Selasa, 28 Julai 2009

Wanita Bukan Lelaki

"Apakah yang difikirkan tatkala sedang menonton televisyen?"suara sinis minda mengocakkan jiwa mandiri yang sedikit lesu oleh keterlaluan desakan dan tekanan dipahatkan bermula sejak kelmarin.

Tatkala itu anak-anak lelaki sedang menonton tayangan filem berkisar kisah gimnas perempuan di televisyen.

Pantas disuarakan kepada minda,"sehingga bilakah dilansungkan persaingan di antara keperluan berpakaian lengkap dengan tidak berpakaian sempurna sehingga diabaikan jenis dan sifat watak pemakainya? Apakah mahumu minda andai hidup ini perlu diikuti oleh telunjuk?"

"Jiwa,dikau memangsakan diri ini lantaran radangmu terhadap ‘para pemerhatimu’ yang menjejaki seluruh rasa di naluri inderamu di kalangan pelajar yang berada di bawah bumbung negara satelit,masih tidak berupaya mengikuti konflik yang sedang menanda arah di tanah air?"

"Mereka masih keanak-anakan yang hanya ingin berteduh di ribaan mewah kedamaian. Justeru hanya sekitar persoalan ringan sahaja yang layak menceriakan kelesuan sebenar mereka yang ingin terus memayungi dan dipayungi."

"Tidak tertilikkah oleh mereka imej-imej rasuah yang ‘direkabentukkan’ semula untuk perangkaan yang diikhtisarkan ke atas keewangan yang mahu mengekalkan sistem perbankan bagi kemudahan memindahkan bebanan hutang?"

"Dikau juga berasa sesal duhai minda?"

"Adakah kematian Puan Marwa bukan sebahagian dari natijah kealpaan ini apabila tidak ditemukan slot paparan di media malah di kalangan para blogger,mungkinkah minda itu tidak terkedu dengan konflik kemanusiaan para isteri dan anak tahanan ISA?"

"Apakah ISA itu yang digusarkan sehingga tidak terfikir tentang hukum munakahat sabit dari Seksyen 59(1) tentang kelayakan dituntut pemberian nafkah seorang isteri yang tidak berlaku nusyuz?"

"Bagaimanakah boleh dituntut nafkah ini sekiranya suami mereka berada di dalam tahanan yang tidak dibicarakan untuk tertutup ruang kebebasan?"

"Mahu mu apa wahai jiwa?"

"ISA perlu dilihat dari sudut hasutan atau ketiadaan pembicaraan?"

"Apakah tidak mendapat tempat di minda ‘para pemerhati’ muda ini bila tiada pembicaraan maka tiadalah diketahui kesalahan dan jenis hasutan untuk disabitkan dengan kesalahan."

Adakah kematian Teoh diabaikan kerana ia hanya ‘sandiwara’ Pakatan Rakyat?

Apakah kedudukan ibu dan bapa juga mahu dipersaingkan sebagaimana kedudukan di antara gender?

Idea siapakah yang tidak lagi bersembunyi?

"Mahukah dikau mendengar bicaraku ini,minda?"

"Silalah dikau ungkapkan duhai jiwa."

"Perhambaan gagal dibenteraskan sehingga diujarkan tanya apakah meninggikan akhlak menjadi tanggungjawab bersama atau berasingan? Meski perspektif kita berbeza kita tetap sebahagian dari ummah. Apakah kerana menjadi bukan kristian atau yahudi lalu kami perlu diabaikan dan ditinggalkan begitu sahaja sebagaimana demokrasi yang hanya tidak bermasalah pada sistem pilihanraya di Amerika dan Britian juga Rusia tetapi atas nama Islam dan amalan pilihanraya negara muslim, sering perlukan bantahan sebagai penamatnya?"

"Maksudmu mahu mempertikaikan cara mereka menghormati dan memberi penghormatan kepada muslimin terhadap kegemaran dan kehendak cita rasa juga selera mereka?"

"Begini minda, cuba dilihat burqa misalnya, di manakah penghormatannya kepada pilihan ini? Di kesempatan ini mahu dijelaskan bahawa wujud 12 kumpulan lelaki yang dibolehkan dan dibenarkan melihat keseluruhan tubuh atau sebahagian tubuh wanita muslimin :

1-Suaminya.
2-Ayahnya. (Termasuk Datuk di sebelah ayah dan ibunya)
3-Ayah mertuanya.
4-Anak lelakinya (Termasuk cucu dari anak lelaki dan anak anak perempuannya)
5-Anak-anak suaminya dari perkahwinan lalu.
6-Adik beradik lelaki sekandung seibu dan sebapanya.
7-Anak saudara lelaki dari adik beradik yang lelaki.(Selamanya tidak boleh nikah)
8-Sesama perempuan.
9-Hamba.(Pada hari ini bermaksud pembantu rumah yang mana Islam menganggap mereka sebagai sebahagian dari ahli keluarga)
10-Anak saudara dari adik beradik perempuannya.
11-Pelayan. Ada dimaksudkan sebagai kumpulan yan tidak ada syahwat terhadap wanita – insan yang mempunyai dua alat kelamin misalnya.
12-Anak-anak kecil yang masih belum timbul syahwatnya tatkala melihat aurat wanita. Andai masih belum baligh tetapi ketara syhawatnya, aurat perempuan muslim tidak boleh diperlihatkan.


"Minda,senyumanmu semakin menawan jiwaku."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan