Ahad, 19 Julai 2009

Perempuan

Kenangan dari sejarah sememangnya sarat dengan pengajaran.


“Zirkon, nikel dan alloy gandingan yang menjadikan konsep berhias semakin membuatkan wanita bijak di dalam membuat penilaian dan pemilihan,”suara bekas ustazah beralun antara dengar dan tidak.


Saat dia berbicara di hadapan, saya berdailog sendiri dengan minda.


"Bagaimana andai konsep ditukarkan menjadi anjakan berpradigma,"bisikan minda memukul hulu serebelum.


"Wanita melayu suka berhias lengan penuh dengan emas tapi minda kelam dek hilang cerdas. Visi yang tergalas aksi menjadi culas,"namun bukan semua begitulah bisik manja jiwa.


"Saduran emas menjadi ciri cerdas wanita rimas terhadap hutang-hutang yang diistilah sebagai kelaziman di zaman yang serba pantas,"jerkah minda setengah menjerit.


“Mengapa Ustazah meninggalkan sekolah?”minda tersenyum penuh rahsia saat bertentang mata dengan Ustazah yang sedang gigih mengasuh tenaga kami yang kian mudah terpana.


Soalan disimpan kerana pernah tersua amarahnya lantaran seakan wujud tidak ada rasa penghormatan murid kepada gurunya lantaran soalan-soalan yang tidak membantu kesedaran untuk menjadi berjaya sebagai seorang pengusaha.


Dia mungkin berasa kecewa kerana muridnya tidak mensasarkan peningkatan yang bermakna pembaziran telah dilakukan ke atas masa wang dan tenaga kerana masih kekal kemahiran di tahap pertama.


Tetapi minda saya merungut kerana keuntungannya yang disasar tidak akan tercapai yang akan saling mengait di antara satu tahap ke tahap yang lain yang akan menggagalkan kenaikan pangkat individu sasar di dalam kumpulan.


Tapi suara tidak terkeluar menyedari hakikat ustazah tidak pernah kecewa malah dipujuknya agar diikuti kursus NLP dan selepas itu dia akan sedia menerima apa pun keputusan yang akan saya lakukan.


"Gaji guru terlalu rendah tidak setimpal dengan usaha bakti pengorbanan yang diberikan kepada masyarakat dan negara. Lantaran itu ramai guru wanita berjaya mendidik di medan yang lain selain di sekolah,"jiwa memperhalusi naluri sanubari.


Semakin dia berceramah di depan saya berceramah dengan minda mengimbas karier ibu mertua yang cekap berniaga sehingga mulai mengenal perbezaan-perbezaan emas.


“Emas 916 emas padu sebab itu mahal,"emak mendapat kepercayaan peniaga Cina emas di Singapura sehingga emak berjaya menerusi kepercayaan ini.


Kakak yang tua pula mendakwa,“bila beli yang asli dikumpulkan sedikit-sedikit himpunannya boleh menjadi cagaran untuk meminjam di bank.”
Kuat pula suara kakak di telinga.


“916 ini 22 karat campuran 8.4% logam apabila dibandingkan dengan emas sadur ternyata emas yang mengandungi campuran besi suasa dan tembaga yang dikenali sebagai alloy merupakan pilihan yang lebih memanafaatkan wang kerana perbezaan nilai."
Ustazah kian lancar penerangannya.


Minda juga kian pantas menggambarkan fungsi wang yang khilaf terurus membinasakan manusia dan matlamatnya menjadi sia-sia hingga tidak wujud jaminan untuk dipelihara.


Cabaran Ustazah mengenai NLP membawa erti rahsia di dalam diri saya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan