Isnin, 6 Julai 2009

Melawati Melayan Hati?

Assalamualaikum Tuan dan Puan,

Inginkan pandangan Tuan dan Puan mengenai kewajaran wujudkah perkaitan pilihanraya di negara-negara yang telah merdeka, yang mengharuskan turut dinobatkan sama sokongan ke atas calon-calon kepimpinan Amerika di mana siri-siri kempennya diseiring selangkahkan dasar bersama yang selama ini tidak pernah bersedia untuk menerima kelemahan penguatkuasaan polisinya yang telah melahirkan sistem monopoli yang bersifat eksplotasi .

Apakah wujud perkaitan pilihanraya di mana-mana negara yang telah merdeka yang mengharuskan dinobatkan sama calon kepimpinan luar untuk menjadikan kita seiring langkah bersama mereka yang selama ini mencabuli hak-hak kebersamaan dan hak-hak awam menerusi dasar-dasar yang memecah persatuan dan perpaduan marhaen di negara-negara yang kaya sumber tetapi miskin idea?

Berada berhampiran dengan wilayah yang menjadikan pelarian sumber perjuangan tidak sepatah dari mulut calon-calon ini mengungkapkan kata dengan berani bahawa embargo di Gazza adalah hasil dari perancangan dan kesilapan dasar memonopoli ke atas kepentingan yang mahu dipelihara dan ia akan terus menjadi tema untuk berdekad lagi yang menukar posisi menyubur dan mengembangkan penjanaan fungsi ekonomi apabila sumber-sumber alam diubah menjadi bentuk tenaga untuk pasaran mendatang yang sekali lagi bermotifkan untuk menyelamatkan negara mereka yang sedang menuju ke arah kemiskinan oleh limpahan tumpuan kekayaan hanya lingkungan ke atas negara sebelah Utara dan beban hutang yang diraih oleh dagangan pada akuan-akuan hutang yang ditangguhkan pembayarannya sedangkan barangan telah diedarkan dan didakwa sebagai ikat janji yang terjamin?

Apakah pandangan untuk tidak menjadikan barisan-barisan ini sebagai kepimpinan yang tidak diteladani kerana harga kemanusiaan kepada mereka hanyalah ke atas bangsa mereka sendiri kerana sentiasa beranggapan negara mereka sahaja yang kuat oleh bersatu setelah berjaya memecahberaikan negara lain?

Bagaimanakah keperluan menjadikan karektor kepemimpin tanpa amanah apabila sentiasa sedia dan rela membina kekuatannya di atas kehancuran dan pembinasaan kebebasan warga dan negara lainnya?

Calon ini hanya bangga ke atas nasionalis dan membina sikap patriotik untuk disemaikan semula semangat asobiah dan sangat perlu tanah air membebaskan diri dari sebarang pertalian perikatan pemujaan pendewaan dengan calon-calon ini.
Nasionalis itu apakah dengan mewujudkan pengabaikan warga yang didiskriminasikan untuk disembunyikan kehendak ego?

Masih menyorot di dalam buku tentang tasawur jahiliah atau kedunguan bahawa sistem pencernaan dan penggabungan akar walau berubah ciri asobiahnya masih menekankan kepada tanah air yakni negara,bangsa yakni perkauman, kekeluargaan yakni puak dan jenis nasab yang menjadikan ia kepentingan-kepentingan untuk diperjuangkan.
Sehingga kesan globlisasi masih perlu dilengkapi oleh pemutlakan sifat individu yang darjat kepenggunaannya masih dihimpit oleh aspek kebendaan dan ia dianggap temasya untuk menjadi alasan kita akur pada hanya satu negara sebagai proksi untuk segala-galanya.

Siapakah proksi-proksi dan pelobi-pelobi untuk negara ini di kalangan kita yang menjadi warga negara yang merdeka negaranya?

Kita wajar memiliki kekuatan dari acuan masyarakat etnik yang berbilang bangsa yang kita miliki sendiri kerana penghijrahan beramai-ramai di alaf ini berupaya menjejaskan identiti dan keaslian bahasa untuk berbudaya.

Apakah satu kesalahan untuk menentang sekeras-kerasnya seandainya kita turut sama menyamakan perjuangan kemanusiaan kita dengan label hipokrasi mereka?

Bagaimanakah untuk memiliki perbezaan dengan mereka seandainya kita ingin menjadi perintis perubahan yang tidak ada sangkut paut dengan mana-mana idealisme yang tidak berealiti yakni tidak upaya embargo dilihat sebagai pencabulan hak-hak kemanusiaan dan bagaimana pengamal dan pejuang hak asas kemanusiaan ini berpihak untuk menenggelamkan masalah utama perlanggaran undang-undang terhadap rakyat Palestiean khususnya di Gazza?

Adakah demi kemaslahatan bersama oleh tuntutan ekonomi?

Akui dan sedarilah di dalam proses memberi warna kemajuan dan permodenan oleh persilihan gilir ganti peradaban, watak-watak masih kekal untuk proses penyaduran kebenaran dan keadilan di dalam Islam oleh pengkhianat yang mensia-siakan hubungan.

Tuan dan Puan,

Adakah kita mahu merealitikan peperangan sebagai utusan perdamaian?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan