Isnin, 27 Julai 2009

Supir 2

...sambungan...

Tempat-tempat meletakkan kenderaan terhimpun sesampah-sesampah kecil yang mudah dipindahkan oleh tiupan angin.

Premis dagangannya juga kelihatan lengang.

Malam di Orchard Street...

Peleseran pelacuran pelbagai gender masih kekal mengidentitikan imej Kota Singa.
Denyutan nadi ini kencang dan sukar diperlahankan tatkala melihat reaksi spontan di antara pengunjung yang kebanyakannya warga asing berunding cara dengan pengiring-pengiring peribadi untuk perkhidmatan layan mesra jiwa berberahi.
Terkenang Lorong Haji Taib yang tidak pernah dilalui...spontan minda menyindir rasa, "apakah terlalu bersindrom rendah dan miskin jiwa bangsaku sehingga sudi mensinonimkan nama Haji dengan aktiviti rendah akhlak ini untuk bertradisi diwariskan dan nama pendatang satu ketika dahulu berada di segi tiga puncak kemegahan negara."

Hati yang dibawa berlabuh masih ditusuk bisikan keji...meminggirlah para syaithon... sudah ditukar kebanyakan nama...qalbu sering mahu memaafkan...

"Balasan terhadap perbuatan maksiat itu adalah lemah dalam beribadah,sempit dalam penghidupan dan kurang menikmati kelazatan yang menjadi anugerah pada fitrah.
Tatkala ditanyakan apakah maksud ungkapan di sebalik kurang menikmati kelazatan itu?
Imam Ali (karamallah hu wajha) mengujarkan :
Kurang menikmati kelazatan itu bermaksud syahwat yang diperolehi secara tidak halal akan ditemui rasa yang dikurangi dan ditiadakan nikmatnya."

Gadis-gadis dan wanita di Orchard Street itu adalah warga jiranku. Tidak upaya dipastikan keperibadian mereka. Wajah ras utama Kota Singa prianya berwajahkan dara walau pun bukan kesemua begitu.Malam itu ada juga wanita yang asli jantinanya.
Panas berselang dengan sejuk kaki dan tangan dibayangi qalbu tatkala tersua abu-abu arang oleh pembakaran terbuka di tempat awam upaya diibaratkan diri ini pada malam itu.

Gedung Mustaffa membawa sifat Gedung Mydin anika barangan yang murah satu ciri syurga membelibelah baru diteroka.

Terluang masa di Pusat Pameran diacarakan jualan penghabisan stok barangan Amerika yang dianggap menang membeli dan menang memakai lantaran lelongan harga yang amat berpatutan.
Ia hari pertama dilansungkan peragaan dan masih banyak pilihan upaya dilakukan.
$S 63 untuk dua pasang sepatu dari jenama Little John dan Piere Cardine ditambah sehelai kemeja Valentino. Murahkah apabila dihitung dalam kiraan $ Malaysia?

Bersebelahan dengan seorang gadis berkaca mata menyentak rasa apakah akan ada yang berjauh hati dengan sikap berterus terang ku ini?

Emosi ini dengan diperkukuhkan oleh hakikat yang tidak upaya diperdayakan oleh indera yang lima. Maksud diri ialah tidak berbohong bukankah kewajipan beragama? Panggilan-panggilan telefon dan bicara-bicara nafsu itu upaya menjadi sampah yang terampai pudar di lautan selat dan hati meraikan kemeriahan yang melanda bagai badai di jiwa.

Keuzuran syara'i menjadikan Masjid Sultan tidak disinggahi seperti selalu dilakukan untuk mengqasar dan menjamakkan solat.
Masalah meletakkan kenderaan andai tidak dipatuhi cara dan peraturannya kenderaan ini tidak dibenarkan memasuki Kota Singa.

Mengisi kad putih untuk dua negara yang berjiran erat mewacanakan tanya dan runding muafakat untuk ditelek berkat.

Autopass untuk setiap kenderaan persendirian dari Malaysia dengan jangkalupus sepuluh tahun kegunaannya (diri lupa),hanya perlu ditambah nilai seminimum $S 5 setiap hari yang diasingkan bayarannya sewaktu kenderaan memasuki wilayah EMR(lupa), wilayah bandar yang diminimumkan jumlah kenderaan memasukinya kerana kekurangan kawasan untuk meletakkan kenderaan dan juga mungkin menghindari cemar karbon monoksid asap kenderaan untuk dijamin kesihatan warga. Agak-agak saja tidak ada salahnya.

Lebih utama ialah kenderaan ini disewa. Saya tidak boleh menganiaya pemilik kenderaan ini.

Namun jauh di sudut hati ini diketahui masjid ini telah diacarakan pertemuan yang tidak ada hasrat untuk dikaitkan dengan konsep satu negara dengan saya...perasaan ini diperasankan secara tiba-tiba.

Melewati Restoren mertabak kegemaran aruah ayah mengingatkan janji yang termungkir pada perbualan kali terakhir kami.
Perkarangan tempat aruah emak mengambil barangan kemasnya dilintasi dengan kenangan penuh mengusik jiwa. Aruah emak wanita yang gigih berusaha...rindu bertamu lagi.
"Temanilah perjalanan menantumu ini,"ku rayu kasih dan sayang mereka meski ku tahu tiada perkaitan di antara alam maujudku dengan alam roh mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan