Rabu, 10 Disember 2014

Nama Pena Untuk Menulis



Keluarga orang melayu muslim Malaysia di Villa 6 - Beverly Hills Garden 11

Tidak kesemua catatan dapat ditulis menggunakan tangan apabila saya kerap menulis secara spontan di siber.



Sabtu, 27 September 2014

Bagaimanakah Manusia Dan Organisasi Terantai/Terbelenggu?


"Adakah sunni dan syiah itu bersumber dari akidah La ilaha illa Allah atau adakah  kristian dan agama yahudi yang bersumber dari akidah syahadah, Ustazah?"


"Tidak bolehkah kamu berdiam diri seketika?"


"Tidakkah Ustazah memahami bahawa soalan dan pertanyaan-pertanyaan saya adalah jihad ta'alim?"


"Mana ada peperangan pada abad 21 ini? Usah wewenang menggunakan kalimat jihad."


"Saya mahu memahami dan mendalami hakikat keluasan makna dari kalimat arab Ustazah, bila mengungkapkan jihad ta'alim."


"Sesekali saya memang menanti-nanti soalan kamu kelas, dari kelas yang kecil ini pertanyaan dan soalan kamu wajar diperhalusi kerana kita dapat melihat pada masa kini bagaimana masyarakat yang berkhidmat di rantau Teluk masih tidak menemukan sebab dan alasan bagaimanakah masih ingin mencurigai cara penganut islam mengamalkan ajaran yang diperintahkan oleh Al-Quran yang diterjemahkan oleh sunnah Rasullullah sallallah hu alaihiwassalam."


"Jihad ta'alim itu sama seperti halakah kecil perbincangan intelektual di pusat pengajian, serupa dengan majlis kursus-kursus jangka pendek seperti khemah percutian pelajar pada musim panas dan aktiviti serta program 'study group' cuma perkataan jihad sahaja digunakan bagi menterjemahkan ruang lingkup yang luas bahasa yang disumberkan dari Al-Quran."


"Sikap buta bahasa ini sudah sangat jelas disumberkan dari wilayah dan benua yang mana. Usah kamu semua memberikan perhatian kerana kejumudan fikiran kesan dari tradisi menyembunyikan atau merahsiakan kebenaran yang diturunkan oleh Al-Kitab telah diminta pertanggungjawabankan ke atas mereka oleh Allah. Dagangan yang mereka lakukan dari kebenaran haq Al-Kitab yang dirahsiakan sehingga menjadi konflik oleh kekeliruan kepada ummat manusia sebenarnya diuruskan oleh Ar Raqib Al-Hafidh."


"Mengapakah kelas kita tidak upaya mewujudkan halakah zikir atau selawat dalam masa kurang seminit sebelum kelas bermula, Ustazah?"


"Pengetua tidak membenarkannya. Saya berkhidmat di bawah kelolaan Pengetua dan Pengetua pula wajib memenuhi Aku Janjinya kepada Pengarah Jabatan Pendidikan yang perlu pula bersetia kepada Ketua Setiausaha Kementerian yang wajib pula akur pada Menteri yang mengetuai Kementerian. Dan Menteri itu pula perlu tertakluk kepada Perlembagaan perundangan pada klausa yang diperuntukkan dalam pentadbiran institusi pendidikan yang perlu pula tidak terkeluar dari dasar-dasar negara kita."


"Ya Allah, seperti surat berantai Ustazah. Terlalu panjang prosedurnya. Apakah kita juga perlu mendapatkan rujukan dasar-dasar kesatuan negara Komanwel untuk memulakan kelas dengan zikirullah dan selawat?"


"Kami tidak dapat melihat pula kebenaran yang perlu diperolehi dari Allah dan Rasulnya (sallallah hu alaihiwassalam), Ustazah."


"Ujaran kamu sudah berbaur dengan sindiran. Saya tidak menggemarinya sama sekali."


""Allah tidak menjadikan pembaca Al-Quran itu berkeadaan bengkok, Ustazah."


"Benar Ustazah. Kita tidak termasuk ke dalam kumpulan mereka yang ditidurkan di dalam gua."


"Individu dan organisasi berantai? Kamu merujukkan mereka sebagai surat berantai? Jaga adab kamu bila mengeluarkan pandangan!"


"Usahlah Ustazah berhangat hati dengan kami apabila saya dapat merasakan bahawa dengan sendirinya Ustazah mengakui bahawa konsep se per a itu tidak tepat kerana tidak mungkin seseorang individu  itu berupaya mengendalikan keseluruhan perkara secara bersendirian."


"Masih kamu semua mahu memandang sinis dengan kelemahan saya sebelum ini?"


"Bagi merebut sebiji bola seramai dua puluh dua orang pemain termasuk seorang pengadil dan dua orang penjaga garisan telah berlari-lari di sebuah padang...bukankah itu jelas menzahirkan konsep se per a itu tidak lagi relevan untuk dijejaki proses kewujudannya."


"Sudah lama Israel dan bangsa yahudi berkhilaf sebagaimana bangsa nasrani juga bangsa muslimin seperti kita. Bukalah Al-Quran sebagai sebuah buku apabila orang-orang yang 'alim itu boleh maju melalui buku sahaja. Sumber ilmu adalah dari Al-Quran. Masalah yang kita depani adalah kita tidak sepenuhnya memahami apa yang kita baca selama ini."



"Adakah tujuan kebenaran disembunyikan kerana ianya tidak diterima oleh pemimpin dan kerajaan yang memerintah, Ustazah?"


"Kamu ingin perkaitkan dengan para pemuda yang ditidurkan di dalam gua itukah maksud soalan ini? Jika kamu ingin mendapatkan kemuliaan yang tidak rosak maka janganlah membanggakan kemuliaan yang telah rosak."







My Akidah

Di dalam kelas Pengajian Islam:

"Ustazah, mengapakah setelah membaca quran dan hadis kita tidak dibenarkan membentangkan masalah-masalah ummat-ummat yang beragama?"


"Quran dan hadis hanya untuk penganut islam sahaja. Huraikan soalan kamu dengan tepat."


"Mengapakah murtad bukan dianggap masalah ummat?"


"Masih banyak soalan  kamu mahu bertanya soalan murtad?"


"Pengkhususan pengajian syariah dan usuluddin, perbankan keewangan islam serta pengajian islam tidak berhubung kait dengan perbuatan murtad,Ustazah?"


"Alasan kamu?"


"Nilai materialistik dan kebendaan juga wujud menjadi sifat membina diri seorang lulusan syariah, Ustazah."


"Kamu menyindir saya?"


"Murtad itu bidang kajian pelajar syariah,Ustazah."


"Kelas sila nyatakan di manakah benua islam di atas peta dunia ketika ini?"


"Wujudkah benua islam di atas peta dunia, Ustazah?"


"Jawatan Khalifah masih belum diisi kekosongannya, Ustazah. Mungkin kerana itu masih belum wujud benua islam."


"Apakah benar kita sudah memasuki dekad akhir zaman, Ustazah?"


"Kesan pergaulan pada sudut akidah mempunyai kesan pada kesihatan apabila sakinah ummat itu mempunyai keberdayaan untuk membangunkan ketenteraman habitat dan masyarakatnya."


"Boleh cikgu jelaskan?"


"Kita hidup dengan rohani. Apakah makanan bagi rohani?"


"Muzik, cikgu."

                                                                                                       
   "   اَسْتَغْفِرُا  لله "


"Ramai mereka yang berkelulusan dari fakulti pengajian islam menyumbangkan aktiviti begini, Ustazah."


"Syariah bukan terhad kepada bidang munakahat dan tarbiatul aulad sahaja. Paling utama ialah akidah itu sendiri yang memuktamadkan amalan-amalan dari ucapan syahadah. Akidah itu menjadikan muslim bersifat mukmin."


"Maksud Ustazah setiap muslim itu upaya menjadi murtad tetapi seorang mukmin itu insya Allah dapat menghindari perbuatan murtad kerana penghayatan ilmu imannya?"


"Tidak sangka pula saya kamu mampu meringkaskan maksud saya."


Ku lihat senyuman yang manis menawan.


"Mukmin itu ialah orang yang beriman kepada Allah dan RasulNya Muhammad sallalla hu alaihiwassalam. Tidak meninggalkan Allah dan RasulNya walau apapun yang terjadi."


"Adakah murtad itu boleh dikenali sifatnya, Ustazah?"


"Kelas, kamu semua ada jawapannya?"

"Pemikiran intelek, Ustazah."

"Kehidupan bertamadun aras tinggi, Ustazah."


"Rendahkan sedikit nilai jawapan kamu. Umum sangat."


"Perbuatan zina, minum arak, ambil riba, Ustazah."


"Jangan kamu lupa mereka ini percaya kewujudan kepada Allah, solat, berpuasa, membayar zakat dan menunaikan haji."

"Ummat Islam kini telah bertaraf antarabangsa, Ustazah."


"Adakah mereka menukar agama setelah menjadikan diri mereka sebagai muslim bertaraf antarabangsa?"


"Mereka menjadi pelupa, Ustazah."


"Dan tidak sekali-kali Allahmu pelupa."


"Perlukah kita berasa malu oleh hukum-hukum yang ditetapkan untuk kita, Ustazah?"


"Berikan contoh hukum-hukumnya."


"Tutup aurat."

"Tinggalkan solat."

"Tidak puasa."

"Tidak bayar zakat."


"Bagaimanakah dengan akhirat sebagai masa hadapan ummah Ustazah?"


"Hanya mereka yang menolak dan tidak mempercayai kiamat dan alam ghaib sahaja yang awal-awal lagi menolak cadangan kamu. Bukankah itu jawapan yang kamu nanti-nantikan selama ini?
 Saya harap kamu berpuas hati."

Isnin, 18 Ogos 2014

Negara Atau Bangsa Atau Bendera Yang Beragama?



Bendera negara Malaysia


Merdeka pada makna kata sebenar adalah menerima hak Allah ke atas alam dan setiap isinya.

Apabila perkataan merdeka berbeza makna dan erti dengan maksud perkataan 'freedom' jenama antarabangsa, semakin terbukti bahawa 'freedom' antarabangsa lebih menjurus kepada makna 'kebebasan', persamaan dan persaudaraan yang tidak diperuntukkan dan tidak diberikan kepada kesemua individu, bangsa dan sesetengah negara seperti mana yang difahami oleh masyarakat dunia sejak berdekad lamanya.


Tidak wujud negara tanpa bangsa walau pun berbendera?

Namun  mengapakah masih wujud bangsa tanpa negara? 


Kemerdekaan bagi sebuah negara muslim wajar diberikan pentakrifan sejajar dengan akidah apabila asas bagi pewarisan kepada generasi yang ditinggaalkan menjadi keutamaan kepada pembina pejuang dan penjasa yang berusaha membebaskan tanah air mereka dari penjajah.


Bendera negeri  Selangor tanah tempat tumpah darah pemblog dan anak-anaknya.

"Kami para nabi-nabi tidak boleh mempusakai, apa yang kami tinggalkan itu adalah sedeqah."

Undang-undang sewajarnya tidak digunakan untuk melucutkan kemerdekaan seorang individu yang dilahirkan oleh ibu mereka bahkan undang-undang wajar memberikan perlindungan kepada pencabulan dan pencerobohan yang ditimpakan ke atas sesiapa sahaja yang dilahirkan ke atas dunia ini setelah terbatalnya dasar apartheid yang mendiskriminasikan sesama manusia.


Al-Quran dan hadis adalah kekayaan yang kekal untuk ummat yang berasa diri mereka adalah merdeka pada zahir dan batinnya yang meletakkan taqwa sebagai ciri yang mempersamakan perbezaan gender.


"Kami telah berikan mereka dan nenek moyangnya kenikmatan (hidup di dunia) hingga lanjut usianya. Maka apakah mereka tidak melihat bahawa Kami datangi bumi itu (negara yang dikuasai oleh bukan muslim) : Kami kurangi keluasannya dari pinggir-pinggir negeri. Apakah mereka yang menang?"

Apakah khazanah kekayaan sesebuah negara wajar melucutkan hak-hak rakyatnya dan hutang-hutang kesan pengurangan pendapatan menjadi hak rakyat yang tidak wajar dipertikaikan?


Agar Allah memberkatimu tanah air kami yang tercinta.



Nenek moyang dan emak serta aruah abah pemblog berasal dari Negeri Sembilan



Suami pemblog berasal dari Johor.




Jumaat, 1 Ogos 2014

Syariat Itu Bolehkah Diubah?



الله اكبر - الله اكبر - الله اكبر
لا اله الاالله والله اكبر
الله اكبر والله الحمد
الله اكبر - الله اكبر - الله اكبر
وصلى الله على سيدنا محمد
وعلى اله وصحبه وسلم  تسليمن كثيرا


Pengertian Syawal kali ini memenuhi seluruh pancaindera

Minda tidak hanya berukurkan intelek semata-mata

Emosi tidak pada hiba rasa ria untuk ladungan airmata sahaja

Adakah dek bersimbahnya cahaya di nurani, bercahaya di aqal hingga hati tidak buta?
        
Haruman Al-Qadr tidak lagi ditenun pada penantian yang hampa?

Kiranya solat itu sudah memaniskan iman para musliminkah?

Hingga marah benci duka dan suka terletak pada tempatnya...

"Jika Aku mencintainya, Aku akan menjadi telinga dan matanya."

"Dan bukan kamu yang melontar ketika kamu melontar tapi Allahlah yang melontar."


"Dan Dialah yang mempunyai kekuasaan tertinggi di atas semua hambaNya."

                  


Rabu, 25 Jun 2014

Ramadhan dan Pengubudiahan Muslimin

Catatan demi catatan disemak berkali-kali dengan tujuan memahami keperluan berinovasi di dalam berkomunikasi.

Pendekatan penggunaan huruf jawi tanpa tujuan jangka panjang tidak memastikan hala tuju jika ia memenuhi promosian SUKAN semata-mata kerana:

     Skop penggunaan yang hanya mengarah kepada dunia arab, benua asia kecil dan sebahagian kecil negara di nusantara wajar mengarah kepada mewujudkan sifat sebenar kehidupan beriman gagal ditangani oleh negara-negara teluk jika kesan meluaskan pembelajaran bahasa arab di kalangan bukan muslim tidak ditangani pada hari ini.

     Pada masa generasi akhir zaman kehilangan generasi ulamak dan ahli beragama yang berkelayakan membuat fatwa, bagaimanakah bahasa arab berfungsi kepada penutur bahasa arab yang tidak muslim (kesan penterjemahan dan penggunaan tri bahasa/ dwi bahasa yang terhad hanya kepada kegunaan bacaan manual gajet radas eletronik teknologi media massa dan telekomunikasi).

     Kita wajar mengketengahkan hakikat mata pencarian bangsa yahudi ialah secara umumnya diperolehi dari pengambilan riba' dan pergadaian barang dan perkhidmatan yang ditawarkan sebagai sebagai produk.


     Adakah sesiapa yang berkelayakan boleh menjelaskan dengan lebih jujur terhadap sejarah Darul Hilal Misriyah dan surat akhbar Al-Ahram? 

     Isu saya ialah penggunaan nama berpangkalkan ‘syeikh’ belum sah seorang lelaki muslim walaupun menggunakan bahasa arab.
(Anda wajar banyak mendengar radio bukan semata-mata mendengar lagu-lagu untuk memahami isu ini - pengalaman saya mendengar radio yang bersiaran bagi menjelaskan mesej-mesej agama lain yang dilakukan menggunakan bahasa arab dan bahasa lain sebagai rujukan)


Besi antara kompenan yang dianjurkan agar dipelajari oleh Surah Al-Kahfi.


Adakah kerana nilai emas masih tidak diterima sebagai cabang agama oleh komuniti eliet jurai keturunan Julius Caesar tatkala banu Umaiyah dan banu Mahzum adalah kaum Quraisy yang ahli di dalam urusan perdagangan?

Denarius itu menduplikasikan dinarkah tatkala dirham bersamaan dengan berat lima puluh lima biji gandum yang bersaiz sederhana dan sepuluh dirham menyamai tujuh mitsqal yang bersamaan dengan berat tujuh puluh dua biji gandum?


Perbandingan harga bagaimanakah dipelajari bagi membasmi kemiskinan dan kemunduran ummat manusia?


Masyarakat pengguna termasuk ke dalamnya adalah bayi-bayi, kanak-kanak, remaja belia, wanita, lelaki dan orang-orang tua.



Inovasi teknologi tidak ditolak oleh sesiapa yang memahami kisah Israk' dan Mikraj Rasullullah sallallah hu alaihiwassalam yang berjalan di dalam cahaya adalah petunjuk Pencipta alam ini kepada Asma ul HusnaNya yang bercirikan melebihi  dari sifat baharu sains dan teknologi, milik manusia yakni para hambaNya.




TOLERANSI agama apabila hanya berniat untuk memprovokasi cara hidup penganut islam ia hanya akan menterjemahkan sikap extremis kepada sesiapa sahaja khususnya pengamal politik dan media di Amerika, EU dan Britain ke atas dasar-dasar luar negara mereka sendiri.


Merindui Ramadhan kerana kemuliaan ayat-ayat di dalam Al-Quran. 

Rabu, 4 Jun 2014

Dikau Memanaskan Kamikah Syakban?

بسم الله الرحمن الرحيم

Saya menemukan sebuah buku catatan yang bertulis dengan berbagai jenis tangan, ada yang ditulis dengan barisan huruf yang tegak rapi, ada yang disambungkan antara huruf-hurufnya, ada yang berkeadaan condong ke kiri juga kanan, ada yang berbentuk bulat huruf-huruf vokalnya malah ada yang barisan huruf konsonannya ditulis agak panjang di dalam berbagai warna dakwat.

Catatan tahun yang telah lama berlalu itu mengejutkan saya. Kiranya ia berasaskan kepada peristiwa yang benar-benar terjadi...

Pencatat yang berani itu mungkin seorang 'lelaki' memandangkan kepada lontaran kemarahannya yang dinukil sebegitu rupa seperti yang disalin semula di bawah ini :



1/ Muharram / 1435
6/ November/ 2013

Bermula dari detik 1435 tahun hijriah saya mahu menjadikan penulisan sebagai kaedah amal makruf dan nahi mungkar yang melalui bercerita dari perkara yang benar  untuk dimanafaatkan  sekiranya ada kebaikan dari pengalaman yang benar-benar terjadi.

Semalam saya mengirimkan ucap kata dari hati sempena mengenang sejarah yang dinukilkan oleh Rasulullah sallallah hu alaihiwasallam kepada kenalan di talian fiber optik malangnya saya disajikan dengan lintas lansung siri sukan American Football yang tidak saya sukai tetapi menjadi kesukaan lelaki-lelaki gagah yang berimaginasi serta bermimpi mengingini memiliki keperkasaan dan kegagagah' menyerupai 'American Spider Man', Incredible Hulk Man, Mask Man, Ion Man, Super Boy Male, American Robocorp, American Rambo dan seumpamanya.


INI MENJADIKAN SAYA MEMPEROLEHI ALASAN UNTUK MENJADI JAWAPAN MENGAPA SESETENGAH MASYARAKAT MASA KINI MUDAH MEMILIH NEGARA MUSLIM:

Alasan-alasan itu ialah :  

1-     Saya masih mengenang pesan-pesan iman bahawa wanita di akhir zaman nanti sesetengah dari mereka seumpama tidak berpakaian walaupun mereka lengkap berpakaian. Lantas apabila melihat pakaian yang digunakan oleh para pemain sukan itu ia membuatkan saya tertanya apakah lelaki dan wanita muslim sudah semakin tidak waras terhadap pesanan dan wasiat iman?

      Apakah tidak wujud perbezaan pakaian bagi seorang muslim dengan yahudi dan nasrani?

      Bolehkah berasa marah dengan pesanan Rasulullah sallallah hu alaihiwassalam yang meminta dibezakanlah dirimu dengan musyrikin?

2-     Saya tidak berkompromi tentang hal ini kerana saya beranggapan masih banyak jenis acara sukan  masyarakat muslim yang wajar diberikan tempat kepada masyarakat dunia untuk melihat akhlaknya tanpa terlalu memperlihatkan sudut kekuatan jasmani dan fizikal semata-mata bagi memenangi tempat pertama?

3-     Saya mahu melihat langkah berani lelaki yang mendakwa mereka gagah bagi menghentikan semua acara perjudian dan pertaruhan ke atas haiwan yang disebut di dalam Al-Quran yakni unta, kuda,lembu, anjing, keldai dan haiwan ternakan yang lain yang dijadikan makanan halal apabila ia disembelih secara syarak dan dipelihara untuk dikeluarkan zakat yang menjadi rukun islam.

      Sukarkah dizahirkan bahawa sukan di kalangan muslimin memelihara agama, akal dan jiwa serta emosinya setelah muzik, lakonan serta nyanyian menjadi antara punca muslimin berpendapatan?

4-     Saya juga mahu mengketengahkan beberapa penyalah tafsiran terhadap sesetengah cara dan amalan masyarakat melayu muslim saya kepada masyarakat arab muslim khususnya di kalangan muslimah demi manafaat bersama setelah barat gagal mengaplikasikan agama di dalam sistem pendidikan mereka oleh anutan pemikiran moden yang juga menjadi sifat akhir zaman?

5-     Roh pendidikan muslimin wajar mendapat fokus untuk diwujudkan sesuai dengan Al-Quran sebagai manhaj hidup mukmin bukan lagi sekadar membina manhaj hidup seorang muslim.

6-     Blog-blog saya sebenarnya upaya berfungsi untuk pentarbiahan yang dilaraskan dari pembacaan  tetapi telah diplagiatkan dengan niat yang disengajakan menjadikan ianya sia-sia natijah dari penyalah terjemahan oleh pihak yang perlu mendapatkan wang tanpa pernah mengambil kira usaha kecil ini adalah sebahagian dari tuntutan penyempurnaan iman dari kaedah amal makruf dan nahi munkar saya untuk dibawa ke akhirat.


7-     Dasar pendidikan sesebuah negara itu perlu memenuhi keperluan negara dan bangsa siapa bila majoritinya adalah penganut islam??

8    
      Catatan-catatan itu telah membuatkan saya turut ingin bertanya apakah Malaysia serta negara muslim lainnya gagal menzahirkan Islam sebagai sebuah negara kerana ketidak berdayaan rakyat mereka yang berlainan keturunan dan bangsa serta agama menerima identiti muslim sebagai sifat bina diri ummah akhir zaman?

     

      Pada helaian akhir catatan itu pencatat menggambarkan kemarahannya lagi :


Di manakah hijrah di atas jalur fiber optik?

Jangan berahsia apabila Allah Melihat kita!




Selasa, 22 April 2014

Semalam Di Johor Bharu

Menolak resah yang gelisah.

Terbaca catatan-catatan lama yang masih tersimpan kemas di dalam telefon bimbit, sewaktu bermusafir ke Johor Bharu hampir setahun yang lalu yang jatuh pada 30. Ogos. 2013

Pada ketika itu hati teringin sekali memeriahkan hari ulang tahun tanah air di Dataran Shah Alam  setelah hanya sekali sahaja berpeluang terlibat bagi memeriahkanya hampir lima puluh tahun yang lalu.

Bagaimanakah boleh dilipatkan resah?

Bagaimanakah upaya diusir gelisah?



24 Syawal 1434 hampir setahun yang lalu, kami menyusuri laluan menuju ke selatan tanah air.

Ia amat berbeza dari perjalanan-perjalanan yang lalu pada masa dan saat ke dua mertua masih ada.


Tanpa saudara atau kenalan, musafir ini terasa terlalu melesukan walhal bandar ini adalah tempat kelahiran suamiku.

Terserlah dia tidak mempunyai ramai kenalan apabila saudara-saudara dari generasi tuanya telah ramai meninggalkan dunia.

Dan bandar ini seakan-akan hanya bernyawa oleh ikatan-ikatan perhubungan dari persaudaraan mahu pun persahabatan.

Bandar ini seolah-olah sangat naif seperti bandar yang tidak membangun rohaninya walau pun terkategori sebagai negeri paling awal mengalami kemodenana berbanding negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia yang mana semakin menzahirkan Singapura menjadi pengaut keuntungan yang kekal aktif bila berjaya menjadikan negeri di selatan ini sebagai batu loncatan bagi mengekalkan pembangunan pesat negara kecil mereka.


Setelah bernikah pada 25.12.1988 hampir dua puluh enam tahun yang lalu pemandangan ketika pulang untuk bereidil fitri menyerlahkan kelemahan pengurusan dan pentadbiran orang-orang melayu Johor yang meninggalkan wajah hodoh makna berpolitik bagi pentadbiran dinasti eliet bangsawan  melayu muslim dalam menyusun masyarakat melayu.


Saya melihatnya pada kejiranan di taman-taman perumahan juga kampung-kampung melayu di pinggir bandar Johor Bharu sementelahan rumah arwah mertua di Taman Sri Tebrau sangat menzahirkan keadaan itu bila mana pembelian rumah-rumah kediaman dibenarkan buat warga Singapura dan Brunei dari kalangan orang-orang tionghua ketika itu.


Apakah kerajaan umno dan Barisan Nasional sedia menjawab sekiranya saya bertanya apakah negeri Johor boleh dibeli negerinya jika ada yang mampu membelinya?


Berapakah nilai sebuah negeri Johor jika diukur dengan nilai rupiah dan jika turut diukur dengan nilai $ (dollar/ringgit) setelah ditolak nilai hutang piutang yang pasti akan menyusutkan  banyak nilai harta semasanya jika diukur dengan nilai €/£ apabila susut nilai bagi harga emas tidak dapat dikekalkan penstabilannya bagi digunakan sukatan dinar atau dirham.


Apakah negeri Johor boleh dibeli?

Sabtu, 5 April 2014

It HARAM TO USE MY RIGHTS WITHOUT ASKING MY PERMISSION

Why this website be appeared on my website?

http://www.glispa.com/

I am a malaymuslimahmarriedlady from Klang Selangor Malaysia.
I am write my blog using bahasa malaysia.

Who give the approve to others person to make use my blogs?

Sabtu, 22 Mac 2014

CATATAN DI MULTIPLY YANG DIKEMASKINIKAN


Lapan tahun menetap di sini telah menjadikan keadaan semakin mencabar hati nurani serta minda saya.


Renungan tatkala bersendirian telah menjelmakan semula pengalaman-pengalaman semalam ketika melihat karenah pemandu-pemandu yang digaji, pemanduan pemandu tempatan dan cara pemanduan anak saya sendiri.


Ia menjadi alasan bagi menurunkan rasa hormat terhadap etika pemanduan di bandar ini.


Apakah sesuai jalan raya yang hanya ada dua dan tiga lorong dengan lingkaran jalinannya yang bersusur beberapa lorong keluar masuk yang dapat melepasi lampu-lampu isyarat yang kedudukan bulatan (roundbout) sangat hampir di antara satu sama lain, di mana darjah selekohnya ada yang berberingkan lebih 90 darjah menjadi medan untuk masing-masing beraksi dengan skil pemanduan mengikut kuasa kuda enjin kenderaan?


Mata ini menitip kerdipan Bentley, Ferari, Lamborghini dan beberapa siri mewah kenderaan 'sport' yang menyusuri di jalan-jalan raya yang dipandu sendiri oleh pemiliknya ditakrifkan sebagai kenderaan kelas pertama manakala kenderaan mewah Mercedes, BMW, Porshe dan setarafnya adalah berstatus kelas kedua bila ianya dipandu oleh para pemandu yang digaji untuk memandunya.


(Sering senyuman terbazir begitu sahaja ketika berseliseh di jalanan dengan pemandu-pemandu kenderaan kelas kedua ini saat tidak mampu bertoleransi melihat cara ekstrimis pemanduan pemandu kenderaan lain seperti teksi, bas (bas sekolah) , van dan lori muatan berat yang lain di atas jalan raya yang mengabaikan keselamatan penumpang serta pengguna jalan raya yang lain).



Ketika ini kenderaan-kenderaan mesin itu seumpama kuda-kuda liar yang perlu dijinakkan. Malah terfikir apakah para pemandunya yang sering kelihatan liar, ganas dan buas memerlukan trapi seperti haiwan liar yang ditamankan di zoo?



Adakah sifat Nabi Ismail alaihisalam sebagai penjinak kuda-kuda liar sememangnya tidak diketahui oleh keintelektualan masyarakat peradaban moden ini saat kononnya Formula Satu itu 'haiwan' yang diberi kuasa enjin untuk ditangkaskan oleh pemandunya?


Sifat-sifat manusia di dalam Al-Quran sudah diabaikan tatkala perbuatan, perkataan dan perakuan Rasulullah sallallah hu alaihiwassalam itu menzahirkan watak ahli syurga.

Apakah kerana Muhammad sallallah hu alaihiwassalam itu hanya menaiki unta dan keldai maka dilupakan bahawa Kekasih Allah sallallah hu alaihiwassalam itu terlebih awal telah menaiki kenderaan angkasa dan kenderaan zaman akhirat?


Kawalan pemanduan pula mahu diatur disusun bila ketiadaan disiplin diakibatkan dari 
ketiadaan akhlak dan moral sebagai budaya tidak diberikan perhatian?


Saat ketika para Yakjuj Makjuj itu antaranya berwatak pelarian demi mendapatkan tanah untuk perbekalan makanan dan minuman tidak ada salahnya untuk memahami masyarakat peradaban mellinium ini masih bertentang dengan fitrah sebenar generasi zaman Taurat asli yang menukilkan :

"Hai anak Adam, janganlah engkau merasa lemah berdiri di hadapan Ku sebagaimana orang yang bersolat dengan tangisan. Akulah Allah yang mendekati dari hatimu dan dengan ghaib engkau melihat akan Aku."


(Dikau rombakan semula kesemua kesilapan penterjemahan bahasa arab yang telah menyesatkan ummat sementara dikau masih mampu bernafas agar daku berasa tenang dengan ketidak mampuan ku untuk memahami bahasa mu.)



Apakah tuan dan puan kenderaan tempatan memahami masalah yang mungkin dihadapi oleh pemandu kenderaan-kenderaan lain yang turut memiliki hak pemanduan misalnya kesakitan atau keperluan lain yang tidak diduga agar mereka merendahkan sedikit ego keistimewaan ketuanan yang dimiliki itu supaya tidak wujud konflik di antaranya dengan wanita yang memandu kerana tanggungjawab?



Minda ini tidak berhenti bersuara bagaimanakah menghormati dan memelihara kebebasan apabila pihak Tuan dan Cik Puan tidak upaya dan tidak sedia mempelajari perbezaan yang kita semua saling miliki?

Sukarkah dibaca maksud  yang menolak kebebasan yang disumberkan oleh semangat usang sekularism mu?



Bukan sekali dua pengalaman 'menyakitkan hati' ini ditemui malah sudah berkali-kali di mana pernah oleh ledakan emosi yang perlu dirembeskan oleh kami sekeluarga yang ditahan oleh kenderaan tempatan berplet angkakan 263700 yang mengakui mereka adalah polis ekoran dari kemarahannya terhadap kami yang tidak mengendahkan 'flash' lampunya dihormati.


Waktu itu kami berada di dalam perjalanan pulang dari Al-Fuwairit yang gelap dan sempit laluannya oleh kerana di sepanjang jalan raya itu masih di bawah penyelenggaraan pembinaannya.


Apakah kami atau pemandu kenderaan itu mahu atau enggan melihat papan tanda had kelajuan yang bertanda 80km pada saat itu?

(Siapakah yang mengetahui apakah yang mereka lakukan ke atas kad pengenalan diri dan kad lesen memandu suami dan anak lelaki saya?)


Atau adakah tanda isyarat jari sememangnya menjadi kuat-kuasa undang-undang bagi pihak tempatan mempunyai alasan untuk mengusir mana-mana pekerja asing yang bersama menyumbangkan kemahiran atau kebolehan dan tenaga untuk membangunkan negara mereka atau seribu yang pergi dan berjuta yang sedia datang sebagai pengganti masih menjadi tema menjelang 2022?


........

Kembali semula kepada ingatan saat emosi saya diduga pada ketika gusi yang bengkak berdenyut setiap saat waktu cara pemanduan buruk anak lelaki dek cabaran jumud pemandu yang bergaji ketika itu.


Saya tersenyum kembali setiap kali mengingati peristiwa itu apabila melihat pemandu kenderaan buatan Germany itu menutup setiap kesempatan buat kenderaan kami memilih lorong untuk meloloskan kereta kami dari hadangan kenderaan itu yang bertindak mengejar dan merapatkan jarak kenderaannya di hadapan kereta kami bagi menunjuk kuasa hak istimewa walau pun berada di atas jalan raya.

Ketika itu saya amat percaya andai dibuat aduan ke polis pasti kami yang akan menerima segala hukuman hanya berdasarkan kami adalah pekerja asing yang bukan berasal dari Amerika atau Eropah.


Lebih menjengkilkan saya ialah apabila menyedari pemandu yang bersifatkan robot itu hanya menuruti arahan seorang wanita tempatan yang berlitup serba hitam seluruh tubuhnya bagi 'menpsikik' kami.


Lantaran minda dan seluruh jiwa saya dijalari oleh lahar kehangatan bengkak gusi yang tidak upaya ditahan saya telah menunjukkan jari hantu kepada wanita dan pemandu itu.


Rasanya mereka tidak akan berasa tersinggung kerana saya melakukan tata susila dari budaya masyarakat intelek barat yang mahu dijadikan sebagai sebahagian dari pembinaan kemodenan masyarakat muslim di dunia Islam.


Kini setelah menetap lima tahun di Qatar, saya boleh memandu sendiri kenderaan yang dimiliki oleh suami dan anak lelaki tetapi entah apakah angkara yang terdendam seolah-olah wujud lingkaran yang amat menyakitkan masih sengaja menuba dan meracun minda saya apabila perlu berhadapan pula dengan karenah 'bangsat' rakan-rakan anak sulong saya.

Isnin, 10 Februari 2014

Siapa Yang Wajar Menjadi Abu Di Atas Tunggul,Ditiup Angin Terbanglah Ia?

Amat melelahkan untuk menginformasikan kebenaran bahawa saya seorang wanita muslim berbangsa melayu yang telah bersuami dan mempunyai anak-anak yang meningkat remaja belia.



Pembinaan komunikasi melalui media sosial sebelum ini yang hanya melalui perkhidmatan internet oleh Microsoft, Yahoo dan kini Google perlu diakhiri oleh fokus ke manakah ummat mahu dihalatujukan apabila sifat akhir zaman adalah menolak fitnah Dajjal.



Perlu ditanyakan apakah Microsoft, Yahoo dan Google membenarkan sifat syarikat mereka didakwa sebagai perantara kepada Dajjal apabila fitnah menjadi sumber mereka bergossip dalam mengkreatifkan kaedah manusia berpendapatan?



Apakah masih Law of Moses atau Rukun 10 - THE TEN COMMANDMENTS- menjadi sifat bagi Holy Wood yang tidak  menyedari bahawa ‘holy wood’(yakni menurut bahasa melayu bererti kayu ‘suci’) merujuk sebagai nama dan jenama bagi menyumberkan kekayaan melalui pelbagai pekerjaan bagi meraih pendominasian ke atas fikiran, emosi, terhadap kreativiti, imaginasi, sosialisasi, spiritual dan muzik ummah melalui industri perfileman dan seni hiburan mereka apabila ‘holy wood’ itu kepada saya secara peribadi lebih menepati ‘kayu sebagai sumber bahan bakar di akhirat kelak.


Apakah benar bahawa syarikat mega gergasi bertaraf dunia sebagai pemegang dana ahli perniagaan di Amerika dan Eropah menguruskan berbagai isu sejagat yang pentasnya terwujud di sebelah timur?



Sekiranya benar untuk memakmur dan mengamankan dunia ini sebenarnya tidak wajar mewujudkan mangsa ke atas mana-mana bangsa atau negara tatkala dunia mampu dimakmurkan apabila penganjur tabung dana modal sumber kewangan perlu meningkatkan keuntungan setelah mengumpulkannya.


Kita boleh bertanya kepada pemegang dana dunia, adakah tuan-tuan memerlukan keuntungan atau kerugian bagi setiap pelaburan tatkala tidak sukar untuk memahami bahawa sengketa, konflik, dilemma dan ketegangan adalah tanda kerugian manakala keamanan dan ketenteraman meningkatkan keuntungan.


Dengan sebab itu bolehkah kita bertanya kepada Amerika dan Badan Dunia serta Kesatuan Eropah perlukah ketamakan disembunyikan apabila kekayaan negara yang lebih kecil dari keluasan negara mereka menjadi pentas agihan dana yang memperlihatkan mereka perlu saling berebut dan bersaing sesama sendiri?


Kita tidak perlu menjadi pikun dan mengazabkan diri sendiri untuk menyatakan kesilapan wajar tidak berulang lagi.

Ahad, 26 Januari 2014

Bahasa Kesedihan

Seseorang meninggalkan notanya di meja.

Catatan itu tertulis:

"Saya tidak lagi suka dengan semua ini. Ia kelihatan hodoh dan terasa bodoh untuk menyapa kejahilan yang berdebu tebal dengan kekotoran yang didatangkan oleh tiupan angin walau sudah diturunkan hujan untuk membersihkan debu yang mengotorkan jejak saya selama ini.

Mungkin bayu boleh disapa, upayakah saya memintal mu wahai bayu untuk dijadikan penjara?

Mungkin debu boleh ditanya, upayakah saya dirikan sebuah penjara dari kotoran debu mu?

Mungkin pada titis air boleh ditanya, sediakah andai saya lingkarkan sebuah penjara dari pusaran aliran arus gelombang mu?

Mungkin pada tanah pasir dan batuan menanti pertanyaan saya, bolehkah dibina batu menjadi dinding buat mendirikan sebuah penjara dari kandungan granit karst malah bitumen mu?

Mungkin bahang api juga sedia mengkubukan sebuah penjara dengan bentuk yang lebih bersistem?

Untuk apa didirikan penjara?

Satu suara menerjah lembut ke telinga ku?

Saya mahu menjarakan tipu perdaya muslihat dan persona.


Setelah terbinanya sebuah penjara dengan saksi-saksi bisu walau pun bermata!"


Saya menyimpan catatan itu. Entah siapa penulisnya. Entah telah berpusara atau masih bernyawa.

Sebuah kekecewaan yang mendalam disuarakan dengan puitis apakah teriring dengan airmata atau marah yang bernyala. Tidak dapat saya pastikan. Namun saya memahami bahawa bahasanya itu adalah bahasa kesedihan.


Sabtu, 18 Januari 2014

Lupa Terlupa Pelupa dan Dilupakan.


Apabila saya semakin sering dengan tidak sengaja menjadi pelupa dan terlupa, saya tidak kisah jika saya dilupakan.

Saya tidak kisah.


Itulah sebabnya semua menjadi bisu.


Namun kita terlupa bicara Nabi Khidir kepada para pencari ilmu :


"Wahai pencari ilmu, sesungguhnya orang yang berkata-kata lebih berasa bosan dibandingkan dengan orang yang mendengar. Hati ibarat bejana lihatlah apa yang diisi di dalam bejana itu."



Dek kerana makanan halal itu amanah, muslimin di tanah air pasti akan dibicarakan di akhirat nanti, bila makanan yang tercemar diedar atau bila keuntungan darinya membuatkan kita khianah.



Betapa negara-negara kecil di Eropah meluaskan kemahiran pengurusan perbekalan sumber manusia, makanan dan tenaga setelah bidang teknologi unit-unit kecil kompenannya dikeluarkan oleh kebanyakan negara-negara ini.



Sains dan teknologi islam masih entah di mana pada dekad mellinium ini apabila masih Kesatuan Dagangan Islam dianjurkan untuk berkonflik dengan budaya seperti mana pada masa Namrud dan Babilion menjadi gelanggang perdebatan antara Aristotle dan Socrates.



Bagaimanakah dihentikan bagi hal apartheid setelah diketahui bahawa Luqmanul Hakim seorang lelaki berkulit hitam yang menjadi surah di dalam Al-Quran? 


Selesaikan sahaja hal-hal keduniaan mengenai persamaan hak dan kebebasan melalui Luqmanul Hakim.


Selesaikan melalui Vatican dan Canterbury Church terhadap lukisan dan wajah wanita yang menghiasi dinding-dinding bangunan ibadat mereka supaya tidak terkeliru siapakah Virgin Mary dan siapakah Maria, siapakah Magdalene supaya pasti tiada wujud pertindihan dengan wajah-wajah wanita-wanita pelacur.





Tidakkah kita terasa terlalu banyak ditemui ‘komponen inflamasi’ penyakit ketika ini?



Lalu bagaimanakah penguraian lemak binatang yang telah mati diolah semula untuk tujuan dagangan apabila konsep halal hanya didokumentasikan pada pasaran bukan mentaliti?



Inginku katakan bahawa daku tidak mengendahkan jika tiada sesiapa yang bersedia mengikutiku di mana hati ku sudah teringin mahu menyekat diriku dari diikuti.

Jumaat, 17 Januari 2014

Membisu Membuatkan Ku Bisu dan Dia Pun Lesu

Dahulu saya ada menitipkan pesanan kepada pemblog 'Masterpieces' yang tidak dikirimkan dan disimpan sahaja di dalam fail peribadi kira-kira tujuh tahun lalu.


Saya bertanya mengapakah radio yang dipancarkan ke televisyen, penyiar dan pengacaranya dikonsumerkan oleh media hiburan dan talian frekuensi tatkala mereka bergaji?

Adakah ini adalah tanda ketidakupayaan untuk mereka memakanismekan ciri-ciri keadilan terhadap wadah maklumat yang sebenarnya telah mulai dihayati milik kelebihan tersendiri tanpa menyedari bahawa tugas para penyampai info adalah juru pengintegrasi yang kebestarian minda dijulangkan oleh ketiadaan unsur taksub terhadap hanya sebelah pihak sahaja yakni memihak kepada pihak majikan yang membayar gaji mereka?


Masterpieces saya temui di Bandar Baru Bangi setelah kerap mengikuti tulisan-tulisan di blognya.

Namun setelah bertentang mata semuanya tidak terkeluar dan saya tidak tahu bagaimana mahu berbicara.


Kita tidak wajar hanya sedia mengendung bangsa sendiri sahaja di alaf globlalisasi ini andai mahu dengan jujur keglobalan dunia tanpa sempadan turut diakseskan keluasan geografinya oleh rakyat miskin yang saban alaf ditandai sebagai warga yang perlu disubsidikan setiap keperluan asas kehidupan mereka.

Benar bukan minda kelas bukan untuk dijenamakan juara tetapi bagaimana mahu menjadikan ia sebagai saluran pembudayaan untuk membebaskan hawa nafsu.

Mungkin menjadi lebih baik andai dikupas halusi bagaimanakah kesan tauhid dalam membenih ukhuwwah agar lahir sejahtera sosial?


Wanita yang saya temui itu sama seperti saya, kami hanya mesra di atas skrin eletronik.

Bertemu pada tahun ke dua kepulangan untuk bercuti masih tidak dapat dituturkan bualan-bualan yang tersimpan dan masih keramahan kami hanya di atas skrin pada jaluran internet.

Masa tidak dimanafaatkan dan kami tidak pernah berhubung lagi selepas pertemuan kali kedua itu malah kiriman pesanan ringkas hanya sekali dua dibalas dan panggilan telefon tidak pernah dijawab.

Sombong...duga yang meresap ke dalam emosi saya.


Peradaban adakah memaju dan memodenkan sikap sahaja tanpa  menghalusi budi dan jiwa untuk diserlah budaya sesuatu bangsa?

Dan bagaimana agamanya menyempurnakan kemuliaan syaksyiah dan peribadi diri insan itu?


Bagaimanakah keinginan untuk menzahirkan rasa silu untuk hanya berada di atas pagar sahaja tatkala amat memerlukan dilakukan pilihan terhadap menyatakan kebenaran atau menafikan kebenaran, adalah petanda lemah dan kerdilnya jiwa insan?

Jihad untuk bertoleransi sahajakah pada penegakan hukum-hukum Allah tetapi tegas pada peraturan-peraturan lemah manusia?

Benar bukan mukmin itu ciri identitinya adalah dicorakkan oleh hukum dan sifat yang tetap pada hukum agama adalah ia tidak berubah.


Lalu pertanyaan saya terhambur ke talian frekuensi yang gagal memahami bahasa saya.

Keberangkalian yang pasti kesemua kiriman pesanan ringkas itu telah dibuang begitu sahaja.