Rabu, 8 Julai 2009

Sahabat?

Upayakah satelite menjadi pendajjal di alaf ini?

Minda menelaah ketika menonton Transformer siri ke dua untuk digapai cernaan apakah penyerlahan masa hadapan sepenuhnya bergantung kepada tuntutan pencerahan semula setiap bidang kehidupan dan aktiviti manusia.

"Kedengarannya seperti bukan pembaharuan yang ditaja,"sopan minda berbahasa.

Tidak banyak aktiviti yang upaya dilansungkan apabila berhadapan dengan tekanan selain memenuhi kehendak anak-anak yang berminat menonton tayangan gambar di panggung wayang.

Corniege kini tidak lagi disinggahi. Mungkin kerana terlalu padat pengunjungnya di hujung minggu. Mungkin juga kerana bau-bauan yang sesekali dihidu dari rerumput yang menghijau.

City Centre pula tiada kedai buku yang upaya menjadi daya tarikan untuk dipadamkan kenang-kenangan saat ‘bersantai’ di Konikuniya, MPH dan Popular Sunway umpamanya walau tidak membeli buku, ada ruang bercengkerama dengan buku disediakan untuk terapi menyurai tekanan.
Lapangan menjamu selera juga yang terhad ruang himpunnya menjadikan beberapa kali perlu berdiri-diri sambil menjengah-jengah menanti ruang kosong yang ditinggalkan lantaran bilangan ahli keluarga kami berjumlah enam orang.

Landmark pula sangat-sangat jarang dikunjungi. Gedung hartawan biar pun dibuka seluas-luasnya buat warga pekerja masih ia menginteraksikan sudut posisi gaya kamera apabila diperagakan model-model baru kuasa enjin yang berimej mewah yang hanya menjadi igauan lelaki-lelaki moden masa kini.

Westbay kawasan larangan buat kami.
Kompound rasmi tidak menjadi acara yang disambut di dairy kehidupan kami untuk disimpan apa-apa nota kerana kami tidak berkomuniti hanya berinteraksi atas dasar persaudaraan dan persahabatan.

Villagio kini juga semakin jauh dari hati.
Bukan kerana sudah tiada lagi kerusi-kerusi untuk diserapahkan mentera buku yang sering disimpan di dalam tas tangan yang menjadi hobi sambil memerhati reaksi pengunjung yang mengunjungi tetapi kerana hati tidak ingin dan tidak sudi lagi.

Pernah disesalkan oleh seorang rakan andai ke majlis ilmu ia lebih bermanafaat … kekadangkala sasar fokus hanya upaya sehala sahaja apabila ada yang 'keuzuran' tidak dapat hadir bersama.

Terasa juga sukar bila terikat lelah pada protokol temu janji sarapan pagi yang perlu diselenggarakan jangkahayatnya jika mahu difungsikan keterlibatan diri. Namun sebenarnya lebih cenderung bagi mengelak diri dari berpoco-poco dan tanggungan 'berkebajikan' bagi memenuhi tabungan yang ada ketikanya memunculkan berbagai hujahan bagi menyerahkan kutipan perkumpulan-perkumpulan yang aktif kegiatannya.Sementelahan perkumpulan yang tidak berdaftar lebih mengimejkan kesukarelawan buat dierat hubungan persaudaraan.
Namun acara kelas pengajian agama anak-anak amat dibanggakan yang sesekali kemeriahan di gelanggang bowling dikira satu kemunasabahan. Ia hanya dirasakan pada tahun pertama dan ke dua ketibaan.


Pengisian dalaman interaksi siber anak-anak bagaimanakah diikuti?

Bagaimanakah karenah anak-anak di dalam siber, manja dan lunak gaya yang kini menjadi terapi sepanjang hari?

Bagaimanakah juga karenah ibu dan bapa mereka yang kini turut memerlukan terapi di media siber yang tidak sepenuhnya terpelihara roh akhlak dan moralnya?

"Apakah dikau kini juruhebah yang menjadi juruheboh? Sekadar itu sahajakah format fungsi keberdayaan dikau atau hanya menseleberitikan yang berfokus kepada gossip semata-mata?"minda membakar jiwa.

"Dikau tidak takut ada yang akan terbakar inderanya?"hati memprotes dengan cuak.

Gaya dan cita rasa bagi yang mengikuti perkembangan fesyen pula bagaimanakah disusun-aturkan kuasa memilih untuk dipaksakan kuasa membelinya, sedangkan anak-anak masih tidak berpendapatan sendiri dan bagaimana mahu dibohongi bahawa mereka adalah perokok dan pengguna tegar telefon bimbit?

Tatkala direwang-rewangkan perolehan pendapatan berlebihan yang diterima menjadikan poligami berupaya mengemaskinikan pengaturan tekanan, kepercayaan siapakahkah yang mahu diacarakan?

Mampirlah usah meminggir agar dirimu tidak terusir.

Tiket berharga 35 riyal digandakan dengan 6 membazir wang menjadi tabiat yang terbentuk secara perlahan-lahan tanpa disedari.

Tiada apa yang baru tentang Transformer anak-anak mengujarkan. Yang lelaki hanya berminat pada grafik kombinasi dan audio visualnya.

Saya terlelap di penghujung tayangan seperti mana tatkala menonton Pirate Of the Carribean dan mengalami kesukaran bernafas yang mungkin disebabkan menghirup ais karbonat dan bertih jagung manis juadah wajib di panggung wayang tajaan CocaCola.

Adakah atas keperluan atau tanggungjawab atau kewajipan perlu banyak kemusnahan sedia dilakukan misalnya kerosakan sebuah perpustakaan, sekolah umpamanya,rumah contohnya oleh perjuangan mahu menjadi utusan penyelamat?

Persahabatan dan kasih sayang juga mahu dirempuh kesetiaannya?
Bahaya andai begitu niat yang dipendamkan.

Meninggalkan penipuan bukan menjadi tabiat?
Berhentilah menjadi orang yang tamak.

Saya tidak mengikuti dan tidak memerlukan GPS sebagai sindrom berkongsi isu.

"Berhenti mendimensikan fikiran boleh?"minda membisik perlahan.

Sejauh manakah kebenaran lantaran ketakutan diperlukan perlindungan tetapi tanpa kepentingan kita sedia menangguhkan pembelaan?
Hipokrasi siapa yang mahu dijunjung saat ini?
Falsafah?
Falsafah kepala lututkah bila masih tidak upaya melihat hakikat bukti di hadapan mata.

"Mengapa tiba-tiba memprovokasi?"protes digemakan.

Adakah anda mahu memunasabahkan kewujudan 'Dr.Jekyll' dan 'Mr Hide' lantaran diutamakan kualiti yang sedia mengkrompomikan pelupusan penghargaan diri kita yang asli dengan suntikan nasihat dedikasi tetapi lebih merupakan tiada sandaran akibat berani menanggung risiko pada pelaburan yang dioptimumkan oleh sijil boleh niaga campuran faedah dan kepentingan?


Jika meminati lagu Mariah Carey tidak bermakna meminati cara dan gaya hidupnya.

"Aduhai... mengapa ke situ memprovokasi satelit diri bersimpang perenang berdiskusi?"jiwa menyuara simpati.

Bacul sifat bermaruahkah apabila sedia membunuh wanita dan anak-anak dan meletakkan diri sendiri sebagai pemerintah?

Bagaimanakah kemerdekaan diaplikasikan oleh demokrasi?

Bagaimanakah diabaikan keperluan dikurangkan perbelanjaan dari pendapatan negara?

Tol siapa yang bayar?
Minyak siapa yang bayar?
Duit parking siapa yang bayar?
Berparti dengan wang subsidi?

Bagaimanakah agaknya berada di khemah pelarian dan hidup dengan cara dan gaya sebagai seorang pelarian bukan sebagai anak bangsawan?

Selama manakah kekurangan modal bagi pengurusan ekonomi diperlukan pembiayaan dengan cara berhutang yang menghasilkan tekanan kepada sesetengah negara yang hak kebersamaan untuk membangun dasar pengswastaannya masih menjadikan warganya miskin.

"Tahan dan penjarakan minda juga pemikirannya!"

Bagaimana caranya?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan