Khamis, 30 Julai 2009

Jujur Perlukan Insentif?

Warkah itu dilipat dan dibuka berkali-kali. Warkah yang ditulisnya menjelang Disember 2008. Tidak ada bezanya andai diutusi atau tidak. Pos kini lajunya bermaksimum sementelahan angkasa tidak lagi luas oleh garis sempadan yang kini dimilikperibadikan.

Ditatap lagi catatan itu.


Assalamualaikum Saudariku Intan,

Agar Allah menaungi keinsafan bahawa agama itu adalah nasihat ke dalam sanubari para wartawan tanah air lantaran catatan yang diingini adalah dari sebelah kanan penerimaannya di akhirat nanti.

Membaca Harakah menerusi talian siber tidak sepenuhnya memberi kepuasan berbanding membaca naskhah sebenar akhbar pencetus yang mendenyutkan fikiran berinteraksi dengan emosi.

Mukhtahir ini isu-isu kemanusiaan dan keselamatan semakin menzahirkan pengkaedahan sistem birokrasi yang menuntut dihayati kesahihan bahawa politik bermula dari zaman purba kala lagi menjadi punca melahirkan perbezaan agama, kerana itu amat dituntut penafsiran siasah dari sudut fikh yang jelas dengan kata yang lain, kumpulan petugas seperti saudari turut menjadi sandaran ummat yang tidak berpengetahuan tinggi, untuk mendapatkan rujukan yang bersifat membela kebersamaan dalam mengusahakan keadilan.

Bagaimanakah himpunan warga Al-Quran upaya melintasi meliputi ke segenap kumpulan di dalam masyarakat kita yang membawa makna bahawa warga awam juga menjadi warga Al-Quran yang upaya membantu dilahirkan ummat yang terbaik di millineum ini?

Penegasan telah menyerlahkan tuntutan tatkala Rasul SAW diberi pesan,“Wahai Muhammad, undanglah ummatmu memuliakan tiga sifat insan ini :

1- Ketua manusia yang alim yakni Nabi Muhammad SAW sendiri justeru itu ummat baginda
wajar berusaha bersifat dengan kemuliaan pemimpin ummat.
2- Penghafal Al-Quran.
3- Pencegah ummat dari saling menghina merendahkan memperolokkan
sesama sendiri sehingga menerbitkan kemarahan.

Kemurkaan Allah bertambah terhadap siapa yang membuatkan Warga Al-Quran berasa marah kerana :

1- Warga Al-Quran merupakan warga-warga Allah.
2- Kewujudan/kehadiran mereka untuk kemakmuran/keselamatan penduduk dunia kerana Al-Quran tersimpan di dalam hati mereka. Ketiadaan mereka upaya membinasakan dunia dan penghuninya atas kehilangan naungan barakah dan rahmat Allah.
3- Penghafal Al-Quran tidak dihisab dan tidak disiksa di akhirat.
4- Kematian mereka ditangisi oleh Allah, malaikat langit dan bumi.

(Tidak pasti hadis dhoif/sahih)

Saudari Intan,

Bagaimanakah wartawan upaya menjadi pewaris wasiat iman yang menjadikan sifat Ad-Deen itu bukan hanya agama tetapi cara untuk berfikir menerusi nasihat agar upaya Islam menjadi asas pengukuhan masyarakat?

Menjadi keutamaan agar saudari mencetuskan tuntutan kepada kewajipan untuk penulisan dan pelaporan, meningkatkan penghayatan kefasihan menaakul pembacaan bagi menambah nilai kemahiran mengolahkannya semula di dalam penulisan untuk menjadi idea-idea pemikiran baru yang upaya membangunkan setiap diri warga di setiap lokasi untuk mendepani cabaran sebenar kemunduran ummah yang tidak sepenuhnya dibebaskan oleh demokrasi.

“Usah kamu membangunkan seorang yang lain dari tempat duduknya kemudian dia duduk di tempat itu.Akan tetapi hendaklah ia meluaskan tempat bagi yang baru tiba dan melapangkannya.”

Penolakan kepada kehadiran wanita untuk sama menyumbangkan penjanaan pembaharuan seperti yang diperlihatkan di sesetengah negara memerlukan dilihat peranan agama sebagai sistem yang berperanan untuk menginteraksikan iman dan amal.

“Maka demi Tuhanmu mereka yang tidak beriman sehingga mereka menjadikan kamu hakim sebagai terhadap perkara yang mereka perselisihkan di kalangan mereka. Kemudian mereka tidak merasa di dalam hati mereka sesuatu keraguan terhadap apa-apa keputusan yang kamu berikan dan mereka menerima dengan sepenuhnya.”

Akhirnya ingin diketahui mengenai mengapakah masyarakat kita hanya berani berbicara selepas kematian orang yang dibicarakan berbanding berbicara ketika mereka masih hidup?

Keberanian jenis baculkah yang kita miliki?

Keberanian mengaibkan menerusi pendedahan rahsia tanpa pembelaan bagaimanakah dilihat kemanafaatannya bagi yang telah meninggalkan dunia berbanding ketakutan, kegentaran dan kebimbangan untuk membicarakan kesalahan salah laku penyelewengan yang tidak sedia diadili ke atas mereka yang masih hidup dan upaya membela diri?

Apakah yang menjadi minat kita di antara kelemahan dan sumbangan mereka yang dibukakan rahsianya yang bersifat peribadi?
Apakah yang ditakuti tentang fitnah yang tidak upaya dibela bagi yang telah mati dengan fitnah yang boleh ditolak oleh keterangan bagi yang masih bernyawa?
Sifat berfikir dari budaya manakah yang dibenarkan menakluk pemikiran kita?

Agar kita tidak berkonflik dengan kelemahan sendiri.

Kejalangan Lelaki Jahanam

Sila kembalikan beberapa catatan peribadi saya yang telah diambilk secara tidak sah oleh blogger.

Selasa, 28 Julai 2009

Wanita Bukan Lelaki

"Apakah yang difikirkan tatkala sedang menonton televisyen?"suara sinis minda mengocakkan jiwa mandiri yang sedikit lesu oleh keterlaluan desakan dan tekanan dipahatkan bermula sejak kelmarin.

Tatkala itu anak-anak lelaki sedang menonton tayangan filem berkisar kisah gimnas perempuan di televisyen.

Pantas disuarakan kepada minda,"sehingga bilakah dilansungkan persaingan di antara keperluan berpakaian lengkap dengan tidak berpakaian sempurna sehingga diabaikan jenis dan sifat watak pemakainya? Apakah mahumu minda andai hidup ini perlu diikuti oleh telunjuk?"

"Jiwa,dikau memangsakan diri ini lantaran radangmu terhadap ‘para pemerhatimu’ yang menjejaki seluruh rasa di naluri inderamu di kalangan pelajar yang berada di bawah bumbung negara satelit,masih tidak berupaya mengikuti konflik yang sedang menanda arah di tanah air?"

"Mereka masih keanak-anakan yang hanya ingin berteduh di ribaan mewah kedamaian. Justeru hanya sekitar persoalan ringan sahaja yang layak menceriakan kelesuan sebenar mereka yang ingin terus memayungi dan dipayungi."

"Tidak tertilikkah oleh mereka imej-imej rasuah yang ‘direkabentukkan’ semula untuk perangkaan yang diikhtisarkan ke atas keewangan yang mahu mengekalkan sistem perbankan bagi kemudahan memindahkan bebanan hutang?"

"Dikau juga berasa sesal duhai minda?"

"Adakah kematian Puan Marwa bukan sebahagian dari natijah kealpaan ini apabila tidak ditemukan slot paparan di media malah di kalangan para blogger,mungkinkah minda itu tidak terkedu dengan konflik kemanusiaan para isteri dan anak tahanan ISA?"

"Apakah ISA itu yang digusarkan sehingga tidak terfikir tentang hukum munakahat sabit dari Seksyen 59(1) tentang kelayakan dituntut pemberian nafkah seorang isteri yang tidak berlaku nusyuz?"

"Bagaimanakah boleh dituntut nafkah ini sekiranya suami mereka berada di dalam tahanan yang tidak dibicarakan untuk tertutup ruang kebebasan?"

"Mahu mu apa wahai jiwa?"

"ISA perlu dilihat dari sudut hasutan atau ketiadaan pembicaraan?"

"Apakah tidak mendapat tempat di minda ‘para pemerhati’ muda ini bila tiada pembicaraan maka tiadalah diketahui kesalahan dan jenis hasutan untuk disabitkan dengan kesalahan."

Adakah kematian Teoh diabaikan kerana ia hanya ‘sandiwara’ Pakatan Rakyat?

Apakah kedudukan ibu dan bapa juga mahu dipersaingkan sebagaimana kedudukan di antara gender?

Idea siapakah yang tidak lagi bersembunyi?

"Mahukah dikau mendengar bicaraku ini,minda?"

"Silalah dikau ungkapkan duhai jiwa."

"Perhambaan gagal dibenteraskan sehingga diujarkan tanya apakah meninggikan akhlak menjadi tanggungjawab bersama atau berasingan? Meski perspektif kita berbeza kita tetap sebahagian dari ummah. Apakah kerana menjadi bukan kristian atau yahudi lalu kami perlu diabaikan dan ditinggalkan begitu sahaja sebagaimana demokrasi yang hanya tidak bermasalah pada sistem pilihanraya di Amerika dan Britian juga Rusia tetapi atas nama Islam dan amalan pilihanraya negara muslim, sering perlukan bantahan sebagai penamatnya?"

"Maksudmu mahu mempertikaikan cara mereka menghormati dan memberi penghormatan kepada muslimin terhadap kegemaran dan kehendak cita rasa juga selera mereka?"

"Begini minda, cuba dilihat burqa misalnya, di manakah penghormatannya kepada pilihan ini? Di kesempatan ini mahu dijelaskan bahawa wujud 12 kumpulan lelaki yang dibolehkan dan dibenarkan melihat keseluruhan tubuh atau sebahagian tubuh wanita muslimin :

1-Suaminya.
2-Ayahnya. (Termasuk Datuk di sebelah ayah dan ibunya)
3-Ayah mertuanya.
4-Anak lelakinya (Termasuk cucu dari anak lelaki dan anak anak perempuannya)
5-Anak-anak suaminya dari perkahwinan lalu.
6-Adik beradik lelaki sekandung seibu dan sebapanya.
7-Anak saudara lelaki dari adik beradik yang lelaki.(Selamanya tidak boleh nikah)
8-Sesama perempuan.
9-Hamba.(Pada hari ini bermaksud pembantu rumah yang mana Islam menganggap mereka sebagai sebahagian dari ahli keluarga)
10-Anak saudara dari adik beradik perempuannya.
11-Pelayan. Ada dimaksudkan sebagai kumpulan yan tidak ada syahwat terhadap wanita – insan yang mempunyai dua alat kelamin misalnya.
12-Anak-anak kecil yang masih belum timbul syahwatnya tatkala melihat aurat wanita. Andai masih belum baligh tetapi ketara syhawatnya, aurat perempuan muslim tidak boleh diperlihatkan.


"Minda,senyumanmu semakin menawan jiwaku."

Isnin, 27 Julai 2009

Supir 2

...sambungan...

Tempat-tempat meletakkan kenderaan terhimpun sesampah-sesampah kecil yang mudah dipindahkan oleh tiupan angin.

Premis dagangannya juga kelihatan lengang.

Malam di Orchard Street...

Peleseran pelacuran pelbagai gender masih kekal mengidentitikan imej Kota Singa.
Denyutan nadi ini kencang dan sukar diperlahankan tatkala melihat reaksi spontan di antara pengunjung yang kebanyakannya warga asing berunding cara dengan pengiring-pengiring peribadi untuk perkhidmatan layan mesra jiwa berberahi.
Terkenang Lorong Haji Taib yang tidak pernah dilalui...spontan minda menyindir rasa, "apakah terlalu bersindrom rendah dan miskin jiwa bangsaku sehingga sudi mensinonimkan nama Haji dengan aktiviti rendah akhlak ini untuk bertradisi diwariskan dan nama pendatang satu ketika dahulu berada di segi tiga puncak kemegahan negara."

Hati yang dibawa berlabuh masih ditusuk bisikan keji...meminggirlah para syaithon... sudah ditukar kebanyakan nama...qalbu sering mahu memaafkan...

"Balasan terhadap perbuatan maksiat itu adalah lemah dalam beribadah,sempit dalam penghidupan dan kurang menikmati kelazatan yang menjadi anugerah pada fitrah.
Tatkala ditanyakan apakah maksud ungkapan di sebalik kurang menikmati kelazatan itu?
Imam Ali (karamallah hu wajha) mengujarkan :
Kurang menikmati kelazatan itu bermaksud syahwat yang diperolehi secara tidak halal akan ditemui rasa yang dikurangi dan ditiadakan nikmatnya."

Gadis-gadis dan wanita di Orchard Street itu adalah warga jiranku. Tidak upaya dipastikan keperibadian mereka. Wajah ras utama Kota Singa prianya berwajahkan dara walau pun bukan kesemua begitu.Malam itu ada juga wanita yang asli jantinanya.
Panas berselang dengan sejuk kaki dan tangan dibayangi qalbu tatkala tersua abu-abu arang oleh pembakaran terbuka di tempat awam upaya diibaratkan diri ini pada malam itu.

Gedung Mustaffa membawa sifat Gedung Mydin anika barangan yang murah satu ciri syurga membelibelah baru diteroka.

Terluang masa di Pusat Pameran diacarakan jualan penghabisan stok barangan Amerika yang dianggap menang membeli dan menang memakai lantaran lelongan harga yang amat berpatutan.
Ia hari pertama dilansungkan peragaan dan masih banyak pilihan upaya dilakukan.
$S 63 untuk dua pasang sepatu dari jenama Little John dan Piere Cardine ditambah sehelai kemeja Valentino. Murahkah apabila dihitung dalam kiraan $ Malaysia?

Bersebelahan dengan seorang gadis berkaca mata menyentak rasa apakah akan ada yang berjauh hati dengan sikap berterus terang ku ini?

Emosi ini dengan diperkukuhkan oleh hakikat yang tidak upaya diperdayakan oleh indera yang lima. Maksud diri ialah tidak berbohong bukankah kewajipan beragama? Panggilan-panggilan telefon dan bicara-bicara nafsu itu upaya menjadi sampah yang terampai pudar di lautan selat dan hati meraikan kemeriahan yang melanda bagai badai di jiwa.

Keuzuran syara'i menjadikan Masjid Sultan tidak disinggahi seperti selalu dilakukan untuk mengqasar dan menjamakkan solat.
Masalah meletakkan kenderaan andai tidak dipatuhi cara dan peraturannya kenderaan ini tidak dibenarkan memasuki Kota Singa.

Mengisi kad putih untuk dua negara yang berjiran erat mewacanakan tanya dan runding muafakat untuk ditelek berkat.

Autopass untuk setiap kenderaan persendirian dari Malaysia dengan jangkalupus sepuluh tahun kegunaannya (diri lupa),hanya perlu ditambah nilai seminimum $S 5 setiap hari yang diasingkan bayarannya sewaktu kenderaan memasuki wilayah EMR(lupa), wilayah bandar yang diminimumkan jumlah kenderaan memasukinya kerana kekurangan kawasan untuk meletakkan kenderaan dan juga mungkin menghindari cemar karbon monoksid asap kenderaan untuk dijamin kesihatan warga. Agak-agak saja tidak ada salahnya.

Lebih utama ialah kenderaan ini disewa. Saya tidak boleh menganiaya pemilik kenderaan ini.

Namun jauh di sudut hati ini diketahui masjid ini telah diacarakan pertemuan yang tidak ada hasrat untuk dikaitkan dengan konsep satu negara dengan saya...perasaan ini diperasankan secara tiba-tiba.

Melewati Restoren mertabak kegemaran aruah ayah mengingatkan janji yang termungkir pada perbualan kali terakhir kami.
Perkarangan tempat aruah emak mengambil barangan kemasnya dilintasi dengan kenangan penuh mengusik jiwa. Aruah emak wanita yang gigih berusaha...rindu bertamu lagi.
"Temanilah perjalanan menantumu ini,"ku rayu kasih dan sayang mereka meski ku tahu tiada perkaitan di antara alam maujudku dengan alam roh mereka.

Ahad, 26 Julai 2009

Maaf

31/1/2008
1226

"Apakah yang disayukan?"

"Diplomasi yang membenarkan kematian wanita dan kanak-kanak yang tidak berdosa,"bualan dinihari anak-anak tatkala menonton cakera padat kisah mangsa yang dikorbankan kerana prinsip keyakinan yang mahu melangkaui alam roh.

Bagaimanakah upaya difahami memandaikan bangsa itu terhimpun di dalamnya juga untuk berasa bertanggungjawab kepada Allah?

Bagaimanakah nilai kemanusiaan dinilaikan di saat kekeliruan wujud antara amanah terjerat fitnah?

Bagaimana pula makna bertata susila apabila terancam kehilangan etika lantaran gusar dilapah aib untuk dihidu pekung yang membusung sedangkan sudah diketahui daripada bersahabat dengan orang yang bebal lebih baik berseteru dengan orang yang berakal?

Bagaimana pula upaya dihayati bahawa orang kecil tetap bersifat mati enau tinggal rimba oleh pengetahuan asas mati ikan kerana umpan mati manusia kerana budi,jauh lebih rendah makamnya berbanding dengan "maka apabila datang tempuhnya tidak dapat mereka dikemudiankan biarpun sesaat jua dan tidak pula upaya didahulukan.??"


Masihkah berladung si air mata?
Mengepal kenangan yang upaya dibaja
Berbanding dengan perjanjian aman tidak pernah terlaksana
Hanya menjadi megah untuk diulang sejarah
Mencatat kedewasaan dunia yang kian hilang barakah
Menaup aib dari nafsu sarakah
Bergelimpang jasad gambar warnanya berubah
Dari hitam putih menjadi jelas merahnya darah.

Innalillah hi wainalillah hirajiun.

Jumaat, 24 Julai 2009

Taqwim Muslimmu?

1 Syakban 1430
Jumaat
Sekitar jam 8

Maafkan daku Rejab kerana tidak mengingati hitungan-hitungan harimu yang kian berakhir.

Tiada iftar tiada degupan rohani menjadi ukhuwwah di antara kita.

Istighfarku meladungkan duka yang menjadi salam perpisahan di antara kita.
Namun bertamunya gerhana alam sesudah ketibaan israk mikraj menyegarkan semula qalbu ini tatkala Kebesaran Pencipta gagah memperkasa bukti alam ghaib itu wajib diimani.

Nikmat dari Tuhanmu yang manakah mahu didustakan tatkala bumi yang kecil upaya menutupi cahaya mentari yang lebih besar darinya?

Usulku, berhentilah menganiaya dan memfitnah golongan mukminin.
Usah diambil kekayaan mereka tanpa hak dan secara batil.

Rejab,
Pada batin bulanmu wujud tanya yang keliru apakah benar selama ini direncanakan kewujudan konspirasi ‘dajjal’ sebagai fitnah ke atas Rasul Allah SAW?
Sementelahan watak-watak ciri mukmin itu bertradisi upaya dibina.

Gerhana dan suram alam diminta oleh Rasul agar makanan mendapat tempat disusun tadbir urus agih dengan saksama lantaran sabda junjungan,‘aku mara untuk memetik buah-buahan syurga –andai buah-buah itu dapat ku petik kecukupannya untuk dinikmati berkekalan sehingga hari pembinasaan terjadi.’

Gerhana dan suram alam diminta oleh Rasul agar para wanita didididik dengan iman yang menjadi kebertanggungjawaban besar amanah untuk kaum lelaki memeliharanya (bukan mensia-siakan kewajipan – yang memerlukan kaum lelaki juga diberikan tuntutan melaksanakan kewajipan beramanah) dengan sabda Rasul Allah SAW, ‘aku mundur ke belakang, saat melihat isi neraka terdapat ramai wanita di dalamnya.

Perzinaan dilakukan oleh dua golongan manusia ini,Rejab.
Bujang dan yang telah berkahwin yang memusnahkan institusi kekeluargaan.


Rejab,
Wanita upaya menjadi derhaka oleh lelaki.
Peranan dan fungsi kaum lelaki yang memimpin bagaimanakah upaya menghindari kaum wanitanya dari memasuki neraka?

Apakah sahih pengumpulan dana menjadi tapak menyemai sedekah apabila rasuah dan gejala seleweng itu mengorbankan hak pemilikan mereka yang teraniaya?

Lihat Rejab, pembunuhan Puan Marwa, kematian di Patani, Khasmir, perpindahan beramai-ramai yang memutuskan hak pemilikan bernegara tidak disentuh menjadi paparan tetapi mesej yang terzahir amat jelas tidak upaya dicerakinkan dari minda berpengetahuan kita. Sesungguhnya ada yang tidak wajar dibenarkan berlaku.

Rejab,
Tiang solat sudah kian rapuh roh yang menjiwai pendirinya.
Tidak mampu dan berdaya mencegah dari perbuatan yang sia-sia.

Selamat datang Syakban.

Khamis, 23 Julai 2009

Alam Bunian

"Banyak-banyak jawapan bagaimana soalan ini masih belum dijawab, Cikgu?"

"Belum berpuas hati lagi?"

"Bagaimanakah sebetulnya dari sisi pandangan syariah yang mengemukakan secara yakin kebenaran dan keadilan di dalam Islam itu mengenai ISA?"

"Kamu rangkaikan sudut jenayah dan munakahatnyakah?"

"Cikgu Sastera meminta idea dari prospek sejarah untuk diilhamkan pembangunan minda tetapi dia lupa bahawa laluan ke arah kewujudan Mahkamah Keadilan Berperlembagaankan hukum-hukum syariah sebagai undang-undang untuk permasalahan ummah dibicarakan, tidak mungkin dilahirkan oleh komuniti yang tidak muslim, Cikgu."

"Tentang tawarih sejarah ini pun kamu mahu pertikaikan."

"Tidakkah pemikiran sudah boleh dijualbelikan Cikgu,lalu apa yang tidak lagi boleh dipertikaikan."

"Siapakah yang kamu sindir?"

"Tidak semua orang makan cili api Cikgu, kerana itu bukan semua orang mudah terasa."

Kelas bingar oleh tawaan yang nyaring.

"Manisan madu dengan keju menunya memang tidak menggunakan cili api. Alasan kamu diterima. Cuba kamu jawab pertanyaan saya ini, mengkaedahkan pengisian kemerdekaan di millennium ini kepada siapakah dipertanggungjawabkan apabila keperluan melahirkan warga diberikan cetakan pengimejhan wajah dan keperluan negara lain?"

"Cikgu terimakah sekiranya saya berpendirian bahawa tidak wajar warga menjadi sumber kekal yang dieksploitasikan?"

"Tanyakan juga pada Cikgu Ekonomi kamu!"

"Saya lebih suka andai disudutkan pengeksploitasian ini oleh demokrasi Cikgu."

"Demokrasi sudah tidak mahukan pembangkang."

"Diktatorkah jawapannya Cikgu?"

"Kamu menghasutkah?"

"Pemikiran mahu dimangsakankah juga Cikgu?"

Senyuman dan jelingan Cikgu mempesonakan.

Selasa, 21 Julai 2009

Mengubah Anugerah?

12/September/2008

Menyelongkar peti yang tidak pernah penuh oleh hilangnya muatan menemukan catatan yang jenuh dicari selama ini.

Beberapa bulan yang lalu kami menyendiri di persisiran pantai yang indah pemandangannya.

Keashikan melihat laut yang tidak bertepi sepanjang perjalanan memberi rasa di hati untuk dibenamkan bahawa ciptaan Allah bukan sekadar perhiasan namun ia amanah yang diwalikan untuk insan yang berhati nurani suluhan iman memeliharanya.

Setelah kenderaan dihentikan enjinnya, kami berlarian berlumba untuk mencecahkan kaki ke dalam air yang bergumpal buih memintal gelombang yang berpecah-pecah, saling bersaing untuk memenuhi sudut-sudut di laman pantai dan tanpa diduga kaki-kaki kami seakan tidak upaya dikawal oleh kelicinan muka pantai yang berselut dalam hingga terjahan kaki menerbitkan pepasir hitam yang agak menjijikkan oleh bau dan sifatnya yang bersalut di kaki.

Rupa air di laut yang jernih mulai berubah warna saat kaki menyentuh dasar pantai dan seperti kepulan asap hitam dasar pantai serasa umpama lubuk yang berlubang tidak upaya menahan hentakan kaki-kaki kami. Mulai air hitam membuak keluar yang menjadikan kami berlarian semula ke pantai.

“Beginilah rupa dan sifat sebenar hasil ciptaan manusia,”mulai anak bersuara.

“Pantai dan daratan yang ditebus-guna apabila saat itu tiba,ia tidak upaya bertahan walau dikimpal oleh konkrit yang kental buat menahan aur dari menenggelamkan tebingnya.”

“Maksudnya?”

“Usah keterlaluan merubah apa yang telah dianugerah."

Isnin, 20 Julai 2009

Wujudkah Taqwim Hijrah?

27/ Rejab1430
17/Julai/2009


Rejab berbaki rasa,roh batinnya masih belum disap,keashikkan mengalunkan dunia dengan gentar rasa nubari, Rejab terabai, temu takdir rencananya hanya pada bulan semata-mata.

Larangan Rejab tidak lagi menjadi agenda.
Walau ia kiraan hari untuk Pencipta.

“Benih-benih tanaman ku tidak bertunas Rejab,” Ramadhan bersuara sayu.

Lampu-lampu hikmah nikmat insan-insan barakah tidak lagi ingin diendah selain senda gurau untuk meletakkan keaiban sebagai identiti berperibadi menjadi lumrah.

Bagaimana andai disebutkan ‘buraq’?

Mereka akan kelihatan sebagai makhluk yang bertoleransi walau pun tidak memahami biar sepatah kata bahasa yang berlainan dari yang biasa hanya kerana perkataan ‘buraq?

Mari memikirkan kepantasan perjalanan ke angkasa zaman sebelum wujud sebiji nat skru.

"Itukah yang mahu dinyatakan oleh Rasul Allah SAW,Ramadhan?"

"Mencari pintu-pintu akhirat berjendelakan dunia,Rejab."

"Tenusu bukan dipaparkan dengan haiwan semata-mata tetapi perladangan yang diairi sungai di syurga bersihnyan terbebas dari cemar yang dihirup madu untuk mencernakan pemakanan yang bersih bukan buat manusia semata bahkan haiwan yang mengenetikkan baka."

"Apakah dikau berhiba Rajab tatkala barakahmu hanya diimpikan di akhirat sedang ia bermula di dunia."

"Ramadhan, sehari berpuasa yang hamba miliki sudah tidak upaya dilakukan oleh warga beragama kerana banyaknya hitungan 1000 tahun kiraan masa adalah di dunia.
Membebaskan embargo mungkinkah tidak serupa dengan erti memerdekakan 1000 hamba pada kurun ini apabila pemberian pada dana tabung projek usahasama menggerudi bumi membelah samudera memadamkan kebajikan untuk yang lebih memerlukan dari para warga yang di dalam kepapaan, hilang upaya tiada kudrat lemah tenaga."

"Rejab, maafkan mereka yang lebih menantikan hamba sedang antara kita gandingan pencari kunci syurga."

"Mereka terlupa tatkala perjalanan Rasul Allah SAW dipersenda, sekatan minda mereka lantaran mempertaruhkan akal semata-mata kini kembali berwacana.Sabda jujungan tidak boleh diabaikan di dalam mencari panduan."

"Umat manusia menolak untuk mendapatkan pengiktirafan menjadi ummat Muhammad SAW sedangkan mereka adalah ummat di akhir zaman."

Sya'ban menyapa dari jauh.

Ahad, 19 Julai 2009

Perempuan

Kenangan dari sejarah sememangnya sarat dengan pengajaran.


“Zirkon, nikel dan alloy gandingan yang menjadikan konsep berhias semakin membuatkan wanita bijak di dalam membuat penilaian dan pemilihan,”suara bekas ustazah beralun antara dengar dan tidak.


Saat dia berbicara di hadapan, saya berdailog sendiri dengan minda.


"Bagaimana andai konsep ditukarkan menjadi anjakan berpradigma,"bisikan minda memukul hulu serebelum.


"Wanita melayu suka berhias lengan penuh dengan emas tapi minda kelam dek hilang cerdas. Visi yang tergalas aksi menjadi culas,"namun bukan semua begitulah bisik manja jiwa.


"Saduran emas menjadi ciri cerdas wanita rimas terhadap hutang-hutang yang diistilah sebagai kelaziman di zaman yang serba pantas,"jerkah minda setengah menjerit.


“Mengapa Ustazah meninggalkan sekolah?”minda tersenyum penuh rahsia saat bertentang mata dengan Ustazah yang sedang gigih mengasuh tenaga kami yang kian mudah terpana.


Soalan disimpan kerana pernah tersua amarahnya lantaran seakan wujud tidak ada rasa penghormatan murid kepada gurunya lantaran soalan-soalan yang tidak membantu kesedaran untuk menjadi berjaya sebagai seorang pengusaha.


Dia mungkin berasa kecewa kerana muridnya tidak mensasarkan peningkatan yang bermakna pembaziran telah dilakukan ke atas masa wang dan tenaga kerana masih kekal kemahiran di tahap pertama.


Tetapi minda saya merungut kerana keuntungannya yang disasar tidak akan tercapai yang akan saling mengait di antara satu tahap ke tahap yang lain yang akan menggagalkan kenaikan pangkat individu sasar di dalam kumpulan.


Tapi suara tidak terkeluar menyedari hakikat ustazah tidak pernah kecewa malah dipujuknya agar diikuti kursus NLP dan selepas itu dia akan sedia menerima apa pun keputusan yang akan saya lakukan.


"Gaji guru terlalu rendah tidak setimpal dengan usaha bakti pengorbanan yang diberikan kepada masyarakat dan negara. Lantaran itu ramai guru wanita berjaya mendidik di medan yang lain selain di sekolah,"jiwa memperhalusi naluri sanubari.


Semakin dia berceramah di depan saya berceramah dengan minda mengimbas karier ibu mertua yang cekap berniaga sehingga mulai mengenal perbezaan-perbezaan emas.


“Emas 916 emas padu sebab itu mahal,"emak mendapat kepercayaan peniaga Cina emas di Singapura sehingga emak berjaya menerusi kepercayaan ini.


Kakak yang tua pula mendakwa,“bila beli yang asli dikumpulkan sedikit-sedikit himpunannya boleh menjadi cagaran untuk meminjam di bank.”
Kuat pula suara kakak di telinga.


“916 ini 22 karat campuran 8.4% logam apabila dibandingkan dengan emas sadur ternyata emas yang mengandungi campuran besi suasa dan tembaga yang dikenali sebagai alloy merupakan pilihan yang lebih memanafaatkan wang kerana perbezaan nilai."
Ustazah kian lancar penerangannya.


Minda juga kian pantas menggambarkan fungsi wang yang khilaf terurus membinasakan manusia dan matlamatnya menjadi sia-sia hingga tidak wujud jaminan untuk dipelihara.


Cabaran Ustazah mengenai NLP membawa erti rahsia di dalam diri saya.

Sabtu, 18 Julai 2009

Laman Bunian

2 /Rabiulakhir/1430
24/April/2009
1216pm

"Cikgu, saya mahu bertanya boleh?"

"Soalan-soalan kamu mesti berasal dari luar buku teks, betulkan?"cikgu tersenyum lawa.

"Cikgu juga yang mendorong untuk kami berfikir seperti seorang pereka cipta."

"Saya mahu kamu mengenali fungsi tugas dan kuasa.Bukan mempertikaikannya."

"Tetapi cikgu Sastera menganjurkan perlu dikenali hak dan milik menjadikan sesuatu itu boleh dipersoalkan."

"Apakah soalan kamu?"

"Bagaimanakah pengajian dan pendidikan sains politik yang dianjurkan sebagai salah satu cabang ilmiah keintelektualan sebahagian besarnya upaya menjadi saluran pengkhianatan terhadap makna-makna rahsia-rahsia negara terdedah yang kemanusiaannya dizahirkan sebagai sikap prpfesional di millennium ini?"

"Buku apa yang kamu baca ini?"

"Buletin Harvard dan Journal Hubungan Luar Negara."

"Tidakkah itu terkandung di dalam Akta Rahsia?"

"Minda kelas pertama dunia tidak menyimpan rahsia Cikgu."

"Majalah seumpama itu mahal.Boleh menghasilkan pendapatan."

"Mungkin juga cikgu.Setiap satu dinilai dengan 56 dan 63 mata. Malah ada yang diberi dengan percuma."

"Kamu sedarkah wujud fenomena pengumpulan idea?"

"Untuk pelaburan peradabankah Cikgu? Rasanya tiada tamadun yang mencuri tetapi ummat zaman itu yang tidak beradab sedia menyadur."

"Tiada yang baru melainkan diberikan pencerahan. Kamu ini lurusnya mengikut bendul,belum bergigi sudah mahu menguyah. Mudah dipermainkan nanti."

"Tetapi minda tidak memerlukan kotak berpetak Cikgu."

"Tetapi kamu jangan lupa minda boleh dicetak."

"Seperti hutang yang dicetak dan kemudian dijualbelikankah Cikgu?"

"Apakah isu kamu dari soalan tadi?"

"Isu rasuah khianah tidak beretika yang membinasakan kepercayaan ummat mengapakah tidak dicadangkan sebagai penyelidikan yang bermanafaat didepani secara ilmiah."

"Kamu melakar bentuk sekotak minda."

"Minda bukan dikotakkan Cikgu tetapi dipetakan kerana setelah pengkajian dasar-dasar dalam dan luar negara dilakukan, ia dijadikan ‘informacy task’ yang dibukukan sebagai pendedahan untuk penganalisaan dan kupasan ilmiah yang secara tekniknya mengadaptasikan perilaku pengkhianatan terhadap dasar-dasar negara."

"Kamu mahu menjajah siapa dengan isu ini? Keilmiahan itu tidak dipenjarakan."

"Bau busuk terhidukah tanpa bangkai Cikgu?"

Khamis, 16 Julai 2009

Buku Ku Hilang

12/12/2008

Malam tadi catatan pesanan ringkas terpapar sehingga ke pagi.

"Suara bicara yang menyepakati kenaikan harga barangan atas ketoleransian kehendak kemelesetan keewangan,"sungutan nada kesal kedengaran.

"Isunya adakah hanya sepihak sahaja yang menjadi pengguna?"

"Sudah terhantuk baru terngadah!"

"Bagaimanakah tuntutan kewajipan memahami undang-undang berjaya menjadikan sesuatu penguatkuasaan (gazet pembaharuan dan perubahan) dihadami oleh warga awam?"

"Apalah yang mahu dikau harapkan setelah begitu lama riba digazetkan sebagai sebahagian undang-undang keewangan walau perlaksanaannya bersifat menganiaya pengguna yang terdiri dari warga berpendapatan kurang tiga ribu sebulan, perkongsian telah membenarkan pengeksploitasian."

Catatan ini ku biarkan sehingga tadi malam.

16/Julai/2009

Senyuman berbunga di hati.
Teka teki disantun dengan budi oleh keinginan buat diketahui bagaimanakah mungkin terjadi menjual hutang dengan belian tunai pada masa ini?

Mereka bertoleransikah demi menyusun pengaturan semula sistem yang telah lama saling mengkhianati sesama sendiri.
Demokrasi yang tidak menghormati hak-hak kemanusiaan yang asasi.

"Apakah di dalam ekonomi tiada kemanusiaan duhai hati?"

"Berhiba?"

"Kewarasan ku hilang apabila yang dijual ialah kertas-kertas kosong dengan angka-angka yang tidak terhitung nilainya dengan hutang,"manis senyuman itu memukul debar di jiwa.

"Maksudmu ia sebahagian penunjuk sifat 'torture dan abuse' kepada sosial pengguna?"

"Sama seperti penjurusan angka-angka yang mengongkong dan mengkotakkan hak untuk memilih. Piawai paksa ini pakaian kemegahan para diktator."

"Bursa perhimpunan lepak hanya medan buat sejumlah kecil pengurup wang yang belum tentu amanahnya. Sandarkan gelisahmu di bahuku."

"Hutang yang sedang menongkat langit di wajah pimpinan yang rasuahnya ditakar hikmah kabilah-kabilah badwi dan yahudi tidak upaya lagi dipandang dengan rasa hormat."

"Bukankah percampuran gennya telah berkembangbiak namun andai benar dikau mahu melepaskan resah dan tekanan luahkanlah."

"Pernah juga ku tanyakan pada Puan 'Sanggam' adakah benar masyarakat dari keturunannya (cina) hanya melihat ekonomi sahaja sebagai keperluan untuk hidup dan apakah upaya dihindari bahawa masyarakat ini juga berwatakkan dengan sifat ‘neocoloni’ tetapi secara berhikmah?"

"Apakah jawapan yang dikau terima?"

"Dia melenyapkan sebahagian dari pertanyaan ku tanpa mahu membukakan pintu laman dan jendelanya untuk ku masuki."

Peti simpanan ku ...
Siapakah yang menyimpan kuncinya yang hanya satu itu?

Mereka berdagang menggunakan hutang?

Digalas oleh unta-unta gulungan hutang-hutang itu sebagaimana diarak masuk darjah kebesaran mili para sultan di zaman Khalifah Muawiyah/Abbasiah sehingga terluput waktu solat aidil fitri tatkala menanti rombongan perarakan penanda kebesaran tiba.

"Menjual hutang. Menjual hutang. Menjual hutang!"laungan nyaring diselang bunyikan digital buzzzzzzzzzzzz.

Paparan slot jualan kertas dan akuan hutang sering menindih berbagai rasa apabila berselang seli perut-perut buncit kepala besar mata yang tersembul dengan rangka tidak berdaging dan pecahan-pecahan batu jaringan lubang-lubang peluru bertanda merah darah menjadi mahligai para sepupu Tuan telaga dan dermaga juga Puan pemilik stesyen tempat dirangkul satelit pra bayar.

Iklan itu dijawab dengan pembelian tunai.

"Masih berhibakah dikau?"

Longgokan buku-buku baru menyapa lemah lantaran pengabaian yang tidak disengajakan untuk memulakan pembukaan lembarannya.

"Kolam lopakmu yang dalam akan daku selami."

Selasa, 14 Julai 2009

Tepuk Dan Tari?

Singgah Sejenak Di Blog Frekuensi

Terlalu kerap radang yang dianggap keterlaluan ini yang menyinggah di minda yang sukar didinginkan hingga tercatat catatan ini akibat kerasukan konti yang mengawal kebebasan diri.

Terasa umpama ibu kota ini tidak menggambarkan ia terletak di sebuah negara yang berada di rantau Timur yakni mungkin wujud jejakan bekas tinggalan rasul kekasih Tuhan dan insan solihin.

"Minda, mengapa begitu keras dakwaanmu?"jiwa yang lembutnya sering tidak tepat pada masanya mulai berbisik.

"Tidakkah dikau lihat keberanian moral pekerja konti seolah-olah tidak memerlukan pemberdayaan beretika yang tidak hanya memenuhi kehendak global tetapi juga keperluan untuk diukur nilai kemanusiaan keimanan lantaran sudah terbiasa fenomena normal yang lumrah melihat dan menghasrat apa sahaja yang dibawa oleh barat,"minda telah kerasukan akibat suara pemuja Amerika entah Eropah entah Asia itu.

"Apakah mereka tidak menyedari bahawa pekerja asing dan keluarganya dari rantau Asia Tenggara juga ingin melihat keaslian jati berperwatakan yang disebut Timur Tengah sebagaimana yang dinukilkan oleh Al-Quran sebagai lembah-lembah warisan keimanan lantaran angkasanya pernah diberkahi hujanan limpahan wahyu dari langit yang membuka sinar cahaya ke seluruh alam,"kini jiwa mulai dijangkiti radang virus yang entah apa akan diberikan namanya."

Mungkin kerana kepanasan dari persekitaran West Bay yang berdekatan dengan persisiran pantai menjalarkan virus ini setelah terpaksa memasuki perkarangan kroni.Imbasan ini mulai jelas.

Terimbas semula tatkala tersua insiden kenderaan rasmi penaja Tenis Wanita yang mungkin dipandu laju sehingga hilang kawalan dan kenderaan mewah itu menaiki pembahagi jalan akibat meletup tayar hadapannya.

"Mencubalah radang mindamu itu dipindahkan kepada tayar,"jiwa berseloka ria untuk memadamkan gelora minda.

"Ya meletup dan tidak lagi kenderaan itu upaya dipandu lagi.Kenderaan tajaan hanya umpama hamba yang perlu meraikan setiap ketika,"marah minda ini perlukan masa untuk diredakan.

Diri membuang jauh-jauh tekanan yang disengajakan untuk membuatkan minda upaya dikecewakan.

"Penggunaan buku yang ideanya mahu diabaikan hak miliknya untuk disusun semula dan digunakan oleh anak-anak kita sedangkan peperiksaan Agama Islam bukan menjadi pelajaran wajib malah tidak menjadi antara mata pelajaran untuk diduduki di dalam peperiksaan dan kita ini komuniti senegara!"marah ini masih bernyala sehingga kasih itu rela ditolak.

"Mungkinkah mereka itu tidak tahu berbahasa melayu?"racun jiwa menambah siksa seluruh jasad dan minda.

"Mereka tidak menghayati cabaran millennium kini yang secara rakusnya mulai memudarkan sifat jati kewarganegaraan, secara beransurnya bukan menghilangkan nilai sebuah bahasa malah upaya mengikis maklumat berbudaya yang mengesahkan fikiran dan perasaan kita sebagai manusia yang berbangsa."

"Dikau tidak gentar ditekan oleh rasa perkauman?"

Sudah tepu untuk dilayan jiwa-jiwa yang masih tersula oleh bisa racun setanggi madu sejak tahun 57 yang hanya sekitar setakar jiwa sejambak rasa juga sedulang minda hingga terungkap apakah akan kita hargai kekhilafan cetak atau kehilangan kekhilafan fikiran yang berharga oleh panduan agama?

Apakah mungkin diwajarkan pembelajaran di dalam bahasa sendiri untuk warga-warga yang berada di luar negara sehingga tidak mereka terlepas peluang mencipta kejayaan di negara sendiri?

Frekuensi ini melobi minda dan hati setiap hari.Sedangkan kempen telah lama berlalu pergi.

"Terlalu ingin disuarakan bahawa bagaimanakah mahu dinafikan kesan pencorakkan pendidikan itu amat mempengaruhi cara dan adat sesuatu bangsa itu berketrampilan dan berkebudayaan,"minda masih tidak padam radangnya.

"Di tanah air kini berdilemma dengan natijah pendidikannya yang kini diselamatkan oleh hampir kesemua pelajar yang kukuh penghayatan agamanya untuk menerobos sempadan melintasi benua yang tatkala dujar nama tanah air hampir kesemua mengukir senyum tanda menyetujui sebutan nama itu.

Namun apalah yang berbaki bila bahasa sudah tidak dimengerti?

Apalah yang bersisa bila budaya sudah tidak beretika?

Apalah yang bernama apabila sudah tidak jelas pengertian agama?

Kesal andai aqedah tauhid juga perlu dijenamakan mengikut kepentingan.
Semakin tidak difahami makna persamaan hak dan keadilan jika ini upaya memisahkan kasih saudara untuk bekerjasama.

Ahad, 12 Julai 2009

Wanita Sebagai Tebusan ? Marwa Sharbini

Sangat terzahir bagaimana diperkecilkan ketoleransian Islam sebagai pemimpin zaman yang diusahakan oleh media barat juga timur.

Intelek media kini semakin merundum lantaran ketidak pekaan untuk mereka menyedari selama ini kebanyakan mereka mendapat ganjaran tertinggi di negara-negara penghasil utama sumber tenaga yang dituntut oleh Amerika dan negara industri buat dibiayakan penyaluran modal untuk diaktifkan semula kegiatan ekonomi.

Apakah intelek media tidak memiliki ruang menggunakan sepenuhnya psikologi yang mewakili 'kemodenan' dan kemajuan peradaban tamadun barat yang kini mempiawaikan ketinggian info dan maklumat yang tidak upaya disekat dan selama manakah sifat bias sedia diterima di dalam masyaarakat moden pada abad 21 ini?

Adakah lantaran bimbang untuk bersikap defensif pelaporan berita ini tidak mendapat tempat di televisyen?

Adakah semangnya mahu dicetuskan perbalahan untuk dihindari akan kepekaan warga (muslim khususnya Asia) kini terhadap kewajaran untuk mereka turut mengetahui bagaimana sumber kekayaan negara mereka tidak menjadikan faktor pengubah itu dimiliki oleh pemimpin mereka?

Kewujudan 'Mr. Alex' ini sesungguhnya menzahirkan nilai dan kualiti pendidikan kemanusiaan yang berjaya dihasilkan oleh sistem pendidikan barat yang seolah-olah tidak memiliki sasar berbudaya bagi menjalinkan keharmonian terhadap makna perbezaan bangsa budaya bahasa agama sosial yang mewujudkan perbezaan cara hidup dan berfikir ummat.

Ini merupakan di antara halangan-halangan untuk dihayati bagaimana kemahiran berfikir itu turut disepadukan oleh kebebasan bermaklumat dan kemunduran ummat telah dimundurkan oleh peradaban yang mahu dikekalkan untuk menjadi sistem yang tidak lagi menyumbangkan kesejahteraan dan keamanan kepada dunia dan penghuninya.

Kemandirian ummat dilemahkan oleh ketidakbolehan mengoptimumkan bahasa dan budayanya setelah agama diumpan untuk tujuan kekayaan.

Media yang dikronikan juga tidak membawa apa-apa manafaat apabila penginteraksian media untuk berintelek tidak upaya menjadi perawat kepada cabaran yang disengajakan dicetuskan bagi mencabar kemanusiaan minda.

Jumaat, 10 Julai 2009

Galakan Untuk Berbohong?

Melihat wajah-wajah manis di salah satu blog yang gigih mengusahakan agar bisikan-bisikan kesayuan yang dipenjarakan oleh peradaban berpengetahuan meladungkan kelukaan...

Diutus di pancaran mega mesin robo dan tech suara sang perayu yang berawan hati buat menghayati mehnah bekam tinggalan penjara yang menjarakkan dua jiwa yang mahu bersatu hati ... keluarga yang mahu bahagia bukan derita oleh ISA...
Apakah keluarga tahanan ISA tidak memiliki memori luka duhai pencinta istana bahagia?

"Andai benar mahu berpradigma tidakkah kita mesti menzahirkan kebenaran secara adil dan saksama selain kebersamaan di dalam penginformasian maklumat mengenai penyelewengan, salah guna kuasa, amanah yang dikhianati, dasar-dasar yang tidak benar-benar memelihara keadilan di dalam demokrasi, pemalsuan informasi di dalam pilihanraya, rasuah, pemberian hak yang tidak sama kepada syarikat luar di dalam urusan pengendalian maklumat dan informasi negara yang juga menegaskan keperluan kebebasan bersuara berhimpun tidak digagas untuk mudah diprovokasi oleh sentimen yang merugikan perundangan yang tidak adil penghakimannya apabila berterusan wujud tahanan tanpa pembicaraan setelah pengetahuan dimiliki sepenuhnya masihkah pendekatan untuk mengkaedahkan kesalahan jenayah sukar dirungkaikan?"

Laman-laman minda mulai berbelantarakan keresahan.

"Upaya dengan kudrat yang manakah untuk dikenali wajah sebenar pembawa beban ke ataskemodenan pemikiran dan adab beretika ummat masa kini andai kebebasan bersuara selama ini tidak mematlamatkan bagi dipelopori kemunasabahan diwujudkan sebuah Persatuan Muslimin Se Dunia yang lebih berintegriti bebas dari payungan perlindungan untuk lebih berintegriti bagi menggantikan amanah yang selama ini disia-siakan oleh kepimpinan yang ada?"

Jiwa dan hati meneutralkan minda sedang cemburu memindahkan rasa.

"Penginteraksian kepada media untuk berintelek bagaimanakah menjadi perawat kepada cabaran yang disengajakan bagi mencabar kemanusiaan yang tidak dibenarkan menyumber salur tenaga dan upaya usaha? Sedang yang dipapar inginj aju dan maju hanya yang mengimbuhkan keuntungan yang memiskinkan kemanusiaan!"

Kumpulan demi kumpulan diwujudkan namun nasib yang dibela masih pada arah yang serupa.

Rabu, 8 Julai 2009

Sahabat?

Upayakah satelite menjadi pendajjal di alaf ini?

Minda menelaah ketika menonton Transformer siri ke dua untuk digapai cernaan apakah penyerlahan masa hadapan sepenuhnya bergantung kepada tuntutan pencerahan semula setiap bidang kehidupan dan aktiviti manusia.

"Kedengarannya seperti bukan pembaharuan yang ditaja,"sopan minda berbahasa.

Tidak banyak aktiviti yang upaya dilansungkan apabila berhadapan dengan tekanan selain memenuhi kehendak anak-anak yang berminat menonton tayangan gambar di panggung wayang.

Corniege kini tidak lagi disinggahi. Mungkin kerana terlalu padat pengunjungnya di hujung minggu. Mungkin juga kerana bau-bauan yang sesekali dihidu dari rerumput yang menghijau.

City Centre pula tiada kedai buku yang upaya menjadi daya tarikan untuk dipadamkan kenang-kenangan saat ‘bersantai’ di Konikuniya, MPH dan Popular Sunway umpamanya walau tidak membeli buku, ada ruang bercengkerama dengan buku disediakan untuk terapi menyurai tekanan.
Lapangan menjamu selera juga yang terhad ruang himpunnya menjadikan beberapa kali perlu berdiri-diri sambil menjengah-jengah menanti ruang kosong yang ditinggalkan lantaran bilangan ahli keluarga kami berjumlah enam orang.

Landmark pula sangat-sangat jarang dikunjungi. Gedung hartawan biar pun dibuka seluas-luasnya buat warga pekerja masih ia menginteraksikan sudut posisi gaya kamera apabila diperagakan model-model baru kuasa enjin yang berimej mewah yang hanya menjadi igauan lelaki-lelaki moden masa kini.

Westbay kawasan larangan buat kami.
Kompound rasmi tidak menjadi acara yang disambut di dairy kehidupan kami untuk disimpan apa-apa nota kerana kami tidak berkomuniti hanya berinteraksi atas dasar persaudaraan dan persahabatan.

Villagio kini juga semakin jauh dari hati.
Bukan kerana sudah tiada lagi kerusi-kerusi untuk diserapahkan mentera buku yang sering disimpan di dalam tas tangan yang menjadi hobi sambil memerhati reaksi pengunjung yang mengunjungi tetapi kerana hati tidak ingin dan tidak sudi lagi.

Pernah disesalkan oleh seorang rakan andai ke majlis ilmu ia lebih bermanafaat … kekadangkala sasar fokus hanya upaya sehala sahaja apabila ada yang 'keuzuran' tidak dapat hadir bersama.

Terasa juga sukar bila terikat lelah pada protokol temu janji sarapan pagi yang perlu diselenggarakan jangkahayatnya jika mahu difungsikan keterlibatan diri. Namun sebenarnya lebih cenderung bagi mengelak diri dari berpoco-poco dan tanggungan 'berkebajikan' bagi memenuhi tabungan yang ada ketikanya memunculkan berbagai hujahan bagi menyerahkan kutipan perkumpulan-perkumpulan yang aktif kegiatannya.Sementelahan perkumpulan yang tidak berdaftar lebih mengimejkan kesukarelawan buat dierat hubungan persaudaraan.
Namun acara kelas pengajian agama anak-anak amat dibanggakan yang sesekali kemeriahan di gelanggang bowling dikira satu kemunasabahan. Ia hanya dirasakan pada tahun pertama dan ke dua ketibaan.


Pengisian dalaman interaksi siber anak-anak bagaimanakah diikuti?

Bagaimanakah karenah anak-anak di dalam siber, manja dan lunak gaya yang kini menjadi terapi sepanjang hari?

Bagaimanakah juga karenah ibu dan bapa mereka yang kini turut memerlukan terapi di media siber yang tidak sepenuhnya terpelihara roh akhlak dan moralnya?

"Apakah dikau kini juruhebah yang menjadi juruheboh? Sekadar itu sahajakah format fungsi keberdayaan dikau atau hanya menseleberitikan yang berfokus kepada gossip semata-mata?"minda membakar jiwa.

"Dikau tidak takut ada yang akan terbakar inderanya?"hati memprotes dengan cuak.

Gaya dan cita rasa bagi yang mengikuti perkembangan fesyen pula bagaimanakah disusun-aturkan kuasa memilih untuk dipaksakan kuasa membelinya, sedangkan anak-anak masih tidak berpendapatan sendiri dan bagaimana mahu dibohongi bahawa mereka adalah perokok dan pengguna tegar telefon bimbit?

Tatkala direwang-rewangkan perolehan pendapatan berlebihan yang diterima menjadikan poligami berupaya mengemaskinikan pengaturan tekanan, kepercayaan siapakahkah yang mahu diacarakan?

Mampirlah usah meminggir agar dirimu tidak terusir.

Tiket berharga 35 riyal digandakan dengan 6 membazir wang menjadi tabiat yang terbentuk secara perlahan-lahan tanpa disedari.

Tiada apa yang baru tentang Transformer anak-anak mengujarkan. Yang lelaki hanya berminat pada grafik kombinasi dan audio visualnya.

Saya terlelap di penghujung tayangan seperti mana tatkala menonton Pirate Of the Carribean dan mengalami kesukaran bernafas yang mungkin disebabkan menghirup ais karbonat dan bertih jagung manis juadah wajib di panggung wayang tajaan CocaCola.

Adakah atas keperluan atau tanggungjawab atau kewajipan perlu banyak kemusnahan sedia dilakukan misalnya kerosakan sebuah perpustakaan, sekolah umpamanya,rumah contohnya oleh perjuangan mahu menjadi utusan penyelamat?

Persahabatan dan kasih sayang juga mahu dirempuh kesetiaannya?
Bahaya andai begitu niat yang dipendamkan.

Meninggalkan penipuan bukan menjadi tabiat?
Berhentilah menjadi orang yang tamak.

Saya tidak mengikuti dan tidak memerlukan GPS sebagai sindrom berkongsi isu.

"Berhenti mendimensikan fikiran boleh?"minda membisik perlahan.

Sejauh manakah kebenaran lantaran ketakutan diperlukan perlindungan tetapi tanpa kepentingan kita sedia menangguhkan pembelaan?
Hipokrasi siapa yang mahu dijunjung saat ini?
Falsafah?
Falsafah kepala lututkah bila masih tidak upaya melihat hakikat bukti di hadapan mata.

"Mengapa tiba-tiba memprovokasi?"protes digemakan.

Adakah anda mahu memunasabahkan kewujudan 'Dr.Jekyll' dan 'Mr Hide' lantaran diutamakan kualiti yang sedia mengkrompomikan pelupusan penghargaan diri kita yang asli dengan suntikan nasihat dedikasi tetapi lebih merupakan tiada sandaran akibat berani menanggung risiko pada pelaburan yang dioptimumkan oleh sijil boleh niaga campuran faedah dan kepentingan?


Jika meminati lagu Mariah Carey tidak bermakna meminati cara dan gaya hidupnya.

"Aduhai... mengapa ke situ memprovokasi satelit diri bersimpang perenang berdiskusi?"jiwa menyuara simpati.

Bacul sifat bermaruahkah apabila sedia membunuh wanita dan anak-anak dan meletakkan diri sendiri sebagai pemerintah?

Bagaimanakah kemerdekaan diaplikasikan oleh demokrasi?

Bagaimanakah diabaikan keperluan dikurangkan perbelanjaan dari pendapatan negara?

Tol siapa yang bayar?
Minyak siapa yang bayar?
Duit parking siapa yang bayar?
Berparti dengan wang subsidi?

Bagaimanakah agaknya berada di khemah pelarian dan hidup dengan cara dan gaya sebagai seorang pelarian bukan sebagai anak bangsawan?

Selama manakah kekurangan modal bagi pengurusan ekonomi diperlukan pembiayaan dengan cara berhutang yang menghasilkan tekanan kepada sesetengah negara yang hak kebersamaan untuk membangun dasar pengswastaannya masih menjadikan warganya miskin.

"Tahan dan penjarakan minda juga pemikirannya!"

Bagaimana caranya?

Selasa, 7 Julai 2009

Rasa

Saat mahu ditemui kewarasan zaman, suara itu sering menghalang dan kerap mencabar kejujuran insan.

Kerasukan kerakusan mentaliti yang diimbuh bentuk oleh sistem pemanipulasi mengundang penyusutan kesihatan apabila segala kemahuan dari sifat kehendak dilakukan dengan kaedah paksaan.

Dasar-dasar polisi menghantui diri.

“Mana diletakkan nilai khianah bila amanah melesi lunturkan warna serebelum akalmu?”

“Telah disusun pada unit-unit peralatan yang nat-nat kecilnya berselerakan.”

“Proses pengembalian hak berperadaban diganggu pada setiap jurusan.”

“Itu yang menjadikan idea pengkreatifan tidak mendapat penghormatan. Kecerakinan juzuk-juzuk vektor pada nilai pegangan diatur oleh budaya genetik pemanipulasi.”

“Tutur lisan bicara rangkai dan kata menyusunnya biar beramatan.”

“Keramatkah hanya dengan suara?”

“Keramat itu lebih menjadikan manusia beristimewa.”

“Mengamat maklumat menumpu tajam pemikiran hingga upaya diadaptasikan kekeliruan makna kebebasan melingkar kewaspadaan.”

“Lalu perbezaan taraf insan menjadikan dibenarkan saudara saling berjauhan biarpun jarak saling berdekatan?”
Dari hanya kerana secupak rezeki mengasing masyarakat hingga nasib dan tuah pada mata yang ‘jahat’ terlihat indah?”
Yang tertindas dipaksa memilih miskin merenung bahagia dengan mimpi igauan?”

Isnin, 6 Julai 2009

Melawati Melayan Hati?

Assalamualaikum Tuan dan Puan,

Inginkan pandangan Tuan dan Puan mengenai kewajaran wujudkah perkaitan pilihanraya di negara-negara yang telah merdeka, yang mengharuskan turut dinobatkan sama sokongan ke atas calon-calon kepimpinan Amerika di mana siri-siri kempennya diseiring selangkahkan dasar bersama yang selama ini tidak pernah bersedia untuk menerima kelemahan penguatkuasaan polisinya yang telah melahirkan sistem monopoli yang bersifat eksplotasi .

Apakah wujud perkaitan pilihanraya di mana-mana negara yang telah merdeka yang mengharuskan dinobatkan sama calon kepimpinan luar untuk menjadikan kita seiring langkah bersama mereka yang selama ini mencabuli hak-hak kebersamaan dan hak-hak awam menerusi dasar-dasar yang memecah persatuan dan perpaduan marhaen di negara-negara yang kaya sumber tetapi miskin idea?

Berada berhampiran dengan wilayah yang menjadikan pelarian sumber perjuangan tidak sepatah dari mulut calon-calon ini mengungkapkan kata dengan berani bahawa embargo di Gazza adalah hasil dari perancangan dan kesilapan dasar memonopoli ke atas kepentingan yang mahu dipelihara dan ia akan terus menjadi tema untuk berdekad lagi yang menukar posisi menyubur dan mengembangkan penjanaan fungsi ekonomi apabila sumber-sumber alam diubah menjadi bentuk tenaga untuk pasaran mendatang yang sekali lagi bermotifkan untuk menyelamatkan negara mereka yang sedang menuju ke arah kemiskinan oleh limpahan tumpuan kekayaan hanya lingkungan ke atas negara sebelah Utara dan beban hutang yang diraih oleh dagangan pada akuan-akuan hutang yang ditangguhkan pembayarannya sedangkan barangan telah diedarkan dan didakwa sebagai ikat janji yang terjamin?

Apakah pandangan untuk tidak menjadikan barisan-barisan ini sebagai kepimpinan yang tidak diteladani kerana harga kemanusiaan kepada mereka hanyalah ke atas bangsa mereka sendiri kerana sentiasa beranggapan negara mereka sahaja yang kuat oleh bersatu setelah berjaya memecahberaikan negara lain?

Bagaimanakah keperluan menjadikan karektor kepemimpin tanpa amanah apabila sentiasa sedia dan rela membina kekuatannya di atas kehancuran dan pembinasaan kebebasan warga dan negara lainnya?

Calon ini hanya bangga ke atas nasionalis dan membina sikap patriotik untuk disemaikan semula semangat asobiah dan sangat perlu tanah air membebaskan diri dari sebarang pertalian perikatan pemujaan pendewaan dengan calon-calon ini.
Nasionalis itu apakah dengan mewujudkan pengabaikan warga yang didiskriminasikan untuk disembunyikan kehendak ego?

Masih menyorot di dalam buku tentang tasawur jahiliah atau kedunguan bahawa sistem pencernaan dan penggabungan akar walau berubah ciri asobiahnya masih menekankan kepada tanah air yakni negara,bangsa yakni perkauman, kekeluargaan yakni puak dan jenis nasab yang menjadikan ia kepentingan-kepentingan untuk diperjuangkan.
Sehingga kesan globlisasi masih perlu dilengkapi oleh pemutlakan sifat individu yang darjat kepenggunaannya masih dihimpit oleh aspek kebendaan dan ia dianggap temasya untuk menjadi alasan kita akur pada hanya satu negara sebagai proksi untuk segala-galanya.

Siapakah proksi-proksi dan pelobi-pelobi untuk negara ini di kalangan kita yang menjadi warga negara yang merdeka negaranya?

Kita wajar memiliki kekuatan dari acuan masyarakat etnik yang berbilang bangsa yang kita miliki sendiri kerana penghijrahan beramai-ramai di alaf ini berupaya menjejaskan identiti dan keaslian bahasa untuk berbudaya.

Apakah satu kesalahan untuk menentang sekeras-kerasnya seandainya kita turut sama menyamakan perjuangan kemanusiaan kita dengan label hipokrasi mereka?

Bagaimanakah untuk memiliki perbezaan dengan mereka seandainya kita ingin menjadi perintis perubahan yang tidak ada sangkut paut dengan mana-mana idealisme yang tidak berealiti yakni tidak upaya embargo dilihat sebagai pencabulan hak-hak kemanusiaan dan bagaimana pengamal dan pejuang hak asas kemanusiaan ini berpihak untuk menenggelamkan masalah utama perlanggaran undang-undang terhadap rakyat Palestiean khususnya di Gazza?

Adakah demi kemaslahatan bersama oleh tuntutan ekonomi?

Akui dan sedarilah di dalam proses memberi warna kemajuan dan permodenan oleh persilihan gilir ganti peradaban, watak-watak masih kekal untuk proses penyaduran kebenaran dan keadilan di dalam Islam oleh pengkhianat yang mensia-siakan hubungan.

Tuan dan Puan,

Adakah kita mahu merealitikan peperangan sebagai utusan perdamaian?

Ahad, 5 Julai 2009

Memasyarakatkan Aktiviti Atau Aktiviti Di Masyarakatkan

Mari mempelbagaikan pandangan mengenai sosial dan persekitaran dunia yang semakin menterjemahkan kewujudan pengaruh kedudukan status elit,yang menggunakan kekuatan untuk memperkuatkan sistem yang ada,yang mulai tercabar oleh kelemahan dan kegagalan untuk mendepani kemelut kemanusiaan yang dihasilkan oleh percaturan kuasa-kuasa politik,dan kejayaan mendominasi ini wajar dipersetujui telah menemui pengakhiran nokhtahnya,untuk ditoleransikan yang memberi ruang dan kesempatan untuk berfungsinya sistem keadilan kebenaran, dengan fokus mensejahterakan warga yang dihargai sebagai sebahagian dari tenaga yang membangunkan negara atas sumbangan paling optimum mereka untuk menyeimbangkan kekurangan kesan dari amalan kronisme dan nepotisme yang meletakkan penyelewengan sebagai sesuatu yang tidak mencemar integriti dan daya intelek manusia.

Kebolehan memecahkan perpaduan dan kesatuan antara unit individu yang menjadi pendokong kesepaduan komuniti kebertanggung jawabannya,sebahagaian besarnya adalah di tangan para diplomat yang menularkan idea wacana dasar polisi negara sehingga mekanisme pertindihan aktiviti dan program hanya melemahkan keberdayaan kebolehan minda untuk berinteraksi buat menyemarakkan ketinggian kualiti jati diri warga yang menzahirkan kesempitan hati untuk saling bekerjasama yang kesannya menghilangkan potensi diri setiap individu untuk diperkasakan pemutlakan kuasa 'esekutif' wakil pengurus tadbir.

Bagaimanakah upaya dihayati bahawa diplomatik kini bukan lagi pada status politik sahaja apabila program kemasyarakatan kini telah upaya dikendalikan secara bersama oleh komuniti bukan kerajaan, belia, pelajar, wanita dan ahli-ahli masyarakat yang lainnya.

Dikesempatan ini harus upaya dianalisakan mengapa warga tidak melihat kedutaan sebagai 'rumah' mereka, tidak upaya merasakan kedutaan adalah umpama kampung untuk disifatkan semangat bergotong royong,tidak upaya direalitikan bahawa wujud kedutaan sebagai simbol keibuibapaan yang sedia mengasihi dan menghargai anak-anak warga yang semestinya terdiri dari berbagai ragam pembawaan dan pendirian namun sah mereka masih miliki taraf kerakyatan yang terpelihara haknya oleh Perlembagaan seperti yang diperuntukkan oleh undang-undang?

Harus diketahui pengabaian bermakna penindasan dan konsep memantau mendominasi memonopoli aktiviti berpersatuan dan kegiatan persendirian secara individu adalah tanda kegagalan untuk wajah-wajah pemimpin dilihat berkarisme dan ia perlu bertemu titik akhir kerana pemaklumatan ilmu semakin memahirkan untuk ditradisikan manafaat faedah kewujudan dan kehadiran perwakilan yang tidak menentukan atau memilih medan untuk diadaptasikan idea gagasan membangunkan ketinggian akhlak dan menambah pulih nilai moral insan.

Bagaimanakah hak-hak adil itu direlevankan andai mutu semangat perkongsian dari peringkat bawahan saling menunjukkan ketidakbolehan bertoleransi ?

Bagaimanakah hak-hak kesaksamaan itu diinteraksikan andai semangat perkongsian dari awal lagi saling menggambarkan ketidakberdayaan menghindari pengabaian hormat sesama insan?

Bagaimanakah hak-hak kebersamaan itu mentransformasikan pengukuhan persepaduan andai penyelenggaraan bantuan keewangan masih berpusatkan kecurangan oleh khianah sebagai paksi untuk memilih-milih terhadap sesama warga berdasarkan warna kulit ideologi anutan pendirian malah parti apa yang menjadi pilihan...sehingga makna kemajuan dan kemodenan masih berlandaskan kekayaan yang tertabur tidak sekata beragih tidak setara hingga pembasmian kemiskinan masih menjadi regu pesengketaan oleh ancaman yang menagih jaminan keselamatan?

Ingin semara namun tidak upaya bersetia.

Ingin selangkah namun masih sedia bertelagah.

Ingin senegara namun masih sedia ada yang dijadikan warga kelas ke dua.

Ingin maju namun yang miskin haruskah menjadi suruhan yang kaya?

Sabtu, 4 Julai 2009

Perlukah Sekerat Ular Sekerat Belut?

15/Jun/2009
0944pm

"Sembang thanaif on Survivor Setelah Naked In Mersing."

"Expression of financial hegemony", apakah sudah ditermakan menjadi inovasi mental di alaf ini sehingg ia menjadi saji hidangan yang diperjuangkan oleh setiap peserta yang menjadikan keperluan untuk dilihat sejauh manakah teladan upaya diikuti apabila tidak jelas matlamat sasaran untuk difokuskan oleh penonton yang hanya diminati oleh lelaki berusia empat puluhan yang berkarierkan professional.

"Mungkin benar setelah nilai dan persepsi yang kesejagatannya tidak menyeluruh diterima sebagai pegangan."

------------------------------------------------

‘Puppy’ benarkah dari jenis mamalia yang memang suka menjilat walau pun bukan ais krim?"

"Adakah ini menjadi arah wujud persamaan genetik di antara haiwan dan manusia?"

Suka menjilat benda yang tidak bersih???


Muhammad bin Abdullah SAW seorang lelaki yang interaksi aktivitinya sentiasa menegaskan bahawa ‘aku tidak akan berkata melainkan apa yang benar sahaja.'

Mekanisme inovasi mentaliti begini tidak bersifat hegemoni tetapi menjurus kepada nilai akhlak yang tidak menuntut ganjaran yakni materialistik.

Bagaimanakah ia diwujudkan kehadirannya seramai mungkin ke dalam masyarakat masa kini?

Adakah keterlaluan memberi fokus kepada maksud kemiskinan kepada peminta di kalangan kita pada hari ini menerusi siri realiti yang membelakangkan soal kebajikan?

Imam Bukhari dan Muslim menjelaskan bahawa orang miskin itu bukanlah yang mengelilingimu sambil mengemis tetapi tidak dipedulikan. Bukan juga mereka yang diberikan sesuap dua makanan atau sebiji dua khurma akan tetapi orang miskin itu adalah khalayak yang tidak berkecukupan dan keadaan mereka itu tidak diketahui sehinggalah mereka meminta –minta melalui sedekah.

Walau pun ke dua Imam ini dilahirkan oleh muslim yang mukmin, terarah fokus yang jelas kesyumulan universal yang diterima munasabah kesejagatan maksud miskin yakni tidak berkecukupan kepada keperluan asas kehidupan yang begitu relevan dengan suasana semasa di dunia Timur atau Barat, Utara atau Selatan.

Bagaimanakah mahu dilihat persamaan maksud kemiskinan pemohon untuk menerima imbuhan jutaan dari tawaran skim menjadi jutawan di televisyen dan tawaran dari cabutan bertuah premis dan bank juga syarikat telekomunikasi?

Apa yang jelas mereka bukan dari kalangan orang miskin.

Lebih terzahir wujud kelompok yang kaya meminta-minta seolah-olah mereka itu merupakan orang miskin.

Jumaat, 3 Julai 2009

Harga Diri

"Bagaimanakah seorang lelaki dilucutkan kewajipan dan tanggungjawabnya sebagai ketua rumah tangga dan sebagai seorang suami juga bapa?"

Sayup-sayup suara Imam Ali didengari,'lihatlah kepada apa yang dituturkan dan bukan kepada siapa yang menuturkan kata-kata.'

Ingin diketahui sisi pandang ahli-ahli agama mengenai penahanan yang tidak adil oleh Akta ISA apabila tahanan tidak dibicarakan yang menzahirkan kesahihan penganiayaan dilakukan apabila tidak upaya diputuskan sabit kesalahan kerana dakwaan tidak disabitkan atau diberi pembelaan.

"Hati-hati dengan suara mu persahabatan bukan dijualbeli."

"Tiada sahabat yang upaya dipercayai apabila dia tidak takutkan Tuhan tatkala maksud ku ialah kewujudan eddah yang dipaksakan oleh penahanan melebihi 4 bulan 10 hari yang menimbulkan ciri-ciri penganiayaan terhadap pihak suami dan isteri."

"Apakah dikau mahu membolehkan saman dilakukan terhadap pihak yang telah menggagalkan perlaksanaan sistem kehakiman Islam yang memelihara peruntukan Hukum Syarak dan kegagalan Mahkamah Syariah berfungsi secara adil lantaran asas syariah adalah keadilan?"

'Dikhuatiri siapakah nanti yang akan dipertanggung-jawabkan apabila di akhirat diminta penyaksian penganiayaan-penganiayaan yang dilakukan ke atas tahanan-tahanan yang tidak disabitkan kesalahan tetapi menerima hukuman.'

'Menurut mu apakah ISA ini tidak mendapat hak untuk difatwakan lantaran sering beralasan bahawa di akhirat kita tidak akan ditanyakan kegagalan ekonomi kegagalan siasah kegagalan yang bukan bidang dan keahlian warga sebagai muslim untuk mendepaninya sedangkan bab munakahat menjadi tanggung-jawab ahlinya (agamawan) memelihara hak-hak Allah.'

'Bermula hari ini meminggirlah dikau.'