Khamis, 16 Julai 2009

Buku Ku Hilang

12/12/2008

Malam tadi catatan pesanan ringkas terpapar sehingga ke pagi.

"Suara bicara yang menyepakati kenaikan harga barangan atas ketoleransian kehendak kemelesetan keewangan,"sungutan nada kesal kedengaran.

"Isunya adakah hanya sepihak sahaja yang menjadi pengguna?"

"Sudah terhantuk baru terngadah!"

"Bagaimanakah tuntutan kewajipan memahami undang-undang berjaya menjadikan sesuatu penguatkuasaan (gazet pembaharuan dan perubahan) dihadami oleh warga awam?"

"Apalah yang mahu dikau harapkan setelah begitu lama riba digazetkan sebagai sebahagian undang-undang keewangan walau perlaksanaannya bersifat menganiaya pengguna yang terdiri dari warga berpendapatan kurang tiga ribu sebulan, perkongsian telah membenarkan pengeksploitasian."

Catatan ini ku biarkan sehingga tadi malam.

16/Julai/2009

Senyuman berbunga di hati.
Teka teki disantun dengan budi oleh keinginan buat diketahui bagaimanakah mungkin terjadi menjual hutang dengan belian tunai pada masa ini?

Mereka bertoleransikah demi menyusun pengaturan semula sistem yang telah lama saling mengkhianati sesama sendiri.
Demokrasi yang tidak menghormati hak-hak kemanusiaan yang asasi.

"Apakah di dalam ekonomi tiada kemanusiaan duhai hati?"

"Berhiba?"

"Kewarasan ku hilang apabila yang dijual ialah kertas-kertas kosong dengan angka-angka yang tidak terhitung nilainya dengan hutang,"manis senyuman itu memukul debar di jiwa.

"Maksudmu ia sebahagian penunjuk sifat 'torture dan abuse' kepada sosial pengguna?"

"Sama seperti penjurusan angka-angka yang mengongkong dan mengkotakkan hak untuk memilih. Piawai paksa ini pakaian kemegahan para diktator."

"Bursa perhimpunan lepak hanya medan buat sejumlah kecil pengurup wang yang belum tentu amanahnya. Sandarkan gelisahmu di bahuku."

"Hutang yang sedang menongkat langit di wajah pimpinan yang rasuahnya ditakar hikmah kabilah-kabilah badwi dan yahudi tidak upaya lagi dipandang dengan rasa hormat."

"Bukankah percampuran gennya telah berkembangbiak namun andai benar dikau mahu melepaskan resah dan tekanan luahkanlah."

"Pernah juga ku tanyakan pada Puan 'Sanggam' adakah benar masyarakat dari keturunannya (cina) hanya melihat ekonomi sahaja sebagai keperluan untuk hidup dan apakah upaya dihindari bahawa masyarakat ini juga berwatakkan dengan sifat ‘neocoloni’ tetapi secara berhikmah?"

"Apakah jawapan yang dikau terima?"

"Dia melenyapkan sebahagian dari pertanyaan ku tanpa mahu membukakan pintu laman dan jendelanya untuk ku masuki."

Peti simpanan ku ...
Siapakah yang menyimpan kuncinya yang hanya satu itu?

Mereka berdagang menggunakan hutang?

Digalas oleh unta-unta gulungan hutang-hutang itu sebagaimana diarak masuk darjah kebesaran mili para sultan di zaman Khalifah Muawiyah/Abbasiah sehingga terluput waktu solat aidil fitri tatkala menanti rombongan perarakan penanda kebesaran tiba.

"Menjual hutang. Menjual hutang. Menjual hutang!"laungan nyaring diselang bunyikan digital buzzzzzzzzzzzz.

Paparan slot jualan kertas dan akuan hutang sering menindih berbagai rasa apabila berselang seli perut-perut buncit kepala besar mata yang tersembul dengan rangka tidak berdaging dan pecahan-pecahan batu jaringan lubang-lubang peluru bertanda merah darah menjadi mahligai para sepupu Tuan telaga dan dermaga juga Puan pemilik stesyen tempat dirangkul satelit pra bayar.

Iklan itu dijawab dengan pembelian tunai.

"Masih berhibakah dikau?"

Longgokan buku-buku baru menyapa lemah lantaran pengabaian yang tidak disengajakan untuk memulakan pembukaan lembarannya.

"Kolam lopakmu yang dalam akan daku selami."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan