpanasaran oleh berhangat hati.


Saya memujuknya supaya tidak berhangat hati.

Setan yang saya maksudkan ialah yang menyamar menemui ahli ibadah untuk mengupah dengan uncang emas yang diletakkan di bawah tikar sembahyangnya…

Akhirnya ahli ibadah itu tidak berasa tenteram apabila setan itu menguji dengan tidak meletakkan uncang emas untuk beberapa waktu.

Carilah penyudah ceritanya yang akhirnya berlaku perzinaan kerana ahli ibadah itu dikompromikan emosinya untuk bersama dengan seorang wanita.


'Streotype' skrip seperti ini menjadi imej holly dan bolly wood.


JANGAN MARAH.


Fikirkan sematang-matangnya.

Saat Khabar Diberitakan Tentang Pemergian Mu


Andai mahu pergi mengapakah tanpa ada bicara yang boleh dikenang?

Andai tiba saat mahu pulang tiadakah masa yang tertempuh untuk diulang-ulang mata memandang?

Andai kembali mu upaya dihitung hari yang berbilang-bilang khilafkah andai upaya kita lansungkan sapa, ujar, lambai, dan bual suara sebagai kenangan?

Apabila rasa gembira itu milik mu seorang

Harus jugakah yang berseka tangis melinang jiwa mereka yang kau tinggalkan?


Fatihah buat Inah dan TtW

Isnin, 22 Ogos 2011

Multiply Terkait Dengan Piala Heneiken?



Bolehkah disahkan apakah blog di Multiply turut terkait dengan penajaan Piala Heneiken dalam siri Kejohanan Rugby?

Sewajarnya mendapat pengesahan dan penafian bagi menghindari masyarakat muslim turut terkait dengan kejohanan yang ditaja oleh minuman beralkohol ini. 

Dengan ini apakah wujud pertalian memandaikan kanak-kanak yang dilansungkan melalui Multiply?

Multiply Terkait Dengan Piala Heneiken?


Apakah wujud blog di Multiply yang terkait dengan penajaan Piala Heineken dalam Kejohanan Rugby?

Harap mendapat maklum balas kerana tidak mungkin masyarakat muslim dibenarkan terlibat dengan pengiklanan minuman beralkohol.


Rabu, 17 Ogos 2011

Ramadhan Ku Yang Semakin Sepi

Ramadhan ke lima belas.


'Masyarakat mu masyarakat materialistik!'


'Tidak suka?'


'Malah berasa benci yang keterlaluan di kala dikau membina kasih sayang berasas bersendi dan bertunjangkan kebendaan.Bagaimana andai kata dikau tidak berharta,siapakah yang akan mendengar kata-kata mu?'


Diamnya tidak lagi dihiraukan.


'Berjimat cermat dikau katakan sebagai sikap mundur kerana terlalu banyak menabung berbanding berbelanja.Membazir itu nilai yang sering dibawa oleh teman seperguruan mu yang mendewakan makhluk yang dicipta dari api.'


'Maksud mu guru ku setan?'


'Mengapa dikau begitu tersinggung apabila diujarkan nama setan? Bukankah ia juga makhluk Tuhan cuma setan itu penghuni neraka. Apakah masalah mu teja tatkala mahu ditawarkan mengenali ciri ahli syurga masih diaku menolak dan tatkala mengujarkan dengan jelas sifat berdirinya ciri ahli neraka dikau berasa marah. Bagaimanakah mahu ku berbicara dengan mu lagi?'


Anih sikapnya sudah tidak ku endahkan.


'Masyarakat maju kata mu ialah moden.Namun berhutang itu tidak wajar menjadi sifat moden tatkala berdekad-dekad permasalahan yang serupa menjadi isu yang diperjuangkan.Tatkala Ratu pertama mu ketiadaan zuriat kecamuk perebutan mazhab menjadi asas faedah bagi pinjaman menjadi cara etnik mu berpendapatan.Menambah aniaya apabila asas kepada kekayaan dibiarkan masyarakat didilemmakan oleh spekulasi.'


'Jaga bicara mu thanaif!'



'Apakah masyarakat yang bertamaddun bukan masyarakat intelek? Jika benar berintelek mengapa masih mahu menanggung hutang?'


'Dikau tidak profesional thanaif.Ashik dengan cemuhan.'


'Ke mana graduan mu mahu dilingkarkan dengan kadar hutang pada usia yang masih muda oleh tanggungan memandaikan diri saat mereka mengambil tempat rakan baya yang tidak berstatus graduan saat dikau panjangkan hayat ibu bapa dan datuk nenek mereka?'



Diamnya tidak lagi meresahkan.


'Menjawablah dikau teja.Ashik mu memikirkan generasi yang masih belum lahir generasi yang ada ini mahu dikau apakan? Minda ini terluka. Berhempas pulas mereka membina lapangan keilmuan mereka pulang dengan hutang dan yang menanti mereka ialah hutang. Tatkala dikau diraikan oleh para pewaris berdarjat bangsawan yang kebal dengan kelalian ealun sara diri atas nama keluarga malah nasab para kroni, di manakah dikau letakkan rangkulan kesukaran orang-orang muda ini tatkala yang menyerlah dizahirkan untuk diselamatkan ialah minoriti produk berpendidikan?


Kami saling tidak lagi upaya memahami antara satu sama lain.

Jumaat, 12 Ogos 2011

Lingkaran Litar Mu Mengganggu Ku


Masih ada sesuatu yang saya ingin R menerimanya.

Usah terlalu perasan dengan huruf yang membina nama mu!


Selain itu kesemua yang didatangkan buatnya usah dipolemikkan!


Tetapi dikau kerap mencabar ketenangannya thanaif. 


Saya hanya mahu dia menjawab apakah warga muslim sudah tidak upaya membebaskan pemikiran yang dianjurkan oleh Amerika? 


Selama mana mahu dikau mencemuh negara itu?

 

Saya gusar kerana kegunaan psikologi dari minda muslimin sepenuhnya diminta kebertanggungjawaban untuk memulihkan maruah Amerika dan keperluan mereka.

 

Bolehkah sejenak berhenti dari memikirkan Amerika?

 

Atas kewajaran bagaimana kita masih memerlukan penghormatan dan pengiktirafan mereka?

 

Kita membantu hanya kerana dorongan jiwa kemanusiaan kita?


Ianya berbezakah tatkala erti pengubudiahan itu adalah setiap denyut gerak usaha kita kepada Pencipta ianya ibadah dan keluasan ibadah itu menjadikan kita memerlukan berasa bertanggungjawab sebagai hamba yang memiliki Pencipta untuk dipertanggungjawabkan di akhirat yang menjadi masa hadapan ummat?

 

Segalanya bermula dari hari ini. Apakah dikau masih mahu menangguhkannya sehingga bulan hadapan untuk membuka mulut bagi mengisi kelaparan? Atau adakah kerana mereka penaja utama untuk siri pendanaan kebajikan, kesemua ruang bicara ditutup meski jelas ia upaya dipertikaikan?

 

Benar mereka sudah kehilangan arah tatkala nilai konsumer warga muslim masih upaya terarah dan berfokus kepada maksud kesederhanaan sebaliknya mereka masih perlu mengenali dan membina kejujuran.


Lalu mengapa dikau terus mendiam dan membisu? Ummat pertengahan adalah yang memahami makna realiti kehidupan.

 

Saya ingin mengemukakan kepada warga muslimin bahawa moden itu amat perlu dibina sejajar dengan makna ummat pertengahan yang sifat sederhananya tidak membenarkan rasuah dan riba menjadi sumber menjana keuntungan.

 

Gemersik R berbisik,' judi sudah menjadi sifat yang membina budaya ku, thanaif.'


Khamis, 11 Ogos 2011

Di Mana thanaif ku?


Hari ke empat Ramadhan merupakan hari pertama tidak berpuasa.

Kasih Sayang Allah pada wanita sukar dihayati andai ego yang melindungi kelemahan diri manusia keterlaluan diutamakan.

Malah keterlaluan juga andai keuzuran syara’i ini yang dianugerahkan sebagai tanda mulia darjat insan yang diberi amanah melahirkan zuriat dijadikan alasan untuk mengemukakan hujjah betapa lemahnya insan pasangan kaum lelaki yakni wanita.


Wanita muslim yang didatangi haidh petanda ia sihat.

Rembesan hormone masih menjadikan fitrah semula jadi wanita berdaya dengan kemampuan mengikut usia.


Apakah ini juga mahu dipersaingkan?


Apakah mahligai ciptaan manusia upaya menyaingi syurga mutlak yang kekal ciptaan Tuhan?


Entah – kerasional yang menjadikan manusia intelek dan eliet sedia menjadi haiwan sesuatu yang tidak sukar difahami malah secara rahsia cara hidup sebegini ditetawakan di dalam diam.


"Kemiskinkah yang menjadikan mu kufur dan hina sehingga gemar bercemburu?"


Ikut teori Mr Karl Marxkah Mellinium ini tatkala semenjak dahulu hingga perang dunia berakhir dikitar pula oleh perang dingin, masih Tuan mu gagal membasmi kemiskinan tatkala yang kaya kerap terlihat pada kerajaan-kerajaan yang telah lama berkuasa lalu apakah asas kita untuk mengukur jurang di antara yang miskin dan yang kaya?


Adakah dengan kata lain maksud soalan mu ialah bolehkah meminta ganti rugi dari pemuflis?


Ya,apabila pemuflis itu rugi kerana berjudi atau kalah oleh pertaruhan dan lain-lain kerugian yang berpunca dari alasan yang serupa seperti itu.

Masih Perlukah 'Protokol' Mu?


Ramadhan ke dua.

Sengketa di minda diperhalusi saat keterlaluan ditindan rasa oleh tekanan memasarkan angka-angka di kebanyakan rangkaian frekuensi yang disumbangkan oleh televisyen dan radio.


Pantas dipermainkan jari di atas kekunci mesin yang selama ini diperhambakan.


Ia diperhambakan kerana sesuka hati aplikasi ke Google atau Mozilla atau Yahoo disengajakan oleh pemoderator merangkap 'hackers' untuk ditentukan olehnya (bukan saya) bagi diteruskan pencatatan di setiap media interaksi siber.


"Why do the numbers concern to certain people?"


Saya tidak faham bahasa kamu, perlahan diujarkan tatkala sering memikirkan apakah boleh dicabar makna pada angka bersiri 666 saat terasa teruja apabila wujud artikel mengenai angka 6 gentar kepada angka 7? Bahasa dan kisah apa yang sedang dikomedikan oleh mereka yang kelihatan agak ekstrim keluar biasaannya untuk mengkritiskan minda sehingga angka juga dijadikan bahan untuk berlipur lara?


Kami bertaraweh di masjid baru yang berhampiran dengan rumah.


Istimewa Ramadhan kali ini ialah apabila sejak sekian lamanya berpuasa di perantauan, kami diizinkan oleh Allah untuk berpuasa bersama emak.

Ia adalah hadiah.


Apakah nilai seorang tua baik ia seorang lelaki atau wanita kepada kita yang semakin dikejar oleh kepantasan masa yang menghala ke muara liku dimensi?


Tiba-tiba terasa ingin dilaungkan,belajarlah untuk meminta izin dan kebenaran atau paling mudah bertanya terlebih dahulu sebelum kita membuat keputusan dan tindakan saat kita melakukan sesuatu yang masih miliki hak dan berstatus pemilik!


Jernih air mata yang berladung di mata emak luruh gugur juga di mata saya.


Masa-masa sepanjang Ramadhan adalah amat singkat buat kami.

Terutama sesudah senja saat maghrib memasukki ruang waktu kami.Oleh itu sekitar antara jam 3 petang hingga selesainya solat taraweh sekitar jam 9 malam masa kepada kami amat berharga.


Kelaziman rutin harian akan segera bertukar sepanjang bulan Ramadhan.


Sahur yang bermula di antara tengah malam sehingga terbit fajar sekitar jam 5 pagi waktu tempatan agak singkat kepada kami terutama yang perlu ke pejabat atau ke sekolah.


Malam-malam yang menyusuri hingga ke dinihari adalah waktu yang penuh barakah buat kami yang mampu mengerjakan ibadah sunah,bermuraqabah menyerah diri kepada Allah di atas dosa-dosa dan cela tingkah.


"Apakah ini juga merungsingkan mu oleh keberdayaan kami memanafaatkan waktu?"


Tugas kami bukan hanya di pejabat atau di sekolah atau di dalam bangunan sahaja atau pada skala masa yang berjadual mengikut putaran jam.

Sebagai isteri atau suami dan ibu atau ayah juga anak, urusan dan amanah kami tidak berakhir setelah berlabuhnya tirai malam.


"Apakah yang upaya dikau fahami mengenai tahajud kami yang memerlukan tidur seketika sebelum melakukannya?"


Kami tidak membataskan sempadan untuk berinteraksi dengan stuasi yang perlu kami depani tatkala antara makna beribadah ialah berbuat kebaikan mengikut kemampuan tanpa paksaan atau berasa terpaksa.


Namun tatkala sukar meluangkan masa untuk bertadarus al –quran sebagai aktiviti rutin di luar bulan Ramadhan,kebanyakan kami tidak berdaya melakukannya di bulan Ramadhan. Karenah ini kerana laro' dan keashikkan memenuhi hak sesama manusia. Hubungan dengan Allah terpinggir di kemudiankan.


"Tidakkah benar Protokol ku telah berjaya meninggalkan kesan di dalam kehidupan mu?"


Ya, Protokol nombor berapa?










Isnin, 8 Ogos 2011

Menguji @ Testing Dari Toshiba (Lama)

19/Januari/2009

1101

 

Bagaimanakah tiada wujud sempadan bila ada negara?

 

Bagaimanakah tiada wujud kerajaan bila ada warga?

 

Bagaimanakah tanah yang tiada bernegara?

 

Bagaimanakah kelulusan lesen dipelihara  oleh undang-undang apabila harta persendirian/harta awam tiada berada di atas tanah rezab?


Adakah kerana ini wujud wilayah-wilayah yang tidak    berstruktur walau pun wilayah itu berkroni?

 

Bagaimanakah pengekalan/penempatan tentera dan senjata kimia tidak menyumbang kepanasan suhu apabila berada di bawah takat beku?

 

Siapakah yang bertanggungjawab mengubah cuaca dan iklim dunia?


Negara miskin dan warganya?

 

Bagaimanakah ketiadaan banyak reaktor nuklear di tanah muslim namun segala keberangkalian risiko dinatijjahkan ke atas mereka?

 

Bagaimanakah tenaga asas dari sumber-sumber galian kami upaya dikronikan di antara negara tetapi hasil kekayaan cuma diagihkan di kalangan eliet kerajaandengan harga dan nilai-nilai yang berbeza?

 

Apakah jenis pembekalan ummah digagas sekadar tempuh 10 hingga 20 tahun bukan sehingga akhirat?

Sabtu, 6 Ogos 2011

Menemukan Cuaca Yang Berbeza Dalam Satu Masa




Melihat Kebesaran Tuhan Maha Berkuasa menjadikan suria membakar bumi yang dalam seketika meniupkan angin yang kencang sehingga menerbangkan debu gurun yang kemudiannya menurunkan hujan yang lebat sebagai tanda KekuasaanNya yang manakah mahu diabaikan.

Berkasihkah Kami Dengan mu Ramadhan?

Apakah kemiskinan itu akibat dari anak yang ramai?


Tersenyum membaca isu yang ditemakan oleh seseorang.


Soal tanah untuk membina sebuah rumah itu yang menjadi asas apakah perkahwinan yang dirancangkan bersifat komersial (kerana permintaan untuk acara perkahwinan yang dijadikan sejarah bernilai di antara 15,000 – 30,000 mengikut nilai ringgit/ mungkin lebih 50,000 – 100,000 mengikut nilai riyal), tatkala pendapatan tidak bertambah sedangkan semua perkhidmatan dan perbelanjaan semakin meningkat sering diabaikan mengapa faktor bilangan zuriat menjadi asas pembinaan keluarga.


Cinta sahaja alasan klasik yang tidak perlu diperbaharui tatkala sejak Nabi Adam (as) dan Siti Hawa didenyutkan nadinya semarak kasih sayang antara lelaki dan wanita tidak pernah terpadam.
Namun bolehkah berkahwin dengan cinta sahaja tanpa amanah, tanggungjawab dan ikhlas menunaikan hak-hak yang wujud di dalam perkahwinan?


Dinasti keluarga yang telah dibina empayar kekayaan TIDAK PERLU MENJADI RUJUKAN UNTUK MENCIPTA BAHAGIA.

Namun pada hakikatnya tidak ada yang sedia meneladani cara berkasih sayang Rasulullah(SAW) yang tidak berhajat menyandang jawatan sebagai Ketua Negara Islam (Madinah) demi untuk memewahkan keturunan baginda.Usah didakwa zaman itu masih belum ada istana mahligai kerana bukan jauh jarak antara Kota Rom dengan Semenanjung Tanah Arab.

Konflik yang dihadapi kini ialah apabila kesemua masyarakat dunia ingin menjadi orang lain dan bukan dirinya sendiri.


Ramadhan ini mengulang semula renungan terhadap pengorbanan masyarakat di peradaban siber bermaklumat ini apakah tidak upaya menandingi pengorbanan Ansar terhadap Muhajirin yang perlu mengundi untuk dipastikan tawaran persaudaraan siapakah yang perlu disambut?

Sementelahan sifat motivasi yang merundingkan saranan-saranan untuk dihimpun kepercayaan waktu itu tidak lansung terkait dengan unsur-unsur keuntungan untuk diraih perkongsian bijak membuatkan saya termanggu sikap siapa yang mahu kita ikuti jejaknya di zaman yang serba baru ini.


Ramadhan barakahnya masih menjadi rahsia.

Isnin, 1 Ogos 2011

Catatan Petang Kelmarin

Ramadhan kali ke enam di perantauan.


Saat petang ini di tanah air muslimin sedang bersedia untuk menumpahkan segala kerendahan diri ke ribaan Allah Rabbul Alamin setelah sekian lamanya Ramadhan tidak pernah memungkiri untuk hadir menyimbahkan sinar mulia insan yang sering mengabaikan hakikat bahawa mereka adalah manusia yang diciptakan dengan segala kelemahan sebagai sifat lazim.


Apakah kelemahan manusia itu masih mahu disembunyikan?


Disembunyikan kerana apa wahai tejathanaif ku saat bulan-bulan hijiriah masih jauh dari dihayati malah terlupa nama-namanya untuk menjadi sebutan?


Para penjajah masih mahu ungkapan kolonial didakwa ke atas mereka atau mahu mengekalkan sememangnya bangsa-bangsa tertentu amat suka didakwa sebagai penjajah?


Kita tidak membeli kehidupan tetapi diberi amanah mendepani kehidupan. Penjajah mengawal seluruh kehidupan anak jajahnya.Pastinya tidak ada mana-mana bangsa yang gembira jika bangsanya digelar penjajah.


Senyuman yang kekal menguntum tidak berseri di mata ku.


Tahukah dikau hakikat pembinasaan yang berlaku semasa peristiwa banjir melanda Kaabah? Kisah yang upaya menjadi pengajaran tidak wajar disembunyikan untuk disahkan ianya benar atau dongeng atau metos untuk dilagendakan.


Apa kisahnya thanaif?

Saat itu sebuah kapal milik orang Rom yakni barat terdampar di kuala pelabuhan.

Direngkaskan cerita seorang jurubina diminta agar membantu membina semula Kaabah yang mulai dibinasakan tapak asas pembinaannya.

Apa yang terjadi?


Batu-batu saling berlompatan dari tangan Abu Wahab bin Amr bin Aidz untuk kembali semula ke tempat asal ia berada.

Lantas Al-Walid Ibnul Mughiran meminta pada Allah maksud meroboh yakni memukul batu-batu itu hanya dengan niat yang baik.

Batu-batu itu sempurna dihancurkan.

Tatkala batu-batu empat persegi Khadlir mahu dirongkaikan bergegar bumi Mekah sehinggalah Al-Walid mengujarkan pesan :

"Wahai kaum Quraisy. Janganlah menyumbangkan dana dalam membangunkan Kaabah melainkan dari sumbangan dana yang bersumber dari hasil yang baik-baik.Jangan disertakan dengan sumbangan dari perjudian, perzinaan (arak – tejathanaif@thanaif tambah) dan hasil penganiyaan dan kezaliman yang dilakukan ke atas orang lain di dalam pembangunan ini."


Begitukah rohani Ramadhan mu thanaif?

1 Ramadhan 1432 Hijriah