Khamis, 30 Julai 2009

Jujur Perlukan Insentif?

Warkah itu dilipat dan dibuka berkali-kali. Warkah yang ditulisnya menjelang Disember 2008. Tidak ada bezanya andai diutusi atau tidak. Pos kini lajunya bermaksimum sementelahan angkasa tidak lagi luas oleh garis sempadan yang kini dimilikperibadikan.

Ditatap lagi catatan itu.


Assalamualaikum Saudariku Intan,

Agar Allah menaungi keinsafan bahawa agama itu adalah nasihat ke dalam sanubari para wartawan tanah air lantaran catatan yang diingini adalah dari sebelah kanan penerimaannya di akhirat nanti.

Membaca Harakah menerusi talian siber tidak sepenuhnya memberi kepuasan berbanding membaca naskhah sebenar akhbar pencetus yang mendenyutkan fikiran berinteraksi dengan emosi.

Mukhtahir ini isu-isu kemanusiaan dan keselamatan semakin menzahirkan pengkaedahan sistem birokrasi yang menuntut dihayati kesahihan bahawa politik bermula dari zaman purba kala lagi menjadi punca melahirkan perbezaan agama, kerana itu amat dituntut penafsiran siasah dari sudut fikh yang jelas dengan kata yang lain, kumpulan petugas seperti saudari turut menjadi sandaran ummat yang tidak berpengetahuan tinggi, untuk mendapatkan rujukan yang bersifat membela kebersamaan dalam mengusahakan keadilan.

Bagaimanakah himpunan warga Al-Quran upaya melintasi meliputi ke segenap kumpulan di dalam masyarakat kita yang membawa makna bahawa warga awam juga menjadi warga Al-Quran yang upaya membantu dilahirkan ummat yang terbaik di millineum ini?

Penegasan telah menyerlahkan tuntutan tatkala Rasul SAW diberi pesan,“Wahai Muhammad, undanglah ummatmu memuliakan tiga sifat insan ini :

1- Ketua manusia yang alim yakni Nabi Muhammad SAW sendiri justeru itu ummat baginda
wajar berusaha bersifat dengan kemuliaan pemimpin ummat.
2- Penghafal Al-Quran.
3- Pencegah ummat dari saling menghina merendahkan memperolokkan
sesama sendiri sehingga menerbitkan kemarahan.

Kemurkaan Allah bertambah terhadap siapa yang membuatkan Warga Al-Quran berasa marah kerana :

1- Warga Al-Quran merupakan warga-warga Allah.
2- Kewujudan/kehadiran mereka untuk kemakmuran/keselamatan penduduk dunia kerana Al-Quran tersimpan di dalam hati mereka. Ketiadaan mereka upaya membinasakan dunia dan penghuninya atas kehilangan naungan barakah dan rahmat Allah.
3- Penghafal Al-Quran tidak dihisab dan tidak disiksa di akhirat.
4- Kematian mereka ditangisi oleh Allah, malaikat langit dan bumi.

(Tidak pasti hadis dhoif/sahih)

Saudari Intan,

Bagaimanakah wartawan upaya menjadi pewaris wasiat iman yang menjadikan sifat Ad-Deen itu bukan hanya agama tetapi cara untuk berfikir menerusi nasihat agar upaya Islam menjadi asas pengukuhan masyarakat?

Menjadi keutamaan agar saudari mencetuskan tuntutan kepada kewajipan untuk penulisan dan pelaporan, meningkatkan penghayatan kefasihan menaakul pembacaan bagi menambah nilai kemahiran mengolahkannya semula di dalam penulisan untuk menjadi idea-idea pemikiran baru yang upaya membangunkan setiap diri warga di setiap lokasi untuk mendepani cabaran sebenar kemunduran ummah yang tidak sepenuhnya dibebaskan oleh demokrasi.

“Usah kamu membangunkan seorang yang lain dari tempat duduknya kemudian dia duduk di tempat itu.Akan tetapi hendaklah ia meluaskan tempat bagi yang baru tiba dan melapangkannya.”

Penolakan kepada kehadiran wanita untuk sama menyumbangkan penjanaan pembaharuan seperti yang diperlihatkan di sesetengah negara memerlukan dilihat peranan agama sebagai sistem yang berperanan untuk menginteraksikan iman dan amal.

“Maka demi Tuhanmu mereka yang tidak beriman sehingga mereka menjadikan kamu hakim sebagai terhadap perkara yang mereka perselisihkan di kalangan mereka. Kemudian mereka tidak merasa di dalam hati mereka sesuatu keraguan terhadap apa-apa keputusan yang kamu berikan dan mereka menerima dengan sepenuhnya.”

Akhirnya ingin diketahui mengenai mengapakah masyarakat kita hanya berani berbicara selepas kematian orang yang dibicarakan berbanding berbicara ketika mereka masih hidup?

Keberanian jenis baculkah yang kita miliki?

Keberanian mengaibkan menerusi pendedahan rahsia tanpa pembelaan bagaimanakah dilihat kemanafaatannya bagi yang telah meninggalkan dunia berbanding ketakutan, kegentaran dan kebimbangan untuk membicarakan kesalahan salah laku penyelewengan yang tidak sedia diadili ke atas mereka yang masih hidup dan upaya membela diri?

Apakah yang menjadi minat kita di antara kelemahan dan sumbangan mereka yang dibukakan rahsianya yang bersifat peribadi?
Apakah yang ditakuti tentang fitnah yang tidak upaya dibela bagi yang telah mati dengan fitnah yang boleh ditolak oleh keterangan bagi yang masih bernyawa?
Sifat berfikir dari budaya manakah yang dibenarkan menakluk pemikiran kita?

Agar kita tidak berkonflik dengan kelemahan sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan