Jumaat, 24 Julai 2009

Taqwim Muslimmu?

1 Syakban 1430
Jumaat
Sekitar jam 8

Maafkan daku Rejab kerana tidak mengingati hitungan-hitungan harimu yang kian berakhir.

Tiada iftar tiada degupan rohani menjadi ukhuwwah di antara kita.

Istighfarku meladungkan duka yang menjadi salam perpisahan di antara kita.
Namun bertamunya gerhana alam sesudah ketibaan israk mikraj menyegarkan semula qalbu ini tatkala Kebesaran Pencipta gagah memperkasa bukti alam ghaib itu wajib diimani.

Nikmat dari Tuhanmu yang manakah mahu didustakan tatkala bumi yang kecil upaya menutupi cahaya mentari yang lebih besar darinya?

Usulku, berhentilah menganiaya dan memfitnah golongan mukminin.
Usah diambil kekayaan mereka tanpa hak dan secara batil.

Rejab,
Pada batin bulanmu wujud tanya yang keliru apakah benar selama ini direncanakan kewujudan konspirasi ‘dajjal’ sebagai fitnah ke atas Rasul Allah SAW?
Sementelahan watak-watak ciri mukmin itu bertradisi upaya dibina.

Gerhana dan suram alam diminta oleh Rasul agar makanan mendapat tempat disusun tadbir urus agih dengan saksama lantaran sabda junjungan,‘aku mara untuk memetik buah-buahan syurga –andai buah-buah itu dapat ku petik kecukupannya untuk dinikmati berkekalan sehingga hari pembinasaan terjadi.’

Gerhana dan suram alam diminta oleh Rasul agar para wanita didididik dengan iman yang menjadi kebertanggungjawaban besar amanah untuk kaum lelaki memeliharanya (bukan mensia-siakan kewajipan – yang memerlukan kaum lelaki juga diberikan tuntutan melaksanakan kewajipan beramanah) dengan sabda Rasul Allah SAW, ‘aku mundur ke belakang, saat melihat isi neraka terdapat ramai wanita di dalamnya.

Perzinaan dilakukan oleh dua golongan manusia ini,Rejab.
Bujang dan yang telah berkahwin yang memusnahkan institusi kekeluargaan.


Rejab,
Wanita upaya menjadi derhaka oleh lelaki.
Peranan dan fungsi kaum lelaki yang memimpin bagaimanakah upaya menghindari kaum wanitanya dari memasuki neraka?

Apakah sahih pengumpulan dana menjadi tapak menyemai sedekah apabila rasuah dan gejala seleweng itu mengorbankan hak pemilikan mereka yang teraniaya?

Lihat Rejab, pembunuhan Puan Marwa, kematian di Patani, Khasmir, perpindahan beramai-ramai yang memutuskan hak pemilikan bernegara tidak disentuh menjadi paparan tetapi mesej yang terzahir amat jelas tidak upaya dicerakinkan dari minda berpengetahuan kita. Sesungguhnya ada yang tidak wajar dibenarkan berlaku.

Rejab,
Tiang solat sudah kian rapuh roh yang menjiwai pendirinya.
Tidak mampu dan berdaya mencegah dari perbuatan yang sia-sia.

Selamat datang Syakban.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan