Khamis, 23 Julai 2009

Alam Bunian

"Banyak-banyak jawapan bagaimana soalan ini masih belum dijawab, Cikgu?"

"Belum berpuas hati lagi?"

"Bagaimanakah sebetulnya dari sisi pandangan syariah yang mengemukakan secara yakin kebenaran dan keadilan di dalam Islam itu mengenai ISA?"

"Kamu rangkaikan sudut jenayah dan munakahatnyakah?"

"Cikgu Sastera meminta idea dari prospek sejarah untuk diilhamkan pembangunan minda tetapi dia lupa bahawa laluan ke arah kewujudan Mahkamah Keadilan Berperlembagaankan hukum-hukum syariah sebagai undang-undang untuk permasalahan ummah dibicarakan, tidak mungkin dilahirkan oleh komuniti yang tidak muslim, Cikgu."

"Tentang tawarih sejarah ini pun kamu mahu pertikaikan."

"Tidakkah pemikiran sudah boleh dijualbelikan Cikgu,lalu apa yang tidak lagi boleh dipertikaikan."

"Siapakah yang kamu sindir?"

"Tidak semua orang makan cili api Cikgu, kerana itu bukan semua orang mudah terasa."

Kelas bingar oleh tawaan yang nyaring.

"Manisan madu dengan keju menunya memang tidak menggunakan cili api. Alasan kamu diterima. Cuba kamu jawab pertanyaan saya ini, mengkaedahkan pengisian kemerdekaan di millennium ini kepada siapakah dipertanggungjawabkan apabila keperluan melahirkan warga diberikan cetakan pengimejhan wajah dan keperluan negara lain?"

"Cikgu terimakah sekiranya saya berpendirian bahawa tidak wajar warga menjadi sumber kekal yang dieksploitasikan?"

"Tanyakan juga pada Cikgu Ekonomi kamu!"

"Saya lebih suka andai disudutkan pengeksploitasian ini oleh demokrasi Cikgu."

"Demokrasi sudah tidak mahukan pembangkang."

"Diktatorkah jawapannya Cikgu?"

"Kamu menghasutkah?"

"Pemikiran mahu dimangsakankah juga Cikgu?"

Senyuman dan jelingan Cikgu mempesonakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan