Selasa, 14 Julai 2009

Tepuk Dan Tari?

Singgah Sejenak Di Blog Frekuensi

Terlalu kerap radang yang dianggap keterlaluan ini yang menyinggah di minda yang sukar didinginkan hingga tercatat catatan ini akibat kerasukan konti yang mengawal kebebasan diri.

Terasa umpama ibu kota ini tidak menggambarkan ia terletak di sebuah negara yang berada di rantau Timur yakni mungkin wujud jejakan bekas tinggalan rasul kekasih Tuhan dan insan solihin.

"Minda, mengapa begitu keras dakwaanmu?"jiwa yang lembutnya sering tidak tepat pada masanya mulai berbisik.

"Tidakkah dikau lihat keberanian moral pekerja konti seolah-olah tidak memerlukan pemberdayaan beretika yang tidak hanya memenuhi kehendak global tetapi juga keperluan untuk diukur nilai kemanusiaan keimanan lantaran sudah terbiasa fenomena normal yang lumrah melihat dan menghasrat apa sahaja yang dibawa oleh barat,"minda telah kerasukan akibat suara pemuja Amerika entah Eropah entah Asia itu.

"Apakah mereka tidak menyedari bahawa pekerja asing dan keluarganya dari rantau Asia Tenggara juga ingin melihat keaslian jati berperwatakan yang disebut Timur Tengah sebagaimana yang dinukilkan oleh Al-Quran sebagai lembah-lembah warisan keimanan lantaran angkasanya pernah diberkahi hujanan limpahan wahyu dari langit yang membuka sinar cahaya ke seluruh alam,"kini jiwa mulai dijangkiti radang virus yang entah apa akan diberikan namanya."

Mungkin kerana kepanasan dari persekitaran West Bay yang berdekatan dengan persisiran pantai menjalarkan virus ini setelah terpaksa memasuki perkarangan kroni.Imbasan ini mulai jelas.

Terimbas semula tatkala tersua insiden kenderaan rasmi penaja Tenis Wanita yang mungkin dipandu laju sehingga hilang kawalan dan kenderaan mewah itu menaiki pembahagi jalan akibat meletup tayar hadapannya.

"Mencubalah radang mindamu itu dipindahkan kepada tayar,"jiwa berseloka ria untuk memadamkan gelora minda.

"Ya meletup dan tidak lagi kenderaan itu upaya dipandu lagi.Kenderaan tajaan hanya umpama hamba yang perlu meraikan setiap ketika,"marah minda ini perlukan masa untuk diredakan.

Diri membuang jauh-jauh tekanan yang disengajakan untuk membuatkan minda upaya dikecewakan.

"Penggunaan buku yang ideanya mahu diabaikan hak miliknya untuk disusun semula dan digunakan oleh anak-anak kita sedangkan peperiksaan Agama Islam bukan menjadi pelajaran wajib malah tidak menjadi antara mata pelajaran untuk diduduki di dalam peperiksaan dan kita ini komuniti senegara!"marah ini masih bernyala sehingga kasih itu rela ditolak.

"Mungkinkah mereka itu tidak tahu berbahasa melayu?"racun jiwa menambah siksa seluruh jasad dan minda.

"Mereka tidak menghayati cabaran millennium kini yang secara rakusnya mulai memudarkan sifat jati kewarganegaraan, secara beransurnya bukan menghilangkan nilai sebuah bahasa malah upaya mengikis maklumat berbudaya yang mengesahkan fikiran dan perasaan kita sebagai manusia yang berbangsa."

"Dikau tidak gentar ditekan oleh rasa perkauman?"

Sudah tepu untuk dilayan jiwa-jiwa yang masih tersula oleh bisa racun setanggi madu sejak tahun 57 yang hanya sekitar setakar jiwa sejambak rasa juga sedulang minda hingga terungkap apakah akan kita hargai kekhilafan cetak atau kehilangan kekhilafan fikiran yang berharga oleh panduan agama?

Apakah mungkin diwajarkan pembelajaran di dalam bahasa sendiri untuk warga-warga yang berada di luar negara sehingga tidak mereka terlepas peluang mencipta kejayaan di negara sendiri?

Frekuensi ini melobi minda dan hati setiap hari.Sedangkan kempen telah lama berlalu pergi.

"Terlalu ingin disuarakan bahawa bagaimanakah mahu dinafikan kesan pencorakkan pendidikan itu amat mempengaruhi cara dan adat sesuatu bangsa itu berketrampilan dan berkebudayaan,"minda masih tidak padam radangnya.

"Di tanah air kini berdilemma dengan natijah pendidikannya yang kini diselamatkan oleh hampir kesemua pelajar yang kukuh penghayatan agamanya untuk menerobos sempadan melintasi benua yang tatkala dujar nama tanah air hampir kesemua mengukir senyum tanda menyetujui sebutan nama itu.

Namun apalah yang berbaki bila bahasa sudah tidak dimengerti?

Apalah yang bersisa bila budaya sudah tidak beretika?

Apalah yang bernama apabila sudah tidak jelas pengertian agama?

Kesal andai aqedah tauhid juga perlu dijenamakan mengikut kepentingan.
Semakin tidak difahami makna persamaan hak dan keadilan jika ini upaya memisahkan kasih saudara untuk bekerjasama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan