Selasa, 10 September 2013

Musafir Syawal

Catatan Musafir Ke Langkawi 13/Syawal - 17/Syawal 1434

Hari Pertama di Langkawi

Kami meninggalkan rumah sekitar jam 4.45 pagi sebelum subuh.
Tepat pada pukul 5 pagi isnin 19 Ogos 2013 bersamaan 13 Syawal 1434 kami meninggalkan Kotaraya Kuala Lumpur sebaik sahaja kami memasuki lebuhraya PLUS melalui lebuhraya NKVE.
Berbalam-balam bangunan Parlimen menyentuh retina mata dek kerana putih warna yang menyelubunginya.

Tidak banyak kenderaan yang ditemui pada awal pagi itu.

Kenderaan yang disewa oleh suami di KLIA Sepang dari jenis Toyota Evanza menjadi kenderaan yang memudahkan perjalanan kami. Kereta ini disewa dengan kadar yang berpatutan untuk tempuh sebulan selama kami berada di tanah air. Ia dianggap sesuai biarpun kecil sementelahan percutian kali ini kami hanya berempat sahaja kerana dua anak lelaki kami tidak dapat bersama.

Sesuai dengan saiznya kenderaan ini terasa  ringan apabila kelajuan pemanduan melebihi 100 kilometer dipaksakan ke atasnya. Seriau juga hati saya kerana perjalanan yang jauh itu perlu ditempuhi dengan hujan yang tidak dapat dipastikan turunnya.`

Bolehkah memahami tafsiran nilai sebuah kenderaan dengan keselamatan berbanding keselesaan semata-mata?

Perkara ini mudah dikesan kerana pengalaman memandu dan menaiki Denali serta Candazia jenama yang memberikan kesempatan untuk khalayak yang berpendapatan sederhana menikmati ciri-ciri kemewahan kenderaan berjenama mewah, mempunyai perbezaan yang ketara dari sudut cengkaman roda mengikut berat kenderaan itu yang kestabilan serta keseimbangan pacuannya disesuaikan dengan kuasa enjin.

Siapakah yang mahu membantah bahawa memiliki kenderaan buatan sendiri sebenarnya turut membina lingkaran serta komunikasi jaringan yang luas apabila mengambil kira keperluan perkhidmatan yang perlu ditawarkan?

Tidak wajar persaingan jenama disengitkan sekiranya kepercayaan telah dibina.
Tidak wajar juga khianah menjadi seni perhubungan setelah keupayaan dan keberdayaan dari kemahiran telah dibuktikan.


Beberapa kenderaan saling berkejaran di antara satu sama lain pada pagi yang sunyi itu.

Kali ini saya berasa amat gembira apabila melihat lebih banyak kenderaan buatan tanah air di atas jalanraya.

PERSONA dan beberapa jenis jenama baru PROTON menguja minda saya kerana kecantikkan rupa bentuknya yang menyaingi rupa reka kenderaan yang sederhana kuasa enjinnya dari negara lain.

Namun kenderaan kecil Perodua tidak wajar dipandu laju.

Imej Perodua seolah-olah dicemarkan oleh pemandu muda yang corak pemanduannya upaya diperisukan khususnya dari kalangan pemandu lelaki yang kelihatan seperti gagal memahami ketidakbolehan Perodua dipandu laju walau telah diubahsuaikan.

Malah jenis jalanraya yang tersedia di antara sebuah negara dengan negara yang lain perbezaannya upaya menjadi punca kenderaan mewah gagal dilihat prestasinya andai lingkaran sistem jalanrayanya pendek oleh banyaknya penandaan lampu isyarat, jalanraya yang bertampal-tampal dengan tidak sekata malah pembahagi jalan yang mudah dilintasi turut menjadikan maksud asal berkenderaan boleh dirujuk kembali tatkala pantara pesan Rasulullah sallallah hu alaihiwasallam mempunyai kenderaan yang baik itu tanda memperoleh kebaikan.


Kenderaan apakah yang baik jika ia telah meragut nyawa orang lain?

Jika identiti dan imej itu adalah penting apakah jenama itu perlu diberikan nama?

Saat itu di dalam hati saya yang paling dalam saya memikirkan tentang kegagalan mereka menerima malah menolak nama-nama pena saya sebagai produk setelah sekian lamanya saya mencatat tanpa buku.

Sekelumit rasa terbit di hati dek gembira kerana masih mempunyai anak-anak saudara yang masih berada di bangku sekolah rendah yakni di darjah lima dan enam bagi membaca catatan saya seandainya catatan itu dibukukan.

Saya tidak memerlukan penghargaan. Memadai catatan peribadi saya dibaca untuk diterima kenyataan bahawa salah seorang ibu saudara mereka adalah seorang penulis walaupun sering berhadapan dengan tomahan yang disengajakan untuk melingkari waktu-waktu yang sepenuhnya dipiawaikan secara rahsia.

Apa yang penting ialah sifat percuma bukan label yang saya bawa wajar difahami

Isnin, 9 September 2013

Memasuki Detik-Detik Menanti...

Catatan pada 12 jun 2013 yang lalu.

Bismillah.

Alhamdulillah.

Dek mengenang usia sudah memasuki setengah abad minda menyapa lunak berbahasa ke dalam hati dengan tanya soalnya bagaimanakah fikh berproaktif di dalam kehidupan ummat pada zaman mellinium ini?

Syariahku berperlembagaankan apakah wahai Pak dan Mak Menteri?

Syariatku masihkah berbeza dengan syariat Rasulullah sallallah hu alaihiwassallam ya Sheikh dan Syeikha tatkala Tuan dan Cik Puan penutur bahasa ahli syurga?

Apakah nanti proaktif fikh dan sunnah hanya menjadi lambang kepada syiar Ramadhan sahaja kepada khalayak korporat bagi beramal soleh?

Akal dan fikiran ku usahlah kelian latahkan diri ku setelah usia ini genab lima puluh tahun.
Berbelas kasihlah agar daku tidak mamai dek ketuaan ini.

Ameen.